Menu
Oh! MyKarya!





HARGA ASAL: RM19.90

HARGA TAWARAN: RM9.90

M/SURAT: 512ms

STATUS: ADA/ TERPAKAI




SINOPSIS:



PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

HARGA ASAL: RM19.90 HARGA TAWARAN: RM9.90 M/SURAT: 512ms STATUS: ADA/ TERPAKAI SINOPSIS: PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati ...
aynorablogs May 6, 2010
Oh! MyKarya!


**SOLD**
HARGA ASAL: RM11.50
HARGA TAWARAN: RM5.00
M/SURAT: 254ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.

Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.
**Di dalam simpanan kami cover versi yang lama**

** SOLD ** HARGA ASAL: RM11.50 HARGA TAWARAN: RM5.00 M/SURAT: 254ms STATUS: ADA/ TERPAKAI SINOPSIS: Siapalah yang dapat melupakan tempat kas...
aynorablogs
Oh! MyKarya!



HARGA ASAL : RM19.90
HARGA TAWARAN: RM11.00
M/SURAT: 512ms
STATUS : ADA/ TERPAKAI



SINOPSIS:

TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

HARGA ASAL : RM19.90 HARGA TAWARAN: RM11.00 M/SURAT : 512ms STATUS : ADA/ TERPAKAI SINOPSIS: TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang ter...
aynorablogs
Oh! MyKarya!











HARGA ASAL: RM17.00
HARGA TAWARAN: RM8.50
M/SURAT: 480 ms
STATUS: ADA/ TERPAKAI
SUDAH tiga malam berturut-turut aku mendirikan solat Istikharah. Kemudian lama pula aku berdoa memohon daripada ALLAH S.W.T agar diberikan petunjuk sama ada aku perlu mempertahankan hubunganku dengan Alfredo atau sebaliknya. Sesungguhnya terlalu sukar bagiku untuk meneka apa yang berlaku. Dalam situasi begini sudah tentu hatiku tertanya-tanya, masih setiakah Alfredo dalam berkasih?

Aku kembali teringat perbualanku dengan Nivel tentang Alfredo tiga hari yang lalu. Namun untuk tidak memanjangkan cerita, aku membuat andaian; mungkin Alfredo keluar dengan pelanggannya. Aku cuba melunakkan hati sebenarnya. Namun hakikatnya, aku sedar kedinginan semakin mengintai hubungan kami.

Walaupun tidak begitu mempercayai kata-kata Nivel, tetapi aku tetap cuba mengesan perubahan sikap Alfredo akhir-akhir ini. Tengah hari tadi aku mengajaknya keluar makan bersama, tetapi dia sudah ada temu janji dengan pelanggan. Penolakan itu semerta mengingatkan aku kepada Nivel. Nivel yang mengakui itu bukanlah kali pertama dia nampak Alfredo keluar dengan gadis yang sama. Ketika dia menggambarkan orangnya, aku sekadar meneka, mungkin Alfredo keluar dengan Juita, setiausahanya.

"Bos keluar makan dengan secretary... tu memang biasa. Tapi bagi I, kalau bos jalan berpimpin tangan dengan secretary, itu dah jadi luar biasa Ifti... melainkan kalau mereka memang ada apa-apa," jelas Nivel tenang.

Memang aku berasa terpukul dengan khabar yang tidak terduga itu. Masakan Alfredo curang dan tidak sayang pada hubungan kami yang telah lama terjalin ini. Tidak mungkin Alfredo tergamak menghancurkan harapan orang tua kami. Celupar benar mulut Nivel, getusku dalam hati.

"I tak ada niat nak buat you susah hati... tapi I rasa you perlu lakukan sesuatu," tegas Nivel memberi penekanan pada perkataan 'sesuatu' yang cukup aku fahami maksudnya.
Atas desakan hati, akhirnya aku bertanya juga kepada Alfredo. Tetapi Alfredo selamba sahaja. Malah dengan tenang dia menjawab. ÒI faham you rasa tertekan sejak pemergian Kak Aida. I tak suka memaksa, malah I sedia menunggu hingga you benar-benar bersedia. Kalau dah jodoh kita, takkan ke mana Ifti!Ó Itulah kata-kata Alfredo. Jadi, bagaimana?

KEPULANGANKU dari pejabat disambut riang oleh Adura dan Aiman yang segera menghadiahkan kucupan di kiri kanan pipiku sambil menuntut janji. Reaksi mereka meyakinkan aku bahawa memang sudah tidak ada ruang untuk berkompromi lagi.
"Mama cakap semalam, balik kerja kita terus pergi!" Nada suara Aiman penuh protes.
"Mama penat," balasku sambil menyandarkan tubuh di sofa. Aku sengaja mempamerkan wajah yang penuh lesu.

Sebenarnya aku lebih senang kalau Izelea pergi bersama. Tidaklah nanti aku terkejar-kejar melayan kerenah mereka. Kalau pergi bersama-sama Adura dengan Aiman sahaja, tidak ada masalah. Tetapi apabila Elida ikut bersama, tentulah semakin susah hendak melayan ragam mereka .

"Nak pergi sekarang jugak!" Aiman semakin mendesak.
Entah perangai siapa yang diwarisinya kerana tak ada toleransi langsung! Kadangkala panas juga hatiku dibuatnya.

"Ajak nenek ikut sama ya?" Aku cuba memancing reaksi emak. Kalau emak mahu pergi bersama, lebih mudahlah aku.

"Kalau susah-susah sangat, tak payah bawak Elida." Emak mula mengusul sebagai menolak secara halus pelawaanku.

Aku memandang Elida yang sedang didukung oleh emak. Demi menatap matanya yang bening, aku tidak sampai hati pula hendak meninggalkannya.

"Okey, kalau sesiapa nak pergi, picit kepala mama dulu," pintaku sambil memejamkan mata.

Serentak itu berdahulu Adura dan Aiman melompat ke atas sofa. Geli hati pula apabila melihat tingkah mereka. Hanya semata-mata kerana hendak pergi ke McDonald's, mereka sanggup mengikut segala arahanku. Namun cepat sahaja sesi itu selesai.

AKU mengeluarkan stroller, dan mendudukkan Elida yang baru terjaga sebaik sahaja kami sampai. Kami memilih tempat duduk di hujung sekali kerana sekiranya mereka berbuat bising, tidaklah terlalu mengganggu orang lain.

Aku meletakkan makanan dan minuman yang aku beli di atas meja. Kemudian aku mendudukkan Elida di atas kerusi khas untuk kanak-kanak. Namun baru sahaja aku hendak menyuap makanan, Aiman mengadu hendak ke bilik air. Aku harus menemankannya. Elida pula terpaksa aku tinggalkan dengan Adura.

Belum selesai menguruskan Aiman di tandas, aku terdengar suara Adura memanggilku. Dari jauh aku nampak Elida sudah 'bermandi' air Milo dan dia sedang menangis.

Aku berjalan pantas ke arah mereka. Namun belum sempat aku mendapatkannya, Aiman pula sudah menjerit memanggilku. Kelam-kabut betul aku dibuatnya. Aku hanya sempat memberi isyarat kepada Adura agar melakukan sesuatu sebelum aku berpatah semula ke bilik air.

Agak lama juga aku menguruskan Aiman yang cerewet apabila seluarnya basah sedikit. Lega juga rasa hati kerana ketika itu aku tidak mendengar lagi tangisan Elida. Pastilah Adura sudah berjaya memujuk dan meredakan tangisannya.

Apabila keluar, aku nampak seorang petugas sedang mengelap meja. Elida pula sedang didukung oleh seseorang. Tentu dialah yang memujuk Elida tadi, fikirku. Dengan pantas aku mengambil Elida daripada dukungannya. t-shirt putihnya sedikit comot terkena kesan tumpahan air Milo di baju Elida. Ketika itu sempat aku meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Aku segera membawa Elida ke bilik air untuk mengesat badannya.

"Mama, Aiman nak mainan macam ni!"
Aku segera berpaling memandang Aiman. Terasa geram juga kerana sebelum membuat pesanan tadi, dia beria-ia hendakkan mainan jenis lain dan sekarang berebut pula dengan Adura. Kalau tidak diturutkan, pasti dia tidak mahu balik selagi tidak dapat apa yang dihajati.

"Nanti lepas ni mama beli!"

AGAK lama aku di bilik air kerana menukar lampin pakai buang Elida sekali. Bajunya yang kotor aku masukkan ke dalam beg plastik. Memang aku cuba melakukannya secepat mungkin kerana aku yakin tentulah Aiman sudah bosan menanti. Lambat-laun dia akan merebut mainan daripada Adura. Akhirnya, mereka akan bergaduh.

