Menu
Oh! MyKarya!

Aku dah daftar untuk MBAku! Ya ke? Macam percaya dengan tidak pula. Mampukah aku lakukannya. Dengan keluarga yang menuntut perhatian, kerjaya yang kebelakangan ini cukup membebankan dan mampukah aku menangani 'keperitan' subjek-subjek yang telah didaftarkan.

Seram sejuk melihat senarai 'life expenses' di atas.

"Ambik MBA tak ajak aku pun!"

Luah bekas rakan sekerja di CIMB.

"Ada ajak kawan-kawan, dia orang tak sanggup! Belum yakin katanya." Begitu aku menjawab.

"Good luck to you, sister!"

Yeh! Good luck to me...

Teringat ketika sesi 'Penerangan Ringkas Fakulti @ Faculty Briefing' yang diberikan oleh salah seorang pensyarah.

"Bahasa not allowed in this class. You have to speak English even your english is broken/rotten. Don't laugh at your friend, but help and communicate each other to improved your English language."

Wah! Boleh ke? Rakan sama course di sebelah sudah menggigil.

"Macam tak percaya aje saya, sister...rasa nak drop aje."

Aku memberikan kata sokongan dan semangat. 'Kalau tak cuba tak tahu', kataku. Dia kembali bersemangat. Kami berazam untuk meneruskan apa yang telah dirancang ini.

Biasanya orang 'further study' kerana minat dengan ilmu, cintakan pengetahuan. Ada pula kerana hendak 'upgrade' diri dalam kerjaya. Naik pangkat naiklah gaji! Salah seorang rakan sekuliah pula kata kerana mahu jadi pensyarah, kenalah ambil Master. Aku pula? Banyak sebab aku sambung belajar. Pertama, kerana galakan orang tersayang (suami), kedua, motivasi yang diberikan oleh abang sulungku. Ketiganya, mencabar keupayaan diri dengan cabaran dunia pendidikan. Keempat, keperluan bidang kerjayaku. Kelima...nanti aku fikirkan. He..he..

Ah! Kelas pertama akan bermula. Excitednya rasa selepas hampir tiga tahun tidak masuk bilik kuliah. Yang pasti, aku telah bersedia.

Aku dah daftar untuk MBAku! Ya ke? Macam percaya dengan tidak pula. Mampukah aku lakukannya. Dengan keluarga yang menuntut perhatian, kerjay...
Unknown Jul 11, 2009
Oh! MyKarya!

Kamelia telah berpindah ke rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Dari sana dia akan mengambil teksi yang mengenakan tambang yang berpatutan dan tidak perlu lagi meminjam kereta abang Imrannya untuk ke tempat kerja. Jika wang simpanan sudah mencukupi, dia berkira-kira untuk membeli kereta sendiri bagi memudahkan urusannya sehari-hari.

“Beli MYVi pun okey, Cik Melia. Sesuai benar untuk gadis cantik macam Cik Melia.”
Cadang Shila pembantunya itu.

“Saya tak pasti lagi nak beli kereta apa Shila. Tengok bajet. Awak pun satu, janganlah asyik panggil saya gadis cantik. Nanti riak pulak saya…saya ni orang biasa macam awak juga. Tapi awak lebih berjaya dalam pencapaian peribadi kerana telah bersuami dan ada anak. Lengkap kehidupan awak sebagai seorang wanita. Syabas Shila.”

Shila tersenyum bangga dipuji begitu oleh ketuanya. Semakin bersemangat pula dia membuat kerja.

“Cik Melia…boyfriend Cik Melia dah okey?”

Kamelia tersenyum ceria menampakkan barisan giginya yang teratur cantik. Lesung pipit di pipi kirinya akan timbul jika dia tersenyum. Seorang wanita yang cukup sempurna pada rupa fizikalnya, tentu buah hatinya juga kacak. Ah! Sibuk pula aku fikir pasal orang lain. Shila tersenyum sendirian memikirkan teka teki di mindanya tentang bosnya yang masih solo itu.

“Hai! Senyum sendiri. Awak kutuk saya dalam diam ya?” sergah Kamelia kepada Shila.

“Mana ada.” Shila membalas ringkas dek terkejut disergah oleh Kamelia.

“Cik Melia dengan si dia dah okey? Saya dengar Cik Melia kata dia merajuk.”

“A..ah. Tapi saya dah slow talk dengan dia, at last dia faham. Lagipun kita orang dah tua bangka ni tak elok cemburu buta. Yang penting saya percaya dia, dan dia pun kena percaya pada saya juga.” Kamelia berterus terang.

Dia banyak berkongsi cerita dengan Shila kerana di dapati pembantunya itu seorang yang jujur dan banyak membantu. Tidak seperti rakan sepejabat yang lain, asyik memandang dengan sinis akan kehadirannya ke firma tersebut. Ada juga dia terdengar cerita di belakangnya yang mengatakan bahawa jawatan yang di sandangnya sekarang diperoleh dengan cara tidak sihat. Simpang Malaikat 44! Dia memohon agar dirinya dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang di luar batasan agama.

Kamelia tersedar dari lamunan singkatnya ketika Shila menyikunya. Bibirnya di tunjukkan ke satu arah dan mata Kamelia mengikut arah yang ditunjukkan oleh Shila itu. Seketika matanya bertentangan dengan pandangan lembut si tuan pengarah dan faham yang bosnya itu mahu berjumpanya.

“Saya jumpa dia dulu. Tolong ambil pesanan kalau sesiapa call saya, Shila.”

Shila yang sudah faham rutin kerjanya mengangguk deras. Dia menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sesekali jika ada panggilan masuk untuk Kamelia dia akan mencatatnya di dalam sebuah diari. Memang itu kehendak Kamelia sendiri dan dia hanya menuruti sahaja.

Kamelia berasa kurang selesa berdua-duaan dengan pengarahnya yang masih muda di dalam bilik yang agak besar itu. Apa yang diperlukan sehingga mahu berjumpa denganku? Mengapa tidak berurusan terus dengan Qayyum yang juga ketuaku di jabatan ini? Aku ada buat silap ke? Hish…lambatnya dia nak cakap apa yang dia nak! Kamelia membuat pelbagai andaian sebab musabab dia dipanggil menghadap salah seorang bos syarikatnya itu.

Umur Datuk Jeffrey belum pun mencecah 40 tahun tetapi telah dianugerahkan gelaran Datuk disebabkan kerja keras dan semangatnya yang menaikkan nama dan prestasi syarikat ke tahap yang cukup membanggakan. Lelaki segak dan berpangkat begitu pasti memiliki isteri yang bijak dan cantik. Begitu Kamelia meneka-neka. Aku pun tak kisah, bukannya aku ada hati pada dia. Kamelia tersenyum sendirian sehingga menggamit pandangan Datuk Jeffrey yang mencuri pandang pada gadis tersebut.

“Ehem…”

Deheman Datuk Jeffrey menerbangkan lamunan singkatnya menyebabkan dia kelihatan gelabah sedikit diterjah begitu.

“Ya Datuk…”

“Syarikat akan menghantar pegawai kanan menjalani latihan untuk beberapa minggu mulai bulan depan. Saya mahu awak dan Qayyum dari jabatan kewangan turut serta. Ada beberapa orang pegawai lagi dari jabatan lain akan pergi sama. Mungkin kita akan pergi jauh sikit…maybe overseas.”

Luar negara? Entah-entah seberang tambak aje, tak lah jauh sangat…Kamelia membuat tekaan sendiri.

“Kita mungkin akan ke Bali atau Jakarta. Awak ada masalah untuk itu? Mungkin terpaksa berjauhan dengan orang tersayang untuk tempoh dua hingga tiga minggu. Mana tahu…”

“Kalau itu yang Datuk maksudkan, saya okey. Saya ni orang bujang, dihantar ke mana pun boleh Datuk.” Jawab Kamelia tegas.

Pada fikirannya dia harus menunjukkan sifat dedikasi kepada bosnya itu, jangan cepat menyerah kalah dan menerima secara terbuka arahan yang diberikan. Berfikiran jauh jika mahu menjadi seseorang, somebody! Itulah tekadnya.

“Bagus. Saya suka orang macam awak. Sepatutnya orang muda diluar sana mencontohi awak kalau mahu berjaya dalam hidup.”

“Datuk pun sama. Pasti Datuk telah menghadapi berbagai cabaran untuk sampai ke tahap ini. Saya kagum tengok Datuk.” luah Kamelia ikhlas.

Sebaik menghabiskan ayatnya baru dia terperasan yang Datuk tersebut sedang merenung dirinya penuh makna. Aku silapkah memujinya begitu? Apa nak buat, sudah terlajak kata…

“Disebabkan awak memuji saya begitu, saya nak belanja awak makan. Kita lunch together nanti…”

Ini arahan atau ajakan? Kamelia berasa menyesal pula bersifat sedikit personal sebentar tadi. Akhirnya dia yang terjebak ke kancah dilema. Lagipun, ianya tentu bakal mengundang spekulasi yang bukan-bukan daripada orang sekeliling terhadap dirinya.

“Boleh saya menolak, Datuk?” soal Kamelia perlahan.

“Kenapa? Awak sudah ada lunch date ke? Dengan siapa? Ops…saya dah macam inspektor polis pulak soal awak macam-macam. But for this time only, can you?” pohon Datuk Jeffrey seperti anak kecil lagaknya.

Tiba-tiba telefon bimbit Kamelia yang diselitkan di poket jaket hitamnya berbunyi. Tiba deringan ke tiga dia menjawab, itupun setelah Datuk Jeffrey memberi isyarat mengizinkan dia menjawab panggilan tersebut.

“Aku dalam bilik pengarah, ada discussion sikit. Nanti aku call balik.”

Ringkas dan perlahan sahaja Kamelia menjawab panggilan daripada Ijol. Bagai terbang di awangan segala perasaannya di buai oleh alunan suara Ijol. Tiba-tiba bayangan rindu datang menggamit ruang rasa sehingga memancarkan seri di wajahnya.

“Hah! Itu mesti seseorang yang istimewa. Kalau tidak takkan wajah awak nampak berseri-seri, aura orang sedang bercinta.” Usik Datuk Jeffrey.

“Tak adalah Datuk. Kawan biasa aje.” Dalih Kamelia.

“Kalau betul apa salahnya. Cuma, tak ada chance lah kita nak lunch bersama?”

Merajuk ke Datuk ni? Tak kan orang korporat yang disegani ramai nak merajuk dengan aku yang sekadar pegawai kanan sahaja. Kamelia membuat tafsirannya sendiri.


“Saya akan temankan Datuk lunch hari ini. Kita berdua sahaja ke Datuk?”

“Ya. Kita berdua sahaja.”

Kamelia mencari maksud pada wajah yang terpamer di hadapannya. Datuk Jeffrey melemparkan senyuman paling manis untuk pegawai di hadapannya. Mungkin ucapan terima kasih, fikir Kamelia sebelum meminta diri untuk meneruskan kerjanya.

***

Beberapa minit menjelang 12.00 tengahari, telefon bimbit Kamelia berdering. Sekali imbas nama Ijol terpapar di skrin.

“Assalamualaikum my dear…”

“Wa’alaikumussalam….”

“Tadi cakap bahasa apa? Kenapa berengkau, beraku dengan abang!”

“Tak biasa. Lidah ni tak tercakap. Mulut ni tak boleh nak sebut.”

“Buat latihan mulai sekarang. My dear dah makan?”

“Belum. Sekejap lagi nak keluar dengan bos. Dia ajak saya lunch.”

“Bos awak lelaki atau perempuan?”

“Pentingkah itu semua?”

“Memang penting bagi saya, my dear. Awak tu bakal isteri saya, ibu kepada anak-anak saya. Saya mesti ambil tahu dari sekarang. Esok lusa tak ada orang yang akan makan hati atau terasa hati.”

Amboi! Sedapnya cakap. Sampai ke situ pulak anganan dia! Omel Kamelia di dalam hati namun wajahnya direndai ceria. Kini mereka menggunakan gantinama ‘saya’ atau ‘awak’ agar kedengaran lebih lembut.

“Bos awak tu lelaki atau perempuan?” soal Ijol untuk kesekian kalinya.

“Lelaki. Dah kahwin agaknya. Dia takkan pandang orang macam saya, Ijol. Isterinya mungkin jauh lebih bergaya dan cantik daripada saya yang biasa ni.”

“Awak tu cantik giler pada pandangan mata saya. Bodohlah orang lelaki itu kalau tak jatuh hati pada awak. Pulak tu bijak, sopan…mesti sejuk hati mak saya bila jumpa awak nanti.”

“Ke situ pulak. Saya nak keluar sekejap lagi. Nanti saya call balik.”

“Jaga diri my dear. Jangan bagi bos awak tu cuit atau tercuit sikit pun tubuh badan awak. Ingat tu…saya jealous sebenarnya!”

Klik. Belum sempat Kamelia berkata apa-apa atau mengucap salam, Ijol telah terlebih dahulu memutuskan talian. Benar-benar cemburu nampaknya dia. Baguslah begitu, cemburu kan tandanya sayang…

Kamelia merenung skrin telefonnya tanpa berkelip. Kut-kut Ijol menelefonnya kembali. Sesaat dua tidak juga berdering lalu dia menyimpan telefon ke dalam poket jaketnya.
Tiba-tiba ada bunyi SMS masuk. Cepat-cepat Kamelia membuka peti mesejnya.

‘My dear, I really miss you. Tetiba nak keluar dengan orang lain. Frustnya hati ini. Ini keizinan pertama dan terakhir dari I. No more after this. Okey. I Love You, Kamelia.’

Kamelia tersenyum membaca mesej daripada Ijol. Semakin lama semakin romantis pulak ‘budak gila’ ni. Tanpa sedar Datuk Jeffrey telah sampai di hadapan pintu biliknya tanpa mengenakan kot seperti selalu. Dia kelihatan amat segak dengan kemeja berkolar lengan panjang dan seluar warna hitam. Tentu ramai gadis-gadis terpikat dengan gayanya yang cukup memikat itu.

“Shall we…”

“Okey.”

Beberapa pasang mata menjeling tajam tatkala melihat Kamelia dan Datuk Jeffrey beriringan keluar ke pintu utama. Mereka berbisik sesama sendiri selepas menyaksikan drama sebabak itu.

“Shila…nak ke mana tu?” tanya Qayyum yang masih berdiri di luar biliknya.

“Datuk ajak dia lunch. Kenapa? You nak ikut sekali? Baik cepat sikit. Nanti tertinggal kereta!” sindir Shila.

Qayyum hanya mendiamkan diri dan masuk semula ke biliknya.

***

“Apa yang kau menungkan tu? Macam ada masalah aje. Want to share with me…sharing is caring, man!”

“Entahlah Aini. Aku izinkan Melia keluar dengan lelaki lain. Sekarang aku pulak yang merana.”

“Jealous ke? You ada perasaan jealous ke. Tengok biasa aje…kau tak kisah pun aku keluar dengan mana-mana lelaki.” Usik Aini kepada ketuanya itu.

“Kau nak buat apa pun mana aku kisah. Kau tu bukan awek aku. Melia tu lain…hish! Tak boleh jadi ni. Aku nak kacau dia orang.”

Ijol mengambil telefon bimbitnya lalu cuba mendail nombor Kamelia. Sebentar kemudian dia memutuskan talian, tidak jadi menunaikan niat jahatnya itu.

“Hello bos, rileks lah. Cuba cerita dengan aku. Dia keluar dengan siapa?”

“Pengarah syarikat. Bos atasan dia…”

“Laa….memang patut pun. Dia ikut arahan, bukan sengaja nak menggatal. Kau yang berlebih-lebih. Dia okey tu, aku kenal dia lah, Ijol. Eh! Kau nak makan tak. Jom joint kita orang.”

