Menu
Oh! MyKarya!


Aku terkejut dari tidur bagaikan orang yang baru habis berlari seratus meter. Dadaku berdegup laju dari biasa. Peluh renik membasahi muka. Berkali-kali aku mengucap demi membuang rasa gusar yang entah dari mana datangnya. Aku lihat tiada sesiapa di sisiku. Mana Hannah? Kenapa dia tidak kejutkan aku? Pukul berapa ni?

Aku bergegas membuang selimut tebal yang membalut tubuh tegapku. Dengan ala kadar aku meraup muka lantas menjenguk ke tandas. Tiada sesiapa di situ. Dengan malas aku melangkah turun menuju ke dapur. Aroma nasi lemak menyerbu lubang hidung. Perutku berasa lapar tiba-tiba. Wah! Minggu lepas Hannah menyediakan nasi ayam special, kali ini nasi lemak pula. Rajinnya isteriku yang seorang ini. Mana nak dapat isteri begitu dalam dunia yang serba serbi segera ini? Aku bersyukur kerana dikurniakan isteri secantik Hannah. Bukan itu sahaja, dia juga bijak dan pandai memasak. Dan kalaulah aku lelaki yang pandai di untung, tentu aku berfikir panjang dalam melakukan sebarang tindakan. Tetapi aku manusia yang lemah…

“You? Masak nasi lemak?”

“Hmmm….dah bangun?”

“Kenapa tak kejutkan I tadi?”

“Saja. You kerja ke hari ini?”

“Tak tau lagi. Standby…”

“Cuba lah duduk rumah hari minggu macam ni. Buat apa you pergi office. Kerja sampai bila-bila pun tak kan habis. Sunyi tau I sorang-sorang.”

Aku diam tidak membalas. Walaupun dia membebel, aku tidak bimbang kerana isteriku ini jarang merajuk. Bebelan hanya lahir di mulut tetapi tidak berbekas di hatinya. Aku arif benar kelakuan isteriku. Dia memang isteri Mithali.

“Itulah…I nak anak, you cakap not yet ready. Then…you tinggal soranglah kalau I pergi kerja.”

“Habis…I kan tengah buat MBA. I nak habis cepat. Hujung tahun nanti habis, bolehlah kita plan.” Hannah muncungku bibirnya. Manis dan cantik sekali.

Aku bangun dari kerusi lantas memaut bahunya. Dia sedang memotong timun untuk hiasan nasi lemak. Aku ambil sepotong dan sumbat ke mulut. “Kalau dah rezeki, anytime dear. Tak payah plan hujung tahun atau tahun depan. Sekarang pun boleh.”

“You ni kan! Tetap tak faham apa yang I dah jelaskan dulu. You tak ingat ke?” suaranya merajuk lagi.

“Yang mana satu?” aku galak menyakat.

“Malas cakap dengan you. Dah makan. Nanti sejuk tak sedap nasi lemak ni.”

Perlahan-lahan Hannah meleraikan tangnku di bahunya. Dia menghidangkan sajian lengkap untuk sarapan kami berdua. Aku menarik kerusi sambil menjeling wajahnya. Hannah buat muka selamba. Dia duduk bersetentangan denganku. Aku bangun lalu menarik kerusi di sebelahnya.

“Kenapa nak duduk jauh-jauh. Dekat-dekat kan best. Boleh makan bersuap.”

“Mengada!” tujahnya perlahan.

“Dengan isteri sendiri tak apa.”

“Eleh!...Ya ke?” Hannah mencebik.

“Kenapa sensitif sangat pagi ni, dear? I nak bergurau sikit pun you tak boleh terima. You suka I mengada-ngada dengan perempuan lain kut?” Aku ikut merajuk.

Hannah mencubit langanku dengan kuat.

“Ouch!! Sakit lah.”

“Siapa suruh pasang niat…”

“Niat apa pulak?”

“Niat pasang kat luar!”

“Bila pulak I pasang niat?” Aku tak berpuas hati. Aku bercakap dengan mulut yang penuh dengan nasi.

“Just now.”

“Sorry…abis tu nak bermanja dengan you, you tak nak layan.”

“Not now and here…” Hannah bersuara perlahan. Mungkin dia takut aku mengotakan kataku. Tak mungkin!

“Kat mana?” Aku mengusiknya lagi.

“Tengoklah tu. Pantang I layan…ada saja you punya auta.”

Aku ketawa menjawab sindirannya. Hannah mengangkat pinggan ke sinki. Aku ikut berbuat demikian. Aku mencuci tangan dan membantu Hannah menyusun pinggan yang sudah kering di rak. Lincah benar pergerakannya di dapur. Tidak sampai beberapa minit, meja dapur telah bersih berkemas. Aku mengenggam tangannya sambil kami bergerak ke ruang menonton. Setiap kali berpeluang, aku akan pastikan yang kami berada dalam mood ‘bercinta’ seperti yang selalu kami lakukan pada awal perkahwinan dahulu.

“You tak payah kerja la…”

“Tak tau lagi. Tunggu call…”

“Datuk Khalid?”

“Hmmm…dia suruh temankan main golf.”

“Orang lain tak ada? Haikal …atau Aaron?”

“Dia orang ada family occasion….”

“Habis tu…you tak ada? You tak ada wife yang kena entertain. You kena bagi masa you pada I juga, pada hubungan kita.”

“Tapi I kan selalu ada bila you perlukan. I selalu offer my time for you wherever I am. Waktu kerja pun you boleh ganggu I, right?”

“Tapi tak sama, Zaff.”

“Tak sama macam mana maksud you? I jadi orang lain? I tak boleh commit?”

“Tahu pun! You tahu tak…walau you attend my call, hear my story but I dapat rasakan yang you buat semua tu kerana terpaksa. Tak ikhlas.”

“Dear…”

Argh!! Apa nak dikata. Aku hilang suara. Benar apa yang dikatakan. Aku tak menolak segala kehendaknya. Tetapi aku terpaksa. Aku berpura-pura. Bukannya aku tak sayang, demi ALLAH, aku sangat cintakan Hannah. Tetapi, aku juga perlukan kerjayaku untuk menyara hidup kami sekeluarga. Dan demi kerjaya yang baru hendak bermula, aku selalu berada di dalam dilemma. Antara Hannah, seorang isteri yang memerlukan perhatian dan Pengurus Pelaburan, kerjayaku di Antah Holdings Berhad.

“I’m sorry, Zaff…”

“I understand you. Tapi…boleh tak kita bincangkan hal ini lain kali.”

Belum habis aku berkata-kata, telefonku berdering nyaring. Dengan melihat nama yang tertera di skrin, aku tahu siapa si pemanggilnya.

“Ya Datuk. Setengah jam lagi. Okey. Okey…”

Aku menekan butang ‘off’. Rasa serba salah menyelubungi diri demi terlihat wajah muram Hannah. Aku jadi teragak-agak untuk menyapanya. Serta merta diri ini terasa asing sekali. Seperti aku tidak mengenali isteriku, seperti aku seorang suami yang ada kesalahan besar mahu menghadap isteri untuk memohon ampun.

“I…I…”

“Tak apa Zaff. Pergilah. Lain kali kita discuss.”

Hannah mengangkat punggung lalu mendaki tangga untuk ke tingkat atas. Aku mengekor dari belakang.

“You jangan marahkan I. I terpaksa pergi. Nanti malam I janji kita makan kat luar. I pun tak lama teman Datuk. Mungkin petang I dah balik.”

“I tak marah.” Ringkas Hannah menjawab.

“You jangan buat I risau, dear. I janji I balik cepat.”

Hannah tidak mengendahkan pujuk rayuku. Sebaliknya dia sibuk mencari kemeja-t yang hendak aku pakai dan mencari padanan warna seluar yang sesuai. Akhirnya dia meletakkan kemeja-t warna kuning dengan jeans hitam di bucu katil.

“Abang dah mandi ke belum?”

“Oh! Ya! Terlupa. Ini semua nasi lemak you punya pasallah…”

“Ada ke macam tu. Sendiri yang lupa, I pulak yang kena.” Hannah menjeling manja.

“Sayang you…”

“Janji jangan tipu!”

Sebelum aku masuk ke perut Toyota Harrier, Hannah sempat mengingatkan. Walaupun wajahnya tersenyum sewaktu menuturkan ingatan tersebut, hati lelakiku bagai terhempap batu. Lembut tetapi menyengat. Aku sedar aku selalu terlupa memenuhi janjiku, tetapi aku selalu membayarnya balik dengan mengganti hari yang tertangguh itu. Bukankah itu juga tepati janji walaupun terlewat.


KETIKA aku sampai, Datuk Khalid telah bersedia dengan peralatan bermain golf. Orang kaya sepertinya pasti tiada hal untuk memiliki peralatan canggih dan serba mahal walhal hanya untuk beriadah. Aku terasa kerdil benar apabila berdiri di sebelahnya.

“Dah lama kamu sampai?”

“Baru saja, Datuk.”

“Sorang?”

“Ya…”

“Tak ajak awek sekali.”

Tekakku perit serta merta. Awek? Aku dah beristeri cantik, takkan membazirkan masa menyimpan awek pula? Tetapi jawapan itu tersimpan, tidak mampu terluah. Tidak tahu mengapa. Fikirku, itu semua tidak penting.

“Mesti awek kamu sangat memahami. Hari minggu pun terpaksa bekerja. Tak gitu.”

“Ohh! Ya..Ya..”

“Kamu macam tak selesa aje. Kamu ada hal ke hari ini?”

“Sekarang tak adalah Datuk.”

“Kalau macam gitu baguslah. Sekejap lagi kamu tak payah temankan saya.”

Aku bersorak gembira. Dalam hati berangan mahu membawa Hannah keluar seperti yang dijanjikan. Pasti dia terkejut kerana hari ini aku pulang awal. Pasti dia akan mengingati hari ini sampai bila-bila. Buat pertama kalinya selama setahun kami berkahwin, aku berjaya memenuhi janji yang telah aku meterai.

“Terima kasih Datuk.” Senyumku masih bersisa.

“Ha!...Tapi saya nak minta tolong.”

“Tolong apa Datuk?”

“Kamu tolong ambil anak saya di rumah dan hantarkan dia pergi Jusco. Dia nak beli barang keperluan dia…dari pagi merengek. Tak boleh lambat sikit.”

Fuh!! Ini bala namanya. Kenapa pula aku? Aku bukan drivernya. Jauh sekali orang suruhannya. Wajah masam Hannah bersiponggang di tubir mata.

“Petang nanti saya ada hal, Datuk.”

“Itu petang nanti. Saya suruh kamu hantarkan anak saya sekejap lagi. Lepas kamu hantar dia, kamu boleh balik terus. Tak payah jumpa saya kat sini. Saya ada business entertainment selepas main golf.”

Aku terdiam tidak menjawab. Lemahkah aku? Seharusnya dari awal tadi aku mengakui yang aku sudah beristeri. Boleh aku ‘escape’ dari permintaannya tadi. Tetapi kini nasi sudah memjadi bubur. Hendak tak hendak, aku terpaksa menghadapi kecuaianku sendiri.

“Saya tak tahu rumah Datuk.”

Aku cuba mencari alasan lagi.

“Ni alamat saya…senang nak cari.”

Betul-betul aku terjerat dengan perangkapku sendiri.



AKU BERHENTI betul-betul di hadapan sebuah banglo setingkat yang besar. Halamannya saja cukup luas seperti sebuah padang bola. Pintu pagar berwarna emas bercorak unik melengkapi pemandangan indah didepanku. Terdapat beberapa biji kereta mewah tersadai di kawasan yang dikhaskan. Aku sekadar menunggu diluar. Aku pasti anak Datuk Khalid tahu kehadiranku. Pelik juga aku memikirkan, kereta banyak takkan tak tahu memandu?

Ketukan di cermin mengejutkanku. Seorang gadis cantik dan berpakaian seksi melambai-lambai di luar. Aku agak tentu gadis itu anak Datuk Khalid.

“Ya?”

Dia menarik cermin mata gelapnya. “Ini abang Zaffril, kan?”

Gulp! Aku tertelan liur. Abang? Manja benar suaranya.

“Ya…ya…you Aqila?”

“Qill. Panggil Qill.”

Dia melompat masuk di tempat duduk di sebelahku. “Okey. Abang Zaff. Hantar I ke Jusco.”

Tanpa banyak soal aku memandu Harrierku ke pusat bandar. Aku pun perlu bergegas kerana di sebelah petang nanti aku harus membawa Hannah berjalan-jalan. Lagipun aku tak perlu menghadap Datuk Khalid semula di padang golf. Inilah satu-satunya hari yang aku berasa amat lapang dada dan bebas dari rasa dilemma. Aku akan mengotakan janjiku kepada Hannah, isteriku.

Jam sudah bergerak ke pukul dua petang. Hampir satu jam setengah aku menurut langkah Aqila ke sana kemari, keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai. Sampai satu tahap aku rasa aku sudah tidak mampu ikut kerenahnya lagi. Aku pun ada hal mustahak yang perlu aku langsaikan.

“Qill, you balik sendiri boleh tak? I ada hal penting nak diuruskan. You balik naik teksi, okey.”

“Ala abang Zaff, I tak jumpa lagi barang yang I cari. Temankan lah I dulu. Sekejap lagi I pasti jumpa.”

Aku berasa kasihan pula dengan budak mentah ini. Aku pasti dia masih bersekolah memandangkan caranya berkomunikasi dan keletahnya yang terlebih manja. Tetapi sayang, masih muda remaja sudah berani berpenampilan menjolok mata. Kalaulah Hannah yang berpakaian begitu, sudah lama aku haramkan dia keluar rumah. Siapa mahu isteri tercinta jadi bahan hinaan orang.

Kami singgah di sebuah kedai menjual aksesori wanita. Inilah pertama kali aku menginjakkan kaki ke kedai tersebut walaupun sudah berulang kali aku lalu lalang di hadapannya ketika keluar atas urusan kerja ataupun menemani Hannah. Aku lihat pelbagai jenis penyepit rambut dan corak dipamer di rak. Aku mencapai satu getah pengikat rambut berwarna hitam keemasan. Alangkah indah jika diikat di rambut Hannah. Aku menelek scarf pula. Hannah gemar menggayakan ketika ke tempat kerja atau ada acara rasmi di syarikatnya. Hmm! Banyaknya pilihan.

“Abang Zaff!!…”

Jeritan lantang dan cemas dari mulut Aqila menyirapkan darahku.

Aku terkejut dari tidur bagaikan orang yang baru habis berlari seratus meter. Dadaku berdegup laju dari biasa. Peluh renik membasahi muka...
Unknown Oct 20, 2010
Oh! MyKarya!

Aku merenung kasut yang tersarung di kaki. Cantik dan bertumit. Tiada lagi sandal atau capal menemani buat masa ini. Beberapa tahun dahulu aku pernah berdiri dan duduk di sini. Dahulu aku bagai seorang tea lady yang comot menanti kehadiran putera impiannya. Dahulu Rina menyambutku dengan sombong sekali. Siapa tahu saat dan ketika ini, rezeki menyebelahi Si Fina yang comot dan selamba dahulu? Siapa menyangka aku boleh jadi tunangan Mr CEO yang mempunyai kakitangan mencecah puluhan orang! Itu belum lagi dicampur tolak bahagi dan darab dengan kakitangan dari jabatan lain. Siapa tahu, kan! Tuah manusia tak siapa tahu!

“Er…er…Cik Fina tunggu siapa?”

Aku mengangkat muka. Menentang pandangan mata setiausaha Mr CEO yang dahulu berlagak sombong.

“Saya nak jumpa dia. Dia ada?”

“Err…dia…dia dah keluar.”

Apasal Rina terketar-ketar sahaja menjawab pertanyaanku. Takkan dia trauma setelah puas dia memandang remeh padaku satu ketika dahulu? Atau… dia takut aku akan membalas dendam. Mungkin jugak! Kalau angin aku tak betul, mahu jugak aku balas balik kesombongannya dahulu. Tetapi tak apa lah…aku tersengih lebar.

“Saya tunggu.”

“Okey…er…er…cik Fina nak minum apa?”

Coffee please…”

“Manis? Kurang gula?” Alamak, secretary apa dia ni? Semua itu nak tanya.

“Emm…sesedap rasa!” aku mulai bosan. Hilang sudah aura Rina yang angkuh satu ketika dahulu. Kini aku nampak dia kecil aje…itulah, lain kali jangan tengok orang tak ada mata.

Bosan menunggu, aku silangkan kaki pula. Membaca majalah atau apa saja akhbar yang boleh menarik minatku. Sesekali aku lirik jam ditangan, hampir setengah jam juga aku di situ. Mataku asyik memandang pintu bilik Mr CEO. Tertera nama di luar pintu, Chief Executive Officer. Aku tersenyum apabila terimbas detik perkenalan kami dahulu. Aku sangkakan Mr CEO orang jahat yang mahu menculik atau membuat perkara tak baik, tetapi sebaliknya. Dia sangat prihatin dan caring.

Kopi yang di sediakan oleh Rina sudah hampir tiga suku ku hirup. Walau tak sesedap kopi yang aku minum di kedai mamak, tetapi bagiku kopi Rina boleh tahan rasanya. Entah berapa kali dia test sebelum sampai ke mejaku tadi. Bila memikirkan hal tersebut, aku jadi gelihati sendiri.

Tak sabar menunggu, aku melangkah ke bilik Mr CEO. Nak diikutkan, aku tak boleh sesuka hati menerjah ke bilik Mr CEO. Tetapi apa nak buat, saja nak buat surprise untuk Mr CEO. Kut-kut dia balik nanti, mesti dia suka sebab aku dah tercongok kat situ. Lagipun sekembali dari Singapura tadi, aku terus ke sini. Aku rindu sangat mahu menatap wajahnya. Aku mahu mendengar suaranya, kerana selama seminggu aku berkursus, aku hanya menerima SMS atau MMS darinya.

“Cik Fina…”

Aku tak jadi menolak daun pintu bilik Mr CEO.

“Kenapa Rina?” aku pelik.

“Err…Encik Izz tak benarkan sesiapa masuk biliknya kalau dia tak ada.”

Aku terkedu.

“Ohh! Saya tak tahu pulak…”

“Awak?” maksudku adakah Rina boleh keluar masuk sesuka hati sebab dia adalah setiausaha Mr CEO.

Dia mengangguk. So, selesailah masalah. Apa lagi?

“Maksud Cik Fina, kita masuk sama-sama?”

Aku mengangguk. Faham juga dia akan isyaratku.

Aku lihat Rina mundar mandir macam kera kena belacan. Apa kena dia ni? Nasib baik perangai garangku sudah berkurangan, kalau tidak aku jerkah dia sampai terkencing.
Saja je tu….

“Saya pun tak boleh masuk.”

“La…tadi kata boleh, sekarang kata tak boleh pulak. Ni apa hal ni? Cuba cerita kat saya.”

“Sebenarnya…buat masa ini Mr CEO tak mahu diganggu.”

Aku sudah naik angin satu badan. Dia ni cakap macam apa entah! Sat tadi kata boleh kalau masuk bersama, sat lagi dia kata tak boleh pulak. Apa dia ni terkena penyakit nyanyuk ke? Aik! Muda-muda dah nyanyuk. Dalam situasi begitupun, aku sempat membuat tuduhan nakal.

“Kalau awak tak boleh nak decide, biar saya decide. Saya akan masuk, tanpa awak. Saya tunggu Encik Izz kat dalam. Understand?”

“Cik…Cik Fina! Tunggu…”

Aku meluru ke dalam dan cepat-cepat menutup pintu lantas mengunci tombol. Huh! Padan muka kau! Susah sangat. Itu tak boleh, ini tak boleh. Dia ingat aku ni Cik Fina yang dulu, kekadang blur, kekadang selamba. Itu zaman aku dah buang lah…

Ini kali kedua aku masuk ke bilik Mr CEO. Jika dulu aku ditemani, tetapi kini aku bersendirian. Aku memang masak benar, bilik Mr CEO memang besar gedabak. Kalau duduk di discussion table aje, sepelaung jaraknya. Dan aku juga tahu, di dalam bilik Mr CEO ini ada lagi satu bilik, untuk dia bersolat atau berehat.

Ah! Baik aku tunggu dalam bilik rehat aje, lagi surprise! Aku bergegas menarik pintu sliding itu ke sisi dengan hasrat untuk merebahkan badan untuk seminit dua. Aku rasa letih sangat. Penerbangan dari Singapura tadi juga agak meletihkan walaupun tidak sampai kebas punggungku.

Kreeeek! Bunyi berkeriut sedikit pintu bilik itu ternyata mengejutkan dua orang manusia di dalamnya. Dan orang ketiga yang paling terkejut tentulah aku, Cik Fina! Apa yang mata aku nampak ni? Mimpikah aku? Lututku terasa lemah. Longlai tubuhku rasakan. Akhirnya aku terjelepuk di depan pintu. Aku rasakan ada seseorang yang mencempung tubuhku dan membawa aku duduk di atas sofa.

“Maaf Eileen dan Encik Izz…saya dah halang tapi dia berkeras nak masuk.”

Nafasku turun naik menahan marah. Bila-bila masa sahaja aku boleh meletup! Aku tak mampu bertahan lagi. Aku tak mahu ditipu lagi. Tolong aku Rina, aku takut aku tak mampu mengawal semuanya. Tapi suaraku tak terkeluar. Hanya tersekat di kerongkong.

“Tak mengapa Rina. Thanks for helping…but it is okey.”

“You boleh bangun ke? Berehatlah dulu. I takut you pengsan lagi nanti.” Kenapa perempuan itu cakap pasal pengsan, pasal berehat? Mr CEOku tak sihat ke? Siapa dia ni? Apa yang aku fikirkan ni? Otakku tepu betul untuk berfikir lanjut.

Tapi aku tak tunggu lama. Aku menerpa ke arah Mr CEO yang kelihatan pucat. Semestinya aku rindu, semestinya aku juga ingin tahu apa yang berlaku? Apa terjadi pada Mr CEO ku? Ada yang aku tak tahu ke? Aku kan tunangnya, aku kan sebahagian darinya…Ohhh!!

“Abang kenapa? Kenapa abang pucat ni. Abang pengsan ke?”

Mr CEO memandangku penuh syahdu. Matanya yang cantik kelihatan sedikit cengkung. Aku pegang tangannya. Aku membalas renungannya demi mengharapkan sebuah penjelasan.

Eileen, Rina…could you please leave us alone for a while…”

“Sure…rest and take your time.” Eileen tersenyum sebelum berlalu pergi. Siapa dia ni?

“Apa dah jadi ni bang? Hari itu masa Fina nak pergi Singapore, abang okey aje. Abang sakit ke?” Aku terus menyoal Mr CEO bertubi-tubi.

“Ni nak tanya betul-betul ke atau Fina jealous sebab ada awek temankan abang tadi?”

“Betul lah…tapi, siapa perempuan tadi tu ek?” Aku tersengih-sengih. Menutup malu.

My personal doctor.”

Doctor? But for what? Why you need such a personal doctor…don’t tell me that…” Aku terjerit kecil. Aku mula membayangkan pelbagai penyakit berbahaya yang sering menyerang manusia sekarang ini.

“Always jump to conclusion. You silly girl.” Mr CEO mencubit hidungku.

“Sakitlah.”

“Tadi abang pitam aje, migraine abang teruk. Alih-alih si Rina dah panggil Eileen. Bila abang tersedar, abang dah ada kat dalam bilik ni. Dengan Eileen…”

“Erm…dengan Eileen aje?”

“Abang belum habis cakap. Ada bodyguard abang, ada Rina, ada…”

“Dah…dah! Fina tahu abang sayang Fina.”

Aku tersenyum manja. Mentang-mentanglah dah sah jadi tunangan Mr CEO.

“Habis tu…nak sayang siapa lagi? Abang ada awak aje. Suka kalau abang sayang orang lain? Eileen ke?”

“Eiii! Ke situ pulak!” Aku menepuk bahunya berulang kali. Geram. Lebih-lebih pulak dia.

“Tadi baru sampai dari Singapore terus singgah ya?”

“Mana abang tahu?”

“Ada la…”

“Fina rindu kat Mr CEO Fina…tak taulah orang itu rindu kat kita atau tak.”

Aku malu sendiri dengan statementku. Terlebih lah sudah!

Mr CEO menarik tanganku lalu di letakkan di dadanya. Dia memegang kepalaku laksana seorang ayah memujuk anaknya. Aku jadi kelu. Malu sangat. Jarang benar dia menunjukkan rasa kasihnya terhadapku. Itu pun aku yang berlebih-lebih. Aku suka show off. Aku suka atau merajuk, aku terus tunjukkan. Itu lebih real daripada berlakon tapi sudahnya diri yang merana.

“Abang pun rindukan Fina. Entah-entah rindu abang pada Fina lebih dalam dari rindu Fina pada abang. Itu yang sampai migraine ni.”

Lebar senyumku. Kembang rasa hati apabila ada orang yang merindui kita.

“Kalau rindu kat orangnya kenapa sampai migraine. Sepatutnya abang berasa happy, tenang, rileks…”

“Sayang…kerana teramat rindu lah sampai abang merana.”

Bahagianya aku mendengar pengakuan ikhlas dari Mr CEO. “Tapi bang…jadi ke plan kita nak kahwin nanti?”

“Mestilah jadi. Fina nak tukar fikiran? Tunang lama-lama tapi tak payah kahwin?” Mr CEO mengusik.

“Boleh ke?”

“Eii…tak mau abang. Terseksa jiwa dan raga!”

“Abang ni!!! Nakal tau!!”

“Ingat Fina aje yang boleh nakal, sekali sekala abang pun nak juga.”

“Eh! Bang. Jom keluar dari bilik ni. Nanti si Rina dan Eileen bergosip pulak.”

“Biarkan dia orang bergosip. Abang nak berdua-duaan dengan sayang abang, takkan tak boleh. Sibuk aje dia orang itu.”

Giliranku pula mencuit hidung mancung Mr CEO. Deringan handphone Mr CEO berbunyi nyaring. Dia menekan punat ok lalu menjawab panggilan itu. Aku masih berdiri di sebelah sambil memaut lengannya.

“I’m still in the office. Why?”

Oh!! Sure. Sure. You wait me at the downstairs. I’ll see you in few minutes.”

Ok, thanks.”

“Sekarang apa rasa? Dah okey? Tak sakit lagi?”

“Nampak muka Fina aje abang terus okey.”

Tetiba aku rasa perut ku berkeriut nyanyi lagu rock. Adui!! Sejak turun kapalterbang, aku belum makan apa-apa lagi.

“Abang…jom makan.”

Mr CEO menyapu tengkuknya seketika sebelum memandangku. “Kenapa bang?” Aku bertanya lembut.

“Mama…nak jumpa.”

Dazz!! Ini yang aku tak suka. Perutku yang lapar terus berasa kenyang. Wajahku bertukar keruh.

“Kenapa ni?”

“Tak ada apa. Abang pergilah. Fina balik sendiri.”

“Siapa kata abang nak suruh Fina balik. Kita pergi makan, kemudian sama-sama jumpa mama.”

“Fina tak naklah bang…”

“Jangan macam itu. Kan Fina dah berjanji dengan abang, kita akan tempuh perkara ini bersama-sama.”

Mr CEO memegang bahuku erat. Dalam diam aku rasa terlindung dengan sikapnya. Aku mengeluh. Aku memang tahu pasti hubungan ini penuh berliku. Aku tahu pasti mama Mr CEO menentang perhubungan ini apatah dia telah dihasut oleh anak perempuannya, Cindy. Cindy yang datang secara tiba-tiba telah menabur pelbagai prasangka ke dalam fikiran mamanya iaitu mama Mr CEO juga. Dan pertunanganku dengan Mr CEO juga tanpa kerelaannya. Nasib baik Tini, PA Mr CEO banyak membantu bagi menjayakan rancangan tersebut.

Susahnya hidup apabila diburu oleh bakal mama mertua!! Untuk kesekian kalinya aku mengeluh tentang nasib diri.

Aku merenung kasut yang tersarung di kaki. Cantik dan bertumit. Tiada lagi sandal atau capal menemani buat masa ini. Beberapa tahun dahulu a...
Unknown
Oh! MyKarya!


AKU RASA nak telan Mr CEO hidup-hidup saat ini juga! Apa dia dah buat di luar pengetahuanku memang aku tak boleh terima. Kalau ya pun takut aku mengamuk, minta lah izin dulu. Apa salahnya? Bila dia dah buat semuanya memandai-mandai, hilang segala rasa rindu, sayang, hormat aku padanya. Pulak tu, dia dapat sokongan padu dari emak dan abah. Macam dah kamcing giler dia orang tu. Huh! Tensionnya…

“Abah dah tahu lama pasal korang ni. Cuma abah pura-pura aje buat tak tahu. Si Izz dah lama berulang alik ke rumah kita ni Fina.”

Abah pun sama! Dengan anak sendiri bukannya nak di tolong sebaliknya dia menyebelahi Mr CEO. Mr CEO chill habis! Konon green light dah dapat lah tu! Belum tentu okey. Yang nak kahwin Cik Fina ini, bukannya abah atau emak. Aku makan hati betul. Dan malam itu muncungku panjang sedepa, bak kata mak boleh buat hanger baju. Adui!!!

“Kamu kena banyak bersabar dengan dia, Izz. Fina budaknya nampak degil tetapi dia mudah ikut cakap. Dia tak membuta tuli membuat keputusan. Tapi kalau dia tengah bad mood, yang baik jadi buruk padanya. Jadi kunci kepada masalah si Fina ni adalah sabar. Kamu kena banyak bersabar dengan dia.” Abah berceramah macam penceramah bebas yang sedang cuba menambat hati pendengarnya.

Aku duduk jauh di hujung kerusi di sebelah emak. Nasib baik emak dan abah ada di tengah-tengah, kalau tidak dah lama aku kerjakan Mr CEO. Lagi satu yang buat aku meroyan, Seri turut terlibat sama berpakat dengan dia orang. Seri!!! Tunggu kau! Kau memang musuh dalam selimut tapi malangnya selimut kau dah terbakar…

“Kenapa Fina tengok Izz macam nak telan? Berdamailah…ambil yang jernih…” abah berpesan dengan nada tegasnya.

“Tapi abah…”

“Abah tahu Izz tak bersalah. Cuma keadaan kamu yang berjauhan makin menimbulkan curiga di hati masing-masing. Emak dan abah pun pernah muda macam kamu…” abah tersengih-sengih. Entah apa yang abah tahu dan aku tak tahu, entahlah. Aku semakin tawar hati sebenarnya.

“Nanti on the way balik jangan bergaduh pulak. Ada apa-apa hal selesaikan secara damai…sikit-sikit tu mengalah la…” emak bermuka risau melepaskan aku mengikut Mr CEO untuk menemui mamanya.

“Tengoklah!”

“Apa tengok-tengok…janji!!” emak macam mak tiri gayanya.




PERJALANAN pulang ke KL aku rasakan amat mencabar. Ada banyak sebab mengapa aku kata begitu. Aku perang sakan dengan Mr CEO. Dia pandai-pandai pakat dengan orang tuaku, siapa suruh! Lepas itu yang lebih mencabarnya macam mana aku nak berlakon marahkan dia sedangkan hati di dalam macam-macam nak cerita. Kan kami dah 3 bulan tak berbual manja, ada banyak benda yang aku nak pot pet pot pet kat dia. Kalutnya aku…

“Apasal kalut aje. Senyap aje saya tengok. Tak ada apa-apa nak citer ke?”

Aku diam.

“Balik nanti singgah makan cendol nak?” Mr CEO cuba memujuk. Dia tahu aku marah.

Bila pulak anak kacuk ni pandai makan cendol? Ini mesti sebab selalu benar bertandang ke rumahku sewaktu aku tak ada. Pandai dia, nak pikat aku, pikat abah dulu. Hasilnya, abah terus bagi izin aku kahwin dengan Mr CEO setelah abah tahu kedudukan sebenar.

“Nak tak?”

Masih diam.

“Saya nak makan dengan awak. Dah lama tak keluar berdua, kan?”

“Dulu selalu…”

“Itu dulu. Ini sekarang…”

“Apa bezanya!” aku menjuih bibir.

“Sekarang awak memang sah bakal jadi milik saya. Tak dengar apa abah cakap tadi?”

Hish! Itu yang paling dia ingat. “Tapi tak semestinya kena kahwin dengan awak, kan?” aku membalas geram. Aku masih tak puas hati.

“Cik Fina yang sedang berwajah masam…ikut kata abah tadi, saya dibenarkan berkahwin dengan awak selepas saya melepasi tiga syarat. Dan…dua syarat yang awal itu saya dah tentu termaktub di dalam kalangan menantu pilihan.”

“Yang ketiga bila nak tunaikan?” aku terpa selaju yang boleh.

Mr CEO terdiam. Aku tahu dia mesti tak mampu untuk memenuhi permintaan dan syarat abah yang ketiga. Hiii…hiii…aku bersorak dalam hati. Padan muka! Siapa suruh menggatal, kan dah tersangkut dengan syarat yang abah aku kenakan.

“Yang ketiga, abah suruh saya buat pilihan. Pilih satu sahaja. Tapi…”

“Tapi kenapa? Tak boleh kan? Sebab awak memang sengaja cari pasal. Awak sebenarnya tak ikhlas masa mula-mula berkawan dengan saya, kan? Betul tak Mr CEO? Suka lah awak setelah awak buat saya macam ini, separuh mati…” Ah! Air mata begitu murahnya saat ini. Aku sedih sebab akhirnya cintaku dengan Mr CEO akan sampai penghujungnya.

“Fina?”

Mr CEO berhenti mengejut di tepi highway. Bunyi hon kereta nyaring menjerit tanda tak puas hati dengan Mr CEO yang berhenti secara tiba-tiba. Aku ikut terkejut. Cepat-cepat airmata aku kesat. Buat apa membazir untuk orang yang tak menghargai. Tapi hati di dalam sedih sangat…

“Cik Fina…”

Aku palingkan wajah. Benci menatap wajahnya

“Dari semalam saya tunggu awak senyum, tapi tak ada juga. Susah sangat ke awak nak beri ruang saya bernafas dengan tenang, Fina. Mahal sangat ke nilai kasih awak untuk saya? Besar sangat ke salah saya pada awak sampai awak buat saya rasa bersalah?”

Aik! Marah pulak? Sepatutnya aku yang marah tahap gaban. Ini tak boleh jadi. Aku keluar dari kereta. Nak perang mesti kena keluar kereta, barulah bebas aku nak melarikan diri nanti. Aku jeling Mr CEO. Dia mula gabra bila aku dah keluar. Dia ikut keluar lalu meluru ke sisiku.

Tangan Mr CEO mencengkam lenganku. Apa dia buat ni? Sakit tau!

Don’t do silly thing, Fina. I won’t allow you.”

If I insist…”

Please Fina…awak tak boleh buat kerja bodoh ni tanpa dengar dulu my explanation. I will tell you the truth…”

Lega rasa hatiku. Setelah nampak muka aku macam jeruk sejak semalam ketika dia sampai, baru sekarang dia nak declare. Huh!! Lamanya aku rasa macam 9 bulan…

“Kalau pasal perempuan mat saleh yang awak nampak tu awak nak cemburu buta, sorrylah Fina. Saya pun tak boleh nak tolong. Saya dan dia tak ada apa-apa hubungan. Saya jumpa dia di London, then dia nak ikut saya balik. Takkan saya nak halang. I would very happy because she is willing to follow me…

Gerrrrr. Mendidihnya darah mudaku mendengar Mr CEO menyebelahi gadis yang dibawanya balik ke sini.

“Awak tak perlu risau atau cemburu, Fina. Saya lelaki yang sudah matang. Saya dah melalui macam-macam dugaan dalam hidup. Tapi saya rasa saya paling susah nak handle awak. Nak handle kerenah awak. Kadang-kadang awak buat saya ketawa gembira, kadang kala awak buat saya sepi. For your info…minah saleh tu bukan saingan awak. I have no feeling for her. Absolutely not!”

Turun balik darjah kemarahanku. Rasa kasihan pula mendengar keluhan Mr CEO. Tetapi, siapa perempuan itu? Takkan dia bagi alasan macam itu aje, tak konkrit langsung! Jeritku dalam hati.

“Cik Fina…”

Tak kuasa melayan suara manjanya.

“Jom kita pergi cari cendol. I miss the moment when we sitting on the chair view fireflies…”

Apa kena mengena cendol dengan fireflies ni? Confuse aku!

“Itulah memori paling indah pernah saya alami …bersama dengan awak, berdua dengan awak…dan bersabar dengan awak, Fina.”

Dum!! Terkena sebiji aku! Dalam lembut sempat pula dia sindir aku. Macam aku tak tahu.

“Okey. Tak surut juga marah tu? Perempuan itu adalah adik saya. Adik bongsu saya. Dia duduk di sana tinggal dengan nenek sebelah daddy saya. Dia ikut saya balik sebab nak visit my mom yang tak sihat. Dia akan balik semula minggu depan. And I think it is not too late for you to meet her, apologize and make confession…”

Argh!!! Aku terkena rupanya. Yang selama ini dia dok diam tak bagitahu apa hal? Saja nak tengok aku frust menonggeng ke? Saja nak tengok aku merajuk sakan lah tu. Baru padan muka kau, Mr CEO. Siapa suruh jolok sarang tebuan. He…he…Aik! Tetiba senyumku lebar sampai ke telinga. Huh!! Penat rupanya bila merajuk ni, tak berbaloi langsung. Buang masa.

“Tak jadi nak diri kat tengah highway tu?” soalan Mr CEO sengaja mengundang amarah.

“Siapa yang nak buat macam tu?”

“Tadi bukan ke Fina nak commit…”

Aku tutup mulutnya dengan dua jariku. Selisih Malaikat 44…

“Jomlah!”

Aku berlari masuk ke perut kereta. Mr CEO terpinga-pinga.

“Ni kenapa pulak?”

“Kata nak pekena cendol. Tak sabar ni…”

“Gelojoh betul.”

Aku sekadar tersenyum manja. Hilang semua rasa malu dan marah yang sedari tadi menggunung dalam diri. Kalau begini gayanya, bolehlah aku pukul canang pada emak dan abah. Aku nak kahwin!!

“Kenapa tersengih-sengih?”

“Ada la…”

“Rahsia?”

“Ada la…”

Mr CEO hanya tergeleng-geleng.


WANITA separuh umur yang berwajah muram menyambut huluran salamku. Pada raut wajahnya aku tahu dia menanggung tekanan yang bukan sedikit. Mungkin laluan hidupnya penuh ranjau. Bak kata Mr CEO, hubungan mama dan daddynya mendapat tentangan keluarga. Nasib baik aku tak macam gitu, abah dan emak setuju sangat kalau aku mahu bersuamikan Mr CEO. Tapi dengan syarat aku habiskan ijazahku dahulu. Dan Mr CEO pun kena tungguuuu….

“Mama…inilah Fina yang saya dan Tini cerita hari tu. Dia yang beli saham mama, dia yang ganti tempat mama. Izz harap mama boleh terima Fina, ya mama.”

Wanita yang dipanggil mama itu langsung tidak memandangku. Aku terasa kecil dan kerdil sekali. Apakah dia sengaja tidak melayaniku atau memang dia bermasalah, atau adakah mama Mr CEO ini sedang mengalami masalah kesihatan yang kronik? Aku hanya mampu tersenyum separuh hati.

“Mama dah makan?”

Mama Mr CEO mengangguk perlahan tetapi seperti sedang kebingungan.

“Mama tidak sihat. Kalau dengan orang tak kenal pun dia macam itu. Bingung dan rasa terhina. Awak kan tahu sejarah mama dan percintaannya, kehidupannya…dan juga penerimaan negatif dari ahli keluarganya. Saya harap awak faham, Fina. Yang penting dia tak halau awak. Kadang-kadang dia lupa siapa dirinya. Tini yang selalu melawat dia pun kerap kena tengking, kena halau jangan cakaplah…berkali-kali. Nasib baik Tini penyabar orangnya.” Mr CEO menerangkan lebih jelas tentang kelakuan mamanya.

Don’t bother about me…just take your time, try your best to cure her health problem. I won’t misjudge you anymore…be patient, ok.” Aku menaburkan nasihat. Sebenarnya aku sedih melihat penanggungan yang dialami oleh mama Mr CEO. Jikalau satu masa nanti, aku bukan wanita pilihan untuk anaknya, untuk Mr CEO…aku dengan rela hati mengundurkan diri. Kerana yang penting adalah menyembuhkan duka laranya.

Sedang aku dan Mr CEO cuba memahmi dan menyelami situasi yang dialami oleh mamanya, satu susuk tubuh tinggi lampai lagi seksi datang menghampiri. Gadis mat saleh yang aku sangkakan awek Mr CEO berdiri betul-betul di hadapanku. Matanya yang bersinar dan kelihatan garang merenungku tanpa berkedip. Rambutnya diwarnakan menampakkan gayanya yang tersendiri.

Dengan rendah diri aku merenungi diriku. Aku hanya bergaya polos, rambut berikat satu, bert-shirt dan berjeans memang jauh panggang dari api dengan dirinya. Ah! Aku peduli apa! Yang penting Mr CEO ada denganku, ada di sampingku. Kalau gadis itu tidak suka denganku, apa boleh buat.

“Inilah my sister yang saya cerita tu…”

“Ohh…” hanya itu yang mampu terluah dari bibirku. Speechless!

“Oh aje? Awak tahu tak ‘Oh’ itu boleh mentafsirkan seribu makna.”

Mukaku kelat menyambut komen Mr CEO.

Is she the one you told me before?” sinisnya bahasa. Kalaulah aku ada cili padi, aku ganyang mulutnya yang terjuih itu.

Yeah…my life saviour, my sweetheart.” Mr CEO mengenyitkan matanya. So sweet!!

She is the one and only?” aku rasa nak cungkil biji matanya yang bulat merenungku. Aku jeling balik. Dia ingat aku siapa? Dia belum kenal Cik Fina ini…

I don’t think she is suitable as your future wife, Izz…not suit at all!”

Gerrrrrr!! Aku rasa nak jadi Hulk sekarang ini juga. Mukaku dah bertukar hijau. Aku nak humban tubuh kedingnya dari tingkat sepuluh rumah rawatan tersebut. Aku nak picit-picit dia jadi macam semut, senang sikit aku nak pijak. Pandai-pandai judge Cik Fina yang gangster ini…

“Sabar Fina…dia kalau cakap memang tak ada insurans langsung! Nanti saya ajar dia. Awak tunggu kat luar kejap, boleh?” suara Mr CEO lembut memujuk. Begitu berkarisma menyelesaikan problem di depannya. Luruh segala warna hijau di mukaku, bertukar warna pink pulak. Warna bunga-bunga cinta…he…he…

AKU RASA nak telan Mr CEO hidup-hidup saat ini juga! Apa dia dah buat di luar pengetahuanku memang aku tak boleh terima. Kalau ya pun takut...
Unknown
Oh! MyKarya!


Tiga bulan, tiga minggu, tiga hari, tiga malam…argh! Mr CEO yang aku tinggalkan! Mr CEO yang aku abaikan. Mr CEO yang aku lupakan. Hampir lupakan sebenarnya. Eh! Mengapa aku harus sedih? Setakat orang macam Mr CEO kat mana-mana aku boleh cari. Tapi orang macam aku ni, bolehkah Mr CEO dapat kat luar sana?

Orang macam aku? Cik Fina yang panas baran? Cik Fina yang kuat cemburu? Cik Fina yang selamba? Cik Fina yang setia? Tapi sayang…tiga bulan bercinta dah dikhianati. Kalau tiga tahun, entah apa jadi. Agaknya kisah cintaku dengan Mr CEO boleh jadi macam cerita hikayat seribu satu malam.

Enam bulan… 3 bulan mencipta kenangan dan 3 bulan aku tinggalkan dia dengan perempuan itu. Perempuan yang dibawa pulang dari London. Perempuan mat saleh yang seksi dan ranggi. Sewaktu aku mengendap kepulangannya, perempuan itu siap memeluk lengan Mr CEO dengan mesra. Dan Mr CEO macam tiada perasaan bersalah pun membenarkan lengannya dipinjam oleh wanita Inggeris itu. Agaknya memang macam itu kehidupan Mr CEO. Itu baru pergi lima hari, kalau lima minggu? Silap haribulan dia angkut satu bas wanita Inggeris balik dengannya! Huh! Bencinya aku dengan Mr CEO. Dia tak tahu aku menangis melolong kat belakang tiang di airport sewaktu aku dengan Seri mengendap Mr CEO. Seri suruh aku terjah aje Mr CEO tetapi aku tak mahu. Biarlah…asalkan dia bahagia.

Bahagia? Bahagiakah Mr CEO jika pada hari kepulangannya dia menunggu aku di airport sampai berjam-jam. Aku tengok dengan kepala mataku sendiri. Saksinya Seri. Panggilan telefon jangan cakap, nasib baik aku silent kan modenya. Puas menjejak aku dengan call, dia hantar berpuluh SMS. Wajahnya nampak amat kecewa sewaktu kakinya melangkah meninggalkan airport kerana Cik Fina yang ditunggu tak muncul.

3 bulan….tanpa Mr CEO…aku jadi rindu. Aku jadi jiwang karat nyanyi lagu-lagu rindu. Aku hilang keakuanku…hilang diri sebenarku. Aku jadi lemah semangat. Ketika putus dengan Fendy dulu, aku rileks aje. Menangis satu hari sakan, cukup! Esoknya aku dah sihat. Tetapi dengan Mr CEO, aku tidak menangis. Tapi jiwaku mati. Tak ada soul orang kata!

“Udah le tu…melangok macam beruk lapar. Kamu tak der kerja ke Fina? Balik cuti semester ni asyik pandang dinding, pandang reban ayam. Ada tidak, kamu pergi tepi parit, baling batu. Itu ke yang kamu belajar kat universiti tu. Kalau gitu gamaknya, lebih baik tolong emak dan abah kamu kat kilang tempe itu. Ada juga hasilnya.”

Itu syarahan emakku di pagi yang hening. Syarahan dia kalau dah mula memang susah nak berhenti. Tapi disebabkan free, tak kena bayar yuran, aku layankan jugak. Kemudian dia pot pet pot pet lagi sampai ke sudah, aku angkat kaki. Kalaulah aku tak tinggalkan Mr CEO…tentu sekarang aku yang pot pet pot pet kat dia.

Hai Mr CEO…kat mana kau agaknya? Dah dua hari aku tak terima SMSnya. Dah dua hari dia tak buat miss call. Dah dua hari juga dia buat aku sasau. Kami ni nama aje ‘berperang’, tetapi Mr CEO masih seperti biasa menghantar SMS, MMS dan miss call kepadaku. Aku kan Cik directornya…kiranya hubungan ini aku seorang saja yang isytiharkan perang tetapi baginya, aku masih Cik Fina yang dulu. Adohai…aku rindu pada Mr CEO ku. Apa nak buat ni?

Takkan aku nak call dia? Jatuhlah saham! Habis tu?? Apa aku nak buat? Pergi cari dia? Ahh! Malulah…Aku berbaring sambil bermain-main dengan handphone. Nak call tak nak? Nak call ke tidak?

Nada dering lagu dari kumpulan Wali Band bernyanyi nyaring. Dek terkejut beruk, aku terjatuh dari atas pangkin bersama-sama dengan telefon ku sekali. Habis sakit punggungku. Aku dengar suara emak berleter dari ruang dapur mengalahkan merdunya suara Celine Dion. Dia tahu lah tu aku jatuh macam nangka busuk!

Eh! Siapa yang call? Aku tergesa-gesa mencapai telefon bimbitku tetapi apa dah jadik? Alamak…berkecai barai telefon murahku. Aku ketuk-ketuk telefon itu pada tepi pangkin, tetapi tak mahu hidup juga. Siapa yang call ek? Mr CEO kut? Habislah aku…putus sudah kasih sayang…Tak de harapan…

“Fina!! O Fina!!”

“Ya!!” aku ikut melaung.

“Siapa pulak call kat telefon mak ni! Kamu tolong tengok…”

Aku berlari ke dapur. Canggihnya usahawan tempe ni, kat dapur pun masih lagi memegang handphone. “Mana mak?”

“Ni hah!”

Aku tengok senarai miss call mak. Satu aje. Dan yang satu itu dari nombor tidak dikenali. Aku pun hairan jugak, terror orang ini. Buat miss call sampai mak aku tak sempat nak jawab. Bab-bab miss call ni, aku terus teringatkan Mr CEO. Kerja dia kut? Takkan dia, bila masa pulak dia tahu segala benda tentang keluarga aku. Aku cerita pun tak pernah. Tak mungkin!

AKU SEDANG menyidai kain ketika pihak pos laju datang menghantar bungkusan. Dengan gaya wanita melayu terakhir jalanku sebab aku sedang memakai kain batik sarung, abang pos laju itu menyambut kedatanganku dengan senyum simpul.

“Apa ni bang?”

“Tak tahu.”

“Kenapa boleh tak tahu?” terlebih ramah mulutku.

“Ini amanah dik. Tak boleh buka bungkusan orang.”

“Bagus! Bagus! Bye!” aku melambai-lambai tanda terima kasih.

Bismillah…dengan sekali lafaz aku sah membuka bungkusan itu. Bukan sah jadi milik orang, okey! Wow!! Mak!! Ada orang bagi handphone! Aku berlari mencari emak di dalam rumah tetapi tak ada. Sah! Ini mesti dah pergi ke kilang tempenya dengan abahku.

‘Dari siapa ni?’
‘Macam tahu aje telefonku pecah!’
‘Abang Long agaknya…’ fikiranku berserabut dengan pelbagai pertanyaan.
‘Mungkin Seri.’
‘Tapi Seri selalu tak cukup duit.’
‘Mungkin PA Mr CEO?’
‘Atau…Mr CEO???’
Kenapalah aku selalu ingatkan dia? Gilakah aku? Angaukah aku? Seri!!! Dimanakah dikau? Nun jauhnya kau di utara, datanglah Seri, kau kan penasihatku yang terulung…

AKU TENUNG telefon baruku. Tak berbunyi pun. Sesapa yang bagi handphone baru ni, aku amat hargainya. Tapi sori, aku terkial-kial sikit nak guna. Almaklumlah…Blackberry! Aku tau tekan nombor dan hantar SMS aje, yang lain nantilah aku ambil course dengan sesiapa…he…he…tak pun dengan Mr CEO. Kalaulah masih ada jodoh aku dengannya. Sedih pulak dengar statement menjaga hati ni…

Irama deringan lagu Wali Band berkumandang nyaring membuatku tersentak lagi. Tapi kali ini aku tak duduk atas pangkin dah, tapi duduk atas tangga batu. Selesa sikit.

“Hello?”

“Hello…” aku jawab. Suara lelaki yang kedengaran.

“Hello?”

“Hello…” aku jawab nada yang sama. Suara lelaki bertukar.

“Hello…dah okey ke?”

“Okey apa?” aku tahu itu suara Mr CEO. Yang first tadi mungkin suara bodyguard dia.

“Awak jawab call.”

“Jawab tak mesti dah okey. Emak pesan jangan biar miss call berlambak-lambak.”

“Baguslah dapat emak yang sporting. Mana dia?”

“Dah pergi kilang agaknya.”

“Emak awak rajinnya, patut suruh awak yang pergi. Dia kena berehat. Betul tak?”
Eh! Apasal dia ni asyik cerita pasal emak aku? Tak tanya aku rindu ke, merajuk ke, aku sihat ke, makan ke, cukup tidur ke? Ini sibuk tanya hal orang lain. Geramnya!!!

“Awak tak rindu pada saya ke?” straight forward betul dia ni. La…aku juga yang bebel dalam hati tadi. Macam mana dia boleh tahu?

Aku diam. Sepatah aku tak jawab. Tapi dalam hati hanya TUHAN yang tahu.

“Awak angkat call pun saya rasa dah happy sangat. At least saya tahu awak masih ada…”

Apa maksud dia? Dia ingat aku mati kalau tak ada dia? Eiii geramnya!!

“Maksud saya awak masih ada ruang untuk saya. Tolong Cik Fina…jangan buang saya dari hidup awak. Awaklah kekuatan saya. Walau cuma enam bulan kita kenal, saya tahu awak pun rasakan apa yang rasa.”

Ohh! Nasib baik dia beri penjelasan yang panjang lebar tu…sejuk balik hati rasanya.

“Boleh tak kita tamatkan konfrantasi kita ni?”

Yahooo!! Aku pun dah tak tahan menanggung beban…

“Saya nak jumpa awak.” Wah!! Bunga rinduku jatuh bertaburan di atas tanah.

“Saya kat kampung, Jauh…lima hari pun belum tentu awak boleh sampai!”

“Kalau saya boleh sampai dalam masa lima minit macam mana?”

Eleh! Propa aje Mr CEO ni. Lima minit boleh sampai konon! Rumah aku pun tak tahu, ada hati nak kelentong. Aku pun apa lagi, layan aje. Bukan rugi apa-apa pun. Takkan berjaya punya cita-citanya yang macam angan-angan Mat Jenin itu.

“Okey…saya tunggu. Berangan lah!” aku ketawa-ketawa dihujung talian.

“Sebab saya rindu sangat nak jumpa soulmate saya. Awak tunggu ya.”

Dadaku bergetar laju. Formula 1 pun kalah. Entah kenapa aku rasakan kata-katanya serius. Bukan main-main. Alamak! Kalau betul macam mana? Apa kata emak? Apa kata abah? Aku miang nak kahwin ke? Eee…aku tak tau nak fikir apa dah. Sendiri buat salah, berserah ajelah.

Bunyi hon yang kuat di laman rumah mengejutkanku. Dengan bert-shirt dan berkain batik yang aku ikat aje di pinggang aku berlari meninjau ke luar. Emak dan abah suka benor paksa aku pakai macam ini kat rumah, lebih wanita katanya. Dia orang tak tau kain batik ni lebih sepuluh kali sehari, nak terlondeh aje kerjanya.
Fuh!! Aku mengurut dada. Nasib baik emak dengan abah yang balik. Aku ingat my love Mr CEO yang menjelma. Aku ketawa macam kanak-kanak riang. Terlepas bala katakan…

“Napa kamu suka benor gayanya? Macam tak cukup gigi abah tengok Fina ketawa…”

“Saja bah…hilangkan tension.”

“Lain kali tolong abah kat kilang tu. Berangan aje kerjanya.”

Aku ikut mengajuk gaya abah yang membebel-bebel sambil memeluk bahunya.

“Apa ikut abah pulak. Pergi ambil barang kat kereta tu. Ada sikit lauk untuk masak tengahari. Sampai bila asyik nak makan berhidang aje. Hari ni, emak dengan abah pulak nak makan berhidang. Fina masak.” Emak tak bagi chance langsung aku nak honey moon sempena cuti semester ini. Apalah nasib badan.

Aku mengambil barang di bonet kereta yang sudah ternganga. Tetiba aku terhidu bau haruman Pursuit Dunhill di sekelilingku. Bulu romaku berdiri tegak. Takkan dia pakai ilmu pengasih kut untuk memikatku! Tak payah pikat pun memang aku dah terpikat…statement miang keladi! Atau aku memang dah gila bayang hinggakan di mana-mana asyik teringatkan Mr CEO.

“Assalamualaikum…”

Aku tergamam. Ada hembusan nafas di belakangku. Hantukah? Tapi siang hari, takkan ada hantu pulak? Aku baca ayat Sum Mum Buk Mun Um Yun’ Fahum La Yar Jiun…ayat halau anjing. Dah itu aje yang aku teringat saat ini. Nasib badan…aku tawakal!

“Kalau marah pun takkan tak jawab salam.”

Mr CEO! Aku cam suaranya. Aku kenal baunya. Lima minit? Lima minit? Hah!? Lima minit yang kebetulan…

Aku palingkan tubuh. Mataku menentang pandangannya. Apa aku rasa…lu pikirlah sendiri bila orang marah marah sayang…takkan rasa pedas pulak. Hantu yang beri salam tadi Mr CEO rupa-rupanya. Nasib baik ikan di tangan kanan dan sayur di tangan kiriku, kalau tidak…dah lama aku hilang ingatan!

Kalaulah dia tahu bagaimana rasanya keperitan hidupku tanpa Mr CEO, tanpa dirinya dalam 3 bulan ini. Nasib baik boleh bertahan, itu semua ego punya pasal!

“Kalau rindu kenapa buat saya macam ni.” Suara Mr CEO bergetar.

“Sebab rasa marah tak boleh nak kelentong pasal perasaan.…” aku luah apa yang dirasa.

Dia tersenyum. Bila aku kata aku marah dia makin lebar tersengih. “Itukan normal bagi wanita normal macam awak.”

Tapi bagiku itu abnormal. Aku benci dengan apa yang aku rasa. “Saya kekok.” Aku jawab sepatah dua.

“Sesekali awak kena berlembut dengan saya, dengan rasa yang awak ada.” Dia bersyarah pulak. Bengang beb! Dahlah lama tak jumpa.

Tapi…opss, aku rasa macam ada benda yang tak kena kat sini.

“Awak tolong saya…”

Mr CEO berkerut dahi. “Tolong?”

Mulutku mucungkan ke arah bawah, kain batikku hampir nak terlondeh. Aku kepit di celah kaki. Hilang segala rasa malu. Yang aku fikirkan adalah kain batikku yang dah longgar sangat rasanya. Mr CEO masih tak melepaskan peluang merenungku. Bukan dia dengar permintaanku. Dia boleh main mata pulak. Hish!! Cepatlah sikit dia ni, aku dah tak boleh control lagi. Aku dah tak boleh fikir lagi.

“Boleh pegang ke?” aku faham maksudnya. Aku selalu garang semacam dengannya. Pegang sikit pun tak boleh.

“Dah darurat!” jelingku. Malu pun ada.

Baru saja tangan Mr CEO nak landing di pinggangku, suara guruh abah melengking dari jauh. “Hah! Korang buat apa tu?”

Tiga bulan, tiga minggu, tiga hari, tiga malam…argh! Mr CEO yang aku tinggalkan! Mr CEO yang aku abaikan. Mr CEO yang aku lupakan. Hampir l...
Unknown
Oh! MyKarya!


Hampir 3 bulan perkenalan kami, sedikit sebanyak aku akui hatiku telah ditawan. Memang Mr CEO bukan lelaki yang romantik tetapi cukup untuk membuatkan hatiku tertawan dengan sikap selambanya. Perjalanan hidupku sebagai seorang pengarah syarikat amat indah. Aku ditawarkan pelbagai kelebihan, elaun dan kereta. Pendirianku tentang semuanya? Tahulah aku…degilnya mengalahkan budak kecil berusia 3 tahun. Memang aku bakal isterinya dalam satu komplot rahsia, tetapi takkan nak ambil semua itu. Karang mati terkejut keluargaku melihatkan penampilanku. Aku harus stay cool, humble. Itulah aku.

SMS dari Mr CEO mendebarkan dadaku. Selalunya dia akan menelefon atau mengirimkan SMS selepas aku habis kuliah. Tetapi hari ini lain sikit. Apa halnya pulak?

‘Akan o/station – London, 1 minggu. Ada seminar.’
‘Bila?’
‘tonite.’
‘so urgent?’
‘yap!’
‘saya?’ Apa aku balas ni? Aku pun tak faham.
‘y?’
‘tak de apa.’
‘Cik dir…’
‘me?’
‘u ada. Don worry.’

Blushing. Aku tutup muka dengan buku IT. Buat apa aku nak malu, bukannya ada orang tahu. Seri? Hah! Aku gelak-gelak tengok Seri tersengguk-sengguk memanggung kepalanya. Padan muka! Siapa suruh lambat tidur.

“Siapa SMS?” Curi dengar juga telinganya.

“Orang sesat.”

“Kalau sesat takkan pulun layan macam tak ingat dunia.”

“Huh! Pantang.”

“Dia nak apa?”

Aku tahu siapa yang Seri maksudkan.

“Tak ada apa-apa. Sibuk aje.”

Bunyi SMS masuk lagi. Aku sorokkan handphone burukku di bawah buku IT yang boleh tahan tebalnya.
‘Kat kuliah?’
‘Yap!’
‘Keluar?’
‘Now?!’
‘ya cik dir.’
‘xxxxxx’
‘ponteng...’
‘xxxxxx’
‘wait 4 u.’
‘ha??’
‘zzzzzzzz…’

Zzzz? Apa itu? Dia tidur kut? Bila masa pulak dia nak jumpa aku. Berangan! Aku terus simpan handphone dalam beg. Tapi fikiranku tetap tak lepas fikir tentang Mr CEO. Dia nak pergi jauh. Lima hari pulak tu. Huh! Mesti rasa ‘missing’ nanti. Aku? Bolehkah aku berpura-pura lagi. Sedangkan dengar dia nak pergi seminar pun aku tak sedap badan. Sesekali aku tergelak teringatkan SMS antara aku dengan Mr CEO. Dia CEO, aku director tetapi SMS kami macam …ah! Tak tahu nak kata apa. Yang penting kami faham sudah!

Seri menyiku lenganku dengan kasar. Aku kerut dahi. What? Mulut Seri muncung ke depan. Aku pandang depan. Lecturer IT merenung tajam wajahku. Mungkin dia tanya..nak bercinta ke nak belajar? Aku agak aje. Aku jawab dalam hati…bercinta sambil belajar! Hu…hu…

AKU terus sudut coke yang dibeli dengan rakus. Haus beb! Tadi kat bilik kuliah satu apa tak boleh buat. Abang yang menjaja makanan ringan itu pun ikut geleng-geleng lihat telatahku.

“Dah?” Seri datang hampir.

“Okey. Dapat beli top up?”

“Dah.”

Ada bunyi SMS masuk. Aku cepat-cepat belek handphone.

‘minum air duduk cik dir. Tak elok.’
‘haus sangat.’
‘erm…boleh jumpa?’
‘kata Mr CEO tidur?’
‘yg tidur mata. Hati tak tidur…’
‘boleh gitu? Hi..hi…klu nak jumpa skrg!’


Ceh!! Aku tak bagi chance. Kalau dia nak jumpa sangat, datanglah. Aku mesti gerenti dia tak mampu memenuhi arahanku. Aku ketawa-ketawa sambil menyimpan handphone ke dalam beg.

“Cik Fina…”

Air coke ku terjatuh ke tanah dek terkejut disapa seseorang dari arah belakang. Kurang asam betul! Seri ikut terloncat kerana terkejut sepertiku.

“Maaf…”

Mataku membuntang tatkala bodyguard Mr CEO itu tersengih-sengih menyusun jari memohon maaf. Tegur tak beri salam!

“Mr CEO nak jumpa.”

“Dah sampai? Cepatnya?” aku keliru.

“Dari pukul 2.00 petang dah sampai.”

“Hah??”

Aku belek jam. Sekarang pukul 5 petang. Dekat 3 jam Mr CEO menungguku. Kesiannya…aku menggumam. Seri hanya angkat bahu. Nasib kaulah Mr CEO. Siapa suruh jatuh cinta dengan budak sekolah! Patutlah tadi hantar SMS macam spy, nampak segala yang aku buat. Rupa-rupanya dia dah sedia ada.

“Kenapa dia tak bagitahu tadi?” sambil berjalan ke kereta Mr CEO aku pet pot pet pot macam mak nenek. Bodyguard yang suka tersenyum itu hanya menggeleng-geleng.

“Dia ada kata Cik Fina tak boleh diganggu.”

Sedih pulak aku dengar frasa yang keluar dari mulut bodyguard Mr CEO itu.

Mr Bodyguard membuka pintu belakang. Seri hanya berdiri beberapa langkah dariku. Dia sudah faham dengan syarat yang diberikan oleh Mr bodyguard.

Aku pandang Mr CEO. Dia bercermin mata hitam dan bertopi, berjeans hitam dan bert-shirt putih. Ngam-ngam aku teringatkan watak Keenu Reeves dalam cerita mat salih yang aku dah lupa tajuknya. Aku speechless…nak kata apa? Lu pikirlah sendiri…

“Temankan saya.”

“Kata nak jumpa saya?” Dia dengan statement ke depan, aku keluar statement mengundur.

“Saya nak jumpa awak dan minta awak temankan saya.”

“Emmm…”

“Ada syarat lagi?”

“Tak ada.”

Aku tak sampai hati nak tokok tambah itu dan ini. Orang nak pergi jauh katakan!

“Ajak Seri. Di kan Ms Bodyguard awak.”

Mr CEO tersenyum-senyum. Aku mengangguk dan membuat isyarat agar Seri ikut masuk ke dalam kereta. Seri apa lagi, express macam tiada esok baginya. Memang muka tak malu kawan aku yang seorang ini.

Kereta bergerak dalam kelajuan sederhana. Sambil itu aku melayani Mr CEO berbual. Tak ada satupun dia cerita perihal syarikat. Kalau tidak, dia sering melaporkan perjalanan syarikat kepadaku. Aku kan Cik director!

“Kita nak pergi mana ni?”

“Jalan-jalan. Sebelum saya pergi, saya nak berdua-duaan dengan awak dulu. Ada kenangan yang boleh saya bawa nanti.”

“Lima hari aje.”

“Lebih dari itu.”

“Awak kata lima hari aje.” Merajuk konon!

“Lima hari kalau awak kira ada 120 jam, dan bila awak fikir setiap minit bermakna jauhnya 7,200 minit saya akan tinggalkan awak…awak ingat tak lama ke? Cukup untuk buat saya lupa semuanya.”

Ah! Betul kata Tun Mahathir. Melayu mudah lupa. Aku jadi sedih. Baru lima hari dia dah kira berapa lama dia boleh lupa padaku. Kalau lima bulan, lima tahun, lima puluh tahun? Cinta…macam makan sambal belacan. Walaupun pedas, tetap nak makan! Apa aku merepek dengan peribahasa zaman sekolah rendah ni…

“Jangan sedih. Saya takut lima hari tanpa kenangan dengan awak akan buat saya rindu. Saya takut lima hari tanpa kenangan dengan awak saya tak boleh bekerja. Saya takut lima hari tanpa kenangan dengan awak, saya hilang awak.”

Mr CEO meluahkan pendapatnya. Dia menyatakan perasaannya secara tidak sedar. Tetapi aku faham. Cik Fina ini kan dah ada pengalaman…

“Awak pun jangan takut. Saya tidak akan hilang dan awak tak akan kehilangan saya.” Aku memujuknya. Aku pun sama sebenarnya, luarannya sahaja aku nampak brutal, tetapi di dalam hati ada taman bunga…wahhh!

Kami sampai di sebuah restoran kampung yang menganjur ke laut.

“Dah sampai pun.” Mr CEO melepaskan sebuah renungan manja. Duhai hati…jangan kau pengsan lagi.

“Kita nak buat apa kat sini?” soalan lurus bendul dari mulutku. Tentulah makan-makan sambil tenung-tenung mata. Jawapan menyedapkan hati sendiri.

“Saya nak ajak awak tengok fireflies dengan saya.”

Fireflies? Oh! Yang kelip-kelip tu…aku tunjuk isyarat tangan pada Seri yang sedang melopong mulutnya.

Aku dengar sahaja apabila Mr CEO bertanyakan itu dan ini untuk meninjau Fireflies kepada tuan punya tempat tersebut. Bayaran satu kepala RM40.00, Satu bot boleh muat 40 orang pada sesuatu masa dan kena tunggu sampan penuh baru boleh bergerak.

“Tak mengapa. Saya booking semua tempat.”

Lelaki melayu berperut boncet itu menggaru-garu perutnya. Aku dengan Seri dah senyum-senyum. Lucu pulak tengok gelagat lelaki itu. Selesai rundingan dan membuat bayaran, kami berempat termasuk seorang pemandu bot bergerak ke arah lebih kurang 20 kilometer dari jeti. Aku tak sabar untuk melihat Fireflies. Aku dah lupa perasaan itu tatkala dapat menangkap Fireflies. Aku ingin rasainya semula.

Berdua lebih baik tetapi berempat tentulah yang terbaik! Aku dapat kawal sikit diriku! Ha! Ha! Ha! Mr CEO begitu ‘cool’ walau di mana-mana. Mulutku yang becok bercakap itu dan ini menambah ceria wajahnya. Itu berlakon aje…dalam hati hanya TUHAN yang tahu.

“Eii…cantiknya. Macam pokok krismas. Ambil gambar cepat.”

“Sini! Sini! Sudut yang ini lebih cantik.” Seri pula memberi arahan. Yang jadi mangsa? Tentulah Mr bodyguard yang kaki senyum itu.

“Kita ambil gambar berdua?” Mr CEO berbisik.

“Bertiga la…”

“Awak dengan saya. Untuk ingatan saya…” Sekali lagi dia menegaskan.

Aku tiada pilihan. Seri pun okey aje, dia tahu Mr CEO dah suka kat aku. Aku memang tahu pun! Jenuh aku bergambar dengan Mr CEO. Mana tidaknya…dia kata satu atau dua gambar aje, tetapi ini nak dekat 20 keping. Melampau betul!

“Saya suka tempat ini. Cantik. Aman. Selalu mengundang rindu…”

Aku tak suka bila dia dah sentuh bab hati dan jiwa ini. Segan beb!

“Nanti tunggu saya balik, okey.”

Tak payah pesan pun aku akan tercongok menanti kepulangannya. He…he…

“Saya ada satu rahsia. Saya harap awak boleh dengar dan simpan juga sebagai rahsia awak. Satu hari saya terjumpa seorang gadis yang comot. Saya hantar dia pulang. Tetapi saya terlupa meminta alamatnya. Satu kali terjumpa, tanpa alamat, tak tahu nama, tetapi pelik saya boleh ingat wajahnya. Saya tahu saya suka pada dia. Saya yakin saya boleh jumpa dia semula. Doa saya dimakbulkan. Setiap masa saya berdoa agar TUHAN simpankan hati gadis itu untuk saya. Saya rasa saya tahu gadis itu pun tahu apa rahsia hati saya ini.”

Dadaku berdebar kencang. Itu aku ke? Aku lah kut! Jangan tanya apa-apa cik Fina, rahsia!! Bukankah aku rasa getarnya? Malam itu aku simpulkan kenangan abadi bersama dengan Mr CEO ku. Aku semakin suka padanya…



HARI-hariku tanpa Mr CEO? Hari Pertama. Aku buka kad yang Mr CEO bagi. Gambar kartun Pooh jadi hiasan. Dia menulis kata-kata semangat. Tetapi mataku tidak berkedip tatkala menatap tulisannya di hujung kad.

Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead. The consciousness of loving and being loved brings a warmth and a richness to life that nothing else can bring.

Selepas membaca frasa itu, hatiku berdebar-debar. Apa yang ingin Mr CEO sampaikan? Aku golek-golek di atas tilam. Aku belek jam. Pukul berapa kat sana eh? Mr CEO buat apa ek? Aku lihat Seri tidur mati. Jam dekat pukul 6.30 pagi. Aku belek jadual kuliah untuk hari ini. Investment …ah! Kepalaku terus berserabut dengan wire. Tetapi dengan semangat cinta yang Mr CEO kirimkan, aku jadi kuat. Mesti pergi kuliah. Tapi hantu dalam badan malas betul nak mandi. Ceh!! Aku ‘admit’ akhirnya. Aku mula rindu padanya, pada hari pertama Mr CEO tinggalkan aku dengan encik Pooh.

“Tak pegi kelas?” entah bila Seri bangun, tiba-tiba dia menegurku yang sedang berangan-angan.

“Macam malas…”

“Tuang kelas ke?”

“Tak tahu lagi.”

Sekejap Seri menghilang ke dalam bilik air. Yang pelik siap bawak handphone tu…main game sambil ‘melabur’ kut! Tak berapa lama kemudian, bunyi SMS masuk di handphoneku.

‘jgn ponteng tau. saya ada dihati.’

Aik! Tahu pulak aku nak ponteng. Macam ada instinct aje. Mr CEO boleh baca hati orang ke? Takuut!! Aku cepat-cepat tendang pintu bilik air. Seri!!!


HARI kedua tanpa Mr CEO. Aku buka kad yang dia tinggalkan. Gambar encik pooh lagi. Aku terasa dimanjakan.

Love is an act of endless forgiveness, a tender look, which becomes a habit.

Ya lah tu…habit kau yang sedang kucar kacirkan perasaanku! Aku nak Mr CEO sekarang juga!! Jeritku kuat-kuat. Dalam hati aje…




HARI ketiga tanpa Mr CEO ku. Aku buka kad yang Mr CEO tinggalkan. Uhhh! Encik Pooh lagi. Apa dia pasang CCTV pada kad ini ke? Encik Pooh pun Pooh la…

Men love because they are afraid of themselves, afraid of the loneliness that lives in them, and need someone in whom they can lose themselves as smoke loses itself in the sky. Like I lose to you, Cik Fina.

Ah….I’m speechless. Terharu. Dia sebut namaku. Opsss…tulis namaku. Aku rasa wujud juga aku di alam realitinya. Ohh! Aku sayang Mr CEO.


HARI keempatku tanpa dia. Seorang lelaki yang telah mengacau bilaukan perasaanku. Makan tak kenyang, tidur tak lena. Uh! Sebab itu Seri asyik membebel. Aku asyik makan roti dengan peanut butter. Sebab Mr CEO kata suka peanut butter la...tidur pulak tak pakai bantal, mana nak lena. Tidurku asyik terganggu…asyik mengigau. Mimpikan Mr CEO. Aku dah gila bayang ke?

“Bukan giler bayang aje…tahap giler meroyan.” Seri tak ada belas kasihan langsung! Aku benci Seri.

Kad dengan encik Pooh yang cantik ‘landing’ di bawah pokok jadi hiasan. Aku ketawa melihat gelagat encik Pooh yang lucu. Kad ke empat ini aku layangkan di atas muka. Aku lambat-lambat membukanya. Macam bau Mr CEO pulak. Aku cium lagi. Patutlah…haruman Pursuit Dunhil lekat pada kad ini. Pandainya dia…tinggalkan baunya untuk ku agar hilang ‘giler meroyanku’ ini. Betullah Seri…aku dah giler.

Love would never be a promise of a rose garden unless it is showered with light of faith, water of sincerity and air of passion.

Segalanya yang ditulis oleh Mr CEO benar belaka! Romantik juga Mr CEO ni walau aku tahu dia salin balik kata-kata tadi dari website. Yang penting masa yang diambil untuk meninggalkan sesuatu kepadaku. Yang penting niatnya. Aku jadi tidak sabar untuk membuka kad untuk hari ke lima. Aku jadi penunggu masa. Setiap detik dan saat begitu berharga.

HARI kelima sampai juga. Seri hanya menggeleng melihat telatahku. Macam budak sekolah rendah, ejek Seri. Aku apa kisah. Aku gagal menyorokkan rahsia hatiku dari pandangan Seri lagi. Aku dah mengamalkan dasar terbuka…lihatlah cik Fina ini. Aku telah jatuh cinta pada Mr CEO!

‘Cik Fina dear,
Would you together with me, showered our faith with light, water of sincerity and air of passion? If YES, wear this ring and wait me at the Airport. Till we meet, I would say that not even my single time I’m not thinking of you. Your lovely Mr CEO.’


Sebentuk cincin emas jatuh dari celah kad. Jantungku bergetar laju. Apa maksudnya semua ini? Sabar cik Fina, sabar. Aku memujuk hati. Aku dilamar oleh Mr CEO? Betul ke tidak? Aku masih bermimpikah?

Dengkuran Seri semakin kuat. Tidur ke apa minah tu? Lagi aku keliru…pukul berapa nih? Aku tak kira. Aku nak call Mr CEO jugak. Kalau dia jawab, bermakna aku tak bermimpi. Yeah!!

Aku dail nombornya. Aku malas nak kira pukul berapa sekarang ini di luar negara. Kalau dia betul-betul sayang cik Fina ini, mesti dia jawab panggilanku.

“Hello! Mr CEO?”

Sebaik telefon diangkat, tanpa intro dan tanpa salam, aku terus menegurnya.

“Sorry…he is in the bathroom. Please call later.”

Perempuan sesat mana yang jawab telefon Mr CEO ni?? Perempuan?? Ah!! Sakit sawanku datang menyerang. Tolong aku Seri!! Wajah mamai Seri nampak berbalam-balam saja dimataku. Itu tandanya hari dah hujan…

Hampir 3 bulan perkenalan kami, sedikit sebanyak aku akui hatiku telah ditawan. Memang Mr CEO bukan lelaki yang romantik tetapi cukup untuk...
Unknown
Oh! MyKarya!


“Apa yang kau nak citer kat aku malam tadi?”

“Ada ke aku janji nak citer apa-apa kat kau. Aku tak ingat pun.”

“Kau ni selalu macam itu. Dah hutang lupa nak bayar.”

“Aisey!! Ini yang aku marah. Tadi kata nak aku citer, tiba-tiba tanya hutang pulak. Kau ni macam layang-layang putus tali tau. Cuba concentrate sikit. Spesifik.”

“Kau hutang citer dengan aku lah, ngok!”

“Siot kau! Panggil aku macam tu. Okey! Aku takkan citer apa-apa. Aku tak ada mood.”

“Ala Fina! Sikit-sikit nak merajuk. Aku bukan Fendy la…yang kau dok nak merajuk-merajuk ni. Aku pun tak kuasa nak layan.” Seri ikut rentakku. Konon! Merajuk taik kucing!

“Hoi!! Kita dahlah dua kangkang kera kat sini…aku merajuk, kau pun merajuk…habis sapa mau pujuk? Lu pikirlah sendiri Seri…”

Aku berjalan laju meninggalkan Seri yang termangu-mangu dek dijerkah olehku sebentar tadi. Dalam pada itu aku ketawa juga mengingatkan telatah Seri yang sering menyenangkan hatiku dalam pelbagai cara. Seri yang kelakar dan kekadang lucu, Seri yang kerap tersasul menyebut nama-nama yang mempunyai huruf ‘R’, Seri yang selalu meminjamku duit dan Seri yang sering menghiburkan hatiku tatkala Fendy keparat meninggalkanku. Oh! Bagaimana TUHAN telah hadiahkan aku seorang sahabat sebaik Seri…lalu patutkah aku merahsiakan apa yang terjadi ketika aku ‘diculik’ semalam? Tidakkah mulutnya yang seperti murai tercabut ekor itu bakal mengundang masalah kepadaku. Ini rahsiaku! Haruskah??

“Kenapa tergaru-garu…macam kera terkena belacan…he…he..”

Rupa-rupanya Seri perasan tindakanku. Orang dok pikir hal semalam, dia dah terjah! Tak ada salam langsung!

“Kau ada problem ke?”

“Ada lah sikit.”

“Tak nak share? Kalau tak nak tak apa.” Oit! Merajuk lagi ke?

Aku memandangnya kemudian menelek kuku tanganku yang cute ini. Lalu memandangnya semula. Kemudian belek kuku lagi. Lepas tu pandang dia…nak cakap ke tak nak?

“Apa hal? Betul kau tak kena apa-apa semalam? Lain macam aku tengok kau sejak balik semalam.”

Wajahku berubah tetiba. Dia perasan ke? Alamak malulah kalau dia tahu sebenarnya aku dah mula suka kat Mr CEO. Entah sejak bila aku mula suka kat dia? Suka? Bukannya jatuh cinta? Akal sihatku saling berperang. Ah! Suka dulu baru jatuh cinta. Betul ke?

“Aku lain macam yang macam mana?” soalan ku tunggang terbalik. Lantaklah, aku punya ayat…
“Kau nampak blushing…tak macam orang tension kena culik pun. Atau…sebab yang culik tu Mr CEO, maka kau relakan diri kau kena culik. Betul gitu?”

Apa pendapat macam itu? Seri dah mulakan sesi korek mengorek perasaanku sebenarnya. Macamlah aku tak tau…

“Bukan itu sebenarnya…”

“Habis tu…ceritalah.” Wah! Dia punya daya memujuk mesti dapat penuh, 10/10. Bab ini memang dia expert.

“Mr CEO nak kahwin dengan aku.”

“Apa? Kau bior betul.”

Dan selepas itu, aku tahu apa telatah Seri yang sering membuatkan tahap bengangku berada pada ketinggian gunung Everest. Dia ketawakan aku, kawan baiknya sendiri. Sampai meleleh-leleh air matanya kerana dia ketawa sampai macam orang gila. Kawan-kawan dalam bilik kuliah sudah faham. Mesti ada yang tak kena…mereka sudah lali. Fina-Seri, pelajar cun yang nakal. Tapi nakal¬-nakal baik tau…

“Dia buta ke apa sampai nak ajak kau kahwin.”

“Okey what! Aku taklah buruk sangat. Nanti habis study aku dapat jadi remiser okey lah tu. Sama taraf sikit.”

“Tak! Bukan aku cakap kau tak cantik, tak cun. Kau pun tak kalah dengan artis-artis cantik kat luar sana…tapi, aku musykil. Dia tau tak yang kau ni ada sawan. Sawan yang itu! Yang itu…”

“Selisih! Mana aku ada sawan? Kau biar betul. Kau ni kalau nyanyuk melampau tahap gaban. Cuba cover sikit.”

“Kau tak tau ke yang kau ada sawan? Sawan tak boleh kena tinggal macam si Fendy dah buat kat kau.”

“Ohhh!” Mulutku ternganga sengaja menjemput lalat masuk.

“Mr CEO bukan macam Fendy la. Dia ada sifat peri kemanusiaan sikit. Lagipun…aku bukan betul-betul terima offer dia.” Statement ciri-ciri isteri mithali.

“Cara kau jawab lain macam je…kau udah kena apa-apa ke?”

“Kena apa??” aku melongo lagi.

“Kena ayat oleh Mr CEO kau tu.”

Aku ketawa kuat dan sesekali mengilai. Orang kata ketawa sakan. Prof di depan angkat-angkat kening dan toleh-toleh. Nak perhatian lah kut! Ha!Ha! Ha! Sorry Prof…

Seri tepuk belakangku dengan kuat. Aku tahu dia suruh aku jadi wanita melayu terakhir sekejap.

“Tak boleh?” saja mencabar Seri.

“Tak sopan.” Dia membetulkan ayatku.

“Kalau kau nak tau, Mr CEO nak sebut satu perkataan sayang pun susah tau, inikan pulak nak mengayat aku yang brutal ni. Aku rasa dia tak berani. Tak ada confident.” Ceh! Aku kutuk seorang CEO yang telah berjaya itu.

“Eleh. Setahu aku seorang CEO memiliki tahap keyakinan paling tinggi. Dia orang pergi train nak jadi CEO tau, bukan orang macam kau!” Seri menyindirku. Tak guna punya sahabat.

“Kalau aku kata aku jadi director, kau percaya tak?”

“Director ladang lembu family kau aku percaya la…” Seri selamba mengutukku.

“Kau jangan tengok aku tak ada mata.” Aku naik marah.

Lecturer kat depan langsung tak masuk kat otak. Hatiku sudah mulai rimas. Dalam aku melayan mulut Seri yang macam laserjet itu, aku jadi rindu pada Mr CEO. Beberapa kali aku curi pandang pada skrin telefon yang aku silentkan, tak ada satupun panggilan atau SMS masuk. Aik!

Dia dah lupa pada sang director ini ke??

SERI mencuit-cuit lenganku. Aku buat ‘derk’ aje, malas melayani kelentongnya lagi. Kali ini entah mamat mana yang dia nak usha, aku dah tak ambil ‘port’. Namun setelah aku rasakan cuitan Seri di lenganku macam nak ajak aku bergusti, aku layanku juga.

“Kenapa?” mataku liar memandang kelibat teksi yang lalu. Tak ada satupun yang mahu berhenti.

“ Kenapa mamat pakai jaket kat kereta itu tersengih-sengih tengok sini. Dah lama tau. Itu Mr CEO kau kut.”

“Hish! Mana ada CEO tunggu budak depan U. Bukan taraf dia orang le.”

“Ya tak ya jugak.”

Aku saja kenakan Seri. Aku macam cam dengan mamat dan kereta itu. Kat mana ya?

“Dia datanglah…seram sejuk aku. Kau handle ya Fina…cakap aku tak nak kenal dengan dia.” Seri sudah menyorok di belakangku.

“Cik pengarah…Mr CEO nak jumpa.” Baru aku teringat yang mamat ini adalah bodyguard Mr CEO.

“Ha?? Nak jumpa? Nak buat apa? Dia tak ada meeting ke? Dia tak ada kerja ke?” Apa mulutku celupar benar, tadi kata rindu. Dah orangnya nak jumpa banyak songeh pulak. Marahku kepada diri sendiri.

Bodyguard Mr CEO tersenyum simpul. Aku ingat orang berbadan sasa susah nak tersenyum tapi yang seorang ini terlebih sudah!

“Dia ada kat dalam kereta. Baru habis meeting.”

“Ya ke?” banyak soal pulak. Seri dah menolak-nolak tubuhku inginkan penjelasan. Nyaris terjatuh aku dibuatnya. Aku tolak balik tubuh kedingnya. Padan muka! Tak tahu sabar.

“Jom.”

“Jomlah!” Seri berlebih-lebih pulak dia.

Dia pulak yang laju jalannya meninggalkan aku yang sedang terhegeh-hegeh berjalan. Masa inilah kakiku sukar benar nak digerakkan. Hati di dalam jangan cakaplah…berdebak debuk macam nak buat presentation kat depan pentas lecture hall.

Bodyguard itu membukakan pintu belakang. Dia menghalang Seri untuk masuk sebaliknya aku dilayan macam seorang puteri. Aku jeling Seri dengan ekor mata tetapi hati di dalam ketawa gelihati. Boleh gitu?

Sebaik terpandang muka Mr CEO, ini yang terlepas dari mulutku. “Muka saya okey tak?”

Mr CEO tersenyum-senyum melihat ketersasulanku. Tapi dia pandai cover, “Tak payah risau cantik atau tak muka awak tu. Saham tak jatuh. Kan awak dah ada yang punya. Awak tengok muka saya pun dah cukup ada jawapannya.”

Responku? Aku malu bukan kepalang. Dari tersasul jadi termalu pulak! Kalau ada power, aku rasa hendak saja aku ubah diriku menjadi sekuntum bunga daisy yang indah. Dan berada di dalam genggaman Mr CEO. Tetapi masalahnya kini aku bukan bunga daisy dan aku tidak boleh nak ‘cover’ rasa malu yang amat menebal hingga aku rasakan kulit wajahku sudah naik merah macam udang kena bakar.

“Cik Director dah makan?”

“Dah! Eh! Belum! Tapi macam dah makan…”

Ei!! Aku rasa nak gigit-gigit aje lidahku yang tak bertulang ni. Boleh dia naik gedik bila berdepan dengan Mr CEO. Pulak tu dia panggil aku Cik Director? Ini apa cerita? Tak romantik betul!! Aiseh! Ada hati nak berromantik sakan…aku kutuk diriku sendiri.

“Jom! Kita berbual-bual kat tempat lain. Saya rasa saya perlukan lebih masa untuk mengenali awak. My life savior…”

Dengarkah kau Seri? Dia iktiraf aku…bangganya. Tetiba aku terdengar suara ‘tak bahagia’ milik Seri menyumbat cuping telingaku. Baru aku perasan yang Seri sedang jengkel dengan bodyguard Mr CEOyang tidak membenarkan Seri masuk ke dalam kereta untuk sementara waktu.

“Ajak my naughty partner sekali boleh?”

“Siapa?”

“Seri.”

“No problem. Awak kan Director…” Mr CEO tersenyum penuh makna. Kalau ada benda yang lebih manis dari gula, aku kan tabalkannya untuk senyuman Mr CEO itu.

Aku membiarkan pintu kereta terbuka sebelum mempelawa Seri masuk. Ketika itulah aku perasan ada sepasang mata memandang tajam dan tepat ke wajahku. Macam pernah nampak mamat tu? Tapi kat mana ek?

Oh!! Itukan bekas dot dot ku…aku tak mampu menyebutnya. Kakiku lemah tiba-tiba. Bukankah aku cakap besar di hadapan Mr CEO hari itu yang aku telah membalas segala perbuatannya. Bukankah aku sudah banyak kali mengaku kepada Seri yang aku boleh berdiri tegak tanpa mamat keparat itu. Tetapi kini mengapa ‘sawan’ku datang lagi. Inilah penyakit sawanku yang Seri dok kutuk-kutuk tadi.

“Fina?”

Mr CEO menegur. Aku diam. Sebaliknya aku terpaku memandang Fendy yang tidak lepas-lepas memandangku.

“Shall we?”

Mr CEO memegang tanganku. Aku balas mengenggam tangannya lebih kuat. Dari situ aku mendapat kekuatan. Aku mesti lakukannya sekarang sebagai agenda balas dendamku. Kalau Fendy nak kerjakan aku, Mr CEO kan ada. Sepantas kilat aku pergi mendapatkan Fendy yang berdiri macam statue of liberty dan melepaskan tamparan wanita sekuat 360 darjah. Kemudian aku berpatah balik ke kereta. Mr CEO telah berdiri di luar kereta dengan wajah yang panik melihat tindakanku.

“Dah okey? Nak kerjakan dia lagi tak?” Mr CEO tersengih-sengih.

Boleh dia ‘cool’ pulak sebaik aku melepaskan nafas lega. Tadi tunjuk muka panik konon! Aku rasa dia dapat mengagak siapakah lelaki yang aku tampar tadi. Kalau tak tahu, nasiblah!

“Apa rasa?”

“Lapar.”

Mr CEO melepaskan ketawanya dengan agak kuat. Seri dah buat muka bosan kerana dia macam rusa masuk kampung. Tidak tahu hujung pangkalnya kisah Mr CEO ini dan Cik Directornya. Dari raut wajahnya aku macam ternampak-nampak skrip mak tiri yang sering dia hamburkan. Sabar ajelah Cik Fina…

“Kejap lagi kita makan. Pilih aje awak nak makan apa, saya bayarkan.”

Aku membetulkan dudukku. Terlalu rapat dengannya menjadikan aku rimas. Bukannya apa, aku ni kan sering kalut semacam. Aku takut nanti aku yang tidak dapat mengawal diri. Lagipun dengan cara ini aku dapat membelek Mr CEO dengan rasa aman. Siapa yang tak nak pandang muka Mr CEO yang handsome semacam ni.

Jam apa dia pakai ek? Oh! Tag Heuer. Original ke? Huh! Kalau kat US mungkin harganya murah kut! Maintenance tinggi ni. Hiii…tak bolehlah aku nak pinang dia! Aku ketawa sendiri memikirkan kelakar seram yang aku sedang fikirkan.

Dengan keadaan yang kelam kabut tadi, aku tak perasan pun yang Mr CEO di sebelahku ini lain pulak penampilannya. Oh! Dia tak memakai kemeja seperti selalu sebaliknya mengenakan t-shirt berbentuk ‘v’ di leher dan berjeans hitam. Mungkin dia telah sempat menyalin pakaiannya sebelum keluar bertemuku. Aku sengetkan sikit kepala untuk melihat kasut yang dipakainya.

“Apa curi-curi tengok. Tak kena bayar. Free aje. Tengoklah puas-puas.”

Mak datuk! Malunya aku disergah begitu. Nasib baik tak pengsan lagi…he…he….

“Apa yang kau nak citer kat aku malam tadi?” “Ada ke aku janji nak citer apa-apa kat kau. Aku tak ingat pun.” “Kau ni selalu macam itu. D...
Unknown
Oh! MyKarya!


“Baru buka mulut dah pengsan, macam mana nak cerita kat dia. Apalah minah ni. Gelabah semacam!”

“Tadi Izz gelojoh sangat. Cuba slow sikit. Intro tak de, tiba-tiba kata nak pinang dia. Kalau I pun sama…pengsan sebab terkejut. Sometimes you have to learn how to enter other peoples world, Izz. She is too young to understand what we do. You.... ”

“Eleh! You ingat dia tu bodoh ke? Tak payah step by step…I tahu dia mesti dah dengar apa yang kita bualkan tadi. Dengan dia ni kena pakai terjah aje. I dah faham dah perangai dia. Hari tu dekat 2 minggu dia pegang IC I, dia ingat I orang jahat agaknya. Apa lah…”

“Syyy…dia dah bangun tu. Dengar dek dia, kecik hati pulak.”

Aku perlahan-lahan membuka mata. Sengaja berlakon begitu kerana sebenarnya aku dah terdengar perbualan mereka sedari tadi. Nasib baik tak ada sesi umpat dan keji ke atasku. Jika tidak, tahulah engkau siapa aku wahai Mr CEO. Aku lemparkan sengihan yang amat lebar untuk kedua-dua makhluk di depanku. Tetapi pelik sikit. Tadi aku terdengar perbualan mereka bukan macam anak dengan emak, lebih kepada kawan. Eh! Kawan ke? Jangan-jangan mereka sepasang kekasih yang berpakat nak kenakan aku. Tapi untuk apa? Aku ada barang berharga yang mereka perlukan ke? Patutlah wanita ini macam hampir sebaya denganku, nampak muda semacam. Takkan emak kut! Hish!! Tak masuk dek akal.

Pandangan mereka kepadaku begitu asyik sekali. Seperti sedang memerhatikan seorang puteri yang baru bangkit dari lena yang panjang. Wah! Berangan gitu…

“Ya…Sa…saya…pengsan tadi. Maaf. A…aa…pa yang awak nak cakap tadi?”

Aku menutup mulutku yang tidak pandai bersopan langsung. Gelojoh betul! Pantang dengar orang nak pinang, pengsan dulu dan sedar semula pun masih ingat apa yang dibualkan. Mulut oh! Mulut. Engkau memang tak ada insurans.

Mr CEO yang bernama Izz Dylan O’connor ketawa terbahak-bahak melihat sikap ku yang selamba ‘dork’. Langsung tak tahu malu…mungkin itu telahannya yang aku terjemahkan dari mata kasarku. Usai ketawa dia memandang pula wajah ibunya yang sedang berehat di atas katil. Ya lah orang sakit, tentulah duduk atas katil. Aku tadi yang pengsan elok aje duduk atas kerusi. Canggih tu…pengsan duduk.

“Kalau tak ada apa-apa saya nak balik.”

Itu dialog tanda aku dah bosan. Perbualan kami setakat itu dan ini, tiada perkembangan langsung. Senang cerita, aku mahu Mr CEO berterus terang tentang niatnya semasa sebelum aku jatuh pengsan. Apa yang sebenarnya dimahukan dariku? Menjadi kekasihnya? Menjadi bakal tunangnya? Atau ‘up’ sikit, terus menjadi isterinya? Mahukah dia denganku? Hendakkah aku berkahwin dengannya?

“Nanti dulu Fina. Jangan terburu-buru. Sebenarnya kami ada perkara nak offer pada awak. Tadi kami saja pusing-pusing cerita takut awak pengsan lagi. Tapi kali ini serius. We talk about business…” Mr CEO berkata perlahan-lahan dalam nada yang lembut. Sambil dia bercakap itu aku menatap wajahnya yang persis aktor Keenu Reeves versi Malaysia tanpa berkedip. Ada juga orang Malaysia handsome macam ini yeh…eh! Kan dia kacukan. One Malaysia lah ni…tanpa sedar aku sengih-sengih macam kerang busuk.

“Kami nak offer awak jadi pemegang saham syarikat kami. Syarikat ini belong to my mom, due to her healthy problem, she want to sell her share to you. For this purposes, you have to prepare at least RM500K to exercise your positioin as a director. Associate director…bla…bla…bla…”

Aku masih tiada tindak balas. Macam patung.

“Cik Fina…awak dengar tak apa saya cakap?”

Aku terkejut beruk dek tepukan kuat yang hinggap dibahuku sebentar tadi. Main kasar pulak dia ni!

“Apa ni!!”

“Sorry…saya cakap sepatah haram awak tak response. What happened to you actually? Awak dengar tak apa yang saya cakap berbuih-buih tadi.”

“Dengar …” aku tersipu-sipu.

“Apa yang awak tahu. Apa pandangan awak?”

“Setuju aje lah…he..he…” aku menyeringai. Sepatutnya aku kena berfikir panjang tentang benda-benda ini. Share? Associate director? Student boleh jadi director ke? Tapi umur aku kan dah lebih 21 tahun. Tentulah boleh. Apa lagi ek? Oh! Ya…RM500K. Hah!? Aku kira jari tangan, aku julurkan kaki. Ya ALLAH…RM500K. Takkan nak suruh mak dan bapak aku jual kilang tempe dengan tanah kat kampung. Berbaloikah? Apa yang aku dapat untuk ini semua?

“Macam mana Fina? Mak cik nak jualkan saham mak cik ini pada kamu. Setuju ke?” Emak Mr CEO begitu berhemah ketika berkata-kata. Secara tak langsung dia sebenarnya mahu aku meniru tata tertibnya, sopan santunnya. Bukan main redah aje! Siapalah aku untuk jadi seperti dia…aku hanyalah pelajar Investment Analysis yang baru nak bernafas. Sedangkan dia seorang pengarah syarikat yang memiliki segala-galanya….anak yang handsome…itu tak tinggal!

“Tapi saya tak ada duit sebanyak itu. Sebelum datang sini pun saya ada keluarkan duit. Tapi itu RM5,000…saya dah bayarkan duit yuran pengajian saya. Nak jadi RM500K kena tambah dua lagi kosong….he…he…kalau emak bapak saya mungkin dia orang ada, tapi bukan duit saya. Kalau boleh saya tak mahu susahkan dia orang. Lagipun…perkara ni tak masuk akal. Mahu dihantarnya saya ke Tanjung Rambutan.”

“Awak tak perlu masuk Tanjung Rambutan tu…we have provided you complete plan for all this…crazy planning!” Mr CEO mengukir senyuman penuh makna. Aku tahu dia memerliku.

“Wah!! Crazy planning? Rancangan gila tak masuk ke TR ke?” aku sindir Mr CEO kembali. Ha! Ha! Aku ketawa dalam hati. Ingat aku tak boleh ikut rentak kau!

“Tu mak…kan saya dah cakap. Dia licik budaknya.”

“Apa maksud awak??”

“Tak ada apa-apa. So…oleh kerana awak dah setuju, kita boleh mulakan sekarang.” Mr CEO membuka briefcasenya dan mengeluarkan dokumen yang mungkin menentukan masa depanku. Nasib malangkah? Bertuahkah aku? Tunggu dan lihat…

“Mm..maaf…saya tak kata pun yang saya bersetuju dengan tawaran awak. Saya nak baca dulu syarat-syaratnya. Kut-kut nanti tergadai jiwa dan raga, siapa nak jawab! Betul tak mak cik?” Aku sengaja mengerling ke arah emak Ijol. Dia tersenyum mengangguk. Aku ganas bagai nak rak…dia boleh buat ‘cool’ aje. Nasib le…kalau dapat menantu macam aku, layak ke? Entah!

“Yang tadi tu bukankah dah setuju?” Mr CEO merenungku dengan wajah geram.

Aku pandang dia balik. Siap kenyit mata. Aku yang ter ‘over’lah pulak dengan Keenu Reeves Malaysia ni. Suka hati aku lah, la…la…la…

“Izz…beri dia masa. Benda macam ini tak boleh terburu-buru.”

“Tapi mak…time is running. Sekarang kena serius. Tak boleh main-main.”

“Siapa yang nak main-main. Saya serius ni. Bak sini dokumen tu, saya nak baca.”

“Nah!”

Mr CEO mundar mandir sahaja ketika aku sibuk menelaah dokumen yang dimaksudkan. Sekejap ke kiriku, sekejap di kananku. Dia seperti sedang risaukan sesuatu. Jadi tumpuanku hanya separuh sahaja terhadap dokumen-dokumen tersebut, yang selebihnya aku lebih tertarik dengan gelagat Mr CEO. Ada masalahkah? Tadi dari pejabat elok sahaja. Entah-entah ada agenda lain di dalam dokumen perjanjian tersebut. Lagipun, siapa aku untuk terpilih sebagai penerima saham emaknya. Siapa aku? Selama ini dia mengintip aku kah? Kut-kut dia takut aku ubah fikiran tak setelah baca syarat-syarat yang dikenakan olehnya. Lebih baik aku baca semula dengan teliti. Ini tak boleh jadi.

“…anda harus bersetuju dan kena bersetuju dengan apa cara sekalipun syarat yang dikenakan kerana ia syarat yang mesti dipenuhi untuk mengambil alih saham syarikat. Anda harus patuh dan kena patuh dengan CEO syarikat ini akan apa sekalipun tindakannya yang tidak menyalahi undang-undang. Anda harus bersetuju dan kena setuju untuk berkahwin dengan Izz Dylan O’connor kerana ianya syarat SAH untuk menyandang jawatan associate director dan hendaklah kamu berkerjasama bersama-sama membangunkan syarikat demi waris yang akan datang.”

Aik! Apa ke bendanya syarat dalam dokumen rasmi jadi macam ini? Aku ada juga belajar undang-undang perniagaan, ini dah lain macam aje bunyinya. Macam nak jual aku kat Siam aje…

“…dalam apa jua keadaan anda harus memberikan kerjasama dan kena berkerjasama dengan CEO dalam mentadbir syarikat dan harus menghormati pendapat-pendapat pemegang-pemegang saham. Anda harus bertanggungjawab dan kena bertanggungjawab menjaga kepentingan CEO samada yang peribadi ataupun bukan samada anda rela atau sebaliknya.”

‘Kepentingan CEO? Yang peribadi?’ Huh! Itu macam tugas seorang teman hidup aje gamaknya?

“…maka dengan ini jika sekiranya anda bersetuju dan menerima syarat-syarat yang termaktub, anda dikehendaki menurunkan tandatangan anda. Maka selepas dari ini anda akan menjadi pemegang saham syarikat dan sekaligus membolehkan anda membuat undian terhadap perkara berbangkit di dalam Annual General Meeting syarikat yang akan diadakan kelak.”

Aku terus memicit-micit kepala yang tidak pening. Sengaja aku bertindak begitu. Ianya hanya satu helah. Aku harus keluar dari tipu daya orang-orang korporat ini. Aku nak balik! Tup-tup aku terbayangkan katil kat hostel. Buat masa ini agendaku hanya mahu tidur. Lelapkan mata. Aku tak mahu terjebak. Aku tak mahu dijual kat sempadan Malaysia. Aku tidak sudi menjadi isterinya jika dengan cara tipu helah begini Mr CEO dan kuncu-kuncunya mahu menjeratku. Aku tidak mahu!

Seri…saat-saat beginilah maka aku terkenangkan nasihat demi nasihat yang sering Seri hamburkan. Dia tahu aku memang lurus bendul orangnya, dia bimbang aku dipergunakan orang. Nah! Inilah bahana dek percayakan orang yang tidak dikenali. Body guard Mr CEOlah punya pasal! Dari niat nak pulangkan IC dah jadi cerita lain pulak.

“Kenapa dengan awak ni?”

“Tak tahu. Tiba-tiba aje kepala sakit macam nak mati. Tolong hantar saya balik. Saya nak balik hostel. Tolonglah…” pandai pula aku buat muka kasihan dengan Mr CEO. Lagipun hari dah beransur petang dan sekejap lagi malam akan bertandang. Malam dan kegelapan kan kawan kejahatan…aku semakin cuak memikirkan ini semua.

“Awak janganlah macam ini. Awak kena cepat sign dokumen tu. Awak kena tolong saya, Fina. Saya bukan nak main-main. Awak mesti kena tolong saya.”

“Saya tak boleh. Saya nak balik. Saya tak ada kena mengena dengan awak. Tolonglah saya…”

“Fina! Awak tak nak kenakan balik ex-boyfriend awak yang dan beralih arah itu ke? Awak tak nak tunjukkan yang awak boleh berdikari tanpa dia ke? Awak tak nak balas dendam? Ingat tak masa pertama kali kita bertemu, saya janji akan tolong awak dan jadi ‘geng’ awak untuk musnahkan ego dia. Nak kenakan dia cukup-cukup! Kalau awak tak berubah, sampai bila-bila pun awak akan dipandang macam sampah oleh dia. Saya akan tolong awak Fina untuk jayakan misi awak tu. Tapi tolong…tolong selamatkan saya dulu. Saya perlukan tandatangan awak untuk selamatkan syarikat saya, Fina. Saya perlukan sokongan awak. Selepas ini kalau awak nak buat apa kat saya, buatlah. Tetapi selepas semuanya selesai. Tolong saya, please…”

“Untuk apa ini semua? Saya tak perlukan tipu muslihat awak untuk dapat ini semua, Encik CEO. Saya ada semuanya. Saya tak hairan dengan kekayaan awak. Saya tidak boleh masuk dunia awak. Saya orang biasa yang hidup dengan orang biasa dan lalui hari hari dengan cara saya. Lagipun saya dah tak ada kena mengena dengan Fendy keparat tu! Saya pun dah balas perbuatannya dengan cara saya sendiri. Saya tak perlukan bantuan awak. Saya minta maaf Encik CEO. Saya tak layak!”

Dikepalaku ligat berputar insiden-insiden ‘pembalasan’ku terhadap Fendy yang berkawan dengan awek yang lenggangnya macam itik pulang petang itu. Aku dah pancitkan tayar kereta kancilnya yang tersengguk-sengguk itu dengan bantuan Seri, aku juga dah dajalkan assignment Statistiknya hinggakan dia dapat markah cukup-cukup makan aje untuk subjek tersebut. Apa lagi ek…hah! Aku dan Seri dah kenakan awek si Fendy ketika gadis itu bermain futsal. Kami basuh bajunya hingga lencun sebelum masukkan semula ke dalam begnya yang ditinggalkan di tepi gelanggang. Tak cukup brutal ke misi balas dendam aku itu?

“Macam inilah Cik Fina…”

“Maaf mak cik.” Aku sudah berdiri tegak macam tiang lampu tepi jalan. “Saya ada kelas esok. Saya tak boleh tunggu lama lagi. Hari dah masuk senja ni. Saya minta izin untuk benarkan Encik Izz hantar saya balik.” Menggeletar bibir nak sebut namanya, Encik Izz konon! Aku tak biasa!!! Skemanya…

LANTARAN kedegilan insan bernama Alfina Suria Dayanti a.k.a Fina (akulah tu), Mr CEO tidak terkata apa. Menonong dia menuju ke keretanya selepas menyimpan segala dokumen yang baru separuh habis aku baca itu ke dalam briefcasenya. Sekali lagi jadilah aku macam pelari seratus meter mengejar langkah kakinya yang panjang macam galah itu sebelum sampai kekeretanya.

Di dalam kereta, aku jadi batu. Diam dan bisu. Mr CEO pun sama. Hanya sesekali terdengar dia mendengus kasar. Aku semakin takut apabila berdua-duaan dengannya di dalam perut kereta. Aku takut dia berbuat sesuatu kerana aku tidak mengikut kehendaknya tadi. Aku peluk beg kuat-kuat, bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang datang. Aku pura-pura bermain dengan telefonku agar dia fikir banyak kali jika mahu berbuat jahat. Ya lah…konon-konon dah standby nak dail nombor 999. Talian kecemasan…

“Peluk beg tu buat apa? Kan bagus kalau peluk saya aje…” Fuh! Dia perasan pulak tu yang aku tengah kecut perut. Sempat pulak bergurau!

“A…a…tak. Cuma sejuk aje…”

Dia menghulurkan tangan kirinya ke tempat duduk belakang sambil tangan kanannya masih mengawal stereng. Keadaan begitu menyebabkan tubuh kami bersentuhan buat beberapa ketika. Hangat. Bau wangian dari tubuhnya begitu mendamaikan. Minyak wangi apa ni ek? Jangan-jangan minyak guna-guna.Huh! Selisih malaikat 44. Dadaku berdebar kencang. Dah dua kali hatiku berdebar-debar hari ini, pertama kali ketika dia mengenggam tanganku ketika meninggalkan pejabat siang tadi, dan keduanya tentulah ketika dan saat ini di mana tubuh kami berdua amat rapat. Sesak nafas aku dibuatnya!

“Pakai ini.”

“Apa?”

“Kata sejuk. Pakai jaket saya.”

“Ohh!!”

“Jangan ada fikiran macam itu lagi pada saya. Saya bukan orang jahat. Saya pun manusia biasa macam awak. Cuma saya berada di dalam dunia yang berlainan. Dunia yang saya terpaksa masuk. Satu hari nanti saya pun ingin jadi seperti awak.”

“Awak tak marahkan saya?”

Dia mengerling sebelum terus menumpukan pemanduannya ke hadapan.

“Buat apa nak marah. Take your time.”

Aku rasa ada air bergenang di tepi mataku. Tersentuhkah aku?

“Baru buka mulut dah pengsan, macam mana nak cerita kat dia. Apalah minah ni. Gelabah semacam!” “Tadi Izz gelojoh sangat. Cuba slow sikit....
Unknown
Oh! MyKarya!


“Baru buka mulut dah pengsan, macam mana nak cerita kat dia. Apalah minah ni. Gelabah semacam!”

“Tadi Izz gelojoh sangat. Cuba slow sikit. Intro tak de, tiba-tiba kata nak pinang dia. Kalau I pun sama…pengsan sebab terkejut. Sometimes you have to learn how to enter other peoples world, Izz. She is too young to understand what we do. You.... ”

“Eleh! You ingat dia tu bodoh ke? Tak payah step by step…I tahu dia mesti dah dengar apa yang kita bualkan tadi. Dengan dia ni kena pakai terjah aje. I dah faham dah perangai dia. Hari tu dekat 2 minggu dia pegang IC I, dia ingat I orang jahat agaknya. Apa lah…”

“Syyy…dia dah bangun tu. Dengar dek dia, kecik hati pulak.”

Aku perlahan-lahan membuka mata. Sengaja berlakon begitu kerana sebenarnya aku dah terdengar perbualan mereka sedari tadi. Nasib baik tak ada sesi umpat dan keji ke atasku. Jika tidak, tahulah engkau siapa aku wahai Mr CEO. Aku lemparkan sengihan yang amat lebar untuk kedua-dua makhluk di depanku. Tetapi pelik sikit. Tadi aku terdengar perbualan mereka bukan macam anak dengan emak, lebih kepada kawan. Eh! Kawan ke? Jangan-jangan mereka sepasang kekasih yang berpakat nak kenakan aku. Tapi untuk apa? Aku ada barang berharga yang mereka perlukan ke? Patutlah wanita ini macam hampir sebaya denganku, nampak muda semacam. Takkan emak kut! Hish!! Tak masuk dek akal.

Pandangan mereka kepadaku begitu asyik sekali. Seperti sedang memerhatikan seorang puteri yang baru bangkit dari lena yang panjang. Wah! Berangan gitu…

“Ya…Sa…saya…pengsan tadi. Maaf. A…aa…pa yang awak nak cakap tadi?”

Aku menutup mulutku yang tidak pandai bersopan langsung. Gelojoh betul! Pantang dengar orang nak pinang, pengsan dulu dan sedar semula pun masih ingat apa yang dibualkan. Mulut oh! Mulut. Engkau memang tak ada insurans.

Mr CEO yang bernama Izz Dylan O’connor ketawa terbahak-bahak melihat sikap ku yang selamba ‘dork’. Langsung tak tahu malu…mungkin itu telahannya yang aku terjemahkan dari mata kasarku. Usai ketawa dia memandang pula wajah ibunya yang sedang berehat di atas katil. Ya lah orang sakit, tentulah duduk atas katil. Aku tadi yang pengsan elok aje duduk atas kerusi. Canggih tu…pengsan duduk.

“Kalau tak ada apa-apa saya nak balik.”

Itu dialog tanda aku dah bosan. Perbualan kami setakat itu dan ini, tiada perkembangan langsung. Senang cerita, aku mahu Mr CEO berterus terang tentang niatnya semasa sebelum aku jatuh pengsan. Apa yang sebenarnya dimahukan dariku? Menjadi kekasihnya? Menjadi bakal tunangnya? Atau ‘up’ sikit, terus menjadi isterinya? Mahukah dia denganku? Hendakkah aku berkahwin dengannya?

“Nanti dulu Fina. Jangan terburu-buru. Sebenarnya kami ada perkara nak offer pada awak. Tadi kami saja pusing-pusing cerita takut awak pengsan lagi. Tapi kali ini serius. We talk about business…” Mr CEO berkata perlahan-lahan dalam nada yang lembut. Sambil dia bercakap itu aku menatap wajahnya yang persis aktor Keenu Reeves versi Malaysia tanpa berkedip. Ada juga orang Malaysia handsome macam ini yeh…eh! Kan dia kacukan. One Malaysia lah ni…tanpa sedar aku sengih-sengih macam kerang busuk.

“Kami nak offer awak jadi pemegang saham syarikat kami. Syarikat ini belong to my mom, due to her healthy problem, she want to sell her share to you. For this purposes, you have to prepare at least RM500K to exercise your positioin as a director. Associate director…bla…bla…bla…”

Aku masih tiada tindak balas. Macam patung.

“Cik Fina…awak dengar tak apa saya cakap?”

Aku terkejut beruk dek tepukan kuat yang hinggap dibahuku sebentar tadi. Main kasar pulak dia ni!

“Apa ni!!”

“Sorry…saya cakap sepatah haram awak tak response. What happened to you actually? Awak dengar tak apa yang saya cakap berbuih-buih tadi.”

“Dengar …” aku tersipu-sipu.

“Apa yang awak tahu. Apa pandangan awak?”

“Setuju aje lah…he..he…” aku menyeringai. Sepatutnya aku kena berfikir panjang tentang benda-benda ini. Share? Associate director? Student boleh jadi director ke? Tapi umur aku kan dah lebih 21 tahun. Tentulah boleh. Apa lagi ek? Oh! Ya…RM500K. Hah!? Aku kira jari tangan, aku julurkan kaki. Ya ALLAH…RM500K. Takkan nak suruh mak dan bapak aku jual kilang tempe dengan tanah kat kampung. Berbaloikah? Apa yang aku dapat untuk ini semua?

“Macam mana Fina? Mak cik nak jualkan saham mak cik ini pada kamu. Setuju ke?” Emak Mr CEO begitu berhemah ketika berkata-kata. Secara tak langsung dia sebenarnya mahu aku meniru tata tertibnya, sopan santunnya. Bukan main redah aje! Siapalah aku untuk jadi seperti dia…aku hanyalah pelajar Investment Analysis yang baru nak bernafas. Sedangkan dia seorang pengarah syarikat yang memiliki segala-galanya….anak yang handsome…itu tak tinggal!

“Tapi saya tak ada duit sebanyak itu. Sebelum datang sini pun saya ada keluarkan duit. Tapi itu RM5,000…saya dah bayarkan duit yuran pengajian saya. Nak jadi RM500K kena tambah dua lagi kosong….he…he…kalau emak bapak saya mungkin dia orang ada, tapi bukan duit saya. Kalau boleh saya tak mahu susahkan dia orang. Lagipun…perkara ni tak masuk akal. Mahu dihantarnya saya ke Tanjung Rambutan.”

“Awak tak perlu masuk Tanjung Rambutan tu…we have provided you complete plan for all this…crazy planning!” Mr CEO mengukir senyuman penuh makna. Aku tahu dia memerliku.

“Wah!! Crazy planning? Rancangan gila tak masuk ke TR ke?” aku sindir Mr CEO kembali. Ha! Ha! Aku ketawa dalam hati. Ingat aku tak boleh ikut rentak kau!

“Tu mak…kan saya dah cakap. Dia licik budaknya.”

“Apa maksud awak??”

“Tak ada apa-apa. So…oleh kerana awak dah setuju, kita boleh mulakan sekarang.” Mr CEO membuka briefcasenya dan mengeluarkan dokumen yang mungkin menentukan masa depanku. Nasib malangkah? Bertuahkah aku? Tunggu dan lihat…

“Mm..maaf…saya tak kata pun yang saya bersetuju dengan tawaran awak. Saya nak baca dulu syarat-syaratnya. Kut-kut nanti tergadai jiwa dan raga, siapa nak jawab! Betul tak mak cik?” Aku sengaja mengerling ke arah emak Ijol. Dia tersenyum mengangguk. Aku ganas bagai nak rak…dia boleh buat ‘cool’ aje. Nasib le…kalau dapat menantu macam aku, layak ke? Entah!

“Yang tadi tu bukankah dah setuju?” Mr CEO merenungku dengan wajah geram.

Aku pandang dia balik. Siap kenyit mata. Aku yang ter ‘over’lah pulak dengan Keenu Reeves Malaysia ni. Suka hati aku lah, la…la…la…

“Izz…beri dia masa. Benda macam ini tak boleh terburu-buru.”

“Tapi mak…time is running. Sekarang kena serius. Tak boleh main-main.”

“Siapa yang nak main-main. Saya serius ni. Bak sini dokumen tu, saya nak baca.”

“Nah!”

Mr CEO mundar mandir sahaja ketika aku sibuk menelaah dokumen yang dimaksudkan. Sekejap ke kiriku, sekejap di kananku. Dia seperti sedang risaukan sesuatu. Jadi tumpuanku hanya separuh sahaja terhadap dokumen-dokumen tersebut, yang selebihnya aku lebih tertarik dengan gelagat Mr CEO. Ada masalahkah? Tadi dari pejabat elok sahaja. Entah-entah ada agenda lain di dalam dokumen perjanjian tersebut. Lagipun, siapa aku untuk terpilih sebagai penerima saham emaknya. Siapa aku? Selama ini dia mengintip aku kah? Kut-kut dia takut aku ubah fikiran tak setelah baca syarat-syarat yang dikenakan olehnya. Lebih baik aku baca semula dengan teliti. Ini tak boleh jadi.

“…anda harus bersetuju dan kena bersetuju dengan apa cara sekalipun syarat yang dikenakan kerana ia syarat yang mesti dipenuhi untuk mengambil alih saham syarikat. Anda harus patuh dan kena patuh dengan CEO syarikat ini akan apa sekalipun tindakannya yang tidak menyalahi undang-undang. Anda harus bersetuju dan kena setuju untuk berkahwin dengan Izz Dylan O’connor kerana ianya syarat SAH untuk menyandang jawatan associate director dan hendaklah kamu berkerjasama bersama-sama membangunkan syarikat demi waris yang akan datang.”

Aik! Apa ke bendanya syarat dalam dokumen rasmi jadi macam ini? Aku ada juga belajar undang-undang perniagaan, ini dah lain macam aje bunyinya. Macam nak jual aku kat Siam aje…

“…dalam apa jua keadaan anda harus memberikan kerjasama dan kena berkerjasama dengan CEO dalam mentadbir syarikat dan harus menghormati pendapat-pendapat pemegang-pemegang saham. Anda harus bertanggungjawab dan kena bertanggungjawab menjaga kepentingan CEO samada yang peribadi ataupun bukan samada anda rela atau sebaliknya.”

‘Kepentingan CEO? Yang peribadi?’ Huh! Itu macam tugas seorang teman hidup aje gamaknya?

“…maka dengan ini jika sekiranya anda bersetuju dan menerima syarat-syarat yang termaktub, anda dikehendaki menurunkan tandatangan anda. Maka selepas dari ini anda akan menjadi pemegang saham syarikat dan sekaligus membolehkan anda membuat undian terhadap perkara berbangkit di dalam Annual General Meeting syarikat yang akan diadakan kelak.”

Aku terus memicit-micit kepala yang tidak pening. Sengaja aku bertindak begitu. Ianya hanya satu helah. Aku harus keluar dari tipu daya orang-orang korporat ini. Aku nak balik! Tup-tup aku terbayangkan katil kat hostel. Buat masa ini agendaku hanya mahu tidur. Lelapkan mata. Aku tak mahu terjebak. Aku tak mahu dijual kat sempadan Malaysia. Aku tidak sudi menjadi isterinya jika dengan cara tipu helah begini Mr CEO dan kuncu-kuncunya mahu menjeratku. Aku tidak mahu!

Seri…saat-saat beginilah maka aku terkenangkan nasihat demi nasihat yang sering Seri hamburkan. Dia tahu aku memang lurus bendul orangnya, dia bimbang aku dipergunakan orang. Nah! Inilah bahana dek percayakan orang yang tidak dikenali. Body guard Mr CEOlah punya pasal! Dari niat nak pulangkan IC dah jadi cerita lain pulak.

“Kenapa dengan awak ni?”

“Tak tahu. Tiba-tiba aje kepala sakit macam nak mati. Tolong hantar saya balik. Saya nak balik hostel. Tolonglah…” pandai pula aku buat muka kasihan dengan Mr CEO. Lagipun hari dah beransur petang dan sekejap lagi malam akan bertandang. Malam dan kegelapan kan kawan kejahatan…aku semakin cuak memikirkan ini semua.

“Awak janganlah macam ini. Awak kena cepat sign dokumen tu. Awak kena tolong saya, Fina. Saya bukan nak main-main. Awak mesti kena tolong saya.”

“Saya tak boleh. Saya nak balik. Saya tak ada kena mengena dengan awak. Tolonglah saya…”

“Fina! Awak tak nak kenakan balik ex-boyfriend awak yang dan beralih arah itu ke? Awak tak nak tunjukkan yang awak boleh berdikari tanpa dia ke? Awak tak nak balas dendam? Ingat tak masa pertama kali kita bertemu, saya janji akan tolong awak dan jadi ‘geng’ awak untuk musnahkan ego dia. Nak kenakan dia cukup-cukup! Kalau awak tak berubah, sampai bila-bila pun awak akan dipandang macam sampah oleh dia. Saya akan tolong awak Fina untuk jayakan misi awak tu. Tapi tolong…tolong selamatkan saya dulu. Saya perlukan tandatangan awak untuk selamatkan syarikat saya, Fina. Saya perlukan sokongan awak. Selepas ini kalau awak nak buat apa kat saya, buatlah. Tetapi selepas semuanya selesai. Tolong saya, please…”

“Untuk apa ini semua? Saya tak perlukan tipu muslihat awak untuk dapat ini semua, Encik CEO. Saya ada semuanya. Saya tak hairan dengan kekayaan awak. Saya tidak boleh masuk dunia awak. Saya orang biasa yang hidup dengan orang biasa dan lalui hari hari dengan cara saya. Lagipun saya dah tak ada kena mengena dengan Fendy keparat tu! Saya pun dah balas perbuatannya dengan cara saya sendiri. Saya tak perlukan bantuan awak. Saya minta maaf Encik CEO. Saya tak layak!”

Dikepalaku ligat berputar insiden-insiden ‘pembalasan’ku terhadap Fendy yang berkawan dengan awek yang lenggangnya macam itik pulang petang itu. Aku dah pancitkan tayar kereta kancilnya yang tersengguk-sengguk itu dengan bantuan Seri, aku juga dah dajalkan assignment Statistiknya hinggakan dia dapat markah cukup-cukup makan aje untuk subjek tersebut. Apa lagi ek…hah! Aku dan Seri dah kenakan awek si Fendy ketika gadis itu bermain futsal. Kami basuh bajunya hingga lencun sebelum masukkan semula ke dalam begnya yang ditinggalkan di tepi gelanggang. Tak cukup brutal ke misi balas dendam aku itu?

“Macam inilah Cik Fina…”

“Maaf mak cik.” Aku sudah berdiri tegak macam tiang lampu tepi jalan. “Saya ada kelas esok. Saya tak boleh tunggu lama lagi. Hari dah masuk senja ni. Saya minta izin untuk benarkan Encik Izz hantar saya balik.” Menggeletar bibir nak sebut namanya, Encik Izz konon! Aku tak biasa!!! Skemanya…

LANTARAN kedegilan insan bernama Alfina Suria Dayanti a.k.a Fina (akulah tu), Mr CEO tidak terkata apa. Menonong dia menuju ke keretanya selepas menyimpan segala dokumen yang baru separuh habis aku baca itu ke dalam briefcasenya. Sekali lagi jadilah aku macam pelari seratus meter mengejar langkah kakinya yang panjang macam galah itu sebelum sampai kekeretanya.

Di dalam kereta, aku jadi batu. Diam dan bisu. Mr CEO pun sama. Hanya sesekali terdengar dia mendengus kasar. Aku semakin takut apabila berdua-duaan dengannya di dalam perut kereta. Aku takut dia berbuat sesuatu kerana aku tidak mengikut kehendaknya tadi. Aku peluk beg kuat-kuat, bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang datang. Aku pura-pura bermain dengan telefonku agar dia fikir banyak kali jika mahu berbuat jahat. Ya lah…konon-konon dah standby nak dail nombor 999. Talian kecemasan…

“Peluk beg tu buat apa? Kan bagus kalau peluk saya aje…” Fuh! Dia perasan pulak tu yang aku tengah kecut perut. Sempat pulak bergurau!

“A…a…tak. Cuma sejuk aje…”

Dia menghulurkan tangan kirinya ke tempat duduk belakang sambil tangan kanannya masih mengawal stereng. Keadaan begitu menyebabkan tubuh kami bersentuhan buat beberapa ketika. Hangat. Bau wangian dari tubuhnya begitu mendamaikan. Minyak wangi apa ni ek? Jangan-jangan minyak guna-guna.Huh! Selisih malaikat 44. Dadaku berdebar kencang. Dah dua kali hatiku berdebar-debar hari ini, pertama kali ketika dia mengenggam tanganku ketika meninggalkan pejabat siang tadi, dan keduanya tentulah ketika dan saat ini di mana tubuh kami berdua amat rapat. Sesak nafas aku dibuatnya!

“Pakai ini.”

“Apa?”

“Kata sejuk. Pakai jaket saya.”

“Ohh!!”

“Jangan ada fikiran macam itu lagi pada saya. Saya bukan orang jahat. Saya pun manusia biasa macam awak. Cuma saya berada di dalam dunia yang berlainan. Dunia yang saya terpaksa masuk. Satu hari nanti saya pun ingin jadi seperti awak.”

“Awak tak marahkan saya?”

Dia mengerling sebelum terus menumpukan pemanduannya ke hadapan.

“Buat apa nak marah. Take your time.”

Aku rasa ada air bergenang di tepi mataku. Tersentuhkah aku?

“Baru buka mulut dah pengsan, macam mana nak cerita kat dia. Apalah minah ni. Gelabah semacam!” “Tadi Izz gelojoh sangat. Cuba slow sikit....
Unknown