Menu
Oh! MyKarya!





Salam blogger 1Malaysia,
dan juga selamat membaca my dear readers...

Saya ada perkhabaran yang menarik yang nak dikongsikan dengan you'alls. Bukan soal nak buat entri baru untuk sambung novel yang tergendala (sedang diusahakan...), tetapi soal buku2 terpakai yang ada dalam koleksi saya. Kebanyakan buku-buku tersebut kelihatan masih amat baru tetapi saya let it go (jual) pada harga yang berpatutan.

1. Ku Pujuk Hati
2. Sesuci Kasih Seorang Isteri
3. ...Dan Cinta Pun Tersenyum
4. Berjuta Warna Pelangi
5. Yang Sebenarnya
6. Andai Kau Jodohku

Buat sementara ini, buku-buku di atas yang sempat saya update kat blog ini, next time maybe ada lagi buku yang akan saya masukkan. Pada sesiapa yang berminat sila terus ke blog ini.

Semoga korang semua happy, ok.

Ikhlas,
aynora nur

Salam blogger 1Malaysia, dan juga selamat membaca my dear readers... Saya ada perkhabaran yang menarik yang nak dikongsikan dengan ...
Unknown Mar 3, 2012
Oh! MyKarya!















sewaktu terlihat matamu berkaca
detik dalam dada tumbuh benih tanya
apakah getar bahagia
yang kau layari
dilambung ombak kehancuran?

teman
lewat masa semusim ini
bibir merahmu kerap melagukan
betapa si penyesalan datang bertandang
sedangkan dulu-dulunya
dia adalah pilihan
dialah harapan dan intan

kau ratapi perhubungan itu
bukan kerana derita yang singgah
harusnya dari dahulu kala
kau bijak memilih
antara dua persoalan
persimpangan kasih dan kasihan yang kabur

kata pujangga bijak laksana
"jika takut dilambung ombak,
jangan berumah ditepian pantai"

kau tunduk bisu
resah menatap mata tanyaku
lalu apakah kini kau nekad
meninggalkan sesuatu yang telah kau mulakan?

dalam minda nan terbelenggu
redalah apa yang kau hadapi
tabahlah hati, wahai kawanku!

terkadang aku sendiri
diambang keliru sepertimu
seperti apa nanti
akhirnya sebuah perjalanan yang kabur
pada permulaan yang tidak tahu akhirnya...

sewaktu terlihat matamu berkaca detik dalam dada tumbuh benih tanya apakah getar bahagia yang kau layari dilambung ombak kehan...
Unknown Mar 1, 2012
Oh! MyKarya!



Harga Asal: RM21.00**SOLD
Harga Tawaran : RM15.00 (Free Postage)Mukasurat: 504m/s
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd @ Grup Buku Karangkraf
Status : 10/10 (Elok)

Sinopsis di kulit buku:


BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

Harga Asal: RM21.00** SOLD Harga Tawaran : RM15.00 (Free Postage) Mukasurat: 504m/s Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd @ Grup Buku Karangkraf Status ...
aynorablogs Feb 22, 2012
Oh! MyKarya!



Harga Asal: RM19.00
Harga Tawaran : RM14.00 (Free Postage)
Mukasurat: 510m/s
Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd
Status : 10/10 (Elok)

Sinopsis Belakang Kulit Buku:

Riana Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. Hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. Namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk menggapai bahagia.

Hidupnya yang tenang, tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mangsa tipu muslihat dan kuasa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, membuatkan hati Riana tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya. Malah, Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keadaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Riana sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul sudah pun berkahwin.

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedangkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!



Sila rujuk mykarya.net untuk review sepenuhnya!

Harga Asal: RM19.00 Harga Tawaran : RM14.00 (Free Postage) Mukasurat: 510m/s Terbitan: Alaf 21 Sdn Bhd Status : 10/10 (Elok) Sinopsis Belaka...
aynorablogs
Oh! MyKarya!



HARGA ASAL: RM19.00
HARGA TAWARAN: RM14.00 (Free Postage)
MUKASURAT: 598m/s
PENERBIT: Kaki Novel Enterprise
STATUS : 10/10 (Elok)

Sinopsis belakang buku:

Isha…walau apapun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.

Sofea…hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? Siapa aku sebenarnya padamu?

SESUCI KASIH SEORANG ISTERI…luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumahtangga. Luahan hati yang bias menyentuh perasaan anda…

HARGA ASAL: RM19.00 HARGA TAWARAN: RM14.00 (Free Postage) MUKASURAT: 598m/s PENERBIT: Kaki Novel Enterprise STATUS : 10/10 (Elok) Sinopsis b...
aynorablogs
Oh! MyKarya!

Salam sayang readers...


...kenangan demi kenangan, menjelma kini



Sewaktu langkah kaki
Menjejak suram desa
Lama tak terasa
Cebis pilu yang hadir
Pada pelupuk hati
Di sini pernah mengecap
Rasa gembira
Di sini pernah hadir
Serpihan gurau tawa
Di sini pernah tumpah
Keringat dan lelah

Tanah tumpah darahku!
Selamat bertemu kembali
Akan ku usung bangsa ini
Pada rumahmu yang tak bernama
Tapi bau kenangan
Cukup mendakap erat
Agar aku tak pergi lagi…

Salam sayang readers... ...kenangan demi kenangan, menjelma kini Sewaktu langkah kaki Menjejak suram desa Lama tak terasa Cebis pilu y...
Unknown
Oh! MyKarya!



Menadah tangan mengangkat muka
Ke jalanMu
Khilaf semalam tenang tak terusik
Di dada sesal
Menjamah Nur yang Kau kembarkan
Pada cahaya insaf yang tiba
Belum lewatkah aku?
memujukMu
agar ambil aku kembali
di jalan wangiMu
Ya Rabbi…

Menadah tangan mengangkat muka Ke jalanMu Khilaf semalam tenang tak terusik Di dada sesal Menjamah Nur yang Kau kembarkan Pada cahaya insa...
Unknown Feb 17, 2012
Oh! MyKarya!



Kiriman buah rindu lewat lembaran hari
Yang mengopak daun sepi
Mencambah benih-benih suram
Menguak luka sipi
Masih berdendang melodi
Dengan senikata yang tempang
Tidak indah lagi

Pergimu jangan jauh
Sekadar lupa sesaat
Datangmu jangan dekat
Bimbang sisa pun senyap
Pergilah, tetapi pasti kembali
Datanglah, harap bawa semangat

Kau pergi, ku tambatkan hati
Kau kembali, ku serahkan yang hakiki…

Kiriman buah rindu lewat lembaran hari Yang mengopak daun sepi Mencambah benih-benih suram Menguak luka sipi Masih berdendang melodi Denga...
Unknown
Oh! MyKarya!

Salam hormat,




Semenjak novel Ayat-Ayat Cinta diterbitkan, saya terus jatuh cinta dengan karya2 penulis Islamik tersohor Indonesia iaitu Habiburrahman El Shirazy. Kemudian saya mendapatkan novelnya Dalam Mihrab Cinta (2007) juga sebuah Novel Pembangun Jiwa. Dan akhirnya pada tahun lepas saya membeli Bumi Cinta.


Novel yang bertajuk Bumi Cinta ini masih merupakan novel dengan kisah romantik
yang membawa mesej yang sarat sebagai novel pembangun jiwa, sebagaimana
novel-novel beliau yang lain seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB). Bahkan Ayat-Ayat Cinta dan KCB keduanya telah difilemkan. Kali ini melalui Bumi
Cinta, Habiburrahman mengeksplorasi keindahan bumi Rusia, khususnya kota Moskow.