“Aku tak ada selera. Kau jalan dulu. Nanti aku follow…”

Aini meninggalkan Ijol yang terkulat-kulat menahan rasa di dalam dada. Ini tak boleh jadi, mesti kena beritahu emak supaya masuk meminang. Apa nak jadi, jadilah!

Kamelia telah berpindah ke rumah sewa yang berdekatan dengan tempat kerjanya. Dari sana dia akan mengambil teksi yang mengenakan tambang yan...
Unknown
Oh! MyKarya!

Tengku Johan merenung Insyirah yang sedang mencuci pinggan di sinki. Biar hanya nampak bahagian belakang tubuh wanita itu tetapi cukup membuat hatinya tidak berhenti bergetar. Percintaan dua tahun yang diselikan dengan kenangan indah sering mengacah ruang ingatannya. Kelembutan gadis itu dan tawa manjanya membuatkan Insyirah selalu dimanjakan dengan kasih sayang dan wang ringgit. Lagipun hidupnya yang sudah mewah memang mampu memberikan segalanya untuk gadis kesayangan.

“Kenapa kahwin tak tunggu I, Syirah?”

Insyirah terhenti dari mencuci pinggan seterusnya. Dia hanya diam membatukan diri.

“You tak sabar sangat ke nak kahwin atau…”

“Atau apa?? You tak tahu apa dah jadi pada I. You tak faham kesusahan I. I menderita, TJ.”

Insyirah berkata tanpa memandang TJ yang tertunggu-tunggu untuk menatap wajahnya dengan tenang, bukan curi-curi macam selalu. Sekiranya Tengku Johary ada di rumah, dia akan terhendap-hendap dari balik pintu biliknya. Untuk ke ruang tamu mereka perlu melintasi biliknya terlebih dahulu. Hari ini apabila Tengku Johary telah keluar, dia segera ke dapur mendapatkan Insyirah.

“You derita? Jangan buat lawak pula dengan I. Jangan reka cerita hanya untuk selamatkan diri you. You ingat I ni buta? I nampak you sihat aje…” telah TJ pula.

Suara perbualan mereka perlahan sahaja bimbang didengari oleh kedua orang tua TJ yang juga mertua Insyirah. Jarak antara keduanya agak sedepa sahaja dan jika mahu, TJ boleh menyentuh kekasihnya itu. Dia boleh memeluk Insyirah jika dia mahu, jika akalnya sudah tidak waras. Nasib baik mindanya masih boleh mengawal desakan nalurinya yang ingin menumpahkan seluruh kasihnya yang masih tebal kepada Insyirah, adik iparnya itu.

“Memang sihat diluar, tetapi di dalam hanya Tuhan yang tahu!” lirih benar suara Insyirah kedengarannya.

Pinggan mangkuk yang dicuci telah diselesaikan. Kain bajunya suami isteri yang kotor juga telah habis dicuci. Dengan keadaan TJ yang sentiasa mengekori, dia naik rimas. Bimbang pula kedua mertuanya yang sediakala membenci, pasti bertambah benci akan sikapnya. Walaupun punca masalah bukan datang daripadanya, dia tetap berwaspada.

“Please TJ. Jangan tambahkan masalah I. I dah cukup terseksa selama tiga tahun you pergi study. You tinggalkan I macam tu aje, tanpa berita…and I think you has forgotten me. You never say anything to me since the first day you left me…I blank.” Luah Insyirah tanpa segan silu.

Mereka telah bergerak ke halaman banglo satu tingkat itu. Banyak pokok bunga yang di tanam oleh ayah mertua dan isterinya. Apabila tiba musim bunga, pelbagai ros berwarna warni akan menghiasai laman banglo tersebut. Ada berbagai pasu dari yang kecil hingga ke saiz paling besar terdapat di laman banglo tersebut. Sekali pandang umpama sebuah pusat jagaan bunga!

Insyirah mencapai getah paip lalu menyalurkan air ke setiap pokok bunga yang sempat di siramnya. Dari satu pokok ke satu pokok dia berjalan sehingga pada satu tahap dia terlupa yang getah paip itu tidak cukup panjang. Dia cuba menarik juga sehingga menyebabkan salur getah itu tercabut. Serta merta air paip terpancut tinggi dan membasahkan keseluruhan tubuhnya. TJ yang sedang bermain-main dengan pohon kaktus yang tidak berapa jauh dari Insyirah juga terkena pancutan air paip itu.

“You tunggu I matikan paip utamanya.”

TJ berlari mendapatkan paip utama di dalam keadaan basah lencun. Setelah pasti paip telah dimatikan, dia mendapatkan Insyirah semula.

Matanya tiba-tiba terpukau dengan pandangan ‘indah’ yang terlukis di hadapan matanya. Begitu sempurna, tiada cacat celanya. Sepatutnya tubuh indah ini dahulu dan selamanya menjadi milikku. Tetapi…

“Sorry, I nak masuk.”

Barulah TJ tersedar dari lautan imaginasi nakalnya. Dia berasa serba salah kerana merenung tubuh Insyirah sebentar tadi. Insyirah pula cuba menutupi bahagian dadanya yang basah dengan kedua belah tangannya. Tanpa menunggu TJ bersuara dia melangkah laju.

“Syirah…tunggu!”

Panggilan TJ tidak dihiraukan langsung. Lagipun dia berasa malu berkeadaan begitu ketika berdua-duaan dengan TJ. Apa kata suaminya jika dia tahu apa yang berlaku sebentar tadi. Tetapi jika tidak diberitahu, takkan dia boleh tahu. Begitu Insyirah membuat perkiraannya sendiri.


***

“Kan saya dah kata dia tu menantu hantu! Awak tak tengok macam mana dia dengan TJ tadi. Ingat kita tak nampak agaknya. Dari dapur sampai ke laman. Yang TJ pun satu, apa dia kejar sangat adik ipar dia pun tak tahu! Siap basah semuanya. Eee…geramnya saya bang! Rasa nak lumat-lumatkan aje budak Syirah tu.”

“Sabar dulu Yah. Jangan tergesa-gesa. Kita tengok apa dia nak buat seterusnya. Awak ingat saya suka dengan menantu yang tergedik-gedik macam tu. Saya pun sama macam awak, tak suka. Tapi anak kita pulak yang gila bayang separuh mati!” Tengku Zaman pula menyuarakan rasa hatinya.

“Bila nak start kerja si TJ tu bang. Tak de lah dia asyik melayan menantu awak tu. Suruh aje kerja kat ofis awak. Habis cerita.” Usul Tengku zawiyah.

“Bukan tak boleh…tapi saya tak suka anak-anak tumpang nama mak bapak dia orang. Lagipun dia dah besar panjang, biar dia berusaha sendiri. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi kalau tak dipraktikkan.” Jawab Tengku Zaman datar sahaja suaranya.

Dia bersiap-siap untuk ke pejabat walaupun jam sudah menunjukkan ke angka 11.00 pagi. Tengku Zawiyah juga bersiap untuk ke kedainya yang terletak tidak jauh dari pejabat suaminya.

“Abang nak makan kat mana nanti?”

“Tak tahu lagi. Awak jangan tunggu saya. Mungkin saya ada appointment dengan client atau mesyuarat. Tak check lagi dengan secretary saya. Awak nak ikut kereta saya ke tidak?” soal Tengku Zaman apabila dilihatnya Tengku Zawiyah mengekori dari belakang.

“Boleh juga.”

***

Insyirah mengintai di balik tirai kamarnya ketika kedengaran bunyi kereta keluar dari perkarangan banglo tersebut. Rupa-rupanya ibu dan bapa mertuanya telah keluar pergi ke tempat kerja masing-masing. Terjerumus ke dalam keluarga kaya raya tetapi kedekut itu adalah satu kesilapan besar yang pernah terjadi dalam hidupnya. Perjalanan hidup yang dahulunya indah kini bertukar mimpi ngeri. Saban hari jelingan tajam dan sindiran menjadi makanan utama terutamanya sebelum kepulangan TJ.

Fikirannya yang bercelaru bertindan dengan pelbagai memori yang mengusik jiwa. Dari zaman kanak-kanak sehingga ke alam remaja, pertemuan dengan TJ dan insiden kahwin paksa dengan Tengku Johary a.k.a Hary, semuanya bersatu sehingga membuatkan kepalanya tiba-tiba terasa pening.

Insyirah sedang melayani pelanggan di kaunter Mc Donalds tempatnya bekerja. Pada hari minggu memang biasanya pelanggan lebih ramai daripada hari-hari biasa. Berselang seli pesanan yang diterima namun Insyirah masih memaniskan muka. Di bahagian belakang rakan-rakannya sibuk dengan kerja masing-masing.

“Selamat tengahari, encik. Sila buat pesanan, anda akan dilayan dengan segera.”

Insyirah mengalu-alukan kedatangan pelanggannya. Kali ini seorang lelaki yang agak tinggi dan berperawakan menarik. Gaya tubuh badannya amat santai dan tenang. Lambang seorang lelaki yang matang dan berpelajaran. Macam pernah jumpa pulak, tetapi di mana yek?

“Nak order apa, encik?”

“Aa….aa…”

Lelaki muda itu teragak-agak sedikit.

“Saya nak package …maksud saya…”

Insyirah memotong cakap lelaki tersebut. Dia perlu pantas demi mengelakkan tempoh masa menunggu yang lama bagi pelanggan seterusnya.

“Maaf encik, di sini kami tiada sebarang pakej…kami ada set Mc value Lunch, set Family dan set untuk kanak-kanak. Ada juga…”

Sambil memperlahankan suaranya, lelaki itu berkata, “Maksud saya …saya nak order Mc Chicken Burger dan coke serta nak berkenalan dengan awak.”

‘Itulah pakej yang dimaksudkan rupa-rupanya.’ Insyirah hanya tersenyum tanpa memberi sebarang jawapan atau respon. Setelah menyelesaikan pesanan lelaki tersebut, dia meneruskan kerjanya dengan melayani pelanggan yang sedang beratur seterusnya. Dia tidak mahu mencampur adukkan kerja dengan perihal peribadi.

Selesai kerja Insyirah terus mendapatkan kereta kancilnya untuk pulang. Dia membeli beberapa buah novel penulis kegemarannya untuk dijadikan teman ketika kesunyian. Apatah setelah pemergian TJ ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran, dunia kecilnya dirasakan semakin sepi.

“Cik! Cik…”

‘Eh! Ini lelaki tadi. Buat apa kat sini?’

Insyirah menunggu lelaki itu hingga hampir dengannya. Gaya jalannya mengingatkan pada seseorang. Raut wajahnya pun hampir menyerupai si dia. Siapakah lelaki ini? Adakah dia jelmaan TJ yang amat dirindui?

“Ya?”

“Saya tadi yang nak berkenalan dengan awak. Nama saya Hary.”

Insyirah menyambut huluran salam lelaki itu. Tidak salah kalau setakat untuk berkawan. Fikirnya tanpa memikirkan akibat yang akan timbul di masa akan datang.

“Syirah! Syirah!”

Insyirah terkejut dari lamunannya. Pintu kamarnya diketuk kuat dari luar. Kepalanya masih berdenyut-denyut.
Sebaik pintu dibuka, Hary sudah tercegat di muka pintu dengan muka yang merah padam. Tidak dapat dipastikan samada disebabkan oleh cuaca yang panas di luar atau kerana sebab musabab yang lain.

“Awak kenapa? Awak okey ke?”

Hary membontoti Insyirah yang kembali duduk di birai katil sambil memicit-micit kepalanya. Entah mengapa dirasakan denyutan di kepalanya semakin teruk. Insyirah memejamkan mata beberapa saat sebelum menatap dalam wajah suaminya. Suami yang tertulis secara rasmi di atas kertas sahaja.

“Maaf Hary, Syirah tak masak.”

“Kenapa? Awak tak sihat ke?”

“Mungkin.”

“Tak apalah…nanti kita makan kat luar aje. Mama dan papa ke mana?”

“Syirah tidak tahu. Dia orang keluar tadi…mungkin pergi ofis agaknya.”

“Hari ini dia orang buat apa kat awak?”

Insyirah mengeleng-gelengkan kepalanya. Hari ini dia agak terselamat.

“Pelik. Apa sebabnya?” soal Hary kehairanan.

“Mungkin ada TJ kut, dia rasa malu. Lagipun tadi Syirah berbual-bual dengan TJ. Siram pokok bunga…”

“Sampai ada orang basah kuyup kan…” perli Hary selamba.

“Maaf Hary…awak tahu Syirah basah terkena air paip tadi? Macam mana awak tahu? Maafkan Syirah kalau Hary marah. Bukan disengajakan.” Insyirah memberikan penjelasan.

“Tak. Saya tak marah. Lain kali hati-hati. Mama call tadi, inform semuanya. Saya tahu dia nak buat saya marah. Tapi saya bukan bodoh. Tapi ingat Syirah, jaga tindakan kita kerana orang sekeliling sedang memasang perangkap untuk kenakan kita…”

“Apa maksud Hary? Syirah tak faham…”

“Lambat laun awak akan faham.”

Insyirah menyoroti langkah Hary ke tandas dengan anak mata. Rupa-rupanya Hary pulang sebentar hanya untuk memastikan yang isterinya selamat. Setelah keluar dari tandas, dia menyuruh Insyirah bersiap untuk keluar makan.

Ketika keluar dari bilik, mereka terserempak dengan TJ yang juga baru keluar dari bilik. Mungkin mahu keluar makan tengahari seperti mereka juga.

“Abang nak ke mana?”

“Keluar sekejap. Ada apa?” soal TJ sambil mengunci pintu biliknya.

“Kita orang nak pergi makan. Nak joint sekali?” pelawa Hary.

“Oh! Boleh juga. Jomlah…”

Insyirah terasa tidak sedap hati. Mengapa pula TJ mahu menyertai mereka? Tentu nanti dia berasa kekok di meja makan. Apa pula yang akan mereka bualkan. Janganlah dia buka rahsia lama mereka kerana Hary tidak tahu langsung hubungan yang pernah terjalin antara mereka sebelum ini.

Renungan TJ sebentar tadi seolah memberi jaminan bahawa dia tidak akan merosakkan makan tengahari mereka. Lega sedikit rasa hati Insyirah dengan isyarat yang diberikan oleh TJ.

Tengku Johan merenung Insyirah yang sedang mencuci pinggan di sinki. Biar hanya nampak bahagian belakang tubuh wanita itu tetapi cukup membu...
Unknown Jul 8, 2009
Oh! MyKarya!

Sepanjang hari minggu itu Kamelia menunggu kehadiran Ijol bagai menanti buah yang tidak gugur! Sudah beberapa kali dia terlelap dan terjaga semula sehingga malam menjemput tiba. Semua kerja yang dilakukan tidak menjadi hinggakan kakak iparnya asyik menjeling perlakuannya yang menyakitkan mata.

Begitu juga sewaktu di meja makan, nasi di pinggan ditenung umpama ianya boleh masuk ke mulut tanpa disuap. Abangnya yang menyedari akan hal tersebut setelah dimaklumkan oleh isterinya, menegur kelakuan Kamelia itu.

“Kau sakit ke, Mel? Gelisah aje abang tengok. Kalau sakit pergilah jumpa doktor.”

“Tak adalah bang. Saya okey aje, mana ada sakit.”

“Habis yang ditenung nasi tu, kenapa? Makan macam ayam berak kapur. Tersekat-sekat. Rimas abang tengok. Kakak kamu pun cakap, kamu asyik berkhayal masa tolong dia masak tadi. Ada masalah kat tempat kerja ke?” bersusun-susun soalan dari mulut abangnya.

Kamelia memandang kakak iparnya dengan wajah terkulat-kulat. ‘Busy body’ betul Kak Imah, asyik mengadu kerjanya. Namun omelan itu hanya terluah di dalam hati.

“Mana ada bang! Kak Imah tu pandai aje buat serkap jarang.”

“Jangan tipu, Mel. Abang pun tengok Melia dah macam orang lain.”

“Apa maksud abang?” soal Kamelia pantas.

“Macam apa tu orang cakap…sakit angau! Kut adik abang ni tengah dalam mood bercinta. Makan tak kenyang, tidur tak lena…cinta buatan siapa tu?” usik abang Imrannya tidak berputus asa.

Kamelia tidak tahu mahu membalas apa akan kata-kata usikan dari abangnya itu. Dia terus membawa pinggan ke sinki dan mencuci tangan. Abang dan kakaknya ketawa mengekeh melihatkan muka Kamelia yang merah padam. Malu lah tu…mungkin itu maksud tawa mereka.

***

‘Boringnya kalau hidup tanpa telefon. Macam mana aku boleh tertinggal telefon di pejabat.’

Seingat Kamelia pada petang Jumaat itu dia telah mengemaskan segala barang ke dalam beg tangannya. Kemudian dia menjawab telefon di meja sebelum masuk ke bilik Vice Presiden untuk berbincang tentang kawalan kewangan syarikat. Lebih kurang setengah jam kemudian dia keluar dan terus mencapai beg tangannya. Langsung tidak perasan bila masanya dia meletakkan telefon tersebut di dalam loker.

Apabila sampai di rumah barulah dia terperasan telefon bimbitnya tiada. Nasib baik dia sempat menelefon pejabatnya dan bercakap dengan Shila yang masih belum pulang. Dia meminta Shila menyimpankan telefonnya sehingga mereka bertemu di hari Isnin nanti.

Kesilapan terbesarnya adalah dia langsung tidak terfikir untuk menghafal nombor telefon Ijol. Akhirnya diri sendiri yang merana, seperti cacing kepanasan. Tetapi, apa pula alasan Ijol untuk tidak menemuinya?

‘Mungkin berjumpa dengan wanita lain?’
‘Mungkin Zureen menjadi penghalangnya?’
‘Adakah dia tidak sihat?’
‘Atau…mungkin dia terlibat dengan kemalangan?’

Segala kemungkinan membelenggu benak Kamelia, namun dia berdoa janganlah kejadian buruk menimpa Ijol, walau jauh di sudut hati dia menyimpan bebanan amarah yang bukan sedikit!

***

“Ini handphone Cik Melia, saya rasa baterinya dah habis. Saya pun tak perasan, tak buka handbeg pun masa kat rumah. Balik-balik aje anak dah merengek.”

“Tak apa, thanks sebab simpankan untuk saya. Tak tahu macam mana boleh terlupa bawa balik. Tapi saya yakin yang saya dah simpan dalam beg. Entahlah…”

“Dia ada kaki, kut…” usik Shila sambil tergelak.

Kamelia ikut tergelak mendengar usikan pembantunya itu. Dia segera mengecas telefonnya kerana ia alat perhubungan yang penting samada untuk tujuan personal ataupun kegunaan bidang kerjanya. Kadangkala pengarah syarikat akan menghubunginya untuk mengetahui perancangan unit kewangan di dalam tempoh tertentu.

Sebaik telefon bimbitnya diaktifkan, terdapat lebih 40 mesej belum dibaca, hampir 20 panggilan tidak berjawab dan ‘voicemail’nya juga hampir penuh. Kebanyakannya dari Ijol dan selebihnya dari ibunya.

Dia segera menelefon ibunya di Melaka bimbang sesuatu telah menimpa insan kesayangannya itu.

“Ibu call Melia kan. Maaflah bu, telefon tertinggal kat ofis. Naik kerja la ni baru Melia tahu ibu call. Ada apa hal, ibu?”

Kedengaran suara ibunya biasa sahaja, tidak sakit atau cemas bunyinya. Itupun sudah cukup membuatkan perasaan Kamelia menjadi lega.

“Ada orang hantar bunga kat Mel. Petang Jumaat dah sampai, ibu tak sempat nak call. Bila call hari Sabtu, tak dapat juga. Ibu ada call kat rumah abang Imran, masa tu Melia tidur. Jadi ibu ingat benda ni tak penting, ibu biarlah aje…”

‘Bunga? Dari siapa pula? Valentine ke? Dah lepas. Jangan-jangan salah hantar!’ Bisik Kamelia sendirian.

“Dari siapa ibu?”

“Nanti ibu bacakan namanya. Pelik aje bunyinya. Ijol…ke Kajol, tak kan Kojol kut, tak berapa jelas. Dakwatnya dah terkena air. Ada kawan kamu bunyi nama tu?”

Sebaik ibunya habis meneka-neka beberapa nama, Kamelia tergelak besar mendengarkan suara ibunya di corong telefon. Shila dan beberapa staf yang berdekatan dengan mejanya juga tertinjau-tinjau apa yang ditertawakan oleh Kamelia itu.

Kamelia masih menahan tawa dengan menutup mulutnya agar tidak kedengaran kuat. Dia merasa gelihati mendengarkan ibunya menyebut nama Ijol dengan pelbagai perkataan.

“Ibu…itu kawan Melia lah! Nama dia Ijol. Dia tulis apa ibu?”

“Ada ni… I’m sorry my dear. Siapa dia ni? Nama macam getah ojol aje. Tak berkenan betul ibu dengan nama budak-budak sekarang.”

“Ibu, nama aje buruk…tak glamour, tapi dia baik. Kawan Melia sejak sekolah menengah lagi.”

“Kamu berkawan jangan sebarangan, Melia. Jaga maruah diri kamu. Rasanya kamu tahu mana yang baik atau sebaliknya. Kalau dah ada yang berkenan, bawa jumpa ibu dengan ayah. Ingat tu.” Panjang lebar ibunya memesan.

Kamelia hanya tersenyum kelat mendengar nasihat ibunya dan setelah memberi salam dia mematikan talian. Kemudian, dia memeriksa setiap mesej yang dihantar oleh Ijol dengan hati yang berbelah bahagi antara rindu dan marah. Setelah membaca sebahagian mesej, baharulah dia tahu mengapa Ijol tidak dapat datang menemuinya. Rupa-rupanya Ijol terpaksa menghantar ibu dan bapanya melawat bapa Zureen yang ditimpa kemalangan. Memang sewajarnya anak lelaki mengutamakan keluarga dari sesiapa pun. Serta merta lenyap segala amarah dan dendam sebaliknya di dalam diam dia semakin mengagumi Ijol.

‘Nantilah aku call dia.’ Begitu Kamelia berfikiran memandangkan hari Isnin adalah hari yang cukup sibuk baginya.

Tidak lama kemudian Kamelia dan ketuanya menghadiri mesyuarat dengan pengarah dan pihak pengurusan atasan syarikat. Perbincangan demi meningkatkan prestasi syarikat sering diadakan dan memakan masa berberapa jam. Setelah selesai perbincangan mereka biasanya akan makan bersama-sama di hotel atau mana-mana restoran yang menghidangkan makanan tengahari yang lain dari kebiasaan.

Sewaktu hendak keluar bersama-sama dengan pengarah syarikat, Kamelia sempat menggamit Shila dan memaklumkan yang mereka tidak dapat makan bersama pada hari itu. Ketika melepasi pintu utama dia seperti perasan Shila melambai-lambai sambil menunjukkan telefon bimbitnya. Oleh kerana sudah kesuntukan masa dia mengisyaratkan agar Shila menyimpan sementara telefonnya.

“You nak order apa Melia? Masakan Itali kat sini semuanya sedap. Banyak juga yang I dah try. You nak cuba yang ini? Genovese Sos dengan Pasta. Okey, kita order sama-sama.” Qayyum yang merupakan Vice Presiden jabatannya seperti mengarahkan Kamelia mengikut seleranya.

Kamelia yang duduk bersebelahan dengan lelaki itu mengiyakan sahaja lagipun dia tidak berapa gemar dengan makanan Itali. Sesekali ketuanya itu mengajak berbual tentang topik yang diluar skop pekerjaannya, dan seperti biasa Kamelia malas melayani dengan bersungguh-sungguh. Sekadar berbasa basi.

“You main sukan apa? You minat bowling tak? Apa kata this weekend you join us to play this sport …” Qayyum secara tidak langsung mengajak Kamelia menyertai kumpulannya.

“I tak boleh. Ada family matter. Lagipun I tengah survey rumah, nak cari rumah sewa.”

Ops! Terlepas cakap mulut nih! Tak ada insurans betul! Rungut Kamelia kepada dirinya sendiri.

“You nak duduk sendiri ke? I think I know who want to rent their house, but…what is your budget? Double storey or single? Or you prefer condominium with large space?” pantas Qayyum memberi idea.

“Tak apa. I boleh cari sendiri. Lagipun I dah janji dengan Shila nak pergi dengan dia nanti. You tak payah susah-susahlah!” ujar Kamelia dengan suara yang diperlahankan kerana dia perasan sedari tadi tuan pengarahnya asyik menjeling.

Tanpa mengangkat muka, Kamelia menyuap makanan ke mulut. Walau makanan yang dipesan oleh Qayyum itu tidak kena dengan seleranya, di telan juga agar cepat selesai sesi makan tengahari itu. Saat ini dirasakan dirinya tidak berpijak di bumi nyata kerana beberapa pasang mata lelaki asyik memandang ke arahnya. Entah dari jabatan mana datangnya lelaki-lelaki miang ini!

***

“Huh! Lega aku dapat lari dari dia orang. Entah spesis apa macam tak pernah tengok orang!” bebel Kamelia kepada Shila.

“Cik Melia makan dengan dia orang semua? Memang cari nahas…dia orang tu memang macam tu. Dah tua buatlah cara orang tua, ini tidak…bukan Cik Melia saja yang kena. Semua perempuan cantik kat sini dia orang berebut-rebut nak pikat. Baik Cik Melia cepat-cepat kahwin.”

Kamelia ketawa mendengar cadangan mudah dari Shila agar terhindar dari gangguan lelaki-lelaki miang tersebut.

“Calonnya mana?” jawab Kamelia ringkas.

“Betul Cik Melia tak ada calon? Saya ada waiting list ni…”

“Saya bergurau aje. Tak mahulah orang punya waiting list. Saya pun ada!”

“Cik Melia orang cantik, mesti ramai berbaris nak berkenalan.”

“Mana ada. Saya bukan perempuan macam tu. Awak ni ke situ pulak.”

“Eh! Cik Melia…tadi saya terangkat call kat handphone. Yang call tu kata namanya Zulhariz. Itu ke calonnya?”

“Hah? Bila dia call? Apa dia tanya? Ada apa awak cakap saya ke mana?” suara Kamelia kedengaran cemas.

Shila pelik melihatkan tingkah ketuanya yang tiba-tiba berubah. Wajahnya kelihatan amat risau.

“Saya kata Cik Melia pergi makan dengan tuan pengarah. Silap ke?”

“Dia jawab apa?” desak Kamelia seakan tidak sabar.

“Dia tanya pengarah apa? So, saya katalah pengarah syarikat. Bila saya kata yang saya ni rakan sekerja Cik Melia, lagi dia terkejut. Saya salah cakap ke, Cik Melia? Maafkan saya kalau Cik Melia…”

Kamelia segera memotong.

“Habis saya Shila! Dia tak tahu saya dah bekerja. Memang saya nak inform dia, tapi belum masanya. Sekarang dia dah tahu. Mesti dia terasa! Kecil hati…”

“La…gitu rupanya. Mana saya tahu! Maafkan saya sekali lagi Cik Melia.”

“Tak apalah. Benda dah jadi.” Perlahan sahaja suara Kamelia menjawab.

***


“Aku bukan tak nak inform, tapi tak sempat. Semua kawan kita pun tak tahu.”

Klik!

‘Aik! Dia matikan telefon.’
‘Merajuk konon!’

“Dengar dulu aku nak cakap. Sekarang secara rasminya aku bagitahu yang aku dah kerja kat KL. Dekat sebulan dah…aku ingat bila dah confirm nanti aku nak buat surprise kat kau. Sekarang kau pulak surprise kan aku.”

Klik!

‘Ceh! Dia ‘off’ kan telefon lagi. Panjangnya merajuk. Buruk betul perangai orang lelaki kalau merajuk.’ Bebel Kamelia sambil merenung telefon bimbitnya.

“Hello sayang…you still there? Aku minta maaf okey…kau nak aku susun kata maaf tu berapa kali pun, aku sanggup. Tapi janganlah buat aku macam ni…”

“Panggil sekali lagi ayat yang awal tu…” akhirnya Ijol bersuara dengan suara yang ceria.

“Apa? Yang sayang tu?”

“Ha ah. Apa kata kau panggil aku ‘sayang’ mulai hari ini. Lembut sikit telinga aku dengar.”

“Tak sudi!”

“Apa kau cakap?”

“Tak nak!”

“Kau cakap sekali lagi…”

“Tak mahu!”

“Kau ni kalau cakap dengan aku macam cakap kat padang kawat. Cuba lembut sikit. Dulu memang kau garang, takkan dengan bakal suami pun masih nak garang lagi. Berlatih lah dari sekarang, tak lah lidah tu keras aje nanti.” Ijol mengekeh ketawa.

Kamelia terasa pula apabila Ijol mengungkit gelarannya ketika zaman persekolahan. Dia selalu kecil hati jika Ijol menggelarnya begitu. Keadaan menjadi sunyi tiba-tiba.

“Hello my dear…hello…”

“Ya.”

“My dear…nak merajuk pulak ke? Tak payahlah…kita ni pasangan veteran. Leceh kalau sana sini merajuk. Tadi abang acah aje tu…” lembut Ijol memujuk di hujung talian.

‘My dear? Abang? Wah! Perubahan drastik 360 darjah ni! Malunya nak mulakan…’

“My dear Melia…can we start all over again? From now onwards, call me abang, ABANG…okey?” Ijol mengeraskan suaranya ketika menyebut perkataan ‘abang’.

Di hujung talian Kamelia ketawa gelihati mendengarkan butir bicara yang keluar dari mulut Ijol. Tetapi, apa salahnya mencuba.

Sepanjang hari minggu itu Kamelia menunggu kehadiran Ijol bagai menanti buah yang tidak gugur! Sudah beberapa kali dia terlelap dan terjaga ...
Unknown Jul 1, 2009
Oh! MyKarya!

Ijol menggaru kepalanya yang tidak gatal. Musnah segala perancangannya untuk bertemu dengan Kamelia pada hujung minggu nanti. Walau baru sebulan tidak berjumpa dengan Kamelia, dia merasakan bagai telah bertahun tidak menatap wajah gadis itu. Memang sengaja dia bertindak drastik untuk menyakinkan Kamelia bahawa cintanya telah bulat untuknya. Sejak dari dahulu lagi dia memang memasang angan untuk memiliki gadis itu. Sekarang masanya telah tiba. Tetapi perkhabaran dari emaknya pagi tadi memusnahkan segala-galanya.

“Ijol tolong hantar emak ke Kota Tinggi hujung minggu nanti. Pak Cik kamu kemalangan kereta. Teruk juga dengarnya sampai berbalut simen kaki dia.” Emaknya berpesan ketika di meja makan.

“Tapi saya ada plan nak turun KL jumpa kawan.”

“Yang itu kawan, yang ini bapa saudara kamu. Kan kamu tahu bezakan…” emaknya berkata lembut sambil menuang Nescafe ke dalam cawan Ijol.