Tepat seperti dugaanku. Adura jelas sudah 'tewas' dalam perebutan itu. Air matanya membasahi pipi, sedangkan Aiman ketawa menunjukkan mainan di tangannya.

"Kalau nangis, mama tak nak beli!" Aku mengugut sambil meletakkan Elida di kerusi.
Tangisan Adura serta-merta reda. Namun belum sempat aku melangkah ke kaunter, satu set happy meal diletakkan di atas meja. Aku terpinga-pinga memandangnya.

"Uncle belanja," ujarnya tersenyum memandang Adura.
Aku memandang wajah lelaki itu yang nampak ikhlas. Kalau aku hulurkan juga duit, nampak benarlah aku tidak faham bahasa. Akhirnya, aku menerima pemberiannya sebagai rezeki anak-anak.

"Cakap terima kasih pada Uncle... err..." Aku memandangnya. Memang aku tidak tahu namanya, tetapi itu bukanlah penting sangat bagiku.

"Nazmi," jawabnya dengan ramah. "Puan?"

"Ifti," balasku teragak-agak.

Seketika dia tercengang-cengang memandangku. Mungkin namaku agak aneh pada pendengarannya. Ah, biarlah!

Lelaki itu kembali ke tempat duduknya. Bersebelahan meja sahaja rupa-rupanya. Sesekali aku mencuri pandang ke arahnya. Penampilan lelaki itu menyerlahkan ketampanannya. T-shirt putih dan seluar jeans berwarna biru yang dipakainya menjadikan pakaian kami seakan-akan sedondon. Hai, macam berjanji pulak, bisik hatiku.

"Rasanya kita pernah jumpa sebelum ni," kata lelaki itu membuatkan aku terkejut. Kuperah ingatan memikirkan kata-katanya.

'Emm... kita jumpa kat Jusco. Masa tu kita sama-sama nak beli puding karamel. Ingat lagi tak?'

SELAMA ini aku amat menghargai kesabaran Alfredo. Namun kebelakangan ini aku semakin meragui kesetiaannya. Dia sentiasa sibuk, banyak temu janji dengan pelanggan, mesyuarat dan pelbagai alasan lagi. Akhirnya, kami bagaikan membawa haluan sendiri.
Suatu hari emak membebel. Katanya, Auntie Azlina ada memberitahu yang Alfredo membawa pulang seorang wanita ke rumah untuk diperkenalkan kepadanya. Wajah Juita segera melintas di tubir mataku. Tentulah Juita yang dibawa oleh Alfredo. Diperkenalkan kepada ibunya sebagai siapa? Calon isteri?

Aku bagaikan baru tersedar dan kembali pada realiti. Hatiku tertanya-tanya, apakah aku sudah terlambat? Selama ini aku menyangka Alfredo sedang memberiku waktu untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Tetapi mungkin aku mengambil masa yang terlalu lama sehingga Alfredo bosan dan tidak sabar lagi menunggu.

"I nak jumpa you malam ni," pintaku kepada Alfredo sedikit mendesak. Otakku berputar ligat memikirkan hujah-hujah seandainya Alfredo menolak permintaanku.
"Eh, mimpi apa malam tadi?" soal Alfredo.

"Tak mimpi apapun! Tapi I nak jumpa you malam ni!" desakku lagi.

"Okey... okey... malam nanti I jemput you." Alfredo menyambutnya dengan gembira. Suaranya terdengar mesra. Gurauan dan usikannya masih seperti dahulu juga.

Aku segera menidakkan kegusaran yang melanda hati Auntie Azlina. Alfredo tidak berubah, masih setia dalam berkasih.

Cafe Naili's Place masih belum ramai pengunjung ketika kami sampai. Kami memilih tempat duduk berdekatan dengan sebuah akuarium. Kami menjamu selera dengan perbualan biasa. Aku masih menanti-nanti peluang itu tiba, tetapi nampaknya Alfredo begitu berhati-hati ketika menuturkan kata-kata.

"You sibuk sangat akhir-akhir ini." Aku cuba memancing. Alfredo ketawa kecil.
"Kita sama-sama sibuk, Ifti. You asyik dengan kerja... I pun macam tu jugak," kata Alfredo sambil meletakkan tangannya di atas tanganku. Aku biarkan sahaja dia menggenggam jari-jemariku. Tidak terasa apa-apa lagi. Kosong!

"Ibu you kata ... err... you... ada bawak orang datang ke rumah, betul ke?" soalku lambat-lambat agar Alfredo mendengarnya dengan jelas.

Alfredo menepuk dahi. Meskipun dalam cahaya yang samar-samar, aku nampak air mukanya berubah. Kekalutan cuba disembunyikan dalam ketawa yang dibuat-buat.
"Ibu memang tak boleh simpan rahsia," katanya tidak berselindung lagi. Aku kira selama ini Alfredo memang menanti masa untuk berterus terang denganku.

"Rahsia apa, Fredo?" soalku.

Azizi Alfredo, pemuda berdarah kacukan Filipino di sebelah bapa dan Melayu di sebelah ibu itu sedikit menggelabah.

"Tak ada rahsialah! Sebenarnya I memang nak beritahu you yang I ajak Juita datang ke rumah... saja jalan-jalan."

Alfredo tergelak-gelak. Begitu bersahaja.

Saja jalan-jalan? Soalku berkali-kali di dalam hati. Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Sesuatu yang Alfredo juga tahu.

"Juita tu kan dah bertunang... you tak takut ke keluar dengan tunang orang? Tak bimbang ke kalau tunang dia belasah you? Nanti tak pasal-pasal bertelur dahi!"

Aku sekadar menyatakan apa juga kemungkinan yang akan berlaku. Bukan niatku untuk menakut-nakutkannya.

"Juita dah putus tunang," pantas Alfredo menjawab. Mukanya ditundukkan sedikit.
Hakikat itu langsung tidak disembunyikan oleh Alfredo. Tidak susah untuk membuatkan Alfredo berterus terang. Aku semakin faham duduk perkara. Tentulah kepada Alfredo tempat Juita mencurahkan rasa hati yang kecewa. Tentulah Alfredo mendengarnya dengan penuh simpati. Mereka akhirnya menjadi dua insan yang saling memerlukan.
Aku harus mengakui bahawa memilih Juita adalah yang terbaik untuk dirinya. Biarlah

Alfredo berkahwin dengan orang yang benar-benar mencintainya.
"Berterus terang ajelah Fredo," pintaku.

AKU menyilangkan tangan dan berpeluk tubuh, berharap agar kekuatan akan kembali ke dalam diriku. Mujurlah cahaya lampu yang suram membuatkan riak wajahku yang sedih tidak begitu ketara. Putus cinta perkara biasa. Aku cuba meyakinkan hatiku begitu.
"Ifti..." Lembut dan mesra suaranya memanggil namaku seperti selalu. Aku berpaling ke arahnya.

"I tak tahu apa yang patut I buat... sana sayang, sini pun sayang... kalau boleh I nak kedua-duanya sekali," ucap Alfredo akhirnya.

Tiba-tiba hatiku marah kepada Alfredo. Tidak sangka dia akan berkata begitu. Aku tahu dari segi material Alfredo memang mampu, tetapi bolehkah Alfredo berlaku adil?
Aku tak mahu berkongsi kasih! Sudah menjadi prinsip hidupku begitu. Aku mahu dia memilih antara dua. Aku ataupun Juita. Aku lebih rela melepaskan dia pergi.

"I sayang you, Ifti," ujar Alfredo sambil cuba meraih tanganku kembali, namun aku mengelak. Aku membetulkan duduk dan bersandar agar aku jauh daripadanya.

"Sayang aje buat apa, tapi tak setia," sindirku.

"I minta maaf, Ifti. I tahu you marah... tapi..."

Aku kembali memandang Alfredo, memberi isyarat bahawa aku ingin mendengar apa sahaja yang ingin disampaikannya ketika ini.

"Err... hubungan I dengan dia dah terlalu jauh, Ifti... I tak boleh tinggalkan dia macam tu aje."

Terasa hendak pitam aku mendengar pengakuan Alfredo. Tafsiranku sudah tentulah tentang ketelanjuran mereka atau... ah, entahlah! Masya-ALLAH...

"Mengapa you dan Juita sanggup melakukan perkara mungkar? I tak sangka iman you senipis kulit bawang!"

Alfredo diam membisu. Bagaimanapun aku tetap menghargai sikapnya yang tidak berdolak-dalik dan sanggup bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Tetapi kalau sekalipun dia berbohong, aku tidak berasa rugi apa-apa. Cuma aku harus bersiap sedia untuk menghadapi reaksi emak dan abah.

