Menu
Oh! MyKarya!




setelah ujian bertandang
jelma dalam diri insaf itu
dengan rayu hati nan rawan
mohon diwalafiatkan kekasih hati nan seorang
puli tak terucap
kudus doa dipanjat
tak mengira di malam
berteman rembulan biru
tak mengira di siang
berteman mentari merah
sejengkal kaki nak bergerak
sedepa langkah mengundur
toleh sang rajuna hati
kau lirik senyum menawan
tak jadi tangis nak turun
ganti riang serata alam

setelah Kau selinapkan bahagia
tiada lagi yang kupinta.

setelah ujian bertandang jelma dalam diri insaf itu dengan rayu hati nan rawan mohon diwalafiatkan kekasih hati nan seorang puli tak te...
Unknown Jun 18, 2008
Oh! MyKarya!



adalah teman hidup
insan yang dilukakan
pendam saja kesedihan
tak terluah
biar parah memakan dalam
biar tangis semakin laju
deraiannya di bibir mata

tak pernah pergi
walau dihalau dek masa berlalu
walau di campak dilurah curam beribu
makin pilu meneman diri
kala sunyi dan hening dinihari

tak mahu dijemput
kau datang jua bertamu
mencarik luka yang telah lama
bernanah di dada tabah

tak pernah pergi-pergi....

adalah teman hidup insan yang dilukakan pendam saja kesedihan tak terluah biar parah memakan dalam biar tangis semakin laju deraiannya di ...
Unknown May 20, 2008
Oh! MyKarya!



Ini ibumu berkata
yang jalan lurus kau ikutlah
dengan panduan diberi
bijak pandai masa lalu
telus dan tulus
perihal liku-liku duniawi

Ini ibumu berpesan
yang kata berhemah kau dengarlah
dengan santun dan sopannya
penyair zaman silam
merdu dan hening
ceritera rona-rona kehidupan

Ini ibumu berdoa
yang baik-baik semuanya untukmu
dengan rayuan pada Illahi
Maha suci Maha pengasih
Berkuasa memperkenankan sesuatu
kelak langkahmu
berdiri berilmu.

Ini ibumu berkata yang jalan lurus kau ikutlah dengan panduan diberi bijak pandai masa lalu telus dan tulus perihal liku-liku duniawi I...
Unknown Apr 29, 2008
Oh! MyKarya!

BERIKAN CINTA PADA ANAKMU!


  • Ajar anakmu menjaga lidah, kelak mereka akan cepat belajar bagaimana hendak bercakap. - Benjamin Franklin
  • Anak-anak perlukan model, bukannya kritikan. - Joseph Joubert
  • Apa itu pejalan kaki? Ia adalah seorang lelaki yang mempunyai dua buah kereta- sebuah dipandu oleh isteri, sebuah lagi oleh anaknya. - Robert Bradbury
  • Kita fikir ibu bapa kita bodoh, lalu kita membesar dengan menganggap kita bijak. Tetapi anak kita lebih bijak, jadi jangan hairanlah kalau mereka juga berfikiran seperti kita dulu. - Alexander Pope
  • Akan sampai masanya nanti ibu bapa tidak bermakna sama sekali kecuali menjadi manusia yang digigit jarinya selepas memberi makan kepada anak-anak. - Peter de Vries
  • Barangkali engkau telah memberikan cinta kepada anak-anakmu tapi bukan pemikiranmu, kerana mereka mempunyai pemikiran mereka sendiri. Barangkali engkau telah menempatkan tubuh anak-anakmu di dalam rumah, tetapi bukan jiwa mereka, kerana jiwa mereka tinggal di dalam rumah yang dibina pada hari esok, yang engkau tidak akan dapat menziarahinya, sekalipun di alam mimpi. Barangkali engkau mahu menjadi seperti mereka, tapi engkau melakukan sesuatu yang menyebabkan mereka tidak menyukaimu, kerana hidup bukan berundur dan bukan juga menanti hari semalam. Engkau adalah busur manakala anakmu adalah anak panah yang engkau luncurkan. - Khalil Gibran

* PETIKAN DARI MAJALAH MASTIKA MEI 2008.

BERIKAN CINTA PADA ANAKMU! Ajar anakmu menjaga lidah, kelak mereka akan cepat belajar bagaimana hendak bercakap. - Benjamin Franklin Ana...
Unknown Apr 23, 2008
Oh! MyKarya!

MENCAPAI CINTA

Nyanyian sepi dinihari
di sudut alam
mencari Nur nan kelam
dalam minda yang tenggelam
pun masih tidak pasti
apakah ini mimpi-mimpi

untuk mencapai cinta
pun masih tak mengerti
mana laluan nak di redah
atau saja menyerah
pada merah mentari nan meninggi

kalau langkah ini termati
ditengah debu buana
siapa kan sanggup mengganti
perjuangan sang kembara
entahlah!
adakah bersambung perjalanan ini?

MENCAPAI CINTA Nyanyian sepi dinihari di sudut alam mencari Nur nan kelam dalam minda yang tenggelam pun masih tidak pasti apakah ini mimp...
Unknown Apr 19, 2008
Oh! MyKarya!

Yang hadir semalam
pernah terfikir akan
pilu nan mencengkam dan berbalam
kian jauh dek silau
tak terlawan

Yang hadir hari ini
juga ku terima dengan dada lapang
reda penuh syukur
kerana kau Pencipta
Maha Mengetahui
doa kudus hambaMu ini
tak terjangkau

Yang hadir hari esok
Mana ku tahu
atau kau tahu
kerana ...
Tuhan Maha Besar!
Bersyukurlah...

Yang hadir semalam pernah terfikir akan pilu nan mencengkam dan berbalam kian jauh dek silau tak terlawan Yang hadir hari ini juga ku terima...
Unknown Mar 23, 2008