Tapi kawan yang ini nak buat isteri! Jeritnya di dalam hati.

“Apa menung lagi? Dekat pukul 8.00 tu, kamu tak kerja ke?” emaknya pula yang runsing melihatkan Ijol yang masih termenung menghadap sarapannya.

“Ya mak…nak pergilah ni.”

Ijol bangun menyalami emaknya, kemudian menyarung kasut dan menghidupkan kereta. Ketika enjin kereta belum panas, Mitsubishi Lancer berwarna putih itu telah meluncur laju membelah jalanraya.

***

“Kenapa dengan bos kau tu?” tanya Adalia apabila dilihatnya Ijol berjalan menonong masuk ke bilik tanpa menyapanya seperti selalu.

Zahari yang sedang duduk di sofa melopong mendengar bebelan dari mulut Adalia, setiausaha kepada Ijol. Biasanya awal-awal pagi begitu dia memang melepak di situ sementara menunggu surat atau dokumen dari jabatan-jabatan lain.

“Period agaknya!” jawab Adalia sendiri sambil tersenyum.

“Dia tu makhluk apa, kut boleh period?” balas Zahari seolah menyindir Adalia.

Walaupun Zulhariz kelihatan tegas, tetapi dia melayani semua stafnya dengan adil. Tiada yang terlebih atau terkurang. Jika seseorang melakukan kesilapan, dia akan memanggil individu terbabit menghadapnya, dibandingkan bos dari jabatan lain yang sering memarahi kakitangan bawahan tidak mengira tempat.

Adalia meneruskan kerjanya, tidak kuasa untuk memanjangkan perbincangan dengan Zahari kerana didapati budak pejabat itu menyebelahi Zulhariz.

Interkom di atas meja Adalia berbunyi.

“Ya Encik Hariz, nanti saya suruh dia masuk.”

Adalia membuat isyarat kepada Zahari yang bosnya itu memanggilnya masuk ke dalam. Zahari segera mengetuk pintu bilik Zulhariz.

“Masuk.”

Zahari terus duduk di hadapan Zulhariz tanpa dipelawa.

“Ada apa Encik Hariz?”

“Awak free pagi ini? Banyak dokumen nak hantar?”

“Tengah tunggu dokumen, Encik Hariz. Nak minta tolong ke?”

Macam tahu-tahu aje aku nak minta tolong! Ijol mengomel di dalam hati.

“Saya nak awak pergi ke kedai bunga, tolong hantar ke alamat ini.”

Zahari mencapai kertas yang bertulisan tangan daripada Zulhariz dan meneliti alamat yang tertera.

‘Melaka! Nak mati apa? Suruh aku hantar bunga ke Melaka? Naik motor pulak tu…alamat tanggal kaki aku mahunya.’ Dahi Zahari berkerut-kerut.

“Encik Hariz, takkan…”

“Tak boleh tolong ke? Nanti saya kasi duit minyak la..”

“Melaka ni bos! Jauh…”

‘Hah! Melaka? Lupa pulak aku Melia tinggal kat Melaka. Hish! Buat malu aje.’ Segera Ijol menarik kembali kertas tersebut dari tangan Zahari.

Dia merancang menghantar bunga kepada Kamelia sebagai permohonan awal maafnya kerana terpaksa membatalkan pertemuan mereka hujung minggu nanti. Setelah itu baharu dia menelefon menyampaikan salam kemaafan, begitu fikirannya membuat pertimbangan.

“Sepatutnya saya minta tolong dari Adalia, silap orang pulak.”

“Untuk siapa bos?”

“Kawan.”

“Kawan atau kekasih hati?” usik Zahari terhadap bosnya yang kacak itu, persis penyanyi Mawi gaya rambutnya.

Ijol tidak menjawab pertanyaan Zahari kerana baginya urusan kerja dan peribadi bukan semuanya boleh dikongsi dengan kakitangannya.

“Tolong panggilkan Adalia.”

“Okey bos!”

Tidak berapa lama kemudian Adalia masuk dengan membawa buku dan pen untuk mencatat sebarang arahan atau perbincangan dengan bosnya itu.

“Ya Encik Hariz…”

“Awak tolong contact kedai bunga kat Melaka, minta tolong hantar ke alamat ini. Saya nak bunga ros dengan bunga Lily, dalam lima tangkai untuk setiap bunga. Letak nama saya sekali.”

Ijol menyerahkan kertas bertulisan tangan itu kepada Adalia.

“Siapa yang meninggal, bos?” laju sahaja Adalia bertanya.

“What? Apa pulak awak cakap macam itu?” mata Ijol mencerlung memandang Adalia.

“Biasanya bunga Lily untuk orang yang ada kematian, kesedihan…”

“Mana awak tahu?”

“Tengok cerita mat saleh kat TV. He…he…” Adalia mengekeh sebaik habis memberikan pendapatnya.

“Awak ni…itu aje pengetahuan awak pasal bunga?”

Adalia ketawa lagi apabila Zulhariz mempersoalkan sumber maklumatnya. Dia sabar menunggu bunga apa yang hendak dikirimkan oleh bosnya itu.

“Susah-susah, tukar bunga tahi ayamlah bos!”

Ha! Ha! Ha! Ijol ketawa besar mendengar cadangan dari setiausahanya itu. Loyar buruk pulak budak ini!


“Awak suruh ajelah dia pilihkan untuk orang yang istimewa, yang bermaksud ‘I’m sorry, my dear’…”

‘My dear? Oh! Girlfriend kut…; Adalia tersengih-sengih ketika mencatat pesanan tersebut.

“Kenapa awak tersengih?”

“Gelihati bos.”

“Kenapa?”

“Bos tengah bercinta, ya?”

“Itu rahsia kerajaan. Awak tak boleh tahu!”

“Okey bos. Ini saja?”

“Ya. Hari ini hantar tau.”

Adalia berlalu dari bilik Ijol dengan buku dan pen di tangan. Dia perlu segera menghubungi mana-mana kedai bunga sebelum pukul 11.00 pagi. Bimbang jika terlewat penghantaran tidak boleh di buat pada hari yang sama.

***

Aini ketawa terbahak-bahak ketika Adalia menyampaikan cerita perihal Ijol yang memintanya menghantar bunga kepada seseorang di Melaka. Dia pasti tentulah Kamelia orang yang dimaksudkan. Kalau benar tekaannya, dia amat bersyukur kerana cinta ‘budak gila’ dan ‘minah garang’ itu bakal bersatu akhirnya.

“Ada dia nak bagi bunga Lily pada girlfriend dia. So, aku cadangkan bagi aje bunga tahi ayam!”

Aini dan Adalia ketawa lagi. Makanan di pinggan masih belum habis. Bercerita pasal bos yang bujang itu lebih menyeronokkan. Aini sebenarnya tahu sedikit demi sedikit perkembangan kedua pasangan musuh tersebut. Itupun jika Kamelia bercerita kepadanya. Namun semenjak kebelakangan gadis itu sudah jarang menelefon. Mungkin sibuk membantu menguruskan perniagaan butik pengantin ibunya.

“Kau risiklah siapa girlfriend dia, Aini.”

Aini menguntum senyum kerana jawapan sudah menerawang di mindanya. Namun dia tiada hak untuk mengisytiharkan. Biarlah Ijol sendiri yang akan memberitahu kepada rakan-rakan mereka nanti.
“Nanti aku tanya dia. Itupun kalau dia nak jawab.”

Adalia mengangguk seperti percaya kepada tindakan seterusnya yang bakal dilakukan oleh Aini.

Menjelang 2.00 petang mereka kembali ke pejabat. Di waktu begini biasanya mereka terus ke surau di tingkat dua menunaikan solat Zohor sebelum meneruskan kerja yang tergendala.

Ketika menuju ke surau, Aini berpapasan dengan Ijol yang sudah menunaikan rukun Islam kedua itu. Wajahnya kelihatan tidak ceria seperti selalu. Dia tidak jadi hendak menegur kerana dilihatnya Ijol seperti mahu cepat sahaja. Segera dia teringat perbualannya dengan Adalia sewaktu makan tadi iaitu Ijol mengirimkan bunga tanda kemaafan. Apakah dia sedang berkrisis dengan Kamelia?

Fikiran Aini mati setakat itu kerana dia perlu segera bersolat dan memulakan kerjanya.

***

Sepanjang memandu ke Kota Tinggi pada pagi minggu itu fikiran Ijol tidak tenteram. Semenjak dari malam tadi dia cuba menghubungi Kamelia tetapi talian tidak dapat disambungkan. Berbelas SMS dikirim, juga tiada jawapan. Inilah masalahnya jika menggunakan telefon bimbit, kekadang di kawasan tertentu tiada liputan.

Akibatnya sepanjang memandu dia asyik menguap kerana tidak cukup tidur. Hampir jam 4.00 pagi barulah matanya terlelap sendiri dan dibangunkan oleh emaknya pada pukul 6.30 pagi untuk solat subuh. Kemudian dia menyambung merngirimkan SMS kepada Kamelia tetapi masih tiada jawapan.

“Kenapa kamu mengantuk sangat abah tengok…apa kamu tak tidur malam tadi?”
Abahnya menegur.

“Tidur sekejap je, bah.”

“Kenapa? Apa yang kamu risaukan. Biasanya orang yang ada masalah negara aje yang duduk salah, berdiri salah. Abah tengok kamu jadi menteri pun tidak, ini apa yang dok risau begitu?” pandai pula abahnya berceramah.

Ijol tersenyum kelat, terasa benar sindiran tajam abahnya itu. Dia menjeling emaknya yang duduk di belakang melalui cermin kereta. Emaknya turut tersengih mendengar si suami membebel.

“Atau…kamu tengah sakit cinta. Dulu kamu pun ada masalah kat pejabat, tapi tak teruk sampai macam ini. Masih boleh tidur pulak tu…sampai polis datang rumah cari kau. Ingat kau dah buat kes…menakutkan kita orang aje.”

Apa abah melalut sampai ke sana pula. Dicungkilnya kisah tahun lepas dimana penyelewengan berlaku di syarikat tempat dia bekerja. Pihak polis memerlukan keterangan daripadanya mengenai kehilangan bahan binaan dari stor syarikat yang bernilai ratusan ribu ringgit. Ijol yang merupakan pengurus bahagian jualan pun terpaksa terlibat sama. Sehingga sekarang kes tersebut masih belum selesai, entahkan dapat ditemui si pencurinya atau tidak, dia sudah tidak mahu ambil pusing.

“Kamu tak terniat nak kahwin ke Ijol?” abahnya ke situ pula fikirannya.

Ijol diam sahaja. Tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai perkara tersebut kerana memang fikirannya sedang risau tentang si buah hati pengarang jantung nun di bandaraya bersejarah.

“Kamu ni jantan ke tidak? Satu anak dara pun kamu tak boleh ngurat?” tambah abahnya lagi.

Si abah kalau bercakap tidak boleh berhenti, mungkin sengaja untuk menghilangkan rasa mengantuk si anak. Ijol pula yang berasa rimas. Entah apa lagi selepas ini yang menjadi bebelannya. Emaknya di belakang telah terlena, mungkin merdu sangat mendengar suara si suami membebel!

“Susah-susah, kamu kahwin aje dengan si Zureen. Budak tu pun tak lama lagi nak habis belajar. Kahwin sepupu apa salahnya, dah tentu tahu emak bapaknya. Dia pun abah tengok rajin nyakat kamu, nak bermanja…budak tak ada abang.”

Mendengar nama Zureen disebut dia jadi geli geleman. ‘Anak dara miang itu abahnya kata rajin? Abah dah buta ke? Dia tu pemalas nak mampus! Suka keluar masuk bilik orang seuka hati…kemudian asyik berseluar pendek dalam rumah. Sepatutnya dia yang belajar di kolej Islam, lebih keislaman, ini tidak. Bukannya tahu menutup aurat kalau keluar rumah. Hish! Bagi percuma pun aku tak mahu!’

“Kamu diam tu tanda setuju lah.”

“Apa bah? Setuju? Lebih baik saya terjun lombong dari kahwin dengan Zureen…”

“Hah! Kalau gitu cari wanita yang baik untuk dijadikan isteri. Bawa jumpa kami, kahwin lambat tak elok…banyak dugaannya. Kepala asyik fikir nak buat maksiat aje. Syaitan suka goda, lagi-lagi orang muda macam kau. Tadi saja abah provoke kau…abah pun tak mahu kalau kamu dengan Zureen…”

Apa? Provoke? Pandai pula abah nak kenakan aku. Ee..geram betul dengan orang tua ini. Tetapi di sudut hati Ijol amat menyayangi emak dan abahnya itu.

***

“Suami kamu dah elok sikit tu nampaknya. Cuma kena jaga makan minumnya, jangan minum yang sejuk-sejuk. Nanti bisa pula bekas simen tu. Berapa lama dapat cuti dari kilang?”

“Entahlah kak, orang dari kilang pun tak ada yang datang menjenguk. Nanti saya minta tolong kawannya sampaikan surat dari hospital. Baru boleh tahu dapat cuti berapa hari.”

Ijol hanya menyandar di kerusi rotan yang sudah agak buruk di ruang tamu. Namun dia masih dapat mencuri dengar perbualan emak dengan adiknya itu. Mak cik Suhaila adalah adik emaknya yang ketiga dan ibu kepada Zureen. Mak Cik Suhaila mempunyai lima orang anak iaitu empat lelaki dan Zureen satu-satunya anak perempuan mereka. Zureen merupakan anak sulung di dalam keluarga dan empat orang adik lelakinya masih belajar.

“Takkan lah teruk macam itu cuti beberapa hari aje? Makan berbulan tu, Su…baru elok lukanya.”

“Kalau tak kerja, tak ada duitlah kami. Dulu banyak duit joli katak, sekarang baru padan muka dia!” Suhaila meluahkan perasaan geramnya kepada kakaknya itu.

Suaminya hanya seorang pengawal keselamatan di kilang elektronik di daerah Kota Tinggi, pendapatannya amat sedikit dibandingkan dengan tanggungan yang besar. Suhaila hanya mengambil upah menjaga anak orang yang dibayar RM300.00 untuk dua orang anak.

Melihat keadaan keluarga mak ciknya itu menimbulkan belas di hati Ijol sehingga dia bersyukur tidak terhingga ke hadrat Illahi ke atas kesenangan yang dilimpahkan ke atas mereka sekeluarga.

Sewaktu menyalami Mak Cik Suhaila untuk pulang, Ijol sempat menitipkan wang belanja untuk mereka sekeluarga. Ini masa mereka, entahkan esok lusa masa aku pula. Begitu Ijol bermuhasabah di dalam diri.

***

“Abang, kenapa tak bagitahu ayah Zureen accident. Zureen nak balik! Zureen nak balik!”

Entah dari mana dia dapat tahu ayahnya kemalangan, petang itu sebaik sampai di rumahnya, Ijol mendapat panggilan daripada Zureen. Di hujung talian gadis itu menangis-nangis macam anak kecil. Ayahnya pun dah elok, apa nak di tangiskan. Terlebih pulak manjanya! Menyampah! Omel Ijol di dalam hati.

“Ayah Zureen dah okey. Abang baru aje balik dari sana tadi. Cuma kaki dia kena simen, kena rehat lebih. Jangan risaulah. Awak kan dah nak final exam. Pay full attention on your examination.” Ijol bersuara tegas.

Biarpun tidak suka dengan perangai mengada-ngada Zureen, Ijol tetap berpura-pura memberi perhatian dan semangat. Bukannya berdosa pun, cuma tidaklah dia mendapat pahala ikhlas.

Usai solat Asar dia membelek lagi telefonnya. Tiada panggilan tidak di jawab atau pesanan dari Kamelia. ‘Uhh! Apa dah jadi dengan dia ni? Rasanya aku nak terbang ke KL sekarang juga. Tetapi, masihkah dia di rumah abangnya? Atau telah balik ke Melaka? Tidakkah dia menerima jambangan bunga dari aku? Ceh! Baru nak romantis sikit, dah jadi macam ni.’

Akhirnya Ijol tertidur kerana kepenatan pulang dari Kota Tinggi di tambah dengan ‘kehilangan’ Kamelia semenjak semalam.

Ijol menggaru kepalanya yang tidak gatal. Musnah segala perancangannya untuk bertemu dengan Kamelia pada hujung minggu nanti. Walau baru seb...
Unknown Jun 26, 2009
Oh! MyKarya!

Tengku Johan tidak habis fikir mengapa nasib dirinya sedemikian rupa. Mengapa mesti diketemukan dengan kekasih hati di dalam rumahnya. Yang paling menghancur lumatkan hatinya adalah status mereka bertukar daripada kekasih kepada adik ipar! Mengapa jadi begitu? Dimanakah keadilan untuk dirinya, hak sebagai kekasih telah tidak diiktiraf. Hati siapa yang tegar untuk mendepani dugaan maha berat ini.

Ya Tuhan…berikanlah aku kekuatan. Entah berapa ratus kali Tengku Johan memujuk hati untuk menerima kenyataan tersebut.

Masih terbayang-bayang wajah Insyirah yang pucat lesi dek bertembung dengannya ketika di dapur. Nyaris terjatuh gelas di tangan yang penuh dengan jus limau. Waktu itu kedua orang tuanya sedang menonton televisyen di ruang depan rumah banglo setingkat itu.

“Macam mana you boleh ada kat sini?”

“You pulak?”

Soalan demi soalan tiada jawapan kerana Tengku Johan a.k.a TJ mahupun Insyirah saling berbalas soalan. Akhirnya kenyataan yang memeritkan terungkai.

“I dah kahwin. Dengan Tengku Johary.”

Biarpun pendek ayat dituturkan namun cukup menyesakkan dada TJ. Bila adiknya berkahwin pun, dia tidak diberitahu. Memang benar dirinya berada di luar negara melanjutkan pelajaran, tetapi takkanlah ibu bapanya sekejam itu meminggirkan dirinya sebagai anak sulung di dalam keluarga.

Tanpa menunggu lama dia mendapatkan Tengku Zaman dan Tengku Zawiyah di ruang depan. Dia akan memohon penjelasan mengenai perkara itu. Mesti! Jika tidak hatinya jadi tidak keruan dan sebarang tanda tanya hanya akan memburukkan keadaan.

“Ma, Pa…saya nak tanya sikit.”

TJ merenung muka ibu bapanya menahan amarah dan geram yang sedang memuncak. Namun demi baki hormat yang masih bersisa, dia menahan rasa itu sehingga kedengaran nafasnya turun naik dengan laju.

“Kenapa dengan kamu, TJ? Teruk benar rupa kamu papa tengok.”

“Papa, benarkah Hary dah berkahwin? Kenapa tak bagitahu saya? Sebagai anak, saya rasa hak saya diketepikan.”

Meluncur deras ayat-ayat tersebut dari mulut TJ tanpa sempat bapanya menyampuk. Dilihat anak bujangnya berwajah merah padam walau hanya dipancar cahaya lampu dinding yang agak malap.

Tengku Zaman memandang isterinya, kemudian Tengku Zawiyah membalas pandangan suaminya dengan aksi yang terkejut. Sebenarnya memang mereka sengaja merahsiakan perkara itu kerana perkahwinan tidak dijalankan secara besar-besaran. Mereka hanya menikahkan sahaja Tengku Johary dengan Insyirah kerana telah berlaku perkara aib yang cukup memalukan keluarga. Apatah keluarga kecil mereka memang dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Apabila terjadi ‘perkara aib’ itu, mereka sekeluarga berasa amat malu.

“Apa yang mereka dah buat?”

“Entahlah…”

Begitu berat penanggungan yang terpaksa dihadapi oleh mereka sehingga untuk meluah kata pun umpama meredah bara api.

“Kamu tanyalah adik kamu sendiri.” Ujar Tengku Zaman mengakhiri perbualan.

Tengku Zaman mengangkat punggung lalu masuk ke kamarnya diikuti oleh Tengku Zawiyah. Belum pun habis TJ mahu mengajukan soalan demi soalan yang bertimbun-timbun di kepala. Kelibat Hary pun tidak kelihatan semenjak dia pulang dari luar negara dua hari lepas. Kemanakah adiknya itu. Mengapa tidak dibawa sekali isterinya itu?

Mana pula Insyirah pergi? Bukankah tadi dia di dapur? TJ meninjau ke ruang dapur, namun bayang Insyirah tidak kelihatan. Mungkin dia telah masuk ke kamarnya juga, sama seperti ayah dan ibunya.

Mengapa orang di rumah ini berkelakuan aneh? Seperti menyembunyikan sesuatu dari aku? Adakah tiga tahun terlalu lama hinggakan masa telah merampas segala keceriaan mereka sekeluarga? Semakin pusing kepala dek memikirkan perkara-perkara yang timbul setelah kepulangannya. TJ mengeluh panjang akhirnya.

***

“Eh! Bila engkau balik, tak ada ribut, tak ada angin…tiba-tiba dah muncul kat depan aku. Kau macam ada ilmu ghaib tau.”

Ahmad Zahid tidak menyangka sahabat sepermainannya telah kembali ke tanahair. Pelik pula memikirkan apabila Tengku zaman tidak membuat majlis menyambut kepulangan anak sulungnya itu. Tidak seperti kebiasaan keluarga bangsawan itu yang gemar berparti dan membuat pengumuman tentang sesuatu majlis.

“Aku baru aje dua hari sampai. Tak boleh duduk rumah lama-lama. Panas. Aku rasa semua orang berperangai pelik. Kau tak rasa ke?”

Ahmad Zahid ketawa mendengar pertanyaan dari TJ. Pelik? Rasa macam biasa sahaja, lagipun dia tidak rapat dengan keluarga bangsawan itu, hanya dengan TJ sahaja yang dia sesuai berkawan. Tengku Johary pun tidak angkat muka dengannya apabila mereka terserempak dimana-mana.

“Pelik? Mana ada. Kau kut yang pelik. ‘Jet leg’ lagi…cuba berehat seminggu dua. Kau akan rasa fresh sikit.”

Benar nasihat yang diusulkan oleh Ahmad Zahid itu. Pada fikiran TJ mungkin dia yang masih keletihan dan memerlukan cukup rehat bagi menangani segala persoalan yang membebankan fikirannya.

“Kau ingat Insyirah?”

“Syirah awek kau tu?

“Hm…”

“Mestilah ingat…siapa tak ingat dengan gadis menawan macam dia.”

“Kau tahu sekarang dia kat mana?”

“Mana lah aku tahu. Kau dah loss contact dengan dia ke?”

“Kau nak tahu?”

Ahmad Zahid mengangguk laju.

“Dia ada kat rumah aku!”

Ahmad zahid terkejut mendengar butiran kata yang terkeluar dari mulut TJ. Buat apa kat rumah TJ. Bukankah mereka belum berkahwin?

“Dia dah kahwin.”

Tambah pelik Ahmad Zahid dengan pengakuan yang keluar dari mulut TJ. Bila pula TJ berkahwin dengan Insyirah?

“Tapi bukan dengan aku.”

Kalau bukan dengan dia, takkan dengan ayahnya? Tidak mungkin! Betul-betul berserabut kepala dibuatnya.

“Dengan Tengku Johary.”

“Hah?”
“Ya.”

“Kau biar betul! Tak ada majlis besar-besaran pun.”

“Aku pun terkejut macam nak pengsan masa nampak dia kat rumah semalam.”

Patutlah dia berpendapat semua orang bertingkah pelik. Rupa-rupanya memang benar. Seperti ada sesuatu yang telah melanda keluarga itu. Mungkin itu lah sebabnya pak Engku tidak membuat sambutan besar-besaran perkahwinan Tengku Johary.

Tengku Johan tidak habis fikir mengapa nasib dirinya sedemikian rupa. Mengapa mesti diketemukan dengan kekasih hati di dalam rumahnya. Yang ...
Unknown Jun 24, 2009
Oh! MyKarya!

Telah hampir tiga minggu Kamelia menjalankan tugasnya di syarikat telekomunikasi terkenal itu. Namun begitu hanya beberapa kerat kakitangan sahaja yang baru dikenali, itu pun yang satu jabatan dengannya. Keadaan ibu pejabat yang besar dan mempunyai banyak jabatan itu memang memerlukan sedikit masa untuk saling mengenali antara satu sama lain.

“Cik Melia okey ke kerja kat sini?” tanya pembantunya yang dikenali sebagai Shila.

“Belum sampai sebulan, semuanya nampak macam ok.”

“Serasi?”

Apa yang dimaksudkan dengan serasi itu? Kamelia memandang Shila dengan ekor mata, mengharapkan penjelasan.

“Maksud saya, suasana kerja…bosnya?”

“Biasa saja.”

Kamelia menjawab ringkas. Dia ada kerja yang perlu dilakukan, jadi tidak mahu memanjangkan bicara dengan pembantunya itu. Shila yang faham isyarat yang ditunjukkan oleh Kamelia beredar ke tempatnya.

Kamelia menjeling kalendar meja yang terletak berdekatan komputernya dan sekadar melihat sekali lalu pada tarikh-tarikh penting untuk bulan tersebut. Semuanya berkaitan dengan kursus dan mesyuarat yang perlu dihadiri. Tiada satu pun yang bersifat personal. Cuma, yang masih membebankan fikirannya hingga saat ini adalah dia belum berterus terang dengan rakan-rakannya yang dia telah bekerja di KL. Jika mereka mendapat berita ini daripada orang lain, pasti perang dingin akan meletus. Bukankah telah berjanji bahawa tiada rahsia antara mereka.

Kelmarin ketika Aini menelefon bertanya khabar pun mulutnya bagai berat untuk memberitahu bahawa dirinya telah bekerja, bukan lagi seorang penganggur terhormat. Baiti juga ada mengirimkan SMS yang dia sudah bekerja di JB, berdekatan dengan pejabat suaminya.

Kamelia terkejut ketika telefon bimbitnya berdering, nyaris terjatuh pen yang di tangan. Shila yang perasan perlakuan ketuanya itu tersenyum sambil menunduk, ditakuti nanti Kamelia berkecil hati kerana ditertawakan.

“Aku banyak kerja, jangan call sekarang boleh tak.”

“Hai…penganggur terhormat pun banyak kerja. Kau tolong emak kau buat apa? Macam rahsia sangat, aku call pun nak kena pilih time.”

Kamelia baru tersedar yang dia tersilap cakap sebentar tadi lalu menimbulkan keraguan di benak Ijol.

“A…a…aku tolong buat gubahan.” Kamelia terpaksa menipu.

“Melia…kalau nak tipu pun, pandai-pandailah. Cakap pun tergagap-gagap. Tiap kali aku call kau asyik buat gubahan aje, kali ini siapa pulak nak kahwin?”

Apa aku nak jawab ni?

“Aku!”

“Hah?! Apa? Kau nak kahwin? Aku belum masuk meminang, macam mana kau boleh kahwin.”

Ha! Ha! Ha! Lawak betul mendengar suara Ijol yang terkejut badak mendengar pengakuannya. Kamelia menutup mulut menahan tawa.

“Tak. Anak kawan emak aku yang nak kahwin.”

Bohong sunat! Padahal Kamelia sedang menatap komputer di pejabatnya yang berhawa dingin.

“Nasib baik. Fuh! Turun balik darah aku. Kejap tadi aku terkena high blood pressure. Hujung minggu ni kau ada kat rumah?”

“Tak ada. Aku pergi rumah abang aku kat KL.”

“Kalau macam tu aku turun KL, kita jumpa. Dah lama tak jumpa kau. Rindu!”

Rindu? Aku pun sama sebenarnya tetapi mana boleh tunjuk lebih-lebih. Kamelia berkata kepada dirinya sendiri.

“Kan kau dengar suara aku hari-hari, sama juga.”

“Suara tak boleh di pegang. Kalau jumpa kau boleh pegang-pegang! Ha…ha…”

Di hujung talian kedengaran Ijol ketawa besar.

“Gatal! Sudahlah…malas aku layan kau.”

“Melia…” lembutnya suara membuai rasa.

“Saya.”

“Kita kahwin nak.”

“Aku belum bersedia. Lagipun…aku takut nak kahwin dengan kau.”

“Kenapa?!” besar tanda soal di kepala Ijol.

“Aku takut kau buli aku lagi.”

“Ha…ha…ha…kau ni kelakarlah.”

Berbual-bual dengan Ijol tidak terasa masa berlalu begitu cepat. Usikan lelaki itu menggamit kenangan manis dan mengundang rindu yang bukan sedikit. Tidak sabar pula untuk menanti hujung minggu menjelma.

Kelihatan Shila menggamitnya mengajak keluar makan tengahari bersama. Kamelia membuat isyarat tangan agar menunggunya sebentar.

“Aku nak keluar. Nak makan. Aku call kau nanti.”

“Makan kat rumah tak boleh ke? Emak kau tak masak?”

Ops! Tersilap lagi. Kena ‘cover’ ni…

“Lupa nak cakap tadi, emak aku keluar belum balik sampai sekarang. Ok lah Ijol, aku nak cepat. Bye.”

Kamelia cepat-cepat menekan butang ‘off’ sebelum Ijol mula membebel yang bukan-bukan.

***

“Cik Melia berbual dengan pak we ya tadi, bukan main gembira.”

Kamelia hanya tersenyum tanpa menjawab, tidak mengiya atau menidakkan. Biarlah Shila membuat tafsirannya sendiri.

“Awak dah berkahwin, Shila?”

“Sudah Cik Melia. Anak seorang. Lelaki.”

“Seronok tak berkahwin dan ada anak?” soal Kamelia sambil menghabiskan sisa makanannya di pinggan.

“Seronok. Kita penat balik kerja ada orang temankan, ada anak yang hiburkan hati kita. Hilang terus penat. Cik Melia tak nak kahwin?”

Shila berpendapat ketuanya itu pasti telah berusia lewat dua puluhan berdasarkan tempoh pengajiannya yang panjang termasuk membuat Masters di UK. Namun, bagi wanita berkerjaya dan berperawakan menarik, tidak sukar bagi Kamelia untuk menawan hati lelaki. Begitu Shila menelah.

“Belum masanya. Saya ada target yang nak dicapai sebelum berumahtangga.”

“Target pun boleh dicapai walau kita dah kahwin, Cik Melia. Lebih-lebih jika dapat suami yang mempunyai cita-cita yang sama. Macam husband saya, bila dah dapat anak satu baru terfikir nak sambung study.”

“Jadi husband awak sambung study kat mana?”

“Kat sini aje, Universiti Malaya.”

“Dia ambil course apa?”

“Pendidikan. Dia pun mengajar, jadi ambil separuh masa punya. Habis kerja berkejar ke UM pulak.”

“Baguslah macam tu. Yang penting saling menyokong antara awak dan suami.”

Shila mengangguk tanda memahami maksud ketuanya itu.

***

Malam itu ketika menonton televisyen Kamelia dikejutkan dengan satu panggilan dari seseorang. Panggilan jauh dari Jakarta. Sewaktu dia bangun untuk menjawab panggilan tersebut, kakak ipar dan abangnya menjeling. Ini mesti panggilan istimewa, kalau tidak mengapa berkalih tempat.

“Adik awak tu bukannya muda lagi, suruh kahwin bukan main liat.”

“Biarlah dia enjoy dulu. Kan dia baru habis belajar. Esok lusa kahwinlah tu.” Jawab suaminya tersenyum.

“Rugi bang kahwin lewat, kita dah tua anak-anak kecil lagi.”

“Tua pun tak kan sampai bertongkat…tahulah dia nak atur hidup dia.” Si suami membela adik kandungnya.

Kamelia duduk kembali di sofa lembut yang dibeli oleh abangnya dari gedung perabot terkenal. Sambil itu matanya menjeling sekilas kepada abang dan kakaknya yang sama-sama sedang menonton televisyen.

“Bincang pasal apa tadi?”

“Pasal Mel lah…” abangnya mengusik.

“Kenapa pula?”

“Nak carikan jodoh untuk Melia!” kakak iparnya juga tersenyum-senyum.

“Tak nak lah!”

“Melia dah ada boyfriend ke? Kenalkan lah pada kita orang…nak tengok juga orangnya.” Abangnya semakin bersemangat.

“Boyfriend banyak. Tengah pilih-pilih.” Balas Kamelia selamba.

Abang dan kakaknya terkejut mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut Kamelia. Tetapi sebaik melihat wajah Kamelia yang tidak serius sewaktu memberikan jawapan, mereka turut berlagak selamba. Ada-ada saja si Melia ni; getus abangnya seraya melemparkan renungan tajam.

***

“Hardy call aku tadi.”

“Dia nak apa?”

“Saja bertanya khabar. Dia dah balik Indonesia. Satu semester pengajian dia tangguhkan sebab ayahnya sakit tenat. Sekarang dia tolong jaga ayahnya kat hospital. Kakak dan abangnya semua dah berkeluarga, jadi dia terpaksa korbankan dulu kuliahnya.”

“Oh…kut-kut dia rindu kat kau.” Usik Baiti.

“Kau ni pandai aje… dari dulu asyik nak gandingkan aku dengan dia.”

“Habis kau tu yang memilih sangat. Ada orang nak, kau jual mahal.”

“Mana ada. Dah hati tak suka.”

“Eh! Aku tengok si Ijol tu dengan kau memang serasi. Susah-susah kau ambil aje dia jadi suami. Kau orang bukan muda lagi. Lagipun Zek kata Ijol dan kau dulu selalu bergaduh. Ala…gaduh-gaduh sayang aje tu. Dulu benci, sekarang suka…”

“Dulu masa zaman persekolahan dia dengan aku selalu bergaduh. Aini dengan Zek yang jadi orang tengah. Dia kata aku minah garang, aku pulak gelar dia budak gila. Sekarang ni, tak tahu nak cakap. Bila dah lama terpisah, rindu-rinduan pulak. Aku dulu memang minat maut kat dia…itu dulu.”

“Sekarang macam mana. Ada dia cakap apa-apa?”

“Itu yang aku nak cakap dengan kau. La ni terbalik pulak. Masa jumpa balik kat Angsana dulu, dia terus ajak aku bertunang. Terkejut beruk aku. Kau tahulah…tiba-tiba macam tu, siapa yang nak. Entah bila dia suka kat aku, aku pun tak tahu.” Kamelia berterus terang.

Aku tahu, kami semua tahu, Melia! Cuma kami rahsiakan dari kamu! Ayat-ayat tersebut hanya menerawang di minda Baiti, tidak terluahkan.

“Aku rasa memang betul dia suka kat kau. Zek pun ada cerita yang sejak loss contact, segala usaha dia buat untuk cari kau. Bila kau kat UKM dia dah start keep track kau…aku pun tak tahu dari mana dia dapat maklumat tentang kau. Aku rasa kawan kau Aini yang banyak tolong dia.”

Begitu rupanya, bermakna aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dalam gelap malam Kamelia tersengih sendirian. Harap tidur malamnya bermimpikan sang rajuna hati.

***

Pukul dua pagi tidur Kamelia dikejutkan dengan bunyi SMS masuk. Bukan sekali malahan melebihi empat kali.

Siapa pulak malam-malam buta hantar SMS ni! Bebelnya sambil meraba telefon bimbitnya yang diletakkan di kepala katil.

‘5 SMS tidak berjawab’

Kamelia membuka peti simpanan mesej dan membacanya satu persatu.

‘Papa aku dah pass away’
‘Aku sedih sangat. Sedih…’
‘Berikan aku kekuatan, Melia.’
‘Melia…aku perlukan seseorang’
‘Moga kamu boleh tolong aku’

Kesemuanya khidmat pesanan ringkas dari Hardy di Jakarta. Membayangkan kesedihan yang tidak tertanggung dek kehilangan orang tersayang. Kamelia segera menghadiahkan al-Fatihah untuk arwahnya dan segera membalas SMS tersebut.

‘Takziah buat kamu sekeluarga. Semoga kamu kuat hadapi dugaan ini. Jika perlukan pertolongan, aku sedia membantu.’

Cukup satu SMS yang dikirim oleh Kamelia kerana baginya kata-kata semangat yang positif dapat menenangkan hati yang sedih. Kemudian Kamelia menyambung tidurnya yang terganggu.

Telah hampir tiga minggu Kamelia menjalankan tugasnya di syarikat telekomunikasi terkenal itu. Namun begitu hanya beberapa kerat kakitangan ...
Unknown Jun 23, 2009
Oh! MyKarya!

Kamelia berjanji dengan Baiti bahawa dia pasti datang pada hari bersejarahnya nanti. Gadis Batu Pahat itu begitu gembira mendengarkan pengakuan dari Kamelia. Hampir sebulan berpisah, tidak sabar rasanya untuk bersenda gurau dengan gadis Melaka itu.

“Persiapan semua okey? Apa tema kau untuk wedding nanti?”

“Gardens wedding.”

“Mak oi…banyak kos tu, Baiti. Mesti tunang kau karung besor…” Kamelia bergurau.

“Biasa aje. Rumah aku kan banyak pokok bunga, gardens wedding lah tu. Aku bukan kahwin dengan jutawan. Dia anak pekebun kecil macam aku. Pipit mesti kahwin dengan pipit.” Baiti berfalsafah.

“Ala…yang penting rukun nikah kahwin tu kita penuhi. Yang lain hanya sebagai perhiasan. Kalau cantik orang puji, kalau buruk orang kutuk.” Kamelia menambah.

“Nanti datang dengan siapa?”

“Sorang. Ibu aku ada jemputan kat sini.”

“Tak bawa ‘seseorang’…?” Baiti meneka.

“Seseorang apa? Mana ada. Aku single mingle…tak macam kau, tengah belajar dah ada orang tunggu.”

“Nanti jumpa lah. Mesti ada orang dah tunggu kau juga.”

“Ya ker? Kau tau siapa orangnya, bagitahu aku. Boleh aku intai-intai. Sesuai atau tidak.” Kamelia berseloroh.

“Entah-entah kau pun tengah intai dia sekarang ni.”

“Mana ada!” Kamelia menegaskan.

Kemudian perbualan mereka singgah mengenang pengalaman menakutkan di UK yang meninggalkan kesan trauma yang bukan sedikit terutamanya kepada Baiti. Bagaimana Baiti menjalani pembedahan menjahit lukanya yang memakan masa untuk benar-benar sembuh. Akhirnya mereka berkisah pula kepada jejaka yang meminati Kamelia iaitu Hardy.

“Dia ada contact kau, Melia?”

“Ada dia hantar SMS, tapi aku belum reply.”

“Kejamnya kau. Kalau tak suka jangan sampai orang sakit hati. Berterus terang adalah jalan terbaik. Aku rasa lama kelamaan nanti dia boleh terima. Bila dia SMS?”

“Semalam. Lagipun aku sibuk tolong ibu aku buat gubahan. Memang tak sempat betul.” Kamelia mempertahankan diri.

“Terpulanglah pada kau macam mana nak handle this personal thing, Melia. Yang penting kebahagiaan sendiri. Tentu kau faham maksud aku.”

Kamelia memikirkan maksud di sebalik kata-kata Baiti itu. Ini bererti bahagia atau tidak, kita yang mencorakkan sendiri.

Sebelum meletakkan, Baiti berpesan untuk kesekian kalinya.

“Jangan tak datang tau!”

“Okey datin.”

Baiti ketawa mengekeh mendengar Kamelia mengusiknya begitu dan mereka berjanji akan bertemu di hari persandingannya nanti.

***

“Aku tak boleh pergi dengan kau. Aku ada jemputan kat Batu Pahat. Kawan baik aku kahwin.”

“Sama juga. Zek pun kahwin dekat Batu Pahat, kita jumpa kat satu tempat kemudian pergi sama-sama.”

Beriya-iya Ijol mengajaknya pergi bersama ke majlis perkahwinan Zek, rakan sekolah mereka dahulu. Di majlis itu nanti pasti Ijol mahu mengambil peluang mempertontonkan hubungan mereka yang bukan sekadar musuh seperti zaman persekolahan. Begitu Kamelia memikirkan kewajaran untuk pergi bersama dengan Ijol. Namun dia keliru, adakah Ijol benar-benar mahu serius dengannya. Manakan tidak, hubungan ini terjalin begitu pantas.

“Nanti kau tunggu aku kat R & R Pagoh. Kita mesti pergi bersama.”

“Main paksa pulak.”

“Kalau tak paksa, kau ikut kepala kau aje. Cuba dengar sikit bakal suami kau cakap ni.”

Bakal suami? Siapa nak kahwin dengan dia! Kamelia bercakap sendirian.

“Apa kau cakap?”

“Tak ada apa-apa…”

“Hello dear, aku ada sixth sense. Aku dapat rasa apa kau rasa dan boleh dengar apa kata hati kau.”

Selepas berkata begitu Ijol ketawa sendiri akhirnya. Namun bagi Kamelia, ungkapan tersebut begitu menggetarkan hatinya. Getaran rasa yang bagai meluruhkan urat sendinya. Terasa kasih sayangnya semakin menggunung kepada Ijol.

“Kau buat aku takut.”

“Sorrylah Mel, aku tak bermaksud macam tu. Aku memang macam ni, seorang yang suka berterus terang. Takkan kau tak kenal aku.”

“Aku faham.”

“Okeylah macam tu, ingat tau. Tunggu aku kat Pagoh.”

“Tak janji!”

“Tengok…kau ni memang suka buat aku tak boleh tidur. Kita bukan budak-budak lagi, Melia. Aku dah penat tunggu kau hilang dan sekarang muncul balik. Aku tak nak lepaskan kau lagi!”

“Ikatan pun tak ada, macam mana kau boleh cakap macam tu.”

Kamelia pun terkejut dengan kata-kata yang terkeluar dari bibirnya, kerana cukup difahami ianya bersifat provokasi kepada Ijol. Seakan-akan membuka ruang yang luas kepada Ijol untuk membina komitment di dalam perhubungan mereka.

“Memang aku nak ikat kau, masa mula-mula berjumpa aku dah ajak kau bertunang. Tak ingat ke Cik Melia?” kini suara Ijol begitu segar dan bersemangat.

Ya ke? Kat mana? Hish! Tak ingat pulak! Kamelia membebel kepada diri sendiri.

“Ha! Diam tanda tak ingatlah tu. Tak apa, yang penting kau dah kasi aku jalan. Tunggu keluarga aku datang nanti.”

“Eh! Jangan datang. Aku tak benarkan.”

Meledak tawa dari Ijol mendengarkan suara Kamelia yang gelabah dan seperti takutkan sesuatu. Gayanya seperti budak kecil bercinta. Kelakarnya!

“Nak tunggu green light kau, alamat sampai berjanggut aku tak kahwin. Aku tak kira, kau sudi atau tak, aku nak masuk meminang jugak.”

“Tolonglah Ijol…nanti ibu bapa aku terkejut. At least biarlah kau berkenalan dengan mereka dulu. Mereka bukan macam kau yang terdesak sangat.”

Ijol ketawa lagi bahkan tidak berkecil hati ketika Kamelia mengatakan dirinya di dalam keadaan terdesak mahu berkahwin dengannya. Berbual-bual dengan Kamelia sudah membuatkan dirinya berada di ambang bahagia. Apatah lagi jika berjaya memperisterikannya.

“Okey…buat sementara ni aku bekukan niat aku. Tapi kau mesti tunggu aku kat R & R Pagoh. Kita pergi sama-sama.”

Akhirnya Kamelia terpaksa mengikut rancangan Ijol sebagai isyarat memujuk hati lelaki itu agar tidak meneruskan niatnya untuk bertandang ke rumah buat sementara ini. Dia belum bersedia, apatah lagi kedua ibu bapanya. Biarlah segalanya berjalan di atas landasan yang betul.

***

Kamelia amat gembira apabila dia mendapat tawaran kerja dari sebuah syarikat korporat berpengkalan di Kuala Lumpur. Syarikat gergasi telekomunikasi itu menawarkan beliau jawatan sebagai Timbalan Presiden, Bahagian Kewangan. Satu tugas yang mencabar dan dengan senang hati dia menelefon ibu pejabat syarikat itu memaklumkan penerimaan tawaran tersebut. Ibu bapanya juga gembira kerana itulah cita-cita Kamelia semasa membuat ‘MBA’nya di United Kingdom dahulu. Bergelar pakar ekonomi yang disegani.

“Bila mula kerja?” tanya ayahnya sewaktu mereka bersarapan bersama-sama pagi itu.

“Minggu depan, ayah.”

“Sediakan semua dokumen yang perlu. Medical check-up dan x-ray jangan lupa. Jangan tangguh-tangguh.”

“Ya, ayah.”

“Nanti kat KL duduk aje rumah abang kamu. Tak payah menyewa.” Ibunya menyampuk.

“Buat sementara waktu bolehlah…lepas tu Mel nak menyewa.”

“Suka hati kamu, yang penting maruah diri dan keluarga kamu jaga. Kerja biar betul-betul.”

Kamelia mengangguk. Namun jauh di sudut hati dia berasa sedih pula apabila terpaksa berjauhan sekali lagi dengan kedua ibu bapanya. Tetapi demi difikirkan ada cita-cita dan target yang dikejar, dia pasrah. Lagipun Melaka dan Kuala Lumpur bukanlah jauh sangat, fikirnya memujuk hati di dalam.


Hujung minggu sebelum bertolak ke Johor, Kamelia telah mengemaskan segala barangan dan keperluan yang akan digunakan ketika bekerja nanti. Dengan jawatannya yang boleh dianggap penting kepada syarikat, dia perlu lebih berpenampilan demi menjaga imej syarikat tempat dia bekerja. Tidak sabar pula rasanya hendak bertemu rakan-rakan baru.

***

Ketika jam hampir mencecah pukul 12.00 tengahari, Kamelia sudah tiba di Hentian Rehat & Rawat Pagoh untuk bertemu dengan Ijol di situ. Sepanjang memandu berseorangan tadi, beberapa kali mulutnya menguap, nasib baik dia ada membawa air 100 plus yang boleh menghilangkan rasa mengantuknya itu.

Dia meninjau di sekitar kawasan meletak kenderaan jika Ijol telah sampai atau sebaliknya, namun kelibat Mitsubishi Lancernya tidak kelihatan. Dia memarkir kereta Wira yang dipinjam dari ayahnya di sudut yang agak redup. Boleh merehatkan mata sementara menunggu Ijol sampai. Di dalam perjalanan tadi, Aini menghantar SMS mengingatkan lagi tentang majlis perkahwinan Zek. Mungkin mereka boleh membuat ‘mini reunion’, begitu ujarnya dalam nada yang ceria. Mengingati musim persekolahan yang penuh suka dan duka kadangkala membuatkan Kamelia tersenyum sendirian.

Ah! Zaman persekolahan yang menyeronokkan tidak mungkin berulang kembali. Yang tinggal hanya kenangan mengusik jiwa. Yang ada hanyalah benih-benih cinta yang sedang tumbuh subur di sudut hatinya…

Bunyi SMS masuk. Nama ‘budak gila’ terpapar.

‘Sengih sorang-sorang?’

‘Yap! Teringat cerita lama.’

‘Mesti aku ada dalam cerita lama kau tu…’

Ijol membalas, namun Kamelia malas melayani SMS lelaki itu lagi.

Kamelia pasti bahawa Ijol telah sampai di kawasan tersebut, jika tidak bagaimana dia nampak dirinya yang sedang tersengih. Benar tekaannya ketika dilihat lelaki itu sedang mara ke arahnya.

“Lama tunggu?” soal Ijol yang kelihatan amat berbeza sekali penampilannya.

‘Coolnya dia! Nasib baik aku bakal calon kekasihnya. Ya ke? Kamelia terpempan apabila Ijol seperti sedang membaca fikirannya.

‘Sixth sense konon!’ Ejek Kamelia di dalam hati.


“Aku tanya, dia boleh dok berangan pulak. Aku tahu kau mesti tengah jatuh cinta kat aku untuk yang ke seratus kali.”

“Jangan harap!” jawab Kamelia menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Tak mengapa kau jawab macam tu sekarang. Nanti depan Tok Kadi jangan cakap macam tu.”

Ijol mencuit hidung Kamelia tanpa sempat gadis itu menepisnya. Kelakuan Ijol selalu mendebarkan perasaannya. Sering mengusik ruang damai hatinya menjadi kucar kacir sekejap. Disebalik kematangan yang ditunjukkan itu juga, kadang-kadang terselit sifat nakal Ijol yang diwarisi sejak zaman sekolah lagi.

***

“Nak pergi rumah siapa dulu?”

“Rumah kawan aku dulu, kemudian baru pergi rumah Zek.” Jawab Kamelia ketika mereka berhenti sebentar di Bandar Batu Pahat.

“Kau ada alamatnya kan…”

“Ha ah. Ada.”

“Kau jalan depan, aku follow.”

Kamelia memandu di hadapan sementara Ijol mengekorinya di belakang. Setelah beberapa kali berhenti dan bertanya, mereka akhirnya sampai di tempat yang dituju. Jika mengikut petunjuk arah yang di cetak di kad undangan, Ijol juga mahu ke rumah yang sama.

“Apa nama kawan kau tu?”

“Baiti.”

“Laa… kecik betul dunia. Kawan kau kahwin dengan Zek, kawan kita dulu.”

Tidak berapa lama kemudian kelihatan Aini berlari-lari mendapatkan Kamelia dan Ijol. Dia memang mengetahui bahawa Ijol dan Kamelia datang bersama setelah temannya itu bercerita malam tadi.

“Kau orang bergaduh tak tadi…” usik Aini.

“Tak boleh. Nanti dia culik aku kat highway, siapa nak tanggung…” jawab Kamelia bergurau.

Ijol dan Aini yang mendengarnya hanya ikut ketawa. Kemudian mereka di bawa masuk untuk bertemu dengan pengantin perempuan yang sedang menunggu waktu bersanding.

“Kau teruklah! Tak bagitahu yang tunang kau tu…”

“Kau pun tak tanya, takkan aku nak cerita. Tapi aku tahu kau kawan Zek…”

Baiti hanya sempat bercerita sedikit mengenai perhubungan mereka kepada Kamelia kerana mak andam di sebelahnya asyik menganggu, membetulkan itu dan ini. Baiti sempat membuat isyarat mata kepada Ijol yang berdiri di luar pintu bilik dan di balas dengan kenyitan oleh Ijol. Tanda isyarat difahami.

Sebelum keluar Kamelia sempat mencium pipi Baiti dan menyerahkan hadiah yang dibawa.

“Tahniah untuk kau dan juga Zek. Lain kali kalau ada masa kita boleh berborak panjang.”

“Sure…” jawab Baiti terharu.

Kamelia berjanji dengan Baiti bahawa dia pasti datang pada hari bersejarahnya nanti. Gadis Batu Pahat itu begitu gembira mendengarkan pengak...
Unknown Jun 20, 2009
Oh! MyKarya!

“Sejak bila kau suka dengar lagu tu?”

“Sejak aku terjatuh cinta dengan sorang awek ni…”

“Siapa dia? Aku kenal ke?”

“Tak.”

“Macam mana aku boleh tak kenal perempuan yang kau suka?”

“Dia lain.”

“Lain macam mana? Tak ada hidung ker?”

Esqan Kamil ketawa terbahak-bahak mendengar pertanyaan rakan sekamar dan sekepala iaitu Dinzly Akram. Manakan tidak, pertanyaan yang tidak logik langsung.

“Kau boleh guna otak sikit tak kalau cakap. Sedap mulut jer…”

“Habis tu…semua yang aku tanya kau jawab ‘tak’ memanjang. Mana aku tak boring.” Dinzly mempertahankan diri.

“Dia perempuan, seorang wanita…gadis yang amat mempesona.”

“Wah!! Hebat pujian kau pada dia. Aku nak kenal jugak yang mana satu awek yang kau berkenan tu. Nanti kenalkan pada aku ya.” Dinzly amat berharap.

Esqan tersenyum sumbing, kemudian berpura-pura mengawal sengihnya pula.

“Kalau ketawa pun dah ikut gaya 60-an, sah kau memang parah! Kau kena demam ‘a-go-go’ ke?”

“Entahlah Dinzly, aku rasa macam aku hidup dalam tahun tersebut. Segala yang aku lakukan jadi lain. Memang aku dah gila!!” Esqan menjerit pada ayat terakhirnya.

Dinzly nyaris tergolek mendengarkan jeritan bak serigala dari mulut Esqan yang biasanya amat siuman orangnya. Dia menggoncang tubuh Esqan dengan sekuat hati bagi menyedarkan Esqan dari dunia halusinasinya.

“Sakitlah hoi! Aku okey. Saja test power tadi…”

“Aku ingat kau betul-betul biul. Boleh aku panggilkan orang Tanjung Rambutan.”

Dinzly mengibaratkan Esqan patut disumbatkan ke hospital sakit jiwa yang terkenal itu. Rupa-rupanya Esqan hanya berlakon, terkena lagi aku rupanya. Getus Dinzly di dalam hati.

“Macam mana orangnya? Cantik tak? Ada macam rupa Maya Karin”

“Minah Karen tak mainlah. Ada kau sama kan dia dengan perempuan macam tu…”

“Hoi Esqan, kau memang sengal. Maya Karin tu artis terkenal kat Malaysia. Bukannya minah kilang yang kau maksudkan tu.”

“Ya ker? Itu macam ka? Mana aku tahu. Kau pun satu. Aku kan baru balik dari overseas, belum update lagi pasal artis kita.”

Dinzly ketawa mengiyakan kata-kata Esqan tadi. Tetapi yang peliknya cepat pulak dia terjatuh cinta dengan awek yang menjadi bahan perbualan mereka sekarang. Pelik bin ajaib si Esqan ni! Dinzly menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Umur aku sekarang berapa yek?”

“Eh! Kau tanya aku pulak. Aku bukan mak bapak yang lahirkan kau.”

“Aku ingat nak kahwinlah…”

Mendengarkan itu Dinzly terus ketawa gelihati. Entah dah sunat atau belum si Esqan ini, berangan pula nak kahwin.

“Kau kecik lagi, study baru nak mula dah gatal nak kahwin. Dah sunat ke belum?” soal Dinzly terus terang.

“Yang itu lama dah dulu…masa belum pergi overseas.”

“Dah lama ke kau kenal awek tu?!”

“Dah.”

“Berapa tahun?”

“Dua…”

“Dua tahun? Lama tu…” Dinzly cepat menyampuk.

“Dua hari lah.”

“Hah?!”


Sekali lagi Dinzly ketawa gelihati sehingga berguling-guling di atas tilam kerasnya. Sehingga sakit-sakit badannya dek asyik mentertawakan Esqan yang berangan tak ingat dunia. Kalau macam ini selalu boleh pecah usus dibuatnya, fikirnya sambil menyambung ketawanya.

Esqan tetap selamba walaupun ditertawakan separuh mati.

***

“Cari apa?”

“Cari awek tu. Selalu macam ni dia kat situ.”

“Ini kawasan budak ABIM selalu berkumpul. Takkan kau jatuh cinta dengan…”

“ABIM tu apa?”

“Angkatan Belia Islam Malaysia. Budak-budak U yang islamik dan cenderung ke arah memperjuangkan maruah Islam. Aku segan dengan dia orang beb!”

“Kenapa pulak?”

“Entah.”

“Jadi kau…”

“Ya. Nama dia Azizah…”

“Itu yang kau pulun nyanyi lagu Azizah pagi petang siang malam tu. Ha…ha…” Dinzly ketawa besar.

“Mana kau belajar lagu tu. Cepat betul masuk…”

“Bapak aku minat lagu-lagu lama. Tu yang aku tahu ada lagu ni…”

“Ohh…” Dinzly melopong tidak faham.

Tidak faham bagaimana seorang budak lelaki yang begitu sukar menyesuaikan diri beberapa minggu lalu bertukar menjadi begitu mudah berubah hanya kerana telah jatuh cinta kepada seorang wanita yang jauh berbeza dunianya. Butakah cinta?

“Dia kenal kau tak, Qan?”

Esqan menggelengkan kepala. Lagi satu penyakit budak ini. Fikir Dinzly sambil berjalan mengekori Esqan yang hendak pergi dari situ setelah menunggu hampir setengah jam.
“Macam mana kau boleh tahu dia suka kau atau tak?”

“Aku agak je…”

“Hei come on lah. Cinta mana boleh di agak-agak. Kau mesti firm. Tepat. Kalau dia sudah berpunya, melepas kau!”

“Ya tak ya jugak. Kenapa aku tak terfikir langsung.”

***

Jaja mengemas bilik Dinzly yang berselerak. Sepupunya yang seorang ini memang tidak pandai berkemas. Pakaian kotor dan bersih bercampur aduk sehinggakan longgokan kain tersebut nampak membukit. Buku-buku yang terbuka, di tutup dan di simpan di rak yang tersedia. Beberapa keping album gambar juga di susun di tempatnya. Tiba-tiba sekeping gambar terjatuh di kakinya.

Matanya terbeliak tatkala terpandang wajah di dalam gambar tersebut. Dia teringat bagaimana lelaki di dalam gambar tersebut terhendap-hendap sewaktu mesyuarat AJK ABIM berlangsung di asrama beberapa hari lepas.

Mungkin inilah orangnya yang diceritakan oleh Dinzly. Anak mat saleh celup yang baru pulang ke tanahair.

‘Not bad jugak.’ Desisnya sendirian.

Jaja meneruskan kerja-kerja pembersihan di bilik Dinzly yang sebelumnya umpama kawasan longgokan sampah kepada padang jarak padang terkukur! Pasti Dinzly akan berterima kasih kepadanya nanti.

***

“Hoi! Sapa usik barang-barang aku hah?!”

Jaja sedang menolong mak ciknya di dapur ketika telinganya terdengar bunyi bising di bilik Dinzly. Dia tidak pasti apa yang dibebelkan oleh Dinzly sehinggakan suaranya begitu tinggi. Dinzly yang tinggal di asrama universiti, seminggu sekali akan pulang ke rumahnya.

“Kenapa tu?”

“Tak tahulah mak cik. Jaja pergi tengok sekejap.”

Jaja memanjat tangga ke tingkat atas untuk meninjau apa yang berlaku. Sebaik sampai di muka pintu, dilihatnya merah padam muka si Dinzly. Tidak tahu apa yang dicarinya.

“Kau kenapa?”

“Siapa kemaskan bilik aku?” tanyanya balik tanpa menjawab pertanyaan Jaja tadi.

“Aku.”

“Apa kau dah buat?”

“Aku tolong kemaskan.”

“Kemas atau buang? Mana barang-barang aku yang kat atas katil?”

“Aku kemaskan. Semuanya aku letak balik kat tempat asal. Salah ke?”

Jaja menyoal balik dengan nada lebih tegas. Matanya yang bulat bersinar yang diwarisi dari darah Arab di sebelah bapanya mencerlung ke arah Dinzly mengharap pengertian.

Dinzly terduduk di tepi katil. Menyesal pula memarahi sepupu yang membantu membersihkan kamarnya. Renungan matanya begitu mendamaikan dan mempersonakan.

‘Aik! Kenapa dialog aku dah macam Esqan. Pelik! Pelik!’

Akhirnya Dinzly tersenyum kelat dan mengucapkan terima kasih kepada Jaja kerana membersihkan kamarnya.

“Eh! Jaja…kau dah ada boyfriend?”

“Mana boleh jawab. Rahsia.”

“Kalau kau masih kosong, aku nak kenalkan pada mat saleh celup tu. Kau nak tak?”

“Nanti aku fikirkan.”

“Bolehlah…” pujuk Dinzly bersungguh-sungguh.

“Paksa orang pulak!”

***

“Dapat cari dia tak?”

“Tak dapat.”

“Curi gambar pakai handphone pun tak pandai. Itu belum lagi dah keluar berdua, aku rasa kau mesti gelabah maut punya.” Usik Dinzly.

“Macam mana aku nak tangkap gambar dia, dia jalan tunduk je. Tak kan aku nak mencangkung bawah tangga, malulah orang tengok.”

“Ya tak ya jugak!”

Inilah masalahnya berkawan dengan Esqan Kamil. Dia asyik mahsyuk jatuh cinta, aku yang jadi mangsanya. Aku pulak yang lebih risau dari dia. Bebel Dinzly di dalam hati.

“Lain kali kita cuba cara lain…”

“Okeylah.” Berat sahaja perkataan yang keluar dari mulut Esqan.

“Kelas dah nak mula. Jomlah cepat.”

Hari itu misi mereka untuk mendapatkan gambar Azizah gagal lagi.

***

Kerana minatnya kepada Azizah yang begitu mendalam, Esqan sanggup menunggu wanita itu lalu di tempat biasa dan curi-curi melihat kelibatnya. Baru diketahui gadis bertudung labuh itu mengambil kursus Usuluddin. Satu kursus yang sangat asing baginya. Apakah Usuluddin? Nanti akan ditanyakan kepada Dinzly atau mencari maklumatnya di internet.

“Kau dari mana?”

“Tempat biasa.”

“Dapat?”

Soal Dinzly menanyakan jika Esqan dapat menangkap gambar Azizahnya.

“Gagal lagi.”

“Baik kau lupakan saja.”

“Tak boleh. Makin lama makin sayang.”

“Dunia kau dan dia sangat berbeza. Macam langit dengan bumi.”

Esqan mengiyakan kata-kata Dinzly itu. Telah hampir enam bulan berusaha, tetapi masih gagal melaksanakan hajatnya.

“Aku nak cakap dengan kau sikitlah. Tapi kau jangan marah.”

“Cakaplah.”

“Kau kenal tikar sembahyang?”

“Mestilah..”

“Kau bersolat?”

“Kadang-kadang…”

“Kau puasa tak masa kat overseas?”

“Puasa. Kalau tak tahan, aku makan.”

“Cuba kau mengucap dua kalimah syahadah.”

“Sahaja aku naik saksi bahawa …”

Dinzly ketawa terbahak-bahak tetapi kemudian berhenti tiba-tiba. Kasihan melihatkan wajah Esqan yang penuh luhur.

“Cuba mengucap di dalam bahasa Arab.”

Terkial-kial Esqan mencuba sehingga akhirnya dia berjaya menghabiskan kalimah syahadah itu seperti dikehendaki oleh Dinzly.

“Syabas. Kau boleh berkawan dengan Azizah. Aku rasa kalau dia tahu perubahan yang kau lakukan ini, pasti dia bangga.”

“Boleh kau kenalkan aku dengan dia?” mata Esqan bersinar-sinar.

“No problem.”

“Kenapa tak cakap dari awal.”

“Nak kan sesuatu bukan boleh dengan cara mudah. Mesti berusaha dulu. Baru ada ‘kick’!”

Esqan mengangguk bersetuju dengan pendapat Dinzly itu.

***

“Hello Dinzly. Aku dah sampai.”

Dinzly yang ternampak kelibat Esqan di luar rumahnya segera meluru keluar.

“Shh…beri salamlah.”

“Assalamualaikum…”

“Wa’alaikumussalam…”

Ibu dinzly menyambut kedatangan Esqan di muka pintu. Dia mempersilakan tetamunya itu masuk. Dinzly segera mendapatkan Esqan yang berpakaian agak pelik pada pandangannya.

“Kenapa pakai macam ni?”

“Salah ke?”

“Tak salah. Tapi sapa yang suruh kau pakai macam ni. Kan tengahari buta ni. Tak panas ke?” soal Dinzly menahan tawa.

“Ayah aku.”

“La…patutlah”

“Aku jemput kau makan tengahari, bukannya kenduri pengantin. Siap bersamping lagi…huh! Tak faham aku.”

Esqan ikut ketawa gelihati melihatkan penampilan dirinya sendiri. Tidak pernah seumur hidup dia berpakaian begitu sewaktu berada di luar negara selama berbelas tahun dahulu. Sesekali pakaian tradisional itu disarung ketika musim perayaan.

“Dinzly…ajak kawan makan sekali. Dah siap semuanya ni hah.”

“Okey bu...”

Esqan menyusul Dinzly ke ruang makan. Dia terpempan dan nyaris pengsan melihatkan kewujudan wanita yang selama ini dikejarnya. Azizah yang dipuja siang dan malam sudah berada di depan mata. Tanpa sedar, kain sampingnya terburai di hadapan semua orang.

“Itulah…pakai tak padan-padan.”

“Aku gabra beb! Macam mana dia boleh ikut kau ke sini.”

“Dia cousin aku la.”

“Patutlah.”

Jaja memandang Esqan dan Dinzly silh berganti. Entah apa yang dibincangkan, dia tidak pasti. Dengan cermat dia menuang air ke dalam gelas.

“Kau kenalkan aku pada dia lah. Cepat sikit.”

“Ya…ya…”

Dinzly menggamit Jaja ke arahnya. Jaja datang mendekat.

“Kenapa?”

“Kawan aku nak kenal dengan kau. Dia ni Esqan Kamil.”

Esqan memanjangkan tangannya untuk bersalaman tetapi Dinzly cepat-cepat menepis tangan rakannya itu.

“Tak boleh. Bukan muhrim.”

Jaja ikut tersenyum. Tudung kepalanya dibetulkan sedikit.

“Saya Azizah.”

“Yess!”

“Apanya yang ‘yes’?”

“Mana kau boleh tahu. Rahsia lelaki.”

Jaja dan mak ciknya yang mendengar hanya tersenyum. Esqan berpendapathidangan tengahari itu di rasakan makanan paling lazat pernah dijamahnya apatah lagi makan semeja dengan Azizah.



-TAMAT-

“Sejak bila kau suka dengar lagu tu?” “Sejak aku terjatuh cinta dengan sorang awek ni…” “Siapa dia? Aku kenal ke?” “Tak.” “Macam mana ak...
Unknown Jun 18, 2009
Oh! MyKarya!

Bila ku rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambah kasih sayangku…

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
Tertunggu aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata…

Ijol ikut menyanyi lagu ‘Sepi Seorang Perindu’ dendangan raja pop Jamal Abdillah yang sedang berkumandang di corong radio sambil menghayati liriknya. Terbayang wajah Kamelia yang menawan dan senyum leretnya yang manis dan suci itu. Senyuman seorang ratu yang telah merajai di segenap ruang minda. Walau baru kelmarin bertemu kembali setelah satu dekad terpisah, dirasakan setiap inci raut wajah Kamelia telah melekat di ingatannya. Tiada wajah lain yang diingatinya saat ini melainkan satu wajah comel itu.

Dia tidak mengendahkan gadis di sebelah yang muncungnya panjang sedepa apabila permintaannya untuk menukar saluran radio tidak dibenarkan. Bagi Ijol, dialah yang berhak menentukan itu dan ini di dalam keretanya, bukan orang lain sementelah hubungan mereka sekadar sepupu. Pertalian yang dieratkan di bawah satu nama iaitu saudara terdekat. Setakat itu sahaja.

“Kita nak ke mana ni?” suaranya ditinggikan.

Zureen perasan hala kereta Ijol bukan ke arah pusat bandar. Tambah menyakitkan hatinya apabila Ijol seperti ‘bisu’ tidak melayannya berbual. Dibiarkan sahaja Zureen yang bercakap dari satu perkara kepada satu perkara yang lain. Perjalanan yang tidak sampai 10 minit dirasakan amat lama bagi Zureen.

“Sekejap lagi aku sampai.”

Ijol membuat panggilan ringkas sebelum mematikan telefonnya. Dia menghalakan keretanya ke satu taman perumahan dan berhenti di hadapan sebuah rumah teres yang agak besar. Sekejapan menunggu, akhirnya puteri yang dinanti muncul di muka pintu. Zureen yang tertinjau-tinjau melalui tingkap kereta di sebelah tempat duduk pemandu memasung penuh minat pada gadis yang mengenakan skirt denim warna biru. Begitu anggun dengan ikatan tudung yang disisip rapi.

Sebaik sahaja dia pasti pada wajah empunya tubuh tinggi lampai itu, terus dadanya berdebar. Macam pernah jumpa, tapi di mana? Fikirannya bercelaru dan memorinya tindan bertindan dengan pelbagai gambaran.

Ya…perempuan inilah yang selalu dilihatnya di dalam komputer milik Ijol. Wanita ini jugalah yang dijelingnya semasa di perhentias bas JB. Serta merta onar rajuk dan cemburu tumbuh di sudut hati. Ketika Kamelia membuka pintu, dia sengaja membatukan diri. Panggilan Ijol tidak diendahkan.

“Zureen, awak pindah duduk belakang. Bagi kawan abang duduk depan.”

Kamelia masih tercegat di tepi pintu menanti gadis itu berpindah tempat duduk. Namun dia seperti melayan dunianya sendiri dan langsung tidak mahu berganjak.

“Zureen, kalau abang tahu perangai awak macam ini, tak ingin abang bawa awak keluar.”

Ijol seperti sudah naik angin dengan perangai sepupunya itu yang usianya baru mencecah 19 tahun. Namun dikawal rasa marah itu bimbang akan mengkucar kacirkan pertemuan dengan Kamelia malam itu.

“Tak apalah Ijol. Aku duduk belakang.”

Kamelia memilih untuk duduk di belakang Ijol untuk memudahkan komunikasi antara mereka nanti. Lagipun ini lebih mendekatkan mereka walau tidak bersentuhan.

“Cantik kau hari ni.”

“Terima kasih. Kau pun apa kurangnya.” Kamelia membalas pujian Ijol dengan kata pujian juga.

“Tapi, kau nampak brutal sangat. Boleh tukar sikit…”

Kamelia terkejut. Adakah Ijol mahu membulinya dengan berkata begitu atau memang ada yang tidak kena pada cara pemakaiannya.

“Apa yang nak ditukar?”

Sangka Kamelia, Ijol mahu menyuruhnya membuka tudung dan berpakaian lebih seksi agar dilihat berpenampilan. Jika itu arahannya, baik dia tidak meneruskan hubungan mereka.

“Ha, kan dah salah sangka. Aku dapat baca apa yang kau fikir. Jangan lupa aku ada sixth sense. Maksud aku, kasut kau tu kena tukar, kau pakai kasut jogging…”

Zureen yang duduk di depan sudah tergelak-gelak seperti memerli dirinya tatkala mendengar komunikasi antara Ijol dan Kamelia. Kamelia memandang ke kakinya dan kemudian dia termalu sendiri. Semasa hendak keluar tadi dia tersarung kasut Aini yang di letakkan bersebelahan kasutnya. Tanpa menunggu lama dia berlari semula ke dalam dan menukar dengan sandal kegemarannya.

“Yes! You look perfect.” Puji Ijol untuk kesekian kalinya.


Zureen semakin meluat mendengar pujian melambung Ijol terhadap Kamelia. Dia merasakan tekaknya serta merta perit dan hatinya pedih. Perasaannya itu terbawa-bawa sampai ke meja makan. Ijol langsung tidak mengendahkan perlakuan Zureen yang seperti orang buang tabiat lagaknya.

Semenjak bertentang mata secara berhadapan dengan Zureen, dia merasakan bagai pernah jumpa gadis ini, tetapi lupa di mana dan bilakah masanya. Dilayannya juga pertanyaan demi pertanyaan gadis itu walau di hati timbul sangsi. Tetapi apabila melihatkan caranya melayan Ijol, Kamelia merasakan seperti wujud sesuatu antara mereka. Seperti pasangan yang telah berkahwin. Ijol pun satu, kadang kala elok dan sesaat dua kemudian dia bersikap dingin terhadap Zureen. Mungkinkah Zureen adalah ‘seseorang’ yang dimaksudkan oleh Ijol yang bisa membuatnya cemburu.

Kalau inilah orangnya, memang aku cemburu! Saling usik mengusik, bertukar gelas minuman dan kadangkala gadis itu menyentuh lembut tangan Ijol sambil bergurau! Pedihnya perasaan Kamelia melihatkan semua itu umpama luka yang disirami air limau.

“Melia, you okey?”

“Okey dan tak okey!”

Ijol memandang Kamelia dengan senyuman bermain-main di hujung bibirnya. Dia seakan dapat membaca fikiran Kamelia yang kacau dan cemburu terhadap kemesraannya yang hanya pura-pura dengan sepupunya itu.

“Yang okey aku tahu, tapi yang tak okey tu aku tak tahu. Cerita sikit kat aku…”

Kamelia mencebik. Ijol sengaja membuai rasa cemburunya.

“Apa yang kau tahu pasal yang ‘okey’ tu?” soal Kamelia geram kerana terasa seperti dipermainkan.

“Ya lah, okey sebab dapat berdua-duaan dengan aku.”

“Mana berdua…kita bertiga!”

“Anggaplah yang ketiga tu tak wujud. Dia tu macam semut yang menempel kat mana-mana…”

Zureen yang sedang menyisip minumannya terus tersedak. Tak guna punya sepupu, dia kata aku macam semut! Bebel Zureen di dalam hati.

Kamelia tersenyum gelihati melihat telatah Zureen yang terjerit kecil apabila air minumannya terpercik di dada.

“Tak okey kenapa?” soal Ijol inginkan kepastian.

“Lain kali aku cerita.”

Seingat Ijol sudah tiga kali Kamelia berhutang jawapan dengannya. Pertama, tentang cadangannya agar mereka mewar-warkan hubungan mereka. Kedua, persoalan yang tidak jadi ditanyakan malam tadi dan sekarang yang ketiga, perasaannya yang tidak ‘okey’ yang tergantung begitu sahaja. Kamelia memang suka membuat kepalanya dipenuhi tanda soal.

“Jomlah kita balik. Dah malam ni…”

Zureen menganggu ruang bicara Ijol dan Kamelia.

“Zureen nak balik, baliklah…abang masih nak berbual dengan Melia.”

“Nak naik apa?”

“Naik teksi ke, atau bas.”

“Abang Ijol!!” jerit Zureen manja.

Sebagai seorang yang sudah menginjak dewasa, Kamelia melihat aksi Zureen sebagai satu cara menarik perhatian. Selebihnya mengada-ngada dan bertujuan menyakitkan hati orang lain. Dan orang lain yang dimaksudkan tentulah dirinya sendiri. Kamelia membuat tafsirannya terhadap kerenah gadis itu entah untuk yang ke berapa kali.

“Tak apalah kalau kau dah boring, kita balik.” Kamelia menyerah kalah.

“Siapa kata nak balik. Biar dia balik sendiri. Kalau nak saing aku, tunggu.” Ijol mengeraskan suaranya dengan tujuan didengari oleh Zureen.

“Tak baik buat budak tu macam tu. Kita baliklah. Esok kan kau nak kerja.” Suara Kamelia seperti membuat arahan untuk semua orang.

“Okeylah jom…”

Setelah membayar harga makanan mereka bertiga berjalan ke kereta dengan Ijol sengaja mengenggam tangan Kamelia. Satu pengucapan rasa sayang yang tidak tergambar dek kata-kata. Tiba-tiba Zureen mencelah di tengah-tengah dan terus memaut lengan Ijol. Secara sengaja dia menolak Kamelia ke tepi. Dia nyaris tersungkur tetapi sempat berpaut pada dahan pokok bunga yang diletakkan di dalam pasu yang besar. Mungkin sebagai perhiasan dan dekorasi restoran tersebut.

“Astaghfirullah..”


“Kau okey ke?”

“Tak apa. Aku boleh handle.”

Ijol naik berang dengan perangai Zureen yang telah melampaui tahap kesabarannya. Entah mengapa malam ini lain benar perangainya, terlebih gedik dua kali ganda. Di hadapan Kamelia dia hanya menahan marah tetapi difikirannya telah merancang akan memarahi Zureen habis-habisan apabila mereka tiba di rumah nanti.

“Zureen duduk belakang!” arah Ijol.

“Tak nak!”

“Duduk belakang!”

“Orang kata tak nak, tak naklah!” balas Zureen dengan nada suara yang tinggi.

“Okey. Kalau macam itu, biar abang dengan Melia yang duduk belakang. Zureen drive!” Ijol pula menyatakan keputusannya.

Mendengarkan kata-kata Ijol itu, Zureen terus bangun dan masuk di tempat duduk belakang. Lebih baik duduk belakang, dapat juga tengok apa mereka lakukan atau bualkan. Mindanya berfikir jauh.

***

“Minggu depan Zek kahwin. Kita pergi sama-sama ya.”

“Aku dah balik Melaka.”

“Cepatnya kau cuti. Kan baru balik dari overseas, rehatlah dulu. Lepas tu baru cari kerja.”

“Aku dah bosan menganggur. Ingat nak cari kerja kat KL.”

“Jauhnya, kat JB kan banyak kerja. Aku pun boleh tolong…”

“Jauh lagi bagus, tak ada orang kenal kita. Kat JB nanti rimas kena dating selalu.”

Ijol mencubit lengan Kamelia tanda tidak setuju dia berkata begitu.

“Kalau kat KL boleh cari ‘spare tyre’…”

“Berani kau nak menduakan aku! Belum sempat kau nak cari spare tyre, aku ikat kau dulu!”

“Siapa yang sudi?”

“Kau tak sudi dengan aku? Aku terjun laut nanti…”

“Tak baik, bunuh diri itu berdosa besar hukumnya.”

“Siapa cakap nak bunuh diri? Aku nak pergi scuba diving…haa…ha…” Ijol ketawa besar.


Kamelia ikut ketawa dan suara mereka saling bertingkah menyebabkan Zureen yang mendengar menjadi bosan. Akhirnya dia terlelap dengan hati di dalam semakin memuncakkan benci pada seseorang.

Bila ku rindu padamu Terasa kuatnya cintaku Terbangkit resah terpandang wajahmu Bertambah kasih sayangku… Sesaat kau tak ku pandang Terasa ...
Unknown Jun 11, 2009