You tak perlu buat pilihan, Fredo." Sebaris ayat itu aku ucapkan dalam intonasi suara yang meyakinkan. Aku tahu Alfredo faham maksudku walaupun dia terus membisu.
ÒParents kita harus faham Fredo. Kita tak boleh setiap masa nak please dia orang aje... sekarang ni dah libatkan Juita pulak."

Alfredo melepaskan keluhan berat. Wajahnya muram. Ah, pandai benar dia hendak meraih simpatiku dengan riak begitu!

"Sebenarnya I dah lama tahu hubungan you dengan Juita. I fikir setakat hubungan biasa aje... tapi hari ni semuanya dah jelas." Aku berjeda.

"Kita harus ambil satu keputusan yang muktamad. Hubungan kita berakhir di sini. I rela you memilih Juita. Mungkin antara kita dah ditakdirkan tak hidup bersama. Kita harus redha, Fredo."

Aku mahu agar Alfredo boleh meneruskan apa juga agenda yang sudah direncanakannya bersama Juita. Lagipun aku bimbang kalau-kalau hubungan yang terlarang itu membenihkan 'sesuatu' yang tidak sepatutnya. Harapanku biarlah zuriatnya kelak lahir dari ikatan yang sah di sisi agama.

"Err... tapi... macam mana... err... dengan hubungan kita?" soal Alfredo ragu-ragu.
"Hubungan kita sampai setakat ni aje. Jangan fikirkan tentang I... Juita lebih perlukan you," kataku penuh yakin merelakan perpisahan ini.

Alfredo masih termangu-mangu. Mungkin berat hati untuk memutuskan hubungan yang sudah bertahun-tahun terjalin. Tetapi bagi aku, tempoh sebegitu lama tidak boleh dijadikan ukuran. Apalah ertinya ikatan perkahwinan kalau hati kami tidak ikhlas menerimanya.
"Juita perlukan you," ulangku lagi.

"Selama ni pun I rasa kita dah macam adik-beradik sebenarnya, Fredo," luahku ikhlas. Membuka rahsia hati yang selama ini kemas tersimpan.

"Jadi selama ni I bertepuk sebelah tanganlah ya?" Sinis nada suaranya.
Aku serba salah kerana sudah terlepas kata. Sepatutnya, biarlah hakikat itu menjadi rahsia hatiku sahaja. Aku juga sebenarnya ikut bertepuk, tetapi mungkin tepukannya tidak cukup kuat. Tidak dengan sepenuh hati.

TELAH aku jangka bagaimana reaksi emak dan abah. Sudah aku kuatkan hati untuk menghadapinya. Kini bukan soal aku dengan Alfredo sahaja, tetapi sudah membabitkan Juita pula. Kami sudah membuat keputusan yang terbaik dan aku harus mempertahankannya.

"Memang menolak tuah!" Suara abah kedengaran hampa. Ketika itu aku sekadar mendengar sahaja kemarahan abah yang meluap-luap.

"Lepas ni Ifti takkan jumpa orang yang sebaik Fredo lagi!" Kata-kata emak mengapi-apikan lagi kemarahan abah.

Aku bungkam. Sama sekali aku tidak menduga yang abah dan emak akan marah sampai begitu sekali. Salahkah aku memutuskan hubungan yang sudah tidak bermakna apa-apa lagi?

Aku yakin di luar sana, ramai lagi orang lain yang sebaik Alfredo. Malah mungkin ada yang lebih baik lagi. Berilah peluang kepadaku untuk membuktikannya. Tetapi keyakinan ini tidak terluah dalam kata-kata. Aku takut abah akan mencabar aku pula. Buatnya dia memberi tempoh kepadaku membawa lelaki itu di hadapannya, mana aku hendak gagau? Takkanlah hendak main cekup sesiapa sahaja?

"Apa abah nak cakap dengan keluarga dia... memalukan betul!" bentak abah lagi.
Emak menangis seolah-olah mengharap agar tangisan itu dapat mengubah keputusan yang aku dan Alfredo buat tadi. Sedangkan harapan untuk berkongsi hidup dengan Alfredo memang sudah tidak ada lagi.

"Maafkan Ifti, mak..." pintaku bersungguh-sungguh sambil cuba memeluknya, tetapi emak menepis tanganku. Emak benar-benar marah dan sedih. Aku dihimpit rasa bersalah kerana mengecewakannya.

"Dia dah ada orang lain! Takkanlah Ifti nak paksa dia?" Akhirnya aku cuba membela diri. Setakat itu sahaja. Tidak tergamak rasanya mengungkit tentang keterlanjuran mereka. Biarlah ia terus menjadi rahsia.

"Dah tak ada jodoh... nak buat macam mana?" kataku.

Tiga bulan berlalu dengan begitu pantas. Petang itu selepas pulang dari pejabat, aku unjukkan kepada emak dan abah kad undangan perkahwinan Alfredo dengan Juita, meskipun aku tahu, Auntie Azlina dan Uncle Fahmi sudah mengundang mereka. Sekadar ingin emak tahu bahawa antara aku dengan Alfredo, kami masih bersahabat.

"Nak pergi ke?" sinis pertanyaan emak.

"Eh, orang dah jemput mak, takkanlah tak pergi pulak!" Aku menjawab dengan selamba.

AKU mencoret sebaris ayat di atas kertas kosong di hadapanku. Sambil termenung menongkat dagu, aku ulang menyebutnya berkali-kali di dalam hati. Cuba mentafsir, mencari makna daripada sebaris ayat itu mengikut situasi yang aku alami kini.

'Hidup tidak selalu indah, hati tidak selalu gelisah'.

"Ifti!"

Suara itu menghanyutkan lamunanku. Aku memandang Jesse Mark yang tercegat di hadapanku.

"Berangan ya!" usiknya .

Aku tidak menghiraukan usikannya. Malas hendak menafikan atau mengiakan. Dia tergelak.

"Bos cakap dia nak tengok design projek yang kita bincang semalam," sambung Jesse Mark.

"Sekarang?" soalku inginkan kepastian.

Jesse Mark menegakkan tiga anak jari. Aku mengangguk tanda faham. Dia meninjau pelan reka bentuk hiasan dalaman yang aku hamparkan di atas meja. Meminda lagi mana-mana yang dirasakannya perlu.

Aku memberi perhatian kepada tambahan lakaran yang dibuatnya. Sesekali aku memandangnya. Teringat ketika dia mula masuk bekerja dahulu. Ramai yang menyangka dia orang Melayu. Rupa-rupanya dia anak kacukan. Hubungan cintanya dengan Dhivia, bukanlah rahsia lagi. Sebuah potret mereka yang terletak di atas mejanya jelas tertulis gandingan nama mereka berdua, JC & Via. Aku tiba-tiba terkenang kepada seseorang. Memikirkan apakah mungkin akan ada pertemuan lagi dengannya. Fikiranku menerawang jauh.

"Okey, I rasa dah cukup perfect!"

Terlepas pensel di tanganku. Jesse Mark tercengang-cengang memandangku.

"Memang sah you tengah berangan ni!"

Aku tersipu malu. "Oh ya, Via mana?" Aku cuba mengalih tumpuannya.

Sekali lagi Jesse Mark mentertawakan aku. "Kalau you tak berkhayal, you tentu nampak Via... dia baru aje lalu kat sini tadi."

Aku mengutip kembali serpihan khayalan aku tadi. 'Dia' masih lagi menabiri ruang mataku.
"You macam orang yang sedang dilamun cinta." Jesse Mark memberi komen.
Aku tersenyum dan mengangguk. Di wajah Jesse Mark terlukis seribu tanda tanya.






HARGA ASAL: RM17.00 HARGA TAWARAN: RM8.50 M/SURAT: 480 ms STATUS: ADA/ TERPAKAI SUDAH tiga malam berturut-turut aku mendirikan solat Istikha...
aynorablogs
Oh! MyKarya!


HARGA ASAL : RM15.00 *SOLD*
HARGA TAWARAN : RM8.00
STATUS : ADA/ TERPAKAI

SINOPSIS:

Elly gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah,. Lalu rasa sayangnya tertunpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam telah lama lelaki itu menaruh hati tehadapnya.

Tapi, mana mungkin dia membalasnya. dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengmbil keputusan menjauhkan diri.

Namun perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.

Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang ditolak cintanya atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya? Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

HARGA ASAL : RM15.00 * SOLD * HARGA TAWARAN : RM8.00 STATUS : ADA/ TERPAKAI SINOPSIS: Elly gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih ...
aynorablogs May 5, 2010
Oh! MyKarya!



**SOLD**
HARGA ASAL: RM19.90
HARGA TAWARAN: RM9.00
STATUS :TERPAKAI/ ADA

SINOPSIS:

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan dijiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran email daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak dibangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamalli rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung. Cinta lelaki itu tidak mengharum dijiwa.

Abang...adakah aku yang khayalkan kasih sayangmu, hingga aku tertanya-tanya siapa yang lebih luhur setia, tapi kau lukakan hati ini hingga kecewa, aku derita setelah menyanjung cintamu.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta dihati setelah dihancurluluhkan?
Catatan:
Gambar di atas adalah gambar dari buku yang sebenar. Muka surat semua masih elok, cuma warna kertasnya agak sedikit kotor...
Harap maklum.

** SOLD ** HARGA ASAL: RM19.90 HARGA TAWARAN: RM9.00 STATUS : TERPAKAI/ ADA SINOPSIS: Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggu...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Adam Bahrain melepaskan keluhan panjang sebaik mendengar peti pesanan suara di telefon bimbitnya. Enam pesanan yang diterima, tiada satu pun dari Datuk Ikram. Hanya kedengaran suara garau pembantu ayahnya sahaja daripada keenam-enam mesej yang ditinggalkan itu.

“Kamu sihat? Dah lama tak dengar berita. Baliklah Rain…”
“Pulanglah nak. Kamu dah macam anak Pak Cik sendiri…kasihan mama kamu.”
“Bahrain…kenapa tak jawab mesej.”
“Rain…mama kamu sudah tiada!”

Adam Bahrain terpempan. Badannya dihempaskan di atas sofa. Dadanya terasa sakit yang amat sangat dek rasa sebak yang menggunung secara tiba-tiba. Air mata lelakinya tumpah jua setelah bertahun ia tersimpan rapi. Mama! Bukan saya tak sayang, bukan tiada cinta ini untukmu. Tetapi…

“Jangan tinggalkan mama, Rain. Kalau kamu pergi juga, siapa yang akan temankan mama di sini. Selama ini mama kesunyian. Hanya kamu yang dapat memadam rasa sunyi itu, sayang…tolong mama. Temankan mama, okey.”

“Saya bukan nak tinggalkan mama selama-lamanya. Saya ke luar negara kerana ada tujuan, mama. Saya mahu mengubah nasib kita, saya mahu menjadi anak yang berguna untuk mama. Saya mahu kita anak beranak mendapat kehidupan yang lebih sempurna. Saya berjanji akan gembirakan hidup mama apabila pulang nanti. Saya janji mama…”

“Kamu sudah ada semuanya, Rain. Apa lagi yang kamu nak cari? Tak cukupkah elaun belajar yang ayah kamu berikan setiap bulan itu? Belum puas hati kah kamu dengan sebiji BMW yang ayah kamu tinggalkan untuk kemudahan kamu kesana kemari? Tak cukupkah itu semua, Rain? Apa lagi yang kurang? Beritahu mama, sayang…”

“Saya hendak mencari sesuatu yang hilang, mama. Saya tidak merasainya di sini, di dalam rumah ini. Saya harus keluar untuk mengenggam rasa itu kembali, mama. Maafkan saya mama. Saya terpaksa pergi…”

“Apa yang kau cari sebenarnya? Ceritakan kat mama. Tolonglah jangan pergi, Rain. Dengarlah cakap mama ini…”

“Maafkan Rain, mama…izinkan saya. Hanya dengan reda mama hati saya akan tenang. Esok saya akan berangkat. Saya dah tinggalkan semua pesanan kepada pembantu ayah. Dia tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tinggalkan mama di dalam jagaan mak. Mak adalah orang terbaik untuk menjaga mama.”

Air mata Adam Bahrain semakin laju mencurah dek teringatkan perbualan dia dengan mamanya beberapa tahun lalu.
“Kamu gembira?”

“Ya mama. Saya dapat apa yang saya mahu. Saya capai impian saya untuk menjadi Arkitek.”

“Baguslah kalau macam itu. Kalau dah habis study kamu, pulanglah. Mama tak sabar nak menatap wajah kamu, Rain.” Suara lemah mamanya dapat di rasai di hujung talian.

“Insya’Allah mama. Tetapi saya ingat nak cari pengalaman kat sini dulu. Mungkin kerja setahun dua di sini.”

“Rain….”

“Ya mama?”

“Dah dapat apa yang kamu cari? Rasa itu?”

“Mama…”

“Mama faham. Tetapi ayah kamu memang begitu. Tak tunjuk tak bermakna dia tak sayang…”

“Tetapi mama…”

“Memang dia tak pernah call kamu. Dia tak pernah tulis surat kat kamu…tetapi kamu baliklah. Kamu akan tahu.”

“Tapi saya masih gagal merasainya mama. Rindu itu makin hilang…yang ada cuma kebencian.”

“Jangan cakap macam itu, Rain. Dia ayah kamu.”

Adam Bahrain memejamkan matanya. Kata-kata terakhir mamanya beberapa hari lalu masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Walau sampai ke hujung nyawa, mamanya masih menyanjung sang suami. Begitulah setia kasih seorang wanita walau tahu hatinya telah dihancur lumatkan beribu kali.


***

Majlis pengebumian Datin Zaleha berjalan secara sederhana dengan dihadiri rakan terdekat dan juga rakan korporat suaminya. Kelihatan beberapa orang kenamaan turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Seorang gadis muda melurut lembut belakang Adam Bahrain bagi mententeramkan emosi lelaki itu. Dia berasa kasihan melihatkan lelaki itu. Kali terakhir mereka bertemu ialah ketika dia bercuti di London tahun lepas. Pada ketika itu dia tahu bahawa Datin Zaleha sedang uzur kerana ‘stroke’. Dia jugalah yang mengkhabarkan berita itu kepada Adam Bahrain. Tetapi kedegilan lelaki itu menghalangnya dari kembali menjenguk mama tersayang di tanahair. Kini semuanya sudah terlambat. Mamanya telah tiada. Yang tinggal hanya tangisan menyayat hati dari lelaki itu. Semakin belas pula gadis itu kepadanya.

Datuk Ikram mendekati Adam Bahrain yang berteleku di tepi kubur mamanya. Orang ramai yang tadi memenuhi tanah perkuburan itu beransur pergi sedikit demi sedikit sehingga akhirnya yang tinggal hanya Datuk ikram dan anak lelakinya itu.

“Sudahlah Rain, yang pergi biarlah pergi. Kita yang tinggal ini kenalah reda dengan Qada dan Qadar Allah. Mungkin ini yang terbaik buat mama kamu. Dah lama dia menderita, Rain.”

Kedengaran dengusan kasar dari mulut Adam Bahrain. Pandai pula ayahnya bercakap tentang Qada dan Qadar, sedangkan selama ini dialah pembuat keputusan yang menyusahkan hidup mamanya!

“Ayah yang buat mama saya menderita. Ayah yang menyebabkan saya pergi dari rumah kita, semuanya kerana ayah! Ayah yang tidak berhati perut.”

Datuk Ikram melepaskan keluhan kecil. Dia tidak mahu bertegang urat dengan Adam Bahrain di tempat yang perlu dihormati itu. Isterinya baru sahaja dimakamkan, jadi dia tidak mahu menambah bebanannya di alam sana. Lagipun dia sudah semakin tua untuk berlawan cakap dengan anaknya yang berdarah muda itu.

“Kenapa diam, ayah? Kenapa? Sebab ayah rasa bersalah di atas kematian mama? Sebab ayah bertanggungjawab ke atas perbalahan yang berlaku di dalam keluarga kita? Sedarlah ayah…sampai bila ayah mahu menyakiti hati kami. Cukuplah ayah!” nada suara Adam Bahrain berbaur dendam.

Datuk Ikram yang telah melangkah beberapa tapak, berhenti seketika sebelum menyambung langkahnya menuju ke arah pembantunya yang sedang menunggu di sisi kereta. Dia tidak menghiraukan langsung tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan oleh Adam Bahrain tadi. Biarlah. Bila semuanya telah reda, dia akan menemui anaknya itu. Biarlah mereka berdepan seperti lelaki dengan lelaki, bukan seperti bapa dengan anak.

Adam Bahrain masuk ke dalam banglo dua tingkat itu dengan perasaan yang berbagai. Hampir lapan tahun dia meninggalkan rumah itu, tidak banyak yang berubah. Dia menyentuh hujung bingkai gambar mereka sekeluarga. Ada wajah mamanya di situ sedang tersenyum. Malangnya, dia bawa bersama senyuman itu ke alam barzakh. Dia tidak akan dapat memegang senyuman itu lagi, bermanja atau bergurau seperti dulu. Kenangan itu amat payah untuk dibuang walaupun dia telah membuang dirinya sendiri dari rumah banglo tersebut bertahun dahulu.

Ah! Kenapa sendu ini datang lagi. Adam Bahrain terduduk di sofa sambil menepuk-nepuk dadanya. Mama…sakitnya kesedihan ini mencengkam rasa dan naluri. Adakah ini namanya bersalah? Apakah ini tandanya penyesalan? Ah! Mama…maafkan Rain!

“Rain?”

“Rain?”

Bahunya disentuh lembut. Dia mendongak.

“Mak…”

Dia memeluk erat wanita tua itu sambil mengangis teresak-esak. Wanita tua itu cuba memujuk tetapi esakan Adam Bahrain semakin laju. Dia tahu lelaki itu amat merindui mamanya.

“Lepaskanlah Rain kalau itu boleh buat kamu lega. Mak faham apa yang kamu rasa…”

“Saya dah terlewat, mak. Saya tak sempat untuk menunaikan janji saya untuk mama. Saya anak yang tidak mengenang jasa, mak.”

“Sabar Rain. Semua ini ketentuan ALLAH. Rasa yang ada itu sudah cukup buat mama kamu mengerti. Dia tahu kamu sayang dia. Dia tahu kamu telah lakukan tanggungjawab kamu sebagai anak. Dia tahu…” wanita tua itu ikut sama menangis.

Bunyi kereta masuk di halaman menarik perhatian Adam Bahrain dan wanita tua yang dipanggil ‘mak’ oleh lelaki itu. Semenjak dari tanah perkuburan tadi, dia masih belum dapat mengawal emosinya. Dia bimbang jika yang singgah itu adalah kenalan rapat mamanya, dia akan menjadi sedih semula. Demi mengelak dari emosinya bercelaru lagi, Adam Bahrain bergegas mengangkat kaki ke biliknya yang telah begitu lama ditinggalkan.

Cadar hijau lumut yang menutupi tilam empuknya direnung lama. Bagai terbayang-bayang diruang mata lembut tangan mamanya menidurkannya. Sudah menjadi kebiasaan sebelum tidur mamanya akan membacakan cerita sehingga dia terlelap. Dia meraba bantal yang ditinggalkan. Seakan terhidu haruman dari tubuh mamanya di permukaan bantal tersebut. Tak semena-mena Adam Bahrain mencium bantal itu berulang kali. Entah mengapa setelah ketiadaannya, rindu ini bercambah semakin subur. Mama…O mama…

“Rain…”

Suara lembut wanita hinggap di telinganya.

“You mahu I bukakan lampu?”

“Tak perlu. I suka begini.”

Diam. Keadaan sangat hening. Suara burung atau deru angin langsung tidak kedengaran. Dia berasa asing sekali. Kehilangan ini amat menyakitkan jiwanya. Dia umpama berada di tengah-tengah gurun Sahara yang sedang menadah setitis air menyirami kegersangan buminya.

“Rain, if you need a shoulder to cry on…I’m here.” Gadis itu menawarkan bantuan.

“Laila…I’m okey. Don’t worry too much.”

“Mak cakap you tengah sedih. I faham apa yang you rasa.”

Adam Bahrain mengangkat mukanya. Matanya kelihatan merah kerana banyak menangis semenjak dari tanah perkuburan tadi. Semalam ketika sampai pun dia telah banyak kehilangan air mata di dalam perut pesawat.

“I tahu your mum bangga dengan you, Rain. Dia selalu cerita yang baik-baik tentang you although you father don’t…”

“Laila, jahat sangatkah I ini? I ni anak derhaka ke? Kenapa I tergamak tinggalkan dia dulu, Laila? I don’t have the answers for all that.”

“Rain…jangan salahkan diri you semata-mata. I know you marahkan ayah you masa itu. You pergi kerana cuba mencari kasih yang hilang. You pergi kerana terpaksa demi mengubah sikap ayah you. I know that. Jadi, bukan you yang bersalah. Percayalah cakap I…”

“Thank you Laila kerana memahami I. You lah kawan I yang sebenarnya.”

Mata Laila berbening bahagia. Walau sekadar kawan, dia gembira asalkan Adam Bahrain nampak kewujudannya. Bukan sekarang masanya untuk mencanang rasa yang terpendam buat lelaki itu. Biarlah lelaki yang dicintai itu tenang dahulu. Barulah dia membuka rahsia yang dipendam selama ini. Cukuplah perhatiannya kini tertumpah buat Adam Bahrain yang sedang gundah gulana. Lambat laun lelaki itu pasti tahu rahsia hatinya.

Laila cuba menarik Adam Bahrain ke dalam pelukannya tetapi lelaki itu menolak dengan lembut. Laila menahan rasa malu kerana tindakannya menyebabkan Adam Bahrain berasa kurang selesa.

“I want to be alone, Laila.”

“Okey then…I make a move first. Jangan bersedih…esok I datang lagi.”

Adam Bahrain membiarkan Laila berlalu. Dia tidak mampu berfikir apa-apa saat ini. Dia tidak boleh berbuat apa-apa jika Laila berkecil hati dengan tindakannya sebentar tadi.


***

“Kamu tak payah balik semula ke London. Duduk aje kat Malaysia. Kerja dengan ayah. Lagipun ayah dah tua, ayah mahu bersara. Kamu ambil alih syarikat. Sekarang ini pak cik kamu yang tolong ayah. Ayah takut jika tiada waris yang mahu menerajui syatrikat kita, saham dan harta milik keluarga ini akan berpindah ke tangan orang lain.”

Adam Bahrain tidak memberi respon langsung terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh ayahnya sebentar tadi. Dia leka menyudu nasi lemak yang disediakan oleh pembantu rumah itu yang dipanggil ‘mak’. Rindu terhadap masakan mak menyebabkan dia menyuap makanan dengan laju tanpa mempedulikan renungan ayahnya.

“Rain.”

“Kamu dengar apa ayah kata. Tinggal aje kat Malaysia.”

“Saya nak balik semula ke London. Saya tak suka kat sini. Orang yang saya sayang semua dah tak ada.”

“Rain! Kamu ni degil! Apa nak jadi dengan kamu, hah!?”

“Ayah. Saya dah dewasa. Saya boleh buat keputusan untuk diri saya sendiri. Tak payah ayah nak tentukan itu dan ini. Saya tak suka.”

“Degil! Dari kecil sampai lah sekarang ini, tak habis perangai itu yang kamu bawa. Cuba hormat ayah sikit. Ini tidak, melawan saja!”

Adam Bahrain berang apabila ayahnya mula mengungkit perangainya. Jika sebelum itu dia boleh bersabar, kini dia tidak betah berdiam sahaja. Kesalahan yang sekelumit itu yang diperbesarkan oleh ayahnya tetapi silap sendiri tidak disedari. Orang kata ‘gajah depan mata tak nampak, kuman di seberang laut juga yang dia nampak!’ Datuk Ikram memang tak tahu diuntung.

“Perangai saya jangan ayah nak pertikaikan. Selama ini saya ikut sahaja cadangan ayah. Saya tidak boleh mencapai apa yang saya kehendaki. Selepas saya tunaikan kehendak ayah, sekarang giliran saya pula memenuhi cita-cita sendiri. Saya akan balik ke London semula esok. Muktamad!”

Adam Bahrain mengangkat punggungnya dengan meninggalkan nasi lemak yang masih berbaki. Hilang terus seleranya untuk duduk semeja dengan Datuk Ikram. Dia mencapai kunci BMWnya tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Adam Bahrain! Dengar dulu…”

“Datuk…sabar Datuk…” pembantu rumah itu sempat menampung tubuh Datuk Ikram sebelum sempat ia rebah ke lantai.

Sempat pula dia berlari ke pintu melaung nama Adam Bahrain tetapi anak muda itu sudah jauh meninggalkan banglo dua tingkat itu entah ke mana.

***

“Lama tak nampak? Sakit ke?”

“Kenapa kau cakap macam itu? Muka aku teruk sangat ke?”

“Muka kau macam laki kematian bini. Serabai. Kena tinggal girlfriend kut!” Rara tersengih-sengih.

“Tak de lah. Cuma hal kecil aje.”

Rara menopang dagu menghadap Adam Bahrain yang sesekali hilang arah dalam perbualan mereka. Dia melihat lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Ada bungkusan kecil yang dibalut indah di letakkan betul-betul di hadapannya.

“Untuk kau.”

“Aku? Apa ni?”

“Buah tangan dari Malaysia.”

“Eh! Kau balik Malaysia tak inform pun. Kalau tak aku boleh kirim surveniour kat kawan-kawan aku. Teruklah kau ni…”

“Balik emergency.”

“Oh! Boleh aku buka?”

“Bukalah…”

Dengan berhati-hati Rara membuka balutan bungkusan tersebut. Sebentuk cincin emas putih terletak elok di dalam kotaknya. Dia terkejut menerima pemberian tersebut sementelah ia dari seorang lelaki yang baru dikenali.

“Untuk aku ke? Kau tak silap?”

“Betul. Untuk kau.”

“Kau tau kan nanti ada yang marah. Aku rasa aku tak boleh terima.”

“Boyfriend kau tu jauh. Dia tak nampak. Aku bagi ikhlas. Ambillah…lagipun aku tak tahu nak belikan apa untuk kau.”

“Kau ajar aku jadi curang.”

“Terpulang pada persepsi kau.”

“Okey. Aku terima sebagai tanda perkenalan kita. That’s all.”

Adam Bahrain tersengih lebar. Perempuan tetap perempuan. Penuh dengan imaginasi melampau! Bisiknya dalam hati.

“Kenapa nak jumpa aku?”

“Tak boleh?”

“Boleh…tapi musykil sikit. Kau rindu kat aku kut!”

“Mungkin!”

“Mungkin boleh jadi ya atau tidak. Yang mana satu?”

“Mungkin! You choose yang mana satu.” Adam Bahrain menoktahkan pertanyaan Rara dengan satu teka teki.

Adam Bahrain melepaskan keluhan panjang sebaik mendengar peti pesanan suara di telefon bimbitnya. Enam pesanan yang diterima, tiada satu pun...
Unknown
Oh! MyKarya!

Alisya mendail nombor Zikry beberapa kali tetapi tiada jawapan. Deringannya ada tetapi tidak berangkat. Ke mana pula perginya lelaki itu? Takkan pada hujung minggu pun bekerja juga. Setahu Alisya, Zikry jarang mengambil ‘overtime’ pada hari cuti hujung minggu. Kalau ada pun, dia lebih gemar menghabiskan kerja-kerjanya pada hari bekerja walaupun terpaksa berkerja hingga lewat malam.

Dia merenung skrin telefon bimbitnya sambil mengharap keajaiban agar Zikry mendengar jeritan suara hatinya. Sudah agak lama mereka tidak keluar berdua-duaan. Dia rindu kenangan itu. Kenangan mereka bersama dan saling usik mengusik begitu menggamit dijiwa. Di kerling jam di sudut telefon bimbit, hampir mencecah 10 pagi. Pagi minggu begitu kebiasaannya Kamal akan bangun lewat kerana telah berjaga dari malam hari melepak dengan ‘geng jamming’nya di studio.

Alisya menolak grill pintu rumahnya. Dia bercadang mahu membersihkan kawasan garaj yang telah bersepah-sepah dengan barangan Kamal. Adik lelakinya itu memang selalu suka meletakkan barang sesuka hati.

“Assalamualaikum!”

Alisya terkejut apabila tiba-tiba didatangi oleh satu suara lelaki. Dia segera menoleh. Perasaannya menjadi tidak karuan tiba-tiba. Eh! Kenapa dengan aku ni? Takkan malu dengan dia? Bukankah lelaki ini kerap bertandang bertemu dengan Kamal.

“Nak cari siapa?” entah kenapa soalan itu yang terpacul dari bibir Alisya. Salam lelaki itu di jawab di dalam hati sahaja.

“Kamal ada?”

“Ada. Dia masih tidur.”

“Dia lupa ke?”

“Lupa apa?” Alisya berasa janggal yang amat. Satu ketika dahulu dia bukan main garang melayani lelaki itu. Apakah kerana ketampanannya yang lebih terserlah pagi itu yang membuatkan perasaannya jadi tidak keruan?

Hazim masih berdiri di luar pintu pagar. Dia menghadiahkan senyuman ikhlasnya untuk Alisya bagi menyembunyikan kegugupan yang dirasai.

“Kita orang nak pergi memancing hari ini.”

“Ohh! Dia lupa lah tu. Nanti I kejutkan.”

“Err…Cik Alisya. Boleh I masuk?”

Alisya tertawa kecil. Sebentar tadi dia lupa menjemput tetamunya masuk.

“Maaf. Tak biasa pelawa lelaki masuk kat rumah ini.”

Hazzim terasa dengan jawapan dari Alisya. Ikhlaskah kata-katanya itu atau sengaja menyindirnya. Benci sangatkah gadis itu terhadapnya? Besarkah kesalahannya kerana membocorkan aktiviti sebenar Zikry kepadanya?

“Kenapa tak masuk?”

“Hah?!”

“Tak sudi ke?” usik Alisya seperti tadi. Senyuman masih terhias di bibirnya.

Melihat senyuman terukir di bibir gadis itu, Hazzim berasa lega. Paling tidak dia merasakan ketegangan yang dirasai semakin kendur sedikit demi sedikit.

Alisya sudah menghilang ke bilik Kamal. Adiknya itu kalau sudah tidur mati, susah dikejutkan. Apatah jika pada malamnya dia berembun sehingga dinihari. Berbuih dia menasihati Kamal tetapi adiknya itu buat muka selamba. Akibatnya mereka sering berbalah disebabkan perkara remeh temeh seperti itu.

“Dik…o dik. Bangun. Dah siang ni.”

“Herm…”

“Bangunlah! Ada orang nak jumpa kamu.”

“Siapa pagi-pagi buta menyibuk aje ni.”

“Pagi buta otak kamu! Cuba tengok jam tu. Dah dekat tengahari. Bangunlah.”

“Malaslah…Mal mengantuklah kak.”

“Bangun!! Abang kamu dah tercongok kat luar tu.”

“Apa?? Alamak…Kamal lupa kak. Dia ajak pergi memancing. Adui…” dengan malas Kamal berjalan ke ruang tamu.

Hazzim meletakkan majalah pancing yang sedang dibaca dek terpandang wajah Kamal yang sembab kerana kesiangan. Budak muda zaman sekarang memang tidak pandai mengatur waktu tidur mereka, apatah tiada orang tua yang mengawasi.

“Tidur lewat ke malam tadi?”
“Ha ah bang…jamming dengan member.”

“Jadi tak?”

“Tak larat lah bang.”

“Habis…abang kena pergi sendiri gamaknya. Boring lah macam ni.”

“Sori bang, lain kali saya ikut. Mata masih tak boleh buka ni…”

“Tak mengapa kalau macam tu. Abang balik dulu. Kirim salam kat kakak kamu.”

Hazzim mengangkat kaki dengan lemah. Dia pasti dihambat kebosanan di kolam memancing nanti. Hendak berpatah balik ke rumah dia serba salah. Keseorangan di rumah agam ibunya juga membuatkan fikirannya tepu. Dato’ Yusnizah awal-awal pagi sudah keluar bagi menghadiri acara perasmian projek terbaru rakan perniagaannya. Bibik Natrah pula telah diberikan cuti oleh ibunya. Seperti kebiasaan dia akan kembali ke rumah anaknya yang duduk selang beberapa taman dari rumah mereka.

“Abang Hazzim…abang okey ke?”

“Tak apa. Abang pergi dulu.”

Dengan malas dia menguak pintu pagar sambil menekan ‘alarm’ kereta Harriernya. Dalam hati dia berdoa agar Alisya memanggilnya semula dan mereka boleh berborak-borak untuk menghilangkan kebosanan yang bermaharajalela. Cukuplah dapat menatapi wajah itu, pasti ungkapan bosan akan hilang terus dari kamus hidupnya saat ini. Tetapi apakan daya, lewat pertemuan pada makan tengahari yang lalu dia dapat menduga. Hati Alisya kerasnya bagai besi waja! Hanya nama Zikry yang bisa melenturkan kekerasan itu.

“Encik Hazzim…”

Hah??

“Dah nak balik?”

“Ya. Kamal tak dapat temankan I.”

“Maafkan adik I. Dia selalu lupa kalau berjanji. Lain kali I akan pastikan dia tak menyusahkan you.”

Hazzim berpaling. Mata mereka bertentangan. Rasa itu datang ke hati lalu rona merah menyerbu ke muka Hazzim. Dia cuba bersikap tenang tetapi debaran di dada mengatsi segalanya.

“Cik Alisya kan ada.” Ah! Gatal pula mulut ini tersasul mengorak kata.

“I? Maksud you?” Alisya cuba bertenang mengawal keadaan. Entah mengapa dia berasa janggal pula dengan lelaki itu.

“Temankan I memancing.”

Alisya melepaskan tawanya setelah mendengar perkataan yang diucapkan oleh Hazzim.

“I nak pergi memancing? Dengan you? Kita berdua sahaja?” bersusun soalan keluar dari bibir nipisnya yang tidak disaluti sebarang warna.

“Ya. Kita berdua sahaja. Tak boleh?”

Hazzim yakin taktiknya kali ini akan berjaya. Yeah! Yakin Boleh…

“I tak pernah pergi memancing. Tak pandai pun.”

“Tak apa. I boleh ajarkan.”

Alisya terdiam. Patutkah dia keluar dengan lelaki itu? Bagaimana kalau tiba-tiba Zikry menelefon dan mengajaknya keluar selepas ini. Dia jadi serba salah.

“Cik Alisya? Shall we?”

“Are you sure? Tak ada orang yang akan marahkan I nanti?”

“Confirm! I’m available bachelor…”

Alisya melirik manja. Available konon! Boleh percaya ke?

***

Keadaan di sekitar kolam memancing ikan The Straits agak sesak dengan pencinta pancing. Orang kata kalau sudah minat memancing, lautan dalam sanggup di redah demi mendapatkan kepuasan dari aktiviti tersebut. Alisya membontoti Hazzim yang menyandang beg pancing di bahu kirinya. Dia tidak percaya yang kini dia berada di kawasan yang sangat asing baginya. Dan yang tak masuk akal, Hazzim berjaya memujuknya untuk mengikut lelaki itu memenuhi tuntutan hobinya.

Hazzim membayar yuran memancing di kaunter. Budak lelaki melayu berusia belasan tahun yang menjaga kaunter di situ seperti sudah kenal benar dengan anak muda yang kelihatan amat sofistikated penampilannya itu. Mereka saling bertukar khabar dan cerita berkaitan jenis ikan yang dilepaskan ke dalam kolam untuk hari itu. Alisya hanya mendengar butiran yang langsung tidak masuk di kepalanya.

Alisya membaca tulisan yang terpampang pada ‘notice board’. Satu kali sesi memancing sahaja dikenakan yuran sebanyak RM40-00. Ada juga harga pakej untuk ahli The Straits. Untuk hari minggu begitu biasanya peniaga kolam memancing ikan akan menaikkan jumlah yuran kerana permintaan yang tinggi.

“Jom kita pergi ke kolam di hujung sana.”

“Apasal ramai sangat orang? Tak sangka kan…”

“Pemandangan ini dah biasa bagi I, Cik Alisya.”

“Selalu ke sini?”

“Kadang-kadang. Kamal tak berapa suka kat sini.”

“Tempat ini okey aje bagi I. Not bad…”

“Ada tempat lain yang lebih besar. Kolam-kolam pun banyak. Sini kecil sikit.”

Matahari hampir tegak di kepala. Lapangan memancing yang kurang ditumbuhi pohonan besar itu menyebabkan udara panas cepat menangkap ke kepala. Alisya menutup kepalanya dengan tangan agar terlindung dari terik mentari.

“Nah! Pakai ini.”

Hazzim menyarungkan topi yang di bawa ke kepala Alisya. Walaupun agak longgar tetapi ia nampak ‘cute’ bagi pemakainya. Tindakan spontan Hazzim itu menyebabkan Alisya terpinga-pinga. Tatkala tangannya tersentuh lengan lelaki itu, seperti ada arus elektrik yang mengalir laju menyambar deria sentuhnya. Cepat-cepat dia meletakkan tangannya semula.

“Why?” Hazzim tersengih melihatkan gelagat Alisya yang menarik tangannya ke belakang.

Alisya menggeleng tanpa sepatah kata.

“You macam budak kecil. Matured la sikit.”

Apa maksud dia? Aku tak matang? Berani dia berkata begitu? Hish! Bencinya…mulutnya terkumat kamit menahan geram.

“Cik Alisya. Tak elok marah-marah. Nanti ikan tak nak makan pancing I.” Hazzim mengusik dengan nada suara diperlahankan.

“I tak marah!”

“Syyy! Slow sikit…”

“I tak marah…” bisik Alisya perlahan. Dia tidak tahu kalau memancing tidak boleh berbual-bual. Bosannya…

Hazzim menyimpan senyumnya tatkala Alisya berbisik perlahan di sisi. Mudah benar Alisya percaya cakapnya yang berupa usikan semata-mata. Tapi bagus juga. Inilah masanya dia boleh mempermainkan Alisya yang langsung ‘buta huruf’ pasal dunia pemancing sepertinya.

“Encim Hazzim tak bosan ke tenung air lama-lama. Lagi-lagi kalau tak dapat hasilnya. Lepas itu berjemur tengah panas macam ini. Mana datangnya ketenangan kalau badan berpeluh sana sini. Tak selesa.”

“Hanya orang yang minat dengan dunia macam ini aje yang faham bagaimana syoknya memancing. Rasa tenang, hilang semua masalah kat tempat kerja. Kalau dapat ikan lagi syok! Tak boleh digambarkan dengan kata-kata.”

“Ada juga orang macam Encik Hazzim kat dunia ini…”

“Beratus ribu, mungkin juga berjuta orang di luar sana yang mempunyai hobi macam I, Cik Alisya. Aktiviti memancing memberi satu kepuasan yang tidak terhingga. Cuba you bayangkan ketika berada di atas bot seorang diri di tengah laut yang tenang sambil melihat langit yang terbentang luas ditemani jutaan bintang dilangit, ketenangannya sukar untuk digambarkan. Apa kata satu hari nanti you ikut I naik bot. Kita pergi memancing ke laut dalam.”

“Hish!! Tak mahulah.”

“You takut?”

“Bukan…I tak minat.”

“Why not you try? To know someone is to love what he did.”

“Buat apa? I bukan nak jadi partner life you.”

Hazzim tersengih. Tidak sedikit pun dia terasa dengan kenyataan yang keluar dari mulut gadis cantik itu. Kesudian Alisya menemaninya hari itu sahaja sudah mencukupi bagi mengubat rindu dendamnya pada pemilik sepasang mata yang cantik itu.

Joran Hazzim bergerak-gerak ke depan ke belakang. Pasti umpannya telah mengena mangsanya. Hujung mata kailnya melendut ke depan dan semakin lama semakin berat. Dia berasa amat gembira. Dia ingin menunjukkan kepada Alisya kepakarannya menaikkan ikan apatah dia berasakan mata kailnya di makan oleh ikan yang agak besar saiznya.

Melihatkan keadaan Hazzim yang berhempas pulas melarikan jorannya ke arah berlawanan dengan arah ikan agar dapat mengurangi kekuatan tenaga ikan yang bersaiz besar, Alisya mengundur ke belakang. Dia tidak pernah melihat posisi Hazzim yang ini. Lelaki itu kelihatan begitu tangkas menguruskan jorannya. Dia kelihatan amat tenang. Adakah Zikry juga boleh seberani Hazzim? Sanggupkah Zikry berpanas di tempat yang berbau dan tiada ‘standard’ ini? Dalam diam dia membandingkan lelaki di hadapannya dengan kekasih hati.

“Alamak! Sampah…I ingat ikan besar tadi.”

“Ha! Ha! Ha!”

“Ha! Ha! Ha!”

Alisya gagal mengawal ketawanya. Setelah berhempas pulas Hazzim menunjukkan kebolehan menaikkan mangsanya yang disangkakan ikan, lain pula yang dapat.

“Siapalah buang plastik sampah kat dalam kolam ikan ni. Tak ada sivik langsung.”

“Sorry…I tak tahan. I cannot control my laugh…”

“Never mind. It’s ok.”

Mata lelaki itu mencerlung tajam memandang wajah Alisya. Ketawalah kau sepuas hati dan biarkan aku menikmati tawamu saat ini. Lantas dia menyemat terus kenangan itu di sudut hatinya.

“Selalu macam ini?” Alisya masih galak mentertawakan Hazzim.

“Tak pernah. Bila keluar dengan you pulak dia boleh buat hal. Tak kasi chance I langsung nak tunjuk ‘terror’ pada you.” Hazzim mengeluh.

“You salahkan I lah ni?”

“I tak cakap pun.”

“I tak peduli. Ini kan hak I nak ketawa. Betul tak?”

“You suka?”

“Suka?” Alisya menyoal balik setelah tawanya reda.

“Keluar dengan I? Macam sekarang ini.”

Alisya terdiam. Baru sebentar tadi dia melepaskan sikapnya yang sebenar di hadapan lelaki itu. Kalau di hadapan Zikry, dia seperti batu. Terlalu mengawal tingkah laku. Apabila keluar dengan Zikry dia akan menjadi orang lain. Sebaliknya bersama Hazzim walau tidak pernah berkenalan secara formal, dia tidak perlu berlakon. Inilah yang dia mahu. Kebebasan!

“Jom…kita balik.”

Hazzim menghalang Alisya dari meninggalkannya.

“Eh! Cepatnya. Belum ada satu jam. Rugi duit dah bayar.”

“Kalau you tak nak balik, tak apa. I balik sendiri.”

“Kenapa ni?” Hazzim berdiri betul-betul di samping Alisya. Jarak antara mereka amat dekat. Dia seolah dapat mendengar getaran hati gadis itu. Apakah Alisya juga sepertinya?

“Panas…nanti rentung kulit I.” Alisya melarikan matanya dari memandang tepat ke anak mata Hazzim. Dia segan sebenarnya.

“Ala…sun block kan banyak kat market. Apa nak risau.”

“Kalau dah teruk susah nak jaga.”

“You gelap macam dayang senandung pun tetap cantik.”

“Eii…sapa nak jadi macam itu. Semua lari tengok I.”

“I ada. I always there for you.” Ungkapan berani mati lahir dari hati Hazzim untuk Alisya.

Alisya gelisah apabila Hazzim menggunakan kesempatan yang ada untuk memikatnya. Dari lenggok tubuh dan pandangan mata, dia dapat mengagak niat Hazzim. Tapi dia mesti berwaspada agar hatinya tidak sewenang-wenang tertipu dengan tindakan lelaki itu. Cintanya masih menebal untuk Zikry, lelaki pertama yang mengajarnya erti cinta dan rindu.

“Tak berani nak jawab soalan I? Atau you dah mula buat comparison?” sergah Hazzim apabila melihat Alisya tercegat tidak berganjak.

“Nonsense!”

Hazzim tidak mengendahkan jawapan dari mulut Alisya itu.

“What do you think? Which one is better? Me or him?” Hazzim sengaja mengocak ketenangan sanubari Alisya.

“Apa yang you cakapkan ini? Merepek!”

“Ya lah. I dah gila kut. Cuaca panas macam ini buat I gila. Lebih-lebih lagi ada perempuan cantik kat sebelah I ini.”

“I tak habis lagi, my girl. Tunggu I sekejap, after that kita pergi lunch.”

“Pakai macam ini aje? Dengan bau ikan satu badan.” Alisya merungut manja. Entah mengapa dia seakan mendapat keserasian apabila bersama dengan Hazzim.

“Ala…orang tak kisah itu semua.”

“You ni kan…semuanya buat tak kisah! Macam mana agaknya you dengan kawan-kawan you.”

“Apa nak dikisahkan…dia orang pun sama macam I. Easy going…”

Alisya terpaksa menyambung duduknya di sisi Hazzim. Jikalau ketika awal-awal mereka sampai dia berasa janggal tetapi kini perasaan itu berganti selesa. Sedikit sebanyak dia mendapat maklumat tentang lelaki itu. Hazzim berpengetahuan luas tentang dunia pancing. Mulutnya tidak berhenti bercerita tentang itu dan ini dan bagaimana dia menyewa bot bersama rakan-rakannya untuk memancing sehingga ke laut dalam. Satu pengalaman yang mengujakan.

Bosan menanti ikan yang tak muncul-muncul, Alisya menyelongkar beg pancing Hazzim. Terdapat peralatan memancing yang langsung tidak dikenali. Ada yang berbentuk seperti batu dan penyangkuk, ada roti Gardenia, ada cacing dan macam-macam lagi. Berdiri bulu tengkuknya dek terpandangkan cacing yang terkuit-kuit di dalam plastik kecil.

Matanya menjeling pula mesin yang digunakan oleh Hazzim. Di sisi mesin berwarna emas itu tertera model Shimano Super Baitrunner XTEA 10000. Apa benda alahnya tu? Pening kepala memikirkannya.

“Mahal ke benda tu?”

“Murah aje.”

“Ada lapan puluh ringgit?” Alisya meneka.

Hazzim tersenyum memandangnya sambil mengenyitkan mata kanannya. Sengaja dia mengusik Alisya begitu. Lagi suspen, lagi bagus. Bisiknya di dalam hati.

“Cukup untuk beli satu cincin tunang untuk you.”

Alisya terkejut. Dia tahu Hazzim sekadar bergurau. “You lupa ke? I ini demanded.”
“I tahu. You dah cakap dari awal.”

“Then setakat lapan puluh ringgit I tak layan, okey.”

“Siapa kata harga mesin ini lapan puluh ringgit?”

“Ohh…bukan you cakap tadi.” Alisya termalu sendiri.

“I cuma cakap harga mesin ini cukup untuk belikan cincin tunang untuk you.”

Kedengaran kali ini intonasi Hazzim begitu merdu di telinga Alisya. Perasaannya seolah disapa bahagia. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dia membayangkan pula jika Zikry yang sedang berkata begitu. Dari sengih lebar, wajahnya bertukar muram serta merta.

‘Ah! Tak mungkin!’ Alisya berilusi melayan hati sendiri.

“Cik Alisya…”

Dia hampir terjatuh apabila tubuhnya di senggol kuat oleh Hazzim.

“Oii…”

“Dah sampai Lautan Pasifik atau Kolam Memancing The Stratis? Bukan main panjang muncung tu…”

“Apa you kisah?” Alisya mencebik.

“Atau you tak puas hati dengan harga cincin yang I cadangkan?”

“What’s a nonsence again…”

Hazzim ketawa terbahak-bahak.

“Okey! Okey…I don’t want you to keep on guessing, mesin ini hampir satu ribu ringgit. Puas hati?”

“What!? You gila ke bazirkan benda macam ini?”

“Stop repeating accuse me crazy! I dah minat. You tak akan faham until you fall in love with me!”

Selepas menuturkan kata-kata tersebut, Hazzim bangun mengemaskan peralatan memancingnya. Kulitnya sudah seakan panas terbakar dek panahan matahari. Dia tidak menghiraukan renungan pelik dari Alisya. Kelakar juga tatkala menuturkan kata keramat sebentar tadi. Dia pun hairan kenapa dia berkata begitu. Mungkin dia sangat terdesak mahu menarik perhatian Alisya.

“Jom!”

”Aik! Tak nak balik pulak…”

Alisya mengikut Hazzim dengan perasaan yang bercampur aduk.

“Kita makan dulu.”

Diam. Alisya tidak membalas langsung pelawaan Hazzim itu.

Alisya mendail nombor Zikry beberapa kali tetapi tiada jawapan. Deringannya ada tetapi tidak berangkat. Ke mana pula perginya lelaki itu? Ta...
Unknown
Oh! MyKarya!

Harga Asal: RM??
Harga Tawaran: RM9.00
Status: Ada/ Terpakai


SINOPSIS:

Dalam usaha Azahari membongkar misteri harta pusaka moyangnya Shabudin di York, England, dia telah terjerat dalam cinta terhadap Serena, anak gadis Swanson, peguam yang diamanahkan untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Kerana menyedari dia bakal berhadapan pelbagai dugaan di rantau orang, Azahari menyediakan diri selengkapnya demi rasa tanggung jawab terhadap keluarga dan keturunan terdahulu. Namun berhasilkan misi pencarian Azahari terhadap pusaka tersebut? Bagaimana pula perasaan cintanya terhadap Natrah yang muncul pada saat-saat dia terpaksa menghadapi pembedahan kerana ulser yang serius.

Harga Asal: RM?? Harga Tawaran: RM9.00 Status: Ada/ Terpakai SINOPSIS: Dalam usaha Azahari membongkar misteri harta pusaka moyangnya Shabudi...
aynorablogs May 4, 2010
Oh! MyKarya!

Mencari Cinta...
Saya ingin mencari novel yang bertajuk 'Mencari Cinta' terbitan Alaf 21 Sdn Bhd. Saya pernah membaca novel ini beberapa tahun dahulu. Dan memang benar, walau sekali membacanya saya teringat-ingat perjalanan cerita di dalam novel ini.

Tetapi malangnya, berusaha saya mencari novel ini di pasaran, nampaknya tiada stok. Jikalau ada sesiapa mahu menjual novel tersebut, sila hubungi email saya. Saya akan bayar seperti harga asal buku tersebut tetapi dengan syarat novel tersebut masih elok kondisinya.

Salam hormat,
Ron Aynora

Mencari Cinta... Saya ingin mencari novel yang bertajuk 'Mencari Cinta' terbitan Alaf 21 Sdn Bhd. Saya pernah membaca novel ini beb...
aynorablogs