Menu
Oh! MyKarya!

perasaan apakah ini yang melanda
begitu mengangkat rasa resah
kian hari kian mendalam
getar seluruh desah nafas
seakan terhenti denyut nadi
pada tiap detik terbayang wajah
yang tidak di kenal empunya nama

jika rasa ini ada jawapan
engkaukah itu yang sedang menanti?

perasaan apakah ini yang melanda begitu mengangkat rasa resah kian hari kian mendalam getar seluruh desah nafas seakan terhenti denyut nadi ...
Unknown Feb 17, 2010
Oh! MyKarya!

  • Tiap-tiap yang manis itu jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus diluahkan kerana di sebalik yang manis itu adakalanya mengandungi racun dan yang pahit itu boleh dijadikan penawar.
  • Jika anda mahu mempercayai seseorang lelaki atau perempuan, biarlah terlebih dahulu kenal akan peribadinya dan tingkah lakunya agar anda tidak akan kecewa di kemudian hari.

Tiap-tiap yang manis itu jangan terus ditelan, yang pahit jangan terus diluahkan kerana di sebalik yang manis itu adakalanya mengandungi ra...
Unknown Feb 12, 2010
Oh! MyKarya!


SINOPSIS:
TAJUK KARYA: KERANA KAMU
PENULIS: RON AYNORA
GENRE: NOVEL CINTA THRILLER

Bolehkah cinta dicuba? Relakah rindu diteka? Tegakah kasih di ukur? Itulah namanya...Kerana Kamu. Rara bertemu dengan lelaki yang berkarisma, matang, prihatin dan menyintainya sepenuh hati. Persahabatan yang dijalin membungakan rindu, tetapi dia tidak perasan. Kerana satu kejadian, dia terpaksa membuat 'sebuah' keputusan yang menjerat dirinya sehingga ke hujung nyawa.

Perjalanan hubungan mereka diwarnai api dendam, cemburu, benci dan cinta. Bisakah Rara bertahan di dalam kemelut yang menyesakkan dadanya? Mampukah dia memiliki hati si jejaka setelah segala kerenahnya semakin membosankan lelaki itu. Bolehkah cinta diukur dengan kesabaran semata-mata?

SINOPSIS: TAJUK KARYA: KERANA KAMU PENULIS: RON AYNORA GENRE: NOVEL CINTA THRILLER Bolehkah cinta dicuba? Relakah rindu diteka? Tegakah...
Unknown Feb 8, 2010
Oh! MyKarya!

Perjalanan hidup Rara berubah drastik setelah keputusan SPM diumumkan. Dia tidak lagi bebas ke sana ke mari seperti sekarang ini. Dengan keputusan SPM yang cemerlang, dia terpaksa mengikut janji yang Baharum simpulkan di hadapan isterinya sebelum arwah meninggal dunia. Janji untuk memberikan yang terbaik untuk Rara. Ini bermakna keputusan SPMnya menjadi tiket ‘sah’ bermulanya era perpisahannya dengan Didi. Walau apa terjadi, mesti hantar Rara menuntut ilmu sampai ke hujung dunia…itulah kata-kata terakhir isterinya yang masih diingati sampai kini. Kata-kata wanita cantik yang gambarnya masih tersimpan rapi di dalam ruang mindanya.

“Kenapa duduk sini senja-senja macam ini? Tak takut hantu laut terkam Rara nanti…” satu suara mengejutkan lamunan Rara.

Rara tidak perasankan Didi di sisinya walau ketika ke mari tadi mereka bersama-sama. Mungkin dia telah terlalu lama melamun, sekaligus mengabaikan kewujudannya saat ini. Mata sepet Didi diraup sekali lalu dengan mata nakalnya. Wajah kacak ini akan ditinggalkan sementara di sini, dan dia pula bakal berangkat ke UK beberapa hari lagi. Kalau tak nak pergi boleh tak? Apakah abah akan menjerit marah-marah atau tenang memberikan pendapatnya? Rara buntu menangani perasaannya saat itu.

“Jangan risaukan Didi kat sini. Didi dah besar, pandai jaga diri. Tapi syok juga kan…minah pengacau dah tak ada kat sini lagi. Aman dunia…” entah dia mengejek atau merajuk, Rara tidak pasti. Nada suaranya datar sahaja.

Macam biasa tangan Rara merayap ke badan Didi dan memukulnya sekuat hati. Orang tengah bersedih, boleh pulak dia buat lawak bodoh. Jangan ‘provoke’ Rara lagi boleh tak? Dahlah orang tengah cari akal akal untuk menolak pergi ke UK ni…

“Didi tak ada idea ke?”

“Rara nak buat apa lagi? Pergi ajelah…dah ada peluang. Macam Didi ni tak mampu, memanglah tak pergi. Kalau mampu dah lama Didi tinggalkan Rara. Hi…hi…” Didi menyeringai lebar.

“Didi memang! Dari dulu langsung tak faham feeling Rara. Rara aje yang terhegeh-hegeh kat Didi. Nasib baik ada Rara muka tak malu ni…kalau tak sampai sekarang Didi tak ada awek tau.”

“Siapa kata? Saja Didi tak nak cari,..biar datang sendiri.”

“Didi nak cari lagi?! Rara ni kan ada. Tak cukup juga?” Rara menguatkan suaranya. Hilang segala kelembutan seorang Rara di hadapan mata romeonya.

“Rara sorang mana cukup.” Didi menjawab pantas.

“Didi cakap lagi…Rara lepuk karang!! Jangan Didi berani cari awek lain…”

Didi berlari meninggalkan Rara sebaik sahaja dia menghabiskan kata-katanya. Takut di pukul lagi oleh Rara yang memang kaki pukul. Rara pun apa lagi, macam pelari pecut mengejar Didi yang langkahnya panjang macam galah. Sambil berlari-lari, Rara menjerit memanggil namanya. Rara menyuruh Didi berhenti agar dapat menyainginya. Namun Didi semakin laju menuju ke kereta Kancil yang diparkir di bawah pokok. Kereta itu Didi pinjam dari Ummu Khalidah. Dari jauh Rara nampak Didi bersungguh-sungguh mentertawakannya, makin tambah sakit hatinya pada Didi. Jaga kau, Didi!

***

Mereka ketawa mengekeh mengenang zaman remaja yang dilalui, ketika curi-curi keluar dari sekolah melalui pintu belakang kerana mengejarkan masa tayangan filem lakonan Afdlin Shauki yang sudah lupa tajuknya. Mereka juga selalu menggunakan getah untuk melastik budak-budak yang suka mengumpat di tepi tangga pada waktu rehat. Mereka akan ketawa hingga pecah perut apabila pelajar-pelajar perempuan itu mengaduh kesakitan sambil menyumpah seranah.

Ah! Manisnya kenangan itu tetapi bakal ditinggalkan di bahu Didi seorang. Dirinya di UK nanti pasti dihambat dengan kesibukan yang teramat, mana lagi untuk memahami budaya belajar orang di bumi Inggeris itu dengan bahasa kentangnya.

“Rara kat sana nanti jangan main mata pulak. Mat saleh handsome-handsome tau…”

“Kalau mata masuk habuk, kena kelip-kelip sikit…takkan nak biar habuk rosakkan mata.”

“Kat sana mana ada habuk atau debu. Salji ada lah...” Didi menjawab laju. Muncungnya tajam. Didi tak suka Rara mempermainkan cakapnya. Ketika ini barulah boleh bezakan mana satu rupa Didi yang serius atau main-main. Kali ini dia serius. Rara tahu.

“So?”

“So?!” dia menyoal balik.

“Kita jaga diri masing-masing. Didi pegang janji dan Rara pun pegang janji.”

Didi dan Rara menguis ibu jari masing-masing tanda setuju dengan perjanjian lisan antara kami berdua. Tidak seorangpun boleh berlaku curang. Paling tidak perjanjian ‘kartun’ antara mereka berdua melegakan perasaan Rara buat ketika ini.

“Didi tunggu sampai Rara balik tau, nanti kita boleh ikat hati kita dengan ikatan yang sah.” Rara membuat cadangan yang nampak dominan dari Didi. Sedangkan seorang wanita sepatutnya harus tahu batas tata susilanya dan adab malunya. Tapi, apa dia peduli! Dia punya lidah dan mulut, suka hatilah nak cakap apa!

“Jangan lupa telefon atau hantar email tau.” Nafas hangat Didi betul-betul terasa di cuping telinga kirinya. Degupan jantung berlari laju.

Rara membalasnya dengan anggukan lembut. Bersaksikan senja merah dengan pandangan yang indah dan mengusik perasaan, janji mereka terpatri di hati.

“Jaga kesihatan, jangan makan pedas-pedas. Rara bukan boleh lebih-lebih, nanti sakit perut macam hari itu.”

“Kalau selsema cepat-cepat ambil ubat.”

“Jangan tidur lewat. Nanti tak ada orang kejutkan. Rara kalu tidur susah nak bangun. Kunci jam tu, nanti asyik ponteng kelas.”

Tersentuhnya hati Rara tatkala Didi menitipkan pelbagai pesanan dan ingatan untuknya di sana nanti. Setelah itu, mereka melangkah pulang dengan rasa yang berbelah bahagi. Perasaan rindu dan rasa ditinggalkan semakin terasa membenam ke dalam jiwa seterusnya melahirkan emosi yang tersendiri. Malam itu Rara menangisi perpisahan yang bakal menjemput tiba antara dirinya dengan abah dan juga insan yang tersayang, Didi.

***

Kiki datang membantunya berkemas setelah abah beriya-iya menyakinkan bahawa Kiki seorang gadis lemah lembut yang boleh meringankan bebanan perasaan sedihnya. Baharum tahu akan kesedihan yang ditanggung oleh Rara, jadi pada pendapatnya kehadiran Kiki ke rumah bisa mengurangi rasa sedih yang bersemi di dalam diri anaknya sejak dua tiga hari itu. Didi pun apa lagi, naik tocangnya mempamerkan kerajinan yang diluar dugaan dengan membantu dan menyibuk di rumah Rara. Tak tahulah kerana Rara atau kerana Kiki yang lemah lembut itu, maka dia sering berkunjung. Didi menjadi begitu peramah dan ringan tulang.

“Hah! Dah sampai…”

Rara terkejut melihat Didi yang sedang membantu Kiki mengusap-usap belakang sikunya. Api cemburunya naik ke muka dan serta merta wajahnya bertukar muram. Dia meletakkan dulang berisi air dan keropok ikan di atas meja di hadapan mereka. Dia menjeling Kiki yang berwajah selamba dan begitu juga Didi. Seumpama tidak rasa bersalah terhadap perbuatannya di hadapan Rara tadi.

“Eh! Sedapnya. Rara yang goreng ke?” Didi sudah duduk di sisi Rara sambil mengunyah keropok ikan tersebut. Keropok itu baru sahaja Baharum bawa pulang dari negeri pantai timur di mana tempatnya bekerja.

“Hmm!”

Kiki ikut mengambil sekeping keropok dan di masukkan ke mulutnya yang comel itu. “Ya lah, sedap. Pandai Rara goreng, kan Didi.”

Silih berganti Rara merenung tajam wajah-wajah manusia di hadapannya ketika itu. Pada wajah Didi yang merayu pengertian dan pada wajah mulus milik Kiki. Mereka-mereka ini yang bakal ditinggalkan. Hatinya cuak tiba-tiba. Bagaimanakah nanti keadaan Didi setelah kepergiannya? Sunyikah dia? Rindukah dia nanti padaku? Atau…dia telah bersedia mencari pengganti? Mengingati itu semua, jantung Rara bergetar lebih laju dari biasa.

Rara menarik tangan Didi ke luar rumah. Kiki terpinga-pinga tidak faham melihatkan gelagat Rara yang tiba-tiba macam nampak hantu. Uh! Dia cemburu kut! Kiki tersenyum kecil sambil memerhatikan sahaja tangan Didi yang ditarik oleh Rara.

“Kenapa Didi buat macam itu tadi? Tak nampak ke Rara masih ada kat sini. Belum pergi lagi dah macam-macam. Kalau Rara dah tak ada tentu Didi buat lebih dari itu. Tak malu!”

Didi hanya tersenyum sambil melayari mata redup milik Rara. Dia tahu Rara cemburu melihatkan kemesraan dirinya dengan Kiki. Dia tahu Rara tidak suka perempuan lain dilayan melebihi dirinya. Sewajarnyalah dia bertindak begitu kerana hubungan mereka bukan sekadar kawan biasa. Dia tahu, Rara pun tahu. Mereka saling menyayangi antara satu sama lain.

“Maafkan Didi kalau Rara tak suka. Didi janji tak buat lagi. Didi anggap Kiki macam adik aje, tapi dengan Rara lain. Rara istimewa di hati Didi.”

Rara sudah kembali senyum. Dan semua orang tahu, Rara memiliki sebuah senyuman yang menawan dan boleh mencairkan hati sesiapa sahaja. Apabila Rara tersenyum, umpama dunia ini ikut tersenyum. Begitulah selalu Baharum mencanangkan kepada rakan-rakannya tentang kecantikan puterinya yang seorang itu.


***

Mereka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz saju jam setengah sebelum Rara berangkat. Baharum sengaja keluar awal tadi bimbang jalan raya mengalami kesesakan. Kiki, Didi dan Ummu Khalidah ikut sama menghantar Rara ke ‘airport’. Rara cuak melihatkan telatah Didi dan Kiki yang tidak henti-henti ketawa selepas habis bercerita. Dari dalam perut kereta sehinggalah kaki mereka sudah bertapak di lapangan terbang ini. Asyik bercerita sehingga langsung tidak mengendahkan perasaan Rara yang sedang kesedihan. Dia mengharap Didi memujuknya dengan kata yang indah-indah, memberikan kata perangsang untuk terakhir kalinya atau paling tidak pun menemaninya sehingga ke balai berlepas.

Airmatanya turun untuk kesekian kali. Rara bimbangkan Baharum yang ditinggalkan, sedangkan ayahnya itu sudah kelihatan berusia berbanding umurnya. Dia tahu ayahnya teramat rindukan arwah isterinya, sebab itu sehingga kini dia tidak mencari pengganti.

“Belajar rajin-rajin. Jangan ingat benda lain. Nanti kalau ada masa abah datang melawat kamu. Abah kat sini pandailah abah jaga diri sendiri. Sudahlah…simpan air mata tu. Rara dah besar, jangan mudah putus asa. Jangan mudah patah semangat. Buatlah semuanya dengan hati rela. Insya’Allah, Rara akan jadi anak kebanggaan abah. Ingat tu…” Baharum memeluk erat puteri kesayangan. Esakan Rara semakin kuat.

“Abah!!” tiada kata yang mampu diucapkan melainkan dakapannya semakin erat di tubuh tua Baharum.

Kiki dan Didi datang berdiri di sebelah Rara. Mereka bersedia mengucapkan selamat jalan kepada Rara. Wajah Didi kelihatan sayu, mungkin berat untuk melepaskan pemergian Rara untuk beberapa tahun. Didi mencapai tangan Rara dan mengusapnya lembut. Dia ingin menyampaikan rasa dan semangatnya buat gadis comel itu. Dia ingin Rara tabah dalam segala hal. Dia ingin Rara tahu yang kasihnya hanya untuk gadis itu seorang. Dan sebenarnya…dia juga sedih. Sedih menghadapi perpisahan itu. Cuma kesedihan itu tidak mahu ditunjukkan kepada Rara. Dia tidak tergamak untuk melemahkan semangat cinta hatinya yang seorang itu.

***

“Kita singgah minum dulu, jom.”

“Tak mahulah. Tak ada mood.”

“Pak Cik nak minum atau makan dulu ke?” Kiki bertanya pula kepada Baharum setelah Didi menolak ajakannya.

“Boleh juga. Jomlah.”

“Kita kan tengah sedih ni…Rara baru aje pergi. Lain kali kita minum, Rom.” Ummu Khalidah bersuara.

Kiki yang duduk di sampingnya terdiam. Dia menoleh sekilas kepada wajah muram Ummu Khalidah. Semasa melepaskan Rara pergi tadi, Kiki nampak Ummu Khalidah menangis sambil mendakap erat tubuh Rara. Kasih sayangnya nampak jelas dizahirkan kepada Rara. Bagai emak dengan anak lagaknya. Sedikit sebanyak hati kecil Kiki terusik.
Bilakah masanya pula dipeluk begitu oleh Ummu Khalidah? Hanya gelengan yang menjawab pertanyaan dari hati kecilnya itu.

“Singgah makan kejap, Idah. Budak-budak ni dah lapar agaknya. Kalau tak makan pun tak apa, temankan kita orang.” Baharum membuat keputusan yang tidak mampu dibantah lagi oleh Ummu Khalidah.
Kiki melayani Baharom dan Didi makan. Dia memesankan minuman untuk mereka, mengambil tisu dan memberikan layanan terbaiknya untuk kedua-dua orang lelaki kesayangan Rara. Tidak tahu apa motifnya, tetapi Ummu Khalidah melihatnya dengan pandangan sangsi. Dia tidak suka Kiki berlebih-lebihan menunjukkan rasa prihatinnya. Dia takut nanti menimbulkan rasa kurang senang di hati Baharom.

“Cukup. Cukup…Pak Cik dah kenyang. Tak payah tambah lagi.” Baharom menolak apabila Kiki mahu mengambilkan nasi tambah untuknya.

Ummu Khalidah naik meluat dengan perangai Kiki yang mula menunjukkan warna sebenar. Kiki seolah sedang menggoda lelaki-lelaki kesayangan Rara. Dia perlu menghalang segera, jika tidak tentu akan menimbulkan masalah lain pula.

“Kiki…kenapa kau buat macam tu pada Pak Cik Rom. Kan Pak Cik dah cakap, dia tak nak tu, tak naklah. Jangan lebih-lebih. Kau tu anak dara, cuba hormat sikit pada orang tua. Lagi-lagi orang yang cuba menolong kau.”

“Idah. Kenapa cakap macam itu. Kecil hati dia nanti. Budak-budak Khalidah, memang macam tu perangainya. Dia orang buat apa yang dia orang fikir nak buat. Lagipun aku tak marah pun, kenapa kau pulak nak marah?”

Didi ketawa mengekeh mendengar perbalahan antara emak dan Pak Cik Baharomnya. Tawanya disambut dengan senyuman penuh makna dari Kiki.

“Emak tu jealous kut, Pak Cik. Sebelum ni kan dia tak ada saingan…”

“Apa maksud Didi cakap macam tu. Saingan apa pulak. Emak cakap benda yang betul, yang benar. Mana ada cemburu semua tu…mengarut je Didi.” Ummu Khalidah membela dirinya.

Didi hanya tersenyum penuh makna mendengar hujahan emak kesayangannya itu. Wajah Ummu Khalidah tetap ‘cool’ walau dalam keadaan marah. Itu yang membuatkan Didi selalu kalah dengan emaknya.

“Kiki minta maaf Mak Cik kalau perbuatan Kiki pada Pak Cik Baharom tadi menyakitkan hati Mak Cik. Lain kali Kiki janji tak buat lagi.”

Baharom mengiyakan pengakuan Kiki yang ikhlas itu sambil mengharap jawapan dari bibir Ummu Khalidah. Ummu Khalidah hanya terdiam tanpa memandang Kiki ataupun Baharom.

“Emm…nanti kat sana si Rara tu tahu ke nak berurusan dengan pihak universiti? Tak ada ke kawan-kawan kau yang ada kat sana tu Rom? Kau kan dulu study kat UK jugak.”

“Ada. Aku nak bagi nama dan alamat kawan aku pada Rara. Lagipun, aku dah e-mail maklumat university Rara pada Mr. Abdul. Dia tu orang Mesir, tapi bekerja kat UK. Aku rasa okeylah tu kut. Lagipun Rara ada buat survey sebelum pergi sana hari tu.”

“Ya lah…dia mana pernah pergi jauh dari kau sejak kecil sampailah sekarang ni. Macam manalah kau nak hadapi semua ini, Rom.”

“Entahlah, Idah. Doalah yang baik-baik buat kami berdua.” Lirih sahaja suara Baharom sebelum mereka meninggalkan restoran yang menjual lauk pauk kampung itu.

Ummu Khalidah menjeling sahaja sewaktu matanya menangkap kemesraan antara Didi dan Kiki sejak dari lapangan terbang lagi. Entah mengapa setiap kali terlihat perlakuan Kiki pada Didi, hatinya berdebar-debar dan rasa tidak sedap hati. Mengapa ya?

Perjalanan hidup Rara berubah drastik setelah keputusan SPM diumumkan. Dia tidak lagi bebas ke sana ke mari seperti sekarang ini. Dengan kep...
Unknown Feb 5, 2010
Oh! MyKarya!

“Kenapa you cari I lagi, Wida. Berapa kali I nak bagi you faham yang kita ni dah break off. Our friendship was finished! It was over two years ago!”

“Rilekslah Hazzim. As you told to your brother Ammar, we can be friends…right?” Wida memusing-musingkan kunci keretanya dengan lagak manja di hadapan muka Hazzim.

Abang Ammar baik benor dengan Wida sekarang? Apa pula kaitan antara mereka? Takkan abang Ammar dah syok kat ex-girlfriend aku pulak? Pusing kepala memikir benda alah ini.

“Friends? I saja cakap untuk sedapkan hati abang I. I tak nak dia mengamuk tak tentu pasal dekat ofis. Malu orang tengok. Lagipun I tak nak apabila kita berkawan balik, ibu I tak happy. I tak mahu lukakan hati dia. Enough is enough, Wida.”

Wida ketawa manja yang sengaja dibuat-buat. Tetapi pada pendengaran Hazzim ketawa Wida adalah umpama bunyi guruh yang menunggu hari mahu hujan. Keras dan kasar. Ketawa Wida seolah mengejek-ejek ibunya, sekaligus menaikkan darah muda Hazzim ke tahap maksima.

“Ibu you? You masih dengar cakap dia lagi setelah apa yang dia buat pada kita? Itu you kata ibu?”

Hazzim menjengilkan biji mata mendengar luahan dari mulut Wida yang berlipstik merah menyala itu. Hatinya tiba-tiba panas mendidih apabila Wida mengata ibunya. Siapa dia untuk mempertikaikan hak seorang ibu terhadap anaknya terutama anak lelaki. Adakah dia tahu bahawa hak seorang ibu terhadap anak lelakinya sehingga ke hujung nyawa. Dan, seorang anak lelaki wajib mematuhi ibunya walaupun telah beristeri dan beranak pinak.

“Apa you cakap ni?” suara Hazzim bernada tinggi. Pengunjung restoran di sebelahnya sudah mula tertoleh-toleh.

“I cakap apa yang betul, Hazzim. Sejak kita berkawan dan I jadi kekasih you, tak ada satu kali pun ibu you hargai kewujudan I. I pun manusia yang ada hati dan perasaan, Hazzim. Sanggup dia cakap yang bukan-bukan pasal I.” nada suara Wida kedengaran serak-serak pula. Kelopak matanya yang dioles dengan ‘eyeliner’ berwarna garang tidak menampakkan yang dia sedang bersedih.

“Sudahlah Wida. Barang yang lama tak payah dikenang. I pun dah lupakan you.” Datar sahaja suara Hazzim demi mengimbangi perasaan Wida dihadapannya.

“You suruh I lupakan saja? You suruh I maafkan perempuan tua tu? Over my dead body, man.” Suara Wida sudah meninggi mengalahkan mak tiri yang sedang memarahi anak tirinya.

Hazzim gagal menahan amarah dek perangai Wida yang mencabar kesabarannya. Dia pun bukannya ada apa-apa lagi dengan perempuan itu yang kelakuannya sudah seperti wanita separuh gila. Dengan angkuhnya dia menjerkah balik kepada Wida.

“You pergi sebelum I naik angin dengan you. You get lost! Jangan berani lagi you buruk-burukkan ibu I depan I. Pergi!!!” jeritannya mengaum menerbangkan segala imej yang baik dan berkarisma yang ditunjukkan selama ini. Aku peduli apa!

Wida mencampakkan kain pengelap mulut ke dalam pinggan Hazzim. Dengan langkah bak model sedang bergaya di atas pentas peragaan, dia menapak pantas. Nasib baik steak yang di pesan Hazzim sudah hampir habis. Kalau tidak mahu dia makan steak berulamkan sapu tangan.

Wida berpatah balik ke meja Hazzim dengan wajah yang merah padam menahan malu kerana menjadi perhatian pengunjung Steak House itu. “How dare you, Hazzim. Don’t forget I’m Wida…dunia tak adventure tanpa I!” bisikan Wida meremangkan bulu tengkuknya. Macam ahli sihir pulak dah…

Hazzim memerhatikan Wida berlalu dengan seribu satu persoalan. Akhirnya dia tersenyum sendirian sambil merenung pinggannya yang tertutup dengan saputangan. Jelingan dan bisikan beberapa pengunjung di sekitarnya tidak diendahkan. Buat apa menyibuk hal orang lain, buatlah hal korang sendiri…mahu sahaja dia menghamburkan kemarahannya kepada mereka tetapi tidak jadi apabila memikirkan yang dia masih waras.

Di dalam perjalanan balik ke pejabat tidak habis-habis dia mengutuk abangnya yang menyebabkan dia hilang reputasi di mata umum. Kerana Ammar lah dia didatangi oleh bala bernama WIDA. Dia pun tidak tahu apa motif Ammar membawa Wida kembali di dalam hidupnya. Entahlah. Selama ini di kotaraya besar ini dialah ‘Most Available Bachelor’, gelaran yang diberikan kepadanya selaku antara yang termuda menyandang jawatan tertinggi di dalam syarikat pembinaan itu. Teringat dia sewaktu insiden perkelahian dengan Wida tadi, semua mata lebih mengarah kepadanya berbanding Wida. Ah! Persetankan semua itu.

Namun fikirannya gagal mengekang dirinya dari menjurus kepada satu wajah tulus yang sering membuatnya mengigau. Dia amat berharap sewaktu kejadian tadi tiada paparazzi a.k.a wartawan yang berada di tempat kejadian. Jika tidak, berita panas itu mudah merebak ke serata ceruk dan sampai ke pengetahuan Alisya. Dia benar-benar berdoa untuk itu. Berdoa agar imejnya tidak tercalar di mata Alisya.

***

“Awak jangan layan lagi si Wida gila itu bila dia call atau cari saya. Segala benda pasal dia I tak nak ambil tahu! Awak ingat tu.”

Mata Adira berkelip-kelip mendengar teguran dari mulut bosnya itu. Sejak balik dari makan tengahari sampai sekarang, wajahnya cemberut tak tentu pasal. Semua fail yang dihantar masuk ke dalam, ada sahaja yang silap. Itu tak betul, ini tak kena. Ejaan salah sedikit pun dia akan marah-marah membuta tuli. Kalau macam gitu, baik jadi guru bahasa …bebel Adira tidak puas hati.

Dia menghempas fail yang baru dibawa keluar dari bilik Hazzim. Bergeretak bunyi fail-fail tersebut. Tanpa disengajakan fail yang bertaburan tadi terkena bucu bekas pensil lalu jatuh bersepah di atas lantai. Dengan mulut membebel tidak berhenti mengata Hazzim, dia tunduk mengutip satu demi satu persatu peralatan menulisnya.

“Hello Cik…”

Siapa pulak yang menyibuk ni! Tak tahu ke aku tengah berbulu dengan bos aku yang tengah angau itu. Seketika bunyi itu diam. Faham pun aku tengah sibuk. Adira tersengih dalam geram. Tiba-tiba sepasang kasut lelaki sudah terpacak di depan matanya. Siapa pulak ni! Biadap sungguh! Dengan tergesa-gesa dia berdiri tegak mahu menentang siapakah gerangan manusia yang berkelakuan tidak senonoh itu.

“Tunggu saya bangun boleh tak? Awak ingat saya nak cium kasut awak yang dah berbulan tidak berganti itu? Ingat saya tak tahu awak dah lama tak tukar kasut? Ingat awak tu bagus sangat datang ofis orang macam penyangak?” Adira sendiri pun tidak faham apa yang dibebelkan oleh dirinya kepada ‘makhluk asing’ itu.

Apa mamat poyo ini buat ternganga tengok aku yang sedang memarahinya? Dia tidak rasa marahkah? Dari planet mana dia ni? Bersusun-susun soalan menerjah minda Adira yang sedang menahan geram. Rambut pula ala-ala David Arumugam penyanyi kumpulan Alleycats. Huh! Upah seribu pun aku tak sanggup untuk menyikat rambutnya itu.

“Cari siapa?”

“A…a…Awak!”

“Ada apa? Nak kutip hutang?” Adira endah tak endah sahaja melayani mamat poyo itu. Dia sengaja melayani rentak poyo lelaki itu.

“Sa…sa…”

“Nak apa?” dengan memalingkan badannya dia menjerkah lelaki itu sambil ketawa mengekeh.

“Saya nak jumpa dengan Encik Hazzim bin Bahrudin. Saya dari Harian Perdana. Ini kad saya.”

Lancar pulak bahasanya. Ingat gagap tadi. Adira ketawa mengekeh lagi tetapi sebaik menentang pandangan mamat poyo tadi yang berubah serius, dia jadi kecut pula. Harian Perdana? Alamak! Dia ni dari bahagian mana? Jangan-jangan…

“Nak jumpa siapa tadi?”

“Encik Hazzim bin Bahrudin.”

“Dah buat appointment?”

Dia mengggeleng. Rambut afronya ikut bergerak ke kiri dan ke kanan. Adira pula yang naik rimas melihatkan penampilan wartawan itu. Betulkah dia wartawan? Tetapi jika datangnya dari akhbar popular itu, pastilah dia seorang wartawan. Akhirnya dia menggeleng sendiri tanda tidak faham dengan persoalan yang berbangkit dibenaknya.

“Sekejap ya.”

Dia menyambungkan interkom ke bilik Pengurus Besar Persada Indah Holdings. Dua kali deringan barulah kedengaran suara Hazzim menjawab malas.

“Apa?? Apa dia nak?”

“Saya tak tahu Encik Hazzim.”

Adira menunggu agak lama sebelum menyoal bosnya semula. “Nak bagi dia masuk ke Encik Hazzim?”

“Nak masuk ke?” Hazzim menyoal Adira balik.

“Kalau tak nak saya suruh dia balik.”

Diam seketika. Kedengaran Hazzim melepaskan keluhan halus. “Okeylah Adira, ini masalah saya. Biar saya uruskan. Suruh dia masuk. Saya tahu apa yang dia mahu.”

“Okey Encik Hazzim.”

Adira meletakkan gagang ke tempatnya. Dia memandang wartawan lelaki dari atas ke bawah dan bawah ke atas. Boleh percaya ke ni?

“Betul ke awak ni reporters?”

“Kenapa? Tak percaya?” soalnya sinis.

“Tak mengapalah…awak boleh masuk. Itu biliknya.”

“Terima kasih Cik adik yang cun.”

“Hah??” Perasaan Adira terus jadi geli geleman.

***

'If we touched it with the tip of a finger, it would feel like something between iron and copper. If we took it into our palm, it would burn. If we tasted it, it would be full-bodied, like salted meat. If we took it between our lips, it would fill our mouths. If we smelled it, it’d have the scent of a horse. If it were a flower, it would smell like a daisy, not a red rose.' -Thank you to Orhan Puket.-

Alisya termenung memandang tulisan yang tertera di atas kad kecil yang terselit di celah-celah jambangan bunga ros merah yang dihantar oleh sang pengirim misteri. Dia buntu memikirkan kata yang tersurat di sebalik ungkapan tersebut. Lagipun dia bukanlah seorang yang ambil berat pasal bunga dan maksud-maksudnya. Baik pulak tu siap catat siapa empunya kata mutiara itu. Nampak benar dia seorang yang jujur. Mudah-mudahan…entah mengapa tetiba sahaja bibir Alisya bagai memihak kepada insan misteri itu.

Berkali-kali Rahimah memesan agar dia menyiasat dari mana datangnya segala bunga tersebut tetapi Alisya menolak. Baginya lama-kelamaan orang itu akan bosan apabila tidak dilayan. Lagipun beberapa hari ini dia tiada ‘mood’ untuk melakukan apa-apa. Dia hanya mahu bermalas-malasan dan termenung tanpa arah tujuan.

“Oit! Jom temankan aku buat assignment.”

“Aku malaslah.”

“Buat apa dikenang pada orang yang tak sayang. Cuba ikut macam aku, hari ini putus esok cari lain.”

“Kau bolehlah. Hidup tanpa arah tujuan. Aku lain. Aku pencinta yang setia.”

Rahimah ketawa mengekeh mendengar lontaran suara Alisya yang tiada insurans. “Banyaklah kau! Aku tengah laku sebab itu kumbang berbaris nak kan aku.”

“Kumbang durjana adalah…” Alisya galak mengusik. Rahimah lantas menepuk bahu Alisya dengan majalah yang dipegang.

“Jomlah. Duduk kat ofis boring aje buat apa?”

“Kat mana?” lambat-lambat Alisya bersuara.

“Adalah…yang penting bukan tempat yang merosakkan mata dan minda.”

“Okeylah aku ikut.”

***

Mereka tiba di kawasan jeram yang agak terceruk sedikit dari pemandangan jalan utama. Keadaan jeram yang yang tidak curam dan pemandangannya yang cantik terus memikat hati Alisya. Tidak dia menyangka masih ada lagi di Malaysia ini pemandangan jeram yang cukup terjaga dan bersih.

“Cantik oit! Nasib baik aku ikut kau tadi. Tengok airnya…jernih. Bersih. Ada orang yang jaga ke kawasan ini?”

“Mungkin. Aku pun baru first time datang. How? Okey tak tempat ini?”

“Nice place. Eh! Kau nak buat apa kat sini, Imah?”

“Nak buat cover majalah bulan ini. Tadi kau tak nampak muka ‘mak cik’ kita dah macam singa lapar. Tengok kat aku pun macam nak terkam.”

“Mana kau punya model, lelaki ke pompuan? Aku tak nampak pun batang hidung dia orang.”

“Entah. Sidek pun dah bengang aje aku tengok. Dah dekat setengah jam lambat. Takkan sesat kut. Aku dah contact ajensi model tu dan dia orang kata on the way…”

Tiba-tiba telefon Alisya berdering-dering. Sekilas dia memandang ke muka skrin dan kemudian senyuman hadir di wajahnya yang muram sedari tadi. “Imah, aku jawab call kejap.”

Dia menjauhkan diri dari Rahimah dan melabuhkan punggungnya di atas batu yang agak tersorok sedikit. Rahimah hanya menggeleng-geleng melihatkan telatah Alisya. Itu mungkin panggilan dari Zikry, teman lelakinya yang macam biskut, sekejap ada, sekejap tiada. Baru sahaja Alisya mengkhabarkan yang mereka telah putus kelmarin, tetapi semalam lelaki itu datang semula memujuk rayu. Akhirnya mereka tidak jadi putus…Alisya, oh Alisya. Tipisnya nilai kekebalanmu…dengus Rahimah tidak berpuas hati dengan teman lelaki Alisya yang kerap mempermainkan perasaan teman baiknya itu.

Sebuah kereta berwarna merah berhenti tidak jauh dari tempat Rahimah dan Sidek yang sedang berbual-bual. Dari perut kereta keluar dua orang gadis yang agak seksi dan seorang lelaki yang berperwatakan lembut. Sidek dan Rahimah saling berpandangan dan kemudian pandangan mereka jatuh pula ke wajah keruh gadis-gadis ‘pendatang’ itu. Dengan langkah yang ala-ala itik pulang petang, mereka mendekati Sidek dan Rahimah lalu menjatuhkan beg yang digalas di hadapan mereka berdua.

“What the hell you choose the place like this!” salah seorang model mula membebel.

“Ya lah Niky. I pun sokong you…apa class tempat macam ini.” Lelaki lembut itu bercakap dengan jarinya diliuk lentukkan.

“Nasib baik aku tengah kering job, kalau tak…sori aku nak datang tempat macam ni.” Si baju
hijau pula menambah ‘cuka’ ke dalam kata-kata temannya.

“I pun sama.” Juih si gadis berbaju merah pula.

“Lain kali carilah tempat yang ‘high class’ sikit. Dahlah susah nak cari, banyak nyamuk pulak tu…” bebel sibaju hijau tidak berhenti-henti.

Rahimah dan Sidek menunggu sahaja model-model itu berbalas cakap yang secara tidak sengaja telah mengutuknya terang-terangan. Rahimah merasakan dirinya dipermainkan dan maruahnya bagai di pijak-pijak. Mahu sahaja dia menempelak mereka balik tetapi ditahankan sahaja api kemarahannya itu demi satu ‘dateline’.

Mendengar bunyi bising tidak jauh darinya, Alisya mengintai dari celah-celah daun tempat dia duduk untuk mengetahui gerangan apakah yang sedang berlaku terhadap kedua-dua rakannya itu. Dia nampak dua orang berpakaian seksi sedang bercakap-cakap dengan kedua belah tangan sekejap di atas dan sekejap di bawah. Lagaknya seolah tidak berpuas hati dengan sesuatu. Itu mungkin model yang ditunggu oleh Rahimah untuk gambar kulit majalah mereka. Dadanya berdebar kencang tatkala dia mengamati wajah salah seorang gadis tersebut yang berpakaian serba merah sama warna dengan kereta yang dinaiki. Serta merta dia teringat kejadian minggu lepas di sebuah pusat beli belah terkenal. Perempuan angkuh lagi bongkak itulah yang menyebabkan skirt kesayangannya terkoyak!

Darah mudanya mendidih mahu membalas perbuatan gadis tersebut, biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah! Namun dua kali fikir, dia tak jadi untuk meneruskan niatnya itu. Dia bimbang tindakannya bakal menganggu tugasan yang sedang dilaksanakan oleh Rahimah dan Sidek. Lagipun dia tidak mahu ‘mood’ gembiranya dicalari oleh perkara remeh temeh seperti itu.
***
“Menyampah badak aku dengan model-model tadi. Yang si lembut tu pun ikut kekwat.” Rahimah melepaskan geramnya usai sahaja model-model ‘seksa’ itu meninggalkan kawasan jeram tersebut. Dia memasukkan barangan yang di bawa ke bonet kereta Unser milik syarikat mereka.

“Sabar Imah…sabar…” Alisya ketawa kecil seraya menenangkan Rahimah yang sedang berbulu habis.

“Nasib baik aku segan dengan kau Sidek. Kalau tak…”

“Kau dah buat apa?” soal Sidek yang ikut memasukkan kamera ke dalam bonet.

“Aku cili-cilikan mulut dia orang! Perasan bagus, dahlah kurus melengking macam tak cukup makan. Ada hati nak tayang perut kat kita…”

“Kau jealous kut sebab perut dia leper cantik, tak macam perut kau…buncit!” Alisya sengaja mengingatkan Rahimah akan ‘kecacatan’ pada perutnya.

“Buncit…buncit kau jangan sebut tau. Sensitif.” Rahimah pura-pura merajuk.

“Habis nak panggil apa yang kat depan tu…seksa!!” Alisya menyakat lagi. Wajah Rahimah telah bertukar merah kerana malu dengan Sidek yang ikut sama mengekeh mendengar usikan Alisya.
“Kau ni sudahlah Alisya. Kesian kawan kita ni aku tengok. Gemuk pun gemuklah Imah, yang penting sihat.” Akhirnya Sidek cuba memujuk Rahimah yang tengah muncung.

“Hei!! Aku gemuk sangat ke? Mana ada…masih ramping lagi apa??”

“Ya lah, ya lah…kau menang. Jomlah kita balik. Makin banyak pulak nyamuk kat sini. Tapi view dan suasana dia cantik. Aman…damai…”

“Hah! Sudah Alisya. Nak berangan lah tu. Tak habis-habis.” Ejek Rahimah dengan raut menyampah.

“Jangan mare…” Alisya menggeletek Rahimah. Akhirnya mereka ketawa dan ketawa lagi sepanjang perjalanan pulang ke pejabat.

***

“Siapa nama model gedik tadi tu, Imah?”

“Yang mana satu?”

“Baju merah.”

“Bukannya yang lembut sikit tu?”

“Yang ‘lembut’ tu aku tak nak tahu. Buang masa.”

“Kenapa kau nak tahu? Ada apa-apa ke?”

“Saja tanya.” Jawab Alisya perlahan sambil meletakkan sudu dan garpunya di sisi pinggan.

“Kalau tak silap nama dia Wida. Dia tu ada eksyen lebih dari yang lain. Itu tak nak, ini tak boleh. Nak ikut cakap dia aje.”

“Oh!!..Wida…”

“Lain macam aje kau sebut nama dia? Why? Tak nak cerita dengan aku?”

“Kau ingat tak yang aku cerita insiden kat shopping complex tu?”

“Ingat! Ingat!” dengan pantas Rahimah menjawab.

“Dengan dialah aku gaduh. Sombong! Nasib baik ada jurujual yang tolong aku hari itu.”

“Ceh! Kenapa tak cakap dari tadi. Kalau tak boleh kita humban dia dalam jeram tu. Berlagak betul. Nyampahnya aku!!” Rahimah menepuk meja agak kuat dek geram tahap melampau kepada model yang bernama Wida itu.

“Biarlah dia…esok lusa tahulah dia langit itu tinggi rendah.”

Rahimah diam tidak berkutik melihatkan ketenangan yang ditonjolkan oleh Alisya. Baginya sikap tersebut memang bagus tetapi tidak bertempat. Dia terus berang mengingatkan wajah Wida yang terkedek-kedek sewaktu sesi penggambaran tadi.

“Kenapa you cari I lagi, Wida. Berapa kali I nak bagi you faham yang kita ni dah break off. Our friendship was finished! It was over two yea...
Unknown Jan 5, 2010
Oh! MyKarya!


Rara tergesa-gesa membawa barang yang baru di beli di pasar ke rumah. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menonton pertandingan mengambil gambar yang turut disertai oleh Didi. Sewaktu terserempak dengan Ummu Khalidah di pasar tadi sempat juga dia bertanyakan tentang Didi. Dari situlah dia mendapat tahu yang Didi menyertai pertandingan fotografi amatur di sebuah pusat membeli belah terkenal.

"Pesan pada Didi jangan balik rumah terus. Tidur aje kat shopping complex tu. Sejak dua menjak ni susah betul mak cik nak tengok muka dia lekat kat rumah. Asyik merayap tak kira siang atau malam."

Bebelan Ummu Khalidah di telan sahaja oleh Rara di dalam hati. Lagipun dia sudah biasa mendengar leteran wanita separuh abad itu, sementelah mereka berjiran. Ummu Khalidah sudah seperti ibunya sendiri. Rara sendiri telah kehilangan ibu sejak kecil lagi, sekitar usianya enam tahun. Sejak dari itulah Rara telah menganggap Ummu Khalidah sebagai pengganti ibu yang telah pergi.

Rara mempercepatkan langkah untuk ke kompleks membeli belah tersebut yang letaknya tidak sampai sepuluh minit dari rumahnya. Rambutnya yang keriting halus ikut terbuai-buai ketika dia berlari-lari anak menyeberang jalan. Ketika sampai di tepi pentas pertandingan, Rara lihat kelibat Didi berdiri di satu sudut bersama-sama dengan beberapa peserta yang lain. Dia melambai-lambai ke arah Didi tetapi lelaki itu tidak perasan. Dia berasak-asak ke hadapan sedikit agar lebih menonjol memandangkan tubuhnya yang bersaiz kecil. Akhirnya Didi dapat melihat kehadirannya dan dia kelihatan sedikit terkejut melihat Rara terpacak di situ. Rara sangkakan Didi akan menjeling marah tetapi sebaliknya dia membalas lambaian gadis itu. Rara tersenyum gembira kerana dihargai oleh Didi, lelaki yang amat dicintai hampir lima tahun lamanya.

"Dah nasib tak dapat tempat, nak buat apa. Belum ada rezeki...lain kali Didi cubalah lagi." Rara memberikan kata dorongan agar Didi tidak terlalu memikirkan tentang kekalahannya pada pertandingan fotografi amatur tadi.

"It is okey. Didi tak kisah pun. Hadiahnya pun bukan banyak. Didi buatpun untuk suka-suka aje."

"Hah! Macam itulah. Senyum jangan tak senyum. He...he..."

"Nak balik terus ke? Kita jalan-jalan dulu...window shopping. Eh! Jom pekena cendol mamak kat luar tu. Dah lama kita tak makan cendol dia kan."

"Jom...Didi belanja Rara tau. Tadi keluar tak bawak duit. Balik dari pasar terus ke mari. Nak bagi sokongan moral pada Didi." Rara berterus terang.

"No problem. Rara makan pun tak luak lima ringgit. Jomlah!"

Didi menarik tangan Rara menuju ke luar pusat membeli belah itu. Walaupun bukan hujung minggu ruang niaga di kompleks tersebut tetap meriah dengan kunjungan pelanggan yang datang silih berganti. Mereka menyelinap di bawah payung mamak penjual cendol tersebut dan tiba-tiba muncul betul-betul di depan matanya. Melihat mamak cendol itu terkejut badak, Didi dan Rara pun ketawa terbahak-bahak bagai nak pecah perut.

"Ayo yo! Nasib baik tak da nyanyuk.Kalu tidak tangan dan kaki naik muka adik..."

"Mamak! Bukan nyanyuk la...latah. Lama tak nampak?" Didi mula mengusik.

"Ada sini jugak. Adik saja lama suda tadak datang...mana pigi?" Mamak itu bercakap masih pekat pelatnya. Entah dari daerah mana di negara India dia datang. Pernah juga dia bercerita kepada mereka setelah disakat oleh Didi satu ketika dahulu. Tetapi Rara sendiri pun dah terlupa. Yang dia tidak lupa tentulah keenakan cendolnya.

"Ada kat sini juga. Cuma mamak aje yang tak nampak." jawab Didi masih ramah melayani mamak tersebut.

"Ini adik yang manis mahu campur kacang atau tak mau?"

"Kasi banyak kacang mamak. Baru ada kick!" Rara menjawab sambil mengusiknya.

Mereka makan dengan gelojoh sambil berlumba cendol siapa yang habis dahulu. Habis comot baju Rara terkena percikan air cendol. Keputusannya...tentulah Didi yang memang kaki cendol itu yang memenangi pertandingan tak bertauliah itu sementelah diadili oleh mamak yang memang geng kamcingnya.

"Mamak pengelat. Pilih bulu! Tak aci macam ni." Rara pura-pura memprotes.

"Bulu tada juga pilih. Bulu pun tada..."

Rara dan Didi ketawa mengekeh mendengar mamak itu membalas tuduhan mereka. Ketawa mereka masih bersisa ketika sampai di hadapan pintu rumah Rara. Namun kegembiraan Rara hanya sementara apabila dia terpandang beberapa ekor ikan tergolek-golek di atas lantai simen. Sewaktu tergesa-gesa pulang dari pasar tadi dia memang meletakkan beg plastik berisi sayur dan ikan itu di atas meja kecil di garaj.

"Kenapa tu?" tanya Didi menunjukkan ikan yang tergolek-golek dengan muncungnya.

"Si Putih punya kerjalah ni. Habis abah balik nanti nak makan apa?"

"Makan kat rumah Didi aje. Nanti Didi pesan pada mak. Macam tak biasa pulak!" Didi menyeringai menunjukkan barisan giginya yang kurang teratur sedikit.

"Malulah..."

"Hai...bukan minggu ni dah masuk tiga kali Rara makan kat rumah Didi."

"Didi!!"

Didi sudah berlari pecut 100 meter ke rumahnya yang hanya dipisahkan oleh dua buah rumah yang lain. Rara mengekori kelibat Didi di pintu pagar sehingga dia hilang di dalam rumahnya.

"Putih!! Mana kau! Pandai kau makan ikan aku ya! Dapat kau siap aku kerjakan nanti."

***

"Apa bah? Tak balik? Ada emergency?"

Rara meletakkan telefon di atas meja kaca di hadapannya. Abah tidak dapat balik hari ini kerana ada kecemasan. Pekerjaan abah yang agak berbahaya di pelantar minyak amat dia maklumi. Dan Rara amat faham jika dia hanya dapat bertemu dengan abahnya beberapa kali sebulan.

Kekerapan Baharum bekerja di luar daerah telah membawa abah memperoleh ramai kenalan dan sahabat. Sebagai seorang ketua jurutera, Baharum memikul tanggungjawab yang agak besar berbanding orang lain. Rara memang tidak nafikan yang abahnya seorang yang baik hati, sensitif dan suka menolong orang lain. Kerana sifatnya itulah Rara mendapat kawan angkat! Kali pertama abah memperkenalkan Kirana kepadanya, dia merajuk. Umur Kirana tua setahun dari umur Rara. Kalau tahun hadapan Rara bakal mencecah 18 tahun, bermakna Kirana berumur 19 tahun. Setiap kali Baharum balik dari tugasan luar daerah, dia akan membawa Kiki pulang bersamanya. Baharum kata boleh dijadikan kawan peneman sepi anaknya itu. Tetapi sebaliknya, Rara berpendapat abahnya telah membahagikan kasih dan sayangnya terbelah dua, antara Rara dan Kiki. Mengapa Kiki mahu campurtangan ke dalam ruang bahagia keluarga mereka sedangkan dia mempunyai segalanya, ibu dan bapa yang amat penyayang.

Bunyi pintu pagar digegar dengan kuat menyentakkan lamunannya sebentar tadi. Dia menjenguk ke tingkap. Wajah selamba Didi terletak elok di celah pintu pagar kuning di raja keluarganya. Rara mengangkat tangan menyuruh Didi menunggu sebentar sementara dia memadamkan lampu bilik.

"Penat siot bergayut kat sini dari tadi."

"Siapa suruh?"

"Habis...Rara pekak badak tak dengar Didi panggil."

"Apa Didi cakap? Pekak badak? Ini dia pekak badak!!"

Rara menyepit ke dua belah telinga Didi sehingga sampai ke rumahnya. Didi mengadu sakit sehingga Rara melepaskannya.

"Sakitlah siot!"

"Kau orang ni macam kera dengan monyet. Pantang bertemu, tak pernahnya elok. Ada-ada saja."

"Dia yang mulakan, mak cik."

"Rara yang tarik telinga Didi, mak."

Ummu Khalidah mengangkat senduk menyuruh Didi dan Rara berhenti bertikam lidah. "Jom makan. Asyik nak gaduh aje...aku kahwinkan karang..."

"Tak naklah mak cik. Didi belum sunat!" Rara terlepas kata tanpa disangka. Dengan segera Rara menekup mulutnya yang gatal tak bertempat itu berulang kali.

"Mana Rara tahu dia belum sunat? Dah tengok ke?"

"Mak cik!!" Rara terjerit malu apabila Ummu Khalidah mengenakannya semula. Rara lihat Didi berwajah bangga kerana telah diselamatkan oleh emaknya.

"Abah kamu tak balik sini?"

"Tak. Ada emergency." Rara menjawab lemah. Hilang terus selera makannya apatah serta merta dia terbayang kelibat Kiki sedang enak-enak makan dengan abah di sana.

Rara tergesa-gesa membawa barang yang baru di beli di pasar ke rumah. Dia tidak mahu ketinggalan untuk menonton pertandingan mengambil gamb...
Unknown Dec 30, 2009
Oh! MyKarya!


Dia termenung menghadap jalanraya. Melalui tingkap biliknya, dia nampak cahaya neon berkilau-kilau pada bangunan yang tinggi mencakar langit. Pemandangan yang menjengkelkan di siang hari bertukar indah dan cantik di waktu malam. Cahaya neon yang berwarna-warni itu kadangkala boleh menenangkan gelodak jiwa mudanya yang sedang dibahangi api asmara. Semuanya kerana seorang gadis yang belum dikenali secara mendalam. Gadis yang telah membuatkan debaran jantungnya semakin laju setiap saat mata bertentangan, tatkala tersentuh kulitnya yang halus dan ketika suara itu mengalunkan ayat. Biarpun suaranya tidak semerdu suara Dato’ Syarifah Aini ketika mengalunkan Seri Dewi Malam, tetapi cukuplah membahagiakan segenap raganya. Huh! Semakin parah aku nampaknya. Bagaimana kalau aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Dia meluruskan pandangannya ke pondok pengawal pula. Mungkinkah Pak Din yang berkawal malam ini? Kalaulah benar lelaki tua itu masih di situ, dia teringin berbual-bual. Tidak kisahlah apa yang hendak dibualkan, yang penting dia dapat membuang sementara ingatannya kepada Alisya. Gadis itu hampir merebut ketenangan setiap malamnya semenjak pertemuan mereka beberapa bulan dahulu. Walaupun mungkin hanya dia yang berperasaan begitu. Penasaran tidak menentu.

“Pak Din?”

Senyap sahaja tiada balasan dari orang yang dipanggilnya.

Dia merapati bilik pengawal tersebut dan menjenguk ke dalam. Tiada sesiapa di situ. Radio kecil masih terpasang mendendangkan lagu irama ghazal. Fikir Hazzim, tentulah Pak Din yang berkawal kerana orang tua itu amat menggemari irama tradisional itu. Dia tersenyum sendirian. Apalah bestnya muzik tradisional itu yang hanya membuatkan matanya berasa mengantuk apabila mendengarnya. Benarlah kata orang, muzik adalah alat terapi minda paling mujarab. Jadi Pak Din mendengar muzik untuk menenangkan jiwa. Ah! Apa aku melalut yang bukan-bukan.

Seminit dua dia menunggu namun bayang Pak Din tidak juga menjelma. Dia menggosok-gosok tengkuknya, kemudian menyinsing lengan baju kemejanya yang belum di salin semenjak pulang dari pejabat tadi. Setelah penat menanti tetapi orang yang ditunggu tidak juga muncul, Hazzim berpatah balik ke banglo mewah keluarganya yang sunyi dan hening. Pemandangan persekitaran agak gelap, cuma berlatarkan lampu hiasan yang memagari kediaman mewah itu.

Hazzim memeriksa keretanya yang diparkir dan yakin semuanya telah dikunci dengan elok. Pada ketika itulah telinganya menangkap suara orang berbual-bual dari sebalik tembok yang memisahkan garaj dengan beranda rumah banglo tersebut. Dia teragak-agak untuk memeriksa bunyi tersebut tetapi kakinya telah terlebih dahulu melangkah. Semakin lama semakin jelas butiran percakapan mereka.

‘Ibu!’

‘Dengan siapa pula dia berbual di dalam gelap begitu?’
‘Takkan dengan Pak Din kut?’

Berebut-rebut persoalan menerjah kotak fikirannya. Memikirkan yang dia tiada hak untuk mencuri dengar perbualan orang lain, Hazzim menarik kakinya dari mendekati beranda. Tetapi sebaliknya dia seolah-olah terpaku apabila suara orang lelaki yang sedang bercakap itu bukannya Pak Din.

“Bersabarlah Zah. Abang akan sentiasa berada di sisi awak selalu. Kuatkan semangat, jangan melatah dengan segala tohmahan orang. Semakin kita berjaya, semakin ramai orang yang mahu melihat kita jatuh pula. Anak-anak awaklah pemangkin semangat yang paling berharga. Kuatkan hati, ya.”

“Itulah yang selalu Zah doakan, bang Baha. Walaupun anak-anak semuanya semakin jauh, Zah tetap sayang mereka. Zah cari kekayaan ini semua untuk mereka.”

“Tak apa kalau mereka nak duduk sendiri. Ammar pun dah besar. Adik-adiknya ikut apa sahaja yang abang sulung mereka buat. Lama-kelamaan nanti mereka akan faham mengapa Zah sangat tegas dengan mereka. Bukannya Zah benci atau mahu mengongkong, tetapi demi masa depan mereka. Abang faham apa yang Zah dah buat, abang akan sokong segala apa yang Zah buat itu.”

Hazzim menelan air liurnya dengan kasar. Siapakah lelaki yang sedang berbual-bual dengan ibunya dan membicarakan tentang mereka adik beradik. Nampaknya orang ini bukan orang jauh, dalam erti kata lain mungkin saudara terdekat mereka. Tetapi mengapa mereka bertemu di dalam gelap dan di tempat yang agak tersorok? Siapakah dia? Hazzim segera meninggalkan garaj dengan pelbagai persoalan menerawang di fikirannya.

***

Hazzim hairan mengapa pula kali ini jambangan bunga yang dihantar dikembalikan. Menurut kata amoi kedai bunga itu si penerima tiada. Apa maksudnya? Adakah Alisya tidak bekerja? Atau telah berhenti kerja? Takkanlah kerana dia menganggunya malam tadi, gadis itu langsung tidak mahu lagi bekerja di situ. Bagaimana dia mahu menahan desakan nalurinya yang mahu mendengar suara Alisya walaupun tidak dapat menatap wajahnya. Walau baru beberapa jam sahaja tidak berjumpa, dia merasakan telah lama terpisah dari Alisya. Apakah yang telah terjadi pada dirinya? Hazzim mengutuk diri kerana menyebabkan gadis itu tidak mahu menerima jambangan bunganya lagi.

Kemudian Hazzim teringat, Alisya tidak mengetahui siapa sang penghantar bunga itu…pasti bukan disebabkan dirinya maka bunga itu di tolak. Maka apakah sebabnya? Bertalu-talu pertanyaan itu menyangkut di fikirannya sehinggalah dia ternampak kelibat Adira di kerusinya.

“Ya Encik Hazzim.”

Di tangan Adira telah tersedia pen dan diari untuk merekod arahan dari ketuanya itu. Kelihatan wajah Hazzim agak kusut.

“Awak call amoi kat kedai bunga yang selalu kita order tu, kenapa bunga yang saya hantar dikembalikan. Is something goes wrong?”

“Encik Hazzim tadi dah call, kan?”

“Haah! Tapi saya terlupa nak tanya sebabnya?”

“Itu saja Encik Hazzim?”

“Ya.”

Adira mengerutkan dahi melihat perubahan diri Hazzim hari ini. Nampak pendiam pulak ketuanya itu. Ah! Sakit angaunya datang lagi lah tu…

“Adira.”

“Ya Encik Hazzim.” Dia tidak jadi keluar dari bilik itu.

“Dah baca novel-novel yang saya beli itu? Dah buat summary?”

“A…a…belum Encik Hazzim. Sekarang busy sikit, nanti bila dah tak busy saya akan baca dan buat summary untuk Encik Hazzim.”

“Okeylah. Terimakasih.”

“Boleh saya keluar sekarang?”

Hazzim mengangguk lemah. Dia memandang kosong tubuh Adira yang telah menghilang di sebalik pintu. Wajahnya diraut bagi mengembalikan sisa semangat yang ada. Kenapa aku tak ada mood ni? Amukan mindanya malam tadi sukar dikekang hingga kini. Siapakah lelaki yang bersama ibunya? Berdua-duaan di dalam gelap, berbisik-bisik dan mencurigakan, menimbulkan syak dan mengundang maksiat. Apakah ibunya terlalu terdesak untuk memenuhi tuntutan nalurinya setelah hampir berbelas tahun di tinggalkan oleh sang suami? Ditinggal tanpa pesan! Dan kini dia mungkin sudah tidak tertanggung akan penyeksaan batin tersebut.

Hazzim mengenepikan seketika dari terlalu memikirkan perihal ibunya. Dia kini rindukan Alisya. Kalau boleh dia ingin menculik dan mengahwini gadis itu. Dengan paksaan semua boleh terjadi. Dia ada wang. Dia boleh mengupah sesiapa sahaja untuk mendapatkan Alisya. Tetapi di kemudian nanti, adakah Alisya boleh menerimanya dengan rela? Adakah cinta akan wujud dihatinya?

Dia membuka laman Google untuk memeriksa peti e-mel untuk hari itu. Banyaknya e-mel. Dia mencari e-mel dari Alisya. Nampaknya tiada. Alisya tidak membalas e-melnya yang menggunakan nama ‘Mizah’. Malam tadi seperti biasa dia menghantar e-mel kepada Alisya kerana tidak boleh tidur. Ah! Mungkin dia sibuk dengan urusannya sendiri. Dia mengeluh hampa. Teringat pula untuk menghubungi Kamal, mungkin lelaki itu boleh berkongsi sedikit cerita mengapa kakaknya itu tidak datang ke pejabat, itupun setelah dimaklumkan oleh Adira sebentar tadi. Sebab itu jambangan bunganya dikembalikan.

“Kamal sibuk?”

“Sibuk juga. Kenapa abang Hazzim? Macam risau aje suara abang.”

“Tak adalah. Saja nak berbual dengan Kamal.”

Dalam beberapa ketika kedua-duanya senyap sunyi tanpa sebarang perkataan. Kemudian suara datar Hazzim memecahkan kesunyian yang dibina oleh mereka tanpa sedar. “Abang nak tanya sikit boleh?”

“Kenapa bang? Ada masalahkah?” Kamal seolah dapat meneka apa yang merisaukan Hazzim.

“Masalah kecil aje. Kakak Kamal kerja tak hari ini?”

Kedengaran Kamal melepaskan tawa kecil. Sangkaannya benar sama sekali. “Kakak MC lagi. Pagi tadi dia tak boleh bangun. Kamal rasa kakak banyak menangis sampai demamnya datang lagi.”

“Oh! Thank you Mal.”

Belum sempat Kamal mahu menyampuk Hazzim terlebih dahulu menutup telefonnya. Dia mengambil kunci dari dalam laci lalu keluar menonong tanpa mempedulikan Adira yang merenungnya tidak berkelip. Kenapa dengan Hazzim ni? Dia menunggu jika Hazzim berpatah balik dan meninggalkan pesanan. Namun bebayang lelaki itu terus menghilang di sebalik tembok.

***

Dia menunggu agak lama diluar dengan di tangannya penuh dengan buah-buahan tempatan yang pada fikirannya bisa menyembuhkan demam Alisya. Dia membelek beg plastik berwarna kuning itu. Ketika dia memborong segala jenis jambu batu, oren, epal, mangga dan sedikit buah strawberry, nyonya kedai itu terpinga-pinga. Mungkin dia hairan untuk majlis apa buah sebanyak itu dibelinya.

“Kawan sakit, Nya. Bagi dia makan buah lebih sikit.”

“Oh!! Ingat mau ada kenduli…” sengihan nyonya itu semakin lebar ketika Hazzim menghulurkan not seratus kepadanya.

“Hati manyak baik ha…untung sapa kawan sama lu.”

“Sikit aje, Nya. Tapi ini pompuan sangat special untuk saya.” Hazzim tidak bersembunyi. Lagipun nyonya itu dengannya bukan sesiapa, takkan pecah rahsia sulit itu. Dia mengakui Alisya seseorang yang istimewa di hadapan nyonya itu walaupun hakikatnya dia tidak wujud di hati Alisya. Namun dia percaya usaha tangga kejayaan! Move on, gentlemen!

“Abang Hazzim?”

Dia tergugah dari lamunan singkatnya ketika namanya dipanggil.

“Apa abang buat kat sini? Dah lama abang sampai?”

“Er…er…abang nak hantar buah ni. Untuk kakak kamu. Dia dah okey?”

“Dah kebah sikit. Saya baru aje balik dari kedai. Belikan kakak air badak.”

“Badak?”

“Air badak lah bang. Kita orang dulu-dulu kalau badan panas minum air ini. Mujarab bang.”

Tanpa dipelawa di mengikut Kamal masuk ke dalam rumah. Dia lupa sepatutnya dia tidak berbuat begitu, tetapi hatinya sangat risaukan Alisya. Sepanjang perjalanan ke situ dia amat bimbangkan gadis itu. Dia dapat merasakan penderitaan yang ditanggung oleh Alisya. Dia rasa amat dekat dengan gadis itu dan tidak mahu ratu hatinya itu diserang kesusahan. Mungkin dengan perhatian berlebihan yang diberikan, hati Alisya akan tersentuh dan menerima kehadirannya dengan tangan terbuka.

“Kak Lisya tengah tidur.”

“Erm…boleh abang tengok?” entah kenapa mulutnya gatal tak bertempat untuk menjenguk bilik perempuan yang bukan kekasihnya, jauh sekali isterinya.

Kamal tersengih-sengih melihatkan kekalutan pada sikap Hazzim. Selalu dia tidak begitu, malahan sangat cool dan matang. Tetapi kali ini, Hazzim yang dikenali lain benar perangainya.

“Kakak tengah tidur. Mal rasa tak perlulah abang tengok. Jom bang, kita tunggu kat depan.”

Hazzim menuruti langkah Kamal ke ruang tamu. Rumah teres tiga bilik itu kelihatan kurang kemas. Beberapa buah majalah ‘Pancing’ berterabur di atas meja. Hazzim duduk di kerusi sambil melipat lengan bajunya separas siku. Peluh dingin memercik di dahi.

“Abang berpeluh-peluh. Abang Hazzim dari mana tadi?”

“Dari ofis.”

“Ingat dari balik jogging ke…he…he…jangan marah bang, saya gurau aje. Abang nak air?”

“Boleh jugak.”

Kamal bangun menuju ke dapur dan keluar semula membawa dua cawan air. Satu di pegang dan satu lagi di letakkan di atas meja berdekatan dengan Hazzim.

“Minum bang, air bujang.”

Hazzim meneguk air oren itu sekali lalu dan meletakkan semula cawan yang sudah kosong itu di atas meja. Gelagatnya diperhatikan oleh Kamal dengan penuh minat. Lama kelamaan Kamal mulai pelik dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh Hazzim.

“Selalu ke kakak macam itu, demam lama-lama.”

“Tak. Tapi kali ini demam dia lain sikit. Demam kura-kura.” Meledak tawa Kamal sebaik habis menuturkan kata-katanya sendiri.

“Hish! Apa Kamal merepek ni. Abang tengok demam biasa aje tu. Demam kura-kura tandanya lain.”

“Habis tu…nak panggil demam apa?”

“Demam panas kut. Abang nak tengok kak Lisya awak tak bagi. Kalau tak boleh abang tentukan apa jenis demam dia.” Hazzim sekadar berbasa basi. Dia merasakan separuh semangatnya hilang.

“Nanti jadi hal lain pulak bang. Saya takut abang apa-apakan kak Lisya.”

“Abang ni nampak muka orang jahat ke, Mal? Dah berapa lama awak kenal dengan abang? Takkan abang nak buat tak senonoh pada kakak awak.”

“Saya cakap aje bang…lagipun abang dengan kak Lisya bukannya ada apa-apa. Mak we pun bukan.” Usik Kamal untuk menduga hati abang angkatnya itu.

“Ya tak ya jugak. Siapalah abang ni…”

“Sedih bunyinya bang. Nak kata berkasih atau bercinta pun tidak, dah macam orang kematian bini aje.” Kamal galak mengusik.

“Kamu ni. Ke situ pulak. Abang balik dululah. Ada banyak kerja lagi kat ofis.”

Hazzim berjalan menuju ke pintu. Benar kata Kamal. Dia bukan sesiapa. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya tetapi hati di dalam hanya TUHAN yang tahu.

“Abang Hazzim.”

Hazzim tidak jadi menyarungkan kasutnya. Dia meluruskan matanya menentang pandangan Kamal yang ingin mengatakan sesuatu.

“Dia demam putus kasih…kak Lisya dah putus dengan abang Zikry semalam.”

Apakah benar apa yang disampaikan oleh Kamal sebentar tadi? Atau dia sedang bermimpi di siang hari, terlebih berangan sehinggakan realiti atau fantasi tidak mampu dibezakan. Dia menggosok-gosok telinganya pula.Ya. Dia belum pekak. Kamal mengucapkan sebuah kata keramat yang akan dikenang sampai bila-bila. Ahamdulillah! Terlepas pula kata keramat itu dari sudut bibirnya.

“Abang sebut apa tadi? Saya tak berapa jelas.”

“Tak ada apa-apa.” Dia menjawab deras. Namun perubahan wajahnya yang muram kepada ceria menceritakan segalanya. Ya ALLAH masanya tiba juga. Ingatkan dia perlu menunggu berkurun sehingga berjanggut sampai ke lutut untuk mendapat peluang itu.

Sebuah kereta berhenti di hadapan rumah teres tiga bilik yang dihuni oleh Kamal dan Alisya. Kamal dan Hazzim serentak menoleh ke arah yang sama. Seorang lelaki keluar dari kereta dengan tergesa-gesa.

“Assalamualaikum.”

Kamal dan Hazzim serentak menjawab salam yang dihulur. Wajah lelaki itu berkerut seribu ketika memandang kehadiran Hazzim di situ. Dia berkalih memandang Kamal pula dengan wajah penuh simpati.

“Abang nak jumpa dengan kak Lisya. Abang nak minta maaf dengan dia, abang masih perlukan dia, Kamal. Tolong abang…”

Hazzim tercengang-cengang mendengar rayuan lelaki yang tidak dikenali itu. Tetapi segera dia maklum siapakah gerangannya apabila lelaki itu seperti sudah biasa dengan Kamal.

“Kak Lisya tak sihat. Dia tidak mahu diganggu!”

“Tolong abang kali ini, Mal. Abang nak minta maaf dengan dia. Abang nak cakap sesuatu dengan dia.”

Hazzim serba salah mendepani situasi tersebut. Sekali imbas dia mengadili penampilan lelaki itu. Agak kurus dan selekeh, tidak sesuai langsung dengan Alisya. Alisya jauh lebih cantik, lebih bergaya untuk mendapat kekasih seperti itu. Apa yang dipandang pada lelaki itu, dia tiada jawapannya. Hanya Alisya yang tahu!

Dengan langkah yang berat dia meninggalkan rumah itu. Baharu sahaja hatinya kembang berbunga sebentar tadi, kini telah kuncup dan layu tak sempat berkembang mekar gara-gara kehadiran lelaki tidak tahu malu itu. Inilah penangan cinta namanya. Hilang malu dan terbang segala keegoan demi menatang sesuatu yang bernama cinta. Bak kata Pak Din, cinta sepatutnya membahagiakan.

Bagiku cinta amat menyakitkan! Gumam Hazzim kepada dirinya sendiri sambil memandu pulang ke pejabat.

***
Sampai sahaja di pejabat Adira menyampaikan pesanan yang memualkan perasaannya. Wida mencarinya. Bekas teman wanita yang telah dihumban dari ingatan kini datang kembali, menagih cintanya yang sudah basi. Tiada lagi cinta untuk gadis itu. Dia telah nekad memutuskan begitu setelah percintaan mereka dihalang oleh ibunya. Ibunya adalah wanita paling berpengaruh di dalam menentukan corak hidupnya.Wanita yang memutuskan itu dan ini untuknya.

Kadangkala dia bosan diperlakukan seperti badut atau pak turut. Sehingga sampai satu tahap dia mahu memberontak. Melancarkan perang dunia ketiga dengan ibu yang melahirkannya. Dia ingin lari jauh dari intipan ibunya. Tetapi itu semua tidak pernah mahu terjadi, setelah dia diberikan ‘ceramah’ oleh Pak Din. Sungguhpun Pak Din setakat pengawal di rumah agam keluarganya tetapi pengetahuan agama lelaki itu sangat tinggi.

“Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mempercayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya. Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur sehingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu. Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan Oh,Oh,Oh, Oh.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui Nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad S.A.W memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang me nyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, Nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata Nabi itu, ibu Wail segera berkata: "Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan."

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap sya hadah dan menghembuskan nafas terakhir.”


Na’auzubillah…Hazzim meraup muka dengan kedua tapak tangannya. Disebabkan cerita Pak Din itulah dia tidak jadi melawan ibunya. Menuruti sahaja arahan yang diberikan tanpa banyak soal. Dalam kepayahan dia melupakan Wida. Membuang segala kenangan bersama gadis manis itu. Nah! Nyata kebimbangan ibunya bersebab. Wida telah berlaku curang di belakangnya, malahan lebih teruk dari itu sebenarnya Wida mengamalkan cara hidup yang bebas tanpa mempedulikan halal dan haram.

“Hai sayang…tadi pergi mana? I cari you kat café you tak ada.”

Hazzim terpempan. Umpama bala besar datang menimpanya. Jiwanya kosong. Melayang entah ke mana.


(Sumber dipetik dari dakwah2u.blogspot.)









Dia termenung menghadap jalanraya. Melalui tingkap biliknya, dia nampak cahaya neon berkilau-kilau pada bangunan yang tinggi mencakar langi...
Unknown Dec 24, 2009
Oh! MyKarya!

Saya agak malas untuk ke kuliah hari ini. Tidak tahu mengapa. Mungkin dah sedap duduk di rumah pada hujung minggu selama sebulan yang lalu ataupun mood untuk menghadap lecturer and lecture note belum datang. Belum ada seru...






Kelas bermula seawal jam 9.00 pagi. Our lecturer came a bit late, but it is okey. Have some time for us (me?) to get prepared, especially mentally. Why?? You know lah..he..he..Otak sudah berkarat! Saya bawa bekalan macam-macam, ada kismis (makanan untuk otak), hacks, coklat dan mentos! Ni nak belajar ke berkelah? My son asking. Saya hanya tersenyum kambing...





Managerial Economics...





Tidak susah sebenarnya subjek ini. I love economy actually, especially when analysis time. Fuh! Cakap pun dah macam gabenor Bank Negara. Sure you all know to study economy most basic idea is to familiar with demand (dd) and supply (ss) first. Next we also have to know to draw demand curve and also supply curve, the relating between quantity ad price, elasticity of demand and so on supply and etc...





Easy or not? Must take it easy right!





Bercerita pasal bab text book untuk subjek ini, our Dr (lecturer) has recommend one book by Pearson 4th Edition. And the price sooooo cheap about RM120 - RM130! Murah sangatlah tu! Tetapi demi ilmu dan pengetahuan, demi mengejar impian bergelar pakar ekonomi saya sanggup membeli buku ini. But then, if we can listed 20 people who is interested to buy, we can get good price, orang kata harga distributor.



Hari itu saya berjaya mengambil 50% pelajaran yang di ajar (okey what?) daripada rakan saya yang asyik blur dari awal sampai akhir. Inilah penangan makan kismis satu plastik...



Thank you Dr for being sharing your knowledge with us.







Saya agak malas untuk ke kuliah hari ini. Tidak tahu mengapa. Mungkin dah sedap duduk di rumah pada hujung minggu selama sebulan yang lalu a...
Unknown Dec 20, 2009
Oh! MyKarya!




“Terima kasih Alisya.” dia berkata dengan teragak-agak.

“Untuk apa?”

“Sebab izinkan I bawa you ke klinik. I risau sangat.”

“Herm….”

“You dah okey tak sekarang?”

“Dari rumah tadi memang I dah okey. Dah boleh bangun. Since you nak bawak juga ke klinik, apa I boleh buat.” Datar sahaja suaranya.

Hazzim hanya membatu. Pendingin udara yang sejuk tidak membantu menangkan perasaannya tika berdekatan dengan Alisya. Dadanya berdegup kencang setiap kali gadis itu memberi perhatian pada tutur katanya. Biar tidak bersentuhan, hatinya cukup tenang berada dekat dengan Alisya. Suatu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Dapat MC tak?”

“Dapat satu hari.”

“Tadi kalau tak pergi klinik you kira pontenglah ya?” Hazzim cuba mengusik. Dia tidak mahu berbual dengan kakak kesayangan Kamal itu di dalam keadaan yang tegang.

“Mana ada ponteng. Ambil emergency leave…cuti I pun banyak lagi.”

“Oh! Ya ke?”

“Kenapa you jawab macam tu. Macam sindir I aje bunyinya.”

Hazzim ketawa. Rasa gelihati pula mendengar ajukan suara Alisya. Suara gadis itu kedengaran amat manja di telinganya. Begitulah kalau hati sudah suka.

“Mana ada I sindir you. Baguslah kalau you tak ponteng. Ponteng selalu tak bagus untuk kerja dan performance kita. Susah pihak syarikat nak naikkan kita…at least ada sebab yang munasabah untuk kita tidak datang kerja.”

“You cakap macamlah I ni budak-budak lagi. I know what I did.”

“And you answer me like a kid too…”

“What?!” Alisya tidak suka ditegur begitu.

“So emotional…” bisik Hazzim perlahan.

“Orang sakit memanglah mudah terganggu emosinya.” Alisya mengeraskan suaranya.

“Ohh! Sakit. Tadi siapa yang kata dah tak sakit.”

“Sekarang dah sakit balik sebab you!”

“Sebab I? Wah! Ada powerlah I ni…”

“Hmm…power rangers. Pergi jalanlah dengan you punya power.”

Hazzim ketawa mengekeh apabila Alisya terus-terusan mahu menang di dalam lawan cakap mereka itu. Sah ini mesti kaki bahas waktu di sekolah. Gumam Hazzim sendirian setelah tawanya reda. Kasihan pula melihat wajah menjeruk Alisya yang masamnya mengalahkan belimbing buluh…

“Meh kita pergi makan dulu. Dah dekat pukul tiga you masih belum makan. Nanti semakin parah pula demam you. I balik yang you salahkan.”

“Memang pun. Tak nak mengaku pulak.”

“Okey, okeylah. You menang! Puas hati?”

“Eleh!”

Hazzim tersenyum untuk kesekian kalinya. Suka benar dia melihat gadis itu mengherotkan bibirnya apabila merajuk. Nampak begitu cute dan cool! Ya TUHAN! Biarlah saat-saat manis ini berterusan. Dia memanjatkan doa agar langkahnya tidak mati di tengah jalan.

“Kita makan dulu ya?”

“Suka hati you!”

Alisya menjeling Hazzim yang tersenyum-senyum sambil memandu. Dia mencuri pandang keseluruhan dekorasi dalam kereta itu. Kerusi penumpang yang menampung tubuhnya begitu lembut membuai jiwa, manakala wangian bunga lavender memenuhi ruang kereta yang luas itu. Lelaki pun suka bauan lavender? Hairan pula dengan dia ni…getus Alisya dalam diam. Dia ingatkan lelaki yang gemar memancing pastilah lelaki maskulin yang gemarkan aktiviti lasak. Tetapi yang di sebelahnya ini? Entahlah!

***

“I ambilkan you sup campur dengan ikan. Makan sup boleh buat badan jadi lebih segar dan hilangkan demam you. Lepas makan nanti , makan ubat dan segala antibiotik yang doktor bagi tadi. I ambilkan air masak suam sekali. Minum ubat dengan air suam ni.” Hazzim melayan Alisya bagai seorang anak kecil.

“You tak perlu buat ini semua untuk I. I can do it myself.”

“First time…”

“Dengan I. Dengan perempuan lain dah banyak kali. Am I right?” sindir Alisya.

Hazzim tercengang. Perempuan lain? Hazzim menguru-urut tengkuknya. Apa maksud Alisya? Oh ya! Hari itu masa di restoran mereka ada terserempak dan waktu itu dia berpimpinan dengan Wida. Wida yang tergedik-gedik mrnagih kembali cintanya.

“Itu my ex-girlfriend.”

“Apa-apalah Encik Hazzim oii…I pun tak kisah. Your ex or whatever, itu you punya hak. Tapi dengan I, I tak suka dilayan macam puteri. I bukan jenis perempuan macam itu. Hope you can understand.”

Hazzim mengeluh perlahan. Dia sangkakan Kamal telah menceritakan perihal kejadian hari itu. Tetapi ternyata sebaliknya. Atau mungkin Alisya tidak bertanya atau bercerita tentulah Kamal tidak membuka mulut. Kamal juga ada mengatakan Alisya tidak pernah bertanya tentangnya. Wujudkah aku di matanya??

“Demam pun masih nak menang, degil.” Ucap Hazzim perlahan sambil menyuap nasi ke mulut.

“Apa you kata?”

“Tak ada apa-apa.” Hazzim tersenyum sinis.

“Ingat I tak dengar.”

“Kalau dengar buat apa tanya?”

Alisya pula terkena kembali. Dia menjeling geram. Tekaknya kembali terasa perit, mungkin kurang minum air masak, fikirnya. Dia mengambil air suam dan sekali hirup habis satu gelas air itu ditelannya.

“Jangan gelojoh nanti tercekik.”

“Haus. Tekak I perit sangat.”

“Lain kali dengar aje I cakap, jangan lawan. You tu tak sihat.”

Alisya membebel perlahan dengan butirannya tidak difahami oleh Hazzim. Dia sengaja berbuat begitu agar Hazzim berhenti mengarahnya membuat itu dan ini. Itu jangan, ini tak boleh…macam ‘atuk’ kebayan.

“Dengan boyfriend you pun macam ini ke? Menjawab, membebel, muncungkan mulut…buruk jadinya!”

Alisya tersedak mendengar tuduhan tidak berasas dari mulut Hazzim. Dia sengaja terbatuk-batuk bagi menyembunyikan rasa terkejutnya. Dari mana dia tahu aku ada boyfriend? Takkan menghendap kut! Kalau tidak pun ini mesti kerja Kamal yang mencanang sana sini yang dia sudah berpunya. Nanti kau dik!

“Mana I ada boyfriend.”

“Tipu dosa!”

“Memanglah tipu berdosa. Semua orang tahu. Tapi dengan you I terpaksa tipu, bohong sunat.”

Hazzim ketawa perlahan takut mengecilkan hati Alisya sekali lagi. Gadis ini nampak matang dari segi penampilannya tetapi emosinya masih seperti remaja yang baru kenal dunia. Manja!

“Kenapa nak tipu dengan I? You ada hati kat I kut?”

Alisya merenung tajam wajah Hazzim. Geram sungguh dia apabila dipermainkan begitu. Adakah patut dia kata aku nak mengurat dia, syok pada dia? Walaupun aku perang dingin dengan Zikry tidak bermakna aku sudah tidak sayang pada dia. Cintaku masih usuh utuh buat Zikry. Kau tu abang angkat Kamal aje tau, tak lebih dari itu. Alisya membebel dalam hati.

“You jangan nak perangkap I dengan ayat provokasi tu. Sikit pun I tak ada hati pada you!”

“Sikit pun tak ada?”

“Tak!”

Hazzim tersenyum-senyum melihat wajah Alisya yang sudah merah padam. “Okey! Fine. I tak cakap lagi.”

Walau itu jawapan yang lahir dari mulut Alisya, Hazzim tidak berkecil hati. Dari raut wajahnya dia tahu Alisya tidak serius ketika bercakap tadi. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Sengaja menunjuk-nunjuk kononnya dia telah mempunyai kekasih, sebab itu dia tidak tergoda dengan provokasi yang cuba dilakukannya tadi.

Sambil memandu pulang, Hazzim berkhayal bagaimana seorang seperti Alisya yang bijak memberikan nasihat dan motivasi di dalam kolumnya masih bersifat naïf apabila berhadapan dengannya tadi. Dia umpama orang lain yang kurang kental semangatnya dan amat sensitif. Semasa tiba Alisya sampai ke rumahnya, sekali lagi Hazzim memesan agar gadis itu tidak mangabaikan pengambilan ubat secara teratur.

“Dekat majalah you lain, kat luar lain. Sure you have two different personalities. It’s interesting.”

“You suka I yang mana?” sengaja dia melihat reaksi Hazzim.

“Yang sekarang. Depan mata I. You nampak selamba but I think you hide something from me.”

Alisya terpana mendengar jawapan dari Hazzim sehingga dia terlupa bertanya dari mana lelaki itu tahu yang dia bekerja di majalah yang diperkatakan itu. Sekali lagi dia mengutuk diri, bukankah Hazzim abang angkat Kamal. Ah! Kenapalah aku melalut yang bukan-bukan apabila berdepan dengannya?

***

Cepat-cepat Alisya mengangkat telefonnya yang berdering-dering. Rindunya untuk mendengar suara Zikry menyebabkan dia terus menyebut nama lelaki itu ketika menjawab salam dari hujung sana.

Suara di sebelah sana tiba-tiba diam.

“Hello?”

“Alisya, I ni. Hazzim.”

Alisya terdiam. Hilang kata-kata. Apa lagi yang dia nak malam-malam buta begini? Lain yang di tunggu, lain pula yang menjelma. Tanpa disedari dia terlepas keluhan kecil sewaktu masih dalam talian dengan Hazzim. Menyesal pula dia memberikan nombor telefonnya kepada Hazzim siang tadi. Kalau tidak kerana Hazzim yang bersusah payah membawanya ke klinik, kemudian membawanya mengisi perut, siap dengan pesanan berjela supaya makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, tak mungkin dia akan memberikan nombornya kepada lelaki itu.

“Nak cakap dengan Kamal ke?”

“Tak. Tak.”

“Kalau nak cakap dengan dia I panggilkan.” Alisya pura-pura tidak faham yang Hazzim sebenarnya mahu bercakap dengannya.

“Alisya…you dah okey? Makan ubat tak tadi?”

Siapa kau yang macam polis pencen perintahkan aku itu dan ini. Bebel Alisya sendirian. Tetapi demi menjaga hati Hazzim dia melayan ala kadar sahaja. “Dah. I ikut sukatan yang you beri siang tadi.”

“Eh! Kenapa ikut sukatan yang I pesan. Tengok arahan doktor kat luar botol ubat tu. You jangan salah makan Alisya. Takut esok pagi you tak boleh bangun pulak.”

“Herm…okey. Nak cakap lagi?”

“You macam tak sudi aje nak dengar suara I. Suara I ni tak medru kut, itu yang you bosan dengar.”

Ha! Tahu pun! Ayat tersebut hanya terlepas di dalam hati sahaja.

“Boyfriend you tak call?”

Aik! Ini dah lebih sudu dari kuah. “Tak.”

“Apalah dia tu kan, ada awek macam you dibiarkan kesepian sampai demam-demam… kalau I lah…”

“Kalau you nak buat apa? You jangan sibuk boleh tak! Dia nak call ke tidak, dia punya pasal. You jangan nak tabur cuka kat hati I yang tengah pedih ini. You pulak kenapa tak call girlfriend you tu. Kesian dia dapat boyfriend macam you.”

Kedengaran Hazzim tertawa kecil. Suaranya seolah menyindir Alisya. “Cik Alisya, correction! Dia my ex-girlfriend. Tak ada kena mengena dengan I samada hidup atau mati.”

“Serupa aje. Lelaki semua sama! Dah ada satu nak dua, dah ada yang kurus nak yang gemuk pulak. Tak pernah nak cukup.”

Hazzim ketawa gelihati mendengar rungutan Alisya tentang lelaki. Ada ke orang lelaki sudah dapat teman wanita yang kurus berminat dengan yang gemuk pulak? Hai! Dalam dunia ini macam-macam ragam manusia. Mungkinkah dia memaksudkan teman lelakinya. Kalau begitu, ada chance dia memiliki Alisya. Dadanya tiba-tiba berasa lapang, hatinya berlagu-lagu riang.

“Kenapa diam. Tak jawab. Betul kan apa I kata.”

Anganan Hazzim terbang melayang apabila dijerkah oleh suara nyaring Alisya di hujung sana.

“Cik Lisya sayang…diam tak bermakna betul. Your boyfriend cari awek lain yang gemuk pulak ke?”

“Shut your mouth!!”

Buk! Telefon dicampakkan ke atas tilam. Dia menyampah mendengar kenyataan yang diluahkan oleh Hazzim sebentar tadi. Demamnya yang sudah mulai kebah menjadi semula. Kurang asam punya jantan. Siang tadi bukan main elok layan aku macam puteri…puteri Hang Li Po? Heh! Sekarang buli dan perli aku macamlah aku kemaruk dengan keromantisannya!

Telefonnya berdering lagi. Sekali. Dua kali. Senyap sekejap. Deringan kali ke tiga, darahnya sudah mula mendidih. Oh! Kau nak sangat kacau aku ya…

“Could you please stop bothering me around! Tak ada kerja lain ke? Kalau tak pun pergilah cuci kandang kuda ke, bersihkan kebun ke…atau tak pun cuci kereta you yang dah berhabuk setebal novel yang I baru habis baca. You dah tak ada urusan dengan I lagi! Faham tak!!!” jeritannya nyaring seperti Tarzan yang melompat dari dahan ke dahan. Puas hati aku!

“Alisya?!”

Kenapa suara mamat ni macam suara Zikry?

***

“Kenapa you terjerit-jerit tadi. Kalau you marahkan I sangat, tolonglah dengar dulu my explaination. I can explain what happened that day…but please give me a chance.”

Aduhai Zikry! Habis segala keringat aku mengutuk Zikry yang disangkakan Hazzim tadi. Nasib kaulah Zikry…dalam kemelut itu pun Alisya tersenyum-senyum sendiri. Zikry pun bukannya nampak apa yang aku sedang buat.

“Apa yang you nak explain?” suaranya masih dibuat-buat asalkan kedengaran dingin. Mesti berlakon sikit dengan Zikry. Aku mesti mula jual mahal mulai sekarang. Getusnya kepada diri sendiri.

“Apa yang you dengar hari itu adalah suara emak I. Dia tolong jawabkan sebab masa itu I pergi tandas.”

Emak atau awek? Soalannya hanya tersekat di kerongkong.

“Suka hati you, Zikry. I dah tak kuasa nak layan panggilan hangit you lagi. I dah mengantuk. Esok nak kerja.” Alisya menyesal pula dengan mulutnya yang tak ada insurans, tidak boleh dikawal langsung. Sedangkan hatinya teramat rindu untuk mendengar suara romantis Zikry.

“You dah tak nak bercakap dengan I lagi? You tak nak jumpa I lagi? Tolonglah Alisya, jangan buat I macam ini. I need you! I still love you.” Suara Zikry yang merintih-rintih macam orang sedang mabuk asmara memualkan tekak dan telinga Alisya. Tidak tahu mengapa. Bukankah dua hari lepas dia demam disebabkan terkejut dengan apa yang dialaminya. Mengapa setelah lelaki itu merayu dan membuat penjelasan, dia pula buat ‘bolayan’.

“Ya ke?” ujarnya kurang yakin.

Semenjak kejadian kelmarin, rasa cinta kasih dan sayangnya pada Zikry telah merosot 20 peratus. Macam pasaran saham sekarang. Semuanya turun dan tidak menentu disebabkan kegawatan ekonomi global. Dia mula merasakan kehangatan perhubungan mereka kian berkurang. Apakah sebabnya?

Takkan disebabkan demam maka aku hilang ‘mood’ untuk bercinta pula? Heh! Ini tidak boleh jadi!

“Zikry…you masih sayangkan I tak?”

“Sayaaaang…”

“You rindukan I?”

“Mestilah.”

“Nanti cuti Krismas you pergi mana? Kita pergi makan angin nak? Dah lama kita tak pergi jalan berdua-duaan.”

Gulp! Cuping telinga Alisya terdengar Zikry menelan air liurnya dengan kasar. Mungkinkah terkejut dengan cadangannya sebentar tadi? Apakah dia telah mengatur rancangan lain dengan ‘orang lain’ tanpa pengetahuannya. Siapakah orang lain itu? Lelakikah atau perempuan? Perasaan cemburu membabi buta menerjah fikirannya.

“I…I….kena kerja.”

Nampak benar menipu. Tergagap-gagap macam ayam mematuk beras. Ini mesti sedang buat salah dengan aku. Alisya semakin galak menduga.

“Bolehlah you! Kita berdua aje.”

“Tak boleh. Takut.”

“Takut apa?”

“Takut…ta….”

“Sudahlah Zikry. Kalau you buat sikit benda untuk I pun nak berkira, kita tak payah berhubungan lagi. You buatlah cara you dan I dengan cara I.”

“Alisya! Jangan terburu-buru.”

“I dah nampak yang you tak boleh nak bagi komitment pada hubungan kita. You hanya nak enjoy! You langsung tak endah perasaan I. I sakit ke, demam ke…ada you kisah? Ada you peduli? You memang dah jauh dari I, Zikry. You sudah tidak perlukan I lagi. Damn you!”

“Alisya! I…I…”

“Fine! I buat keputusan untuk you. Kita break off.”

“Alisya…”

Buk! Sekali lagi dia mencampakkan telefon bimbitnya ke atas tilam. Dia menangis semahu-mahunya. Bukan ini yang dipinta. Sebelum kejadian tadi, dia sebenarnya teramat rindukan Zikry, mahu mendengar suaranya dan berdoa agar lelaki itu menelefonnya.

Tetapi setelah semua hajatnya tertunai, mengapa pula dia bertindak melulu memutuskan hubungan cinta mereka. Tegarkah dia mendepani masalah ini sekali lagi. Dia menuduh Zikry tanpa usul periksa. Rentetan dari peristiwa kelmarin, hatinya terus di terjah gundah gulana.

Dia tidak mampu bersaing dalam merebut kasih seorang lelaki. Dia tidak sudi! Biarlah diri merana daripada terpaksa berkongsi! Madu memang manis tetapi bermadu dalam bercinta umpama sekam yang membakar diri.

Menjelang tengah malam badannya menggigil. Demamnya datang lagi.

“Terima kasih Alisya.” dia berkata dengan teragak-agak. “Untuk apa?” “Sebab izinkan I bawa you ke klinik. I risau sangat.” “Herm….” “...
Unknown Dec 17, 2009
Oh! MyKarya!

Salam untuk semua,

Cepatnya masa berlalu hinggakan saya tidak sedar perjuangan saya mendapatkan MBA bersambung kembali. Antara rasa suka dan bimbang, tertekan serta pelbagai rasa yang kurang selesa teradun menjadi satu. Berkumpul di dalam kepala. Tidak terasa pula masa semester break sebulan yag lalu telah habis.

Study time for mom like me...



Semester ini saya mengambil empat subjek pula iaitu Economic, Financial Management, Global Business Environment & Human Resource Management. Nampak macam berat pula subjek-subjek yang saya ambil memandangkan saya adalah part time student. Jadi, yang menghambat dan mengekang aktiviti saya adalah masa! Benak saya berulang kali bersoal jawab, mampukah aku membawa 4 subjek ini? Hanya semangat dan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan yang membawa langkah saya ke sini, MBA!



Semester lepas??



Yang lalu biarlah berlalu. Tetapi terselit perasaan bangga setelah 'berperang' dengan masa dan keluarga, saya memperoleh gred yang memuaskan. Terima kasih kepada semua pensyarah yang banyak membantu serta memberikan panduan. Jasa anda akan ku kenang sampai mati!



Bolehkah saya berjuang pula untuk semester ini?



Jawapannya ada pada diri sendiri. Berkata boleh berulang kali kepada diri sendiri setiap kali semangat ini tinggal hangat-hangat tahi ayam...Nak drop subject or not? Or add one more? Naik juling mata, jadi blur otak memikirkan benda ni...



Akhirnya,



Saya maintain 4 subjek, maintain cool, steady and look excellent! Dalam hati hanya TUHAN yang tahu.



Selamat datang semester baru...
Selamat datang tahun baru 2010...
Selamat belajar kepada diri sendiri...
dan...
Terimakasih keluargaku yang tercinta!


Sorry for being part time mommy and wifee.





Me, Mom & Wife




Salam untuk semua, Cepatnya masa berlalu hinggakan saya tidak sedar perjuangan saya mendapatkan MBA bersambung kembali. Antara rasa suka da...
Unknown Dec 15, 2009