SINOPSIS:

Kisah seorang pemuda Indonesia bernama Muhammad Ayyas, seorang mahasiswa pasca sarjana di Delhi, India yang juga seorang bekas penuntut sekolah pondok. Muhammad Ayyas yang sebelum itu menuntut di Madinah ini berniat untuk mengerjakan tugas penyelidikannya mengenai Kehidupan Umat Islam di Rusia pada masa pemerintahan Stallin.

Ketika tiba di Rusia Ayyas disambut oleh teman lamanya bernama David. David inilah yang mencarikan apartment tempat tinggal untuk Ayyas. Oleh kerana budget yang kecil, David hanya mampu mendapatkan sebuah apartment yang dikongsi dengan penyewa lain. Yang parahnya, teman serumah Ayyas adalah dua orang wanita Rusia yang jelita. Maka, bermulalah masalah Ayyas dari sini.

Yelena seorang pelacur kelas atasan dan Linor seorang pemain biola yang akhirnya diketahui sebagai agen rahsia Mossad, mereka inilah wanita2 yang menjadi teman serumah Ayyas. Apartment yang memiliki 3 bilik ini memaksa Ayyas kena selalu berinteraksi dengan keduanya di ruang tamu, dapur dan ruang keluarga. Ini semua merupakan godaan keimanan yang amat dahsyat bagi Ayyas yang mencuba menjaga kesucian dirinya sebagai seorang muslim.

Godaan bagi Ayyas tidak hanya sampai di situ, pembantu pembimbingnya di MGU adalah seorang gadis muda jelita bernama Anastasia, seorang penganut kristian ortodoks yang sangat taat. Perhubungan yang rapat dengan Anastasia pelbagai rasa di hati Anastasia kepada Ayyas. Gadis jelita itu amat tertarik dengan Ayyas.

Di dalam novel ini juga digambarkan bagaimana si Yelena dilanda konflik dengan ketua sindiket pelacuran, dan Linor si agen Mossad sedang merancang satu rancangan jahat kepada Ayyas, iaitu menyiapkan penipuan dan fitnah sebuah pengeboman yang diarahkan dan bakal menuduh Ayyas sebagai pelakunya.

Tiga wanita inilah yang mendominasi jalan cerita dan kisah dalam Bumi Cinta. Namun, tidak ada konflik yang amat hebat sebagaimana dalam novelnya Ayat Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih. Dalam Bumi Cinta, Ayyas hanya "nyaris" dipenjara kerana difitnah melakukan pengeboman di Hotel Metropole oleh Linor.

Namun begitu ada juga dialog yang agak panjang dalam novel ini terutamanya membabitkan perbualan antara Ayyas dan Anastassia. Lagi satu, Muhammad Ayyas digambarkan sebagai seorang watak/tokoh yang terlalu sempurna. Muhammad Ayyas digambarkan sebagai seorang yang biasa2 sahaja, tidak tampan dan juga tidak buruk, namun sebaliknya ia sangat cerdas, soleh, tawadhu, memiliki kepekaan sosial yang luar biasa, sangat romantis dan sifat-sifat baik yang lainnya.

Dalam Bumi Cinta digambarkan kota Moskow dengan amat terperinci, lokasi-lokasi strategik, gedung-gedung bersejarah, makanan khas Rusia, metro yang merupakan kebanggaan masyarakat Moskow, gaya hidup masyarakat di sana serta hal lainnya. Semua digambarkan dengan sangat jelas dan teliti. Dailog2 dalam bahasa Rusia di dalam novel ini juga benar-benar mampu menghanyutkan perasaan kita yang membaca hinggakan kita seakan benar-benar berada di negara Rusia.

Kalau nak tahu kisah penuh novel ini, jangan lupa dapatkan satu untuk koleksi dan sebagai sumber pembangun jiwa yang amat mahal nilainya untuk digambarkan dengan kata2.



Kalau anda semua dapatkan novelnya, lagi dapat bayangkan suasana di Russia antaranya salji yang turun apabila dilimpahi cahaya matahari. Novel Bumi Cinta karya Habiburrahman ini amat bernilai sebagai pengisi kekosongan hati yang sedang mencari2 keutuhan jiwa.



Selamat membaca.
aynora nur



Salam hormat, Semenjak novel Ayat-Ayat Cinta diterbitkan, saya terus jatuh cinta dengan karya2 penulis Islamik tersohor Indonesia iaitu...
Unknown Feb 14, 2012
Oh! MyKarya!





Ayu Amelia jalan tegak tidak menoleh lagi. Dia berasa sangat malu dengan insiden yang baru berlaku. Dia sendiri pun tidak perasan bagaimana dengan jalan yang begitu lebar dan luas dia boleh terlanggar makhluk Allah yang satu itu. Kalau dia berlanggar atau terlanggar dengan rakan sejenisnya tidak mengapa, ini tidak. Yang dilanggarnya tadi adalah kaum Adam. Yang tak sengaja dilanggarnya tadi adalah Danial Nazry, budak Fakulti Kejuruteraan Kimia. Dan yang paling dia rasa kerdil adalah Danial Nazry itu adalah Presiden MPM di university tempat dia belajar. Takkanlah orang tak kenal Danial Nazry itu.

Sewaktu melarikan diri tadi Ayu terdengar sesuatu terjatuh dan terhempas di atas lantai. Keadaan di hadapan Bangunan Canseleri itu kecoh juga dengan insiden tersebut. Banyak suara-suara nakal yang memarahinya. Ayu tak pasti samada salah satu suara yang nyaring marah-marah itu milik presiden MPM itu atau sebaliknya. Bila rasa takut dan malu 150% menguasai diri, jadi tiada apa yang tinggal untuk Ayu jadikan semangat. Sebab itu Ayu lari di celah-celah pelajar yang ramai itu dan mahu terus balik ke asramanya.

Aku mesti sembunyikan diri!
Aku mesti menyorok!
Aku nak jadi invisible woman!
Aku nak ponteng kuliah!

Aku nak ban FB untuk seminggu! Ah! Tak cukup. 2 @ 3 minggu. Kalau boleh nak delete terus atau tukar nama. Kalau tak pun tukar akaun. Benak Ayu sudah membuat perancangan untuk menyembunyikan diri dari menjadi mangsa tohmahan rakan universiti di laman FB nanti. Ayu tak terasa pun yang langkahnya sangat laju hingga dia tanpa sedar telah melangkah salah satu longkang yang agak besar.

Prap!

Argh! Argh! Kaki aku! Skirt aku, koyak…

Siku aku…argh!! Sakitnya…darah??? What?? Apa jadi pada aku ni? Dah malam ke? Kenapa gelap ni?? Emak……

“Ayu Amelia binti Zaki?”

Apa ni? Aku kat sekolah tadika ke? Macam terdengar cikgu sebut nama penuh aku.

“Cuba buka mata perlahan-lahan.”

Oh! Dia ajar aku buka mata perlahan-lahan pulak. Betullah aku sekarang berada di alam persekolahan tadika. Baik buka mata sekarang, dengan senyum mekar di bibir. Tentu cikgu suka, bisik hati kecil Ayu.

Ayu membuka matanya. Perkara pertama yang dia nampak adalah warna putih semata-mata. Kalau orang tu buta, mestilah pandangannya kelam dan hitam. Kali ini putih pulak. Oh!! Mungkin aku orang suci kut, sebab itu aku nampak semuanya putih. Sambil menggosok mata, Ayu tersengih-sengih sendiri.

“Okey tak?”

Satu suara perempuan menegur. Tadi yang suruh buka mata suara lelaki. Confuse!! Sekali lagi Ayu membuka matanya. Kali ini dia sudah sedar sepenuhnya. Dia tidak mamai lagi.

“Eh! Doktor…”

“Dah okey kaki dengan siku awak tu? Cuba gerakkan perlahan-lahan.”

Ayu mengikut arahan yang diberikan. Doktor itu handsome juga, nursenya juga lawa. Memang padan kalau mereka itu dijodohkan. Hehe…Ayu sempat membuat penilaian yang sedikit nakal.

“Aduh! Sakit sikit doktor. Tapi okey kut…”

Ayu sempat memandang sekeliling. Macam kenal aje klinik ini. Dia bukan berada di hospital. Dia pasti. Ayu memusatkan perhatiannya pada reka bentuk dan warna klinik tersebut. Ha! Aku tahu. Ini cuma Klinik Penawar. Jangan nak klentong aku wahai doktor dan nurse, aku boleh balik lepas ni…yahoo!

“Bila boleh balik ni doktor?”

“Dah boleh keluar sekarang. Luka awak sedikit aje. Jangan risau sangat. Cuma kaki awak terseliuh sedikit. Nanti saya ambilkan tongkat untuk membantu awak berjalan.”

“Kena pakai tongkat? Tak perlu kut doktor, saya boleh jalan sendiri. Buat malu aje pakai tongkat.”

Doktor muda itu tersengih-sengih lagi. Nasib baik muka handsome. Omel Ayu dalam hati. Tapi mesti ada sebab dia suruh aku pakai tongkat. Fikir Ayu kemudian.

Ayu bangun dengan angkuhnya. Dia mengangkat kaki kanannya dengan rakus. Belum sempat dia nak berlagak dengan doctor muda itu, mulutnya sudah mengaduh kesakitan.

Pergelangan buku lalinya terasa kaku dan tidak boleh digerakkan. Bisa ya amat…hanya
Tuhan yang tahu. Ayu terduduk di kerusi di bucu bilik tersebut. Airmatanya sudah bergenang demi menahan sakit tetapi dia mesti menjaga egonya sendiri. Tadi bukan main tunjuk lagak, padan muka kau Ayu! Ejeknya kepada diri sendiri.

“Pakai tongkat ya…” pujuk nurse muda itu pula.

Ayu sekadar menurut sahaja.

Pintu bilik dibuka. Ayu mengangkat mukanya dengan wajah yang berkerut-kerut menahan sakit. Sudahlah skirtnya yang koyak menambah malu pada diri sendiri, ini pula kena bertongkat.

“Ayu!!”

“Kau okey tak?”

“Lama kat dalam siot, ingat kau kena potong kaki ke…”

“Ingatkan kau kena tahan.”

“Alhamdulillah…dia dah selamat!”

Fuh!! Ayat yang terakhir itu dari mulut siapakah? Lelaki pulak tu. Handsome tak? Lawa tak? Yang penting dia bukan orang yang aku langgar sebelum ini. Jeng…jeng…

“Bagi dia laluan. Dia kan tengah sakit tu…” suara itu lagi.

Admire betul aku kat sikapnya. Cool dan gentleman…idaman wanita tu! Ayu masih berangan-angan dan hasratnya begitu memuncak untuk melihat wajah empunya suara itu. Akhirnya dia sampai di hadapan lelaki terakhir yang berbaris menunggunya di luar klinik tersebut.

Ayu mendongak. Eh! Macam kenal…

“Masuk terus dalam ambulans. Kaki awak sakit tu. Nanti kita cari orang tolong urutkan kaki awak yang terseliuh itu.”

Ayu menolak tangan lelaki yang ingin membantunya itu. Ayu tergamam. Buat apa dia kat sini? Dia nak menuntut ganti rugi ke? Atau dia mahu membalas dendam kepadaku? Tetapi lihatlah…aku dah macam rupa pengemis gara-gara melarikan diri selepas melanggar sang presiden MPM ini! Apa kau nak lagi? Puas hati kau! Ayu memandang Danial dengan pandangan benci!

“Eh! Kau ni kenapa? Danial yang arrange semua ni tau. Ada ke patut layan dia macam itu. Sepatutnya kau yang minta maaf, ini tidak. Kau pulak yang berlebih-lebih…” Bella membebel di cuping telinga Ayu.

“Dia mesti ada udang di sebalik mee. Mesti ada niat tersembunyi nak salahkan aku, nak balas dendam. Manalah kita tahu, aku cuma berwaspada, itu aje.” Ayu mempertahankan diri.

“Orang macam Danial nak balas dendam? Kau silap Ayu. Dia tak ada masa untuk ini semua. Masa dia penuh, seminggu padat dengan macam-macam hal, dalam dan luar universiti. Perihal kau langgar dia tu, perkara kecil aje pada dia. Dia tak marah. iPad dia yang berderai tu pun dia tak marah. Yang marah-marah kau tu, budak-budak lain. Kan kat depan Bangunan Canseleri tu ramai budak, student, banyak mata yang menjadi saksi. Tentulah respon spontan orang muda macam itu…pulak tu kau blah macam tu aje lepas langgar orang. Lagi dia orang marah.” Bella bercakap panjang lebar agar Ayu tahu hal yang sebenarnya.

Ayu hanya terkebil-kebil mendengar penerangan dari Bella. Kaki dan sikunya yang sakit umpama sembuh dalam sekelip mata.

“Betul ke apa yang kau cakap ni?”

“Aku ada kat sana masa kejadian itu. Kan kita dah janji nak pergi library after that function. Aku pergi toilet kejap, tut-tut kau dah lesap.”

“Aku ingat kau dah tunggu aku kat library. Aku rasa macam dah lewat. Itu yang aku terjah aje, mana nak tahu nak terlanggar orang itu.”

“Baik kau minta maaf dengan dia. Dia dah pesan dengan budak-budak dia jangan cari pasal dengan kau. Dia tak suka para mahasiswa bermusuhan sesama sendiri.”

“Aku seganlah…”

“Memohon maaf daripada orang lain kan perkara baik. Walaupun sebelum ini kau tak kisah pasal MPM ke, presidennya ke, dan kau pun tak mengundi ketika MPM membuat pemilihan dulu, tak salah kalau sekarang ni kau cuba cari dia. Minta maaf secara jujur dengan Danial. Dia baik orangnya, Ayu. Tak rugi kalau kau mencuba, dan tak untung pun kalau dia memaafkan.”

“Kenapa cakap macam gitu?”

“Kau kan tak suka presiden MPM tu kan? Kalau dia dah maafkan kau, kau blah aje. Settle case…”

“Tapi aku tak kata yang aku tak suka Danial…”

“Ha!Ha!Ha!” Bella ketawa tergolek-golek bagai nak pecah perut.

Ayu Amelia buat tak endah sahaja.

****

Misi Ayu bermula.

Ayu membuat percubaan pertamanya untuk menemui Danial. Ayu mencari di FB Danial dan memperolehi maklumat yang amat diperlukan. Hari Selasa dia berada di padang hoki untuk perlawanan hoki antara kolej. Uh! Mesti ada chance jumpa dengan Danial Nazry, Ayu bernyanyi-nyanyi riang demi untuk melunaskan tanggungjawabnya yang bersalah terhadap presiden MPM itu.

‘Dapat juga aku minta maaf dengan dia hari ini.’ Ayu rasa tidak sabar. Dari jauh dia nampak Danial sedang memukul bola hoki dengan begitu bergaya. Dia sangat berbangga dengan lelaki itu, serba boleh dan yang penting dia sangat kacak. Mengapa semua presiden mesti lawa-lawa dan kacak-kacak? Ayu pun tiada jawapan kepada soalan yang ditanyanya sendiri.

“Ayu!”

Ayu langsung tidak endah panggilan yang ditujukan kepadanya. Dari nada suara dia tahu itu milik Sufiah yang juga ahli kumpulannya untuk subjek Matematik.

“Ayu Amelia! Kau jangan buat-buat pekak. Nanti tuli terus baru tau.”

“Ish dia ni, ugut aku pulak. Apa dia??” Ayu menjawab nyaring. Tapi matanya tak lepas dari memandang ke padang. Dia takut dia kehilangan Danial Nazry. Jika presiden MPM itu ‘hilang’, maka permintaan maafnya akan terhutang. Itu yang dia tidak mahu. Kalau hutang duit, boleh jugak dia online transfer ke dalam akaun Danial, tapi kalau berhutang maaf, macam mana nak transfer? Pening kepala!

“Kau dah siap belum assignment group yang Prof bagi. Aku nak collect kau punya bahagian. Malam ini aku nak compile dan edit.”

“Assignment yang mana ni?”

“Kau ni Ayu. Pelupa betul. Yang kena present this weeklah.”

“Eh! Matematik ada presentation ke? Pelik bin ajaib tul…”

“Sedangkan Kimia dan Fizik pun ada, inikan pula Math yang jadi subjek teras. Cepatlah…bak sini pen drive kau, aku nak transfer kat laptop.”

“Aku tak bawaklah. Aku ada misi yang lagi penting ni. Nanti malam aku bagi kat kau.”

“Entah-entah belum siap.” Sufiah mengusik Ayu.

“Tengok kaki lah. Aku janji malam nanti aku send kat email kau.”

Ayu Amelia masih menoleh ke tengah padang. Kelibat Danial tidak kelihatan. Dia mulai risau. Dia mesti segera mendapatkan sekumpulan student lelaki yang sedang berkumpul. Mesti Danial pun ada kat situ.

“Aku chow dulu.”

“Ayu! Ayu!”

“Malam nanti okey.”

Ayu sudah berlari-lari anak ke arah tepi padang. Langkahnya dilajukan. Sebaik kaki Ayu mencecah kumpulan student lelaki itu, semua mata terpaku ke arahnya.

Ayu tak jadi nak membuka mulut. Sebaliknya dia menutup dadanya dengan beg sandang yang digalas sedari tadi. ‘Nasi lemak’ aku ni pelik ke? Bukannya besar sangat pun, atau ada baju aku yang terkoyak. Aku pakai jeans, mana boleh terkoyak macam skirt hari tu…Ayu berkata-kata di dalam hati.

“Apa hal?”

Barulah pandangan student lelaki semuanya beralih arah. Mereka meneruskan perbualan masing-masing.

“Nak tanya boleh?”

Tiada respon.

“Danial Nazry dah balik ke?”

Seorang student memandang Ayu dari atas ke bawah dan kemudian memandang tepat ke wajah Ayu.

“Dia dah balik setengah jam tadi.”

“What?”

“Ada pertemuan dengan naib canselor.”

“Fuh! Melepas pulak kali ini.”

“Apa kak?”

“Tak ada apa-apa.”

Ayu mengorak langkah untuk kembali ke hostel penginapannya. Dia sudah tiada mood. Ini semua Sufiah punya pasallah, kalau dia tak menyibuk tadi tentu sekarang aku dah nyaman bermaafan dengan Danial.Ayu mengomel dalam hati.

***

Singgah hari ke 12. Ayu tidak dapat mencari Danial untuk selama lebih kurang dua minggu kerana sibuk dengan tugasan, perbincangan kumpulan, berjumpa dengan pensyarah, membantu pensyarah mengumpul bahan untuk penyelidikannya, sibuk dengan FB dan lain-lain agenda seorang wanita. Ketika sedang sibuk merewang kat FB, Ayu ternampak pengumuman dari ahli MPM bahawa petang nanti ada mesyuarat di bangunan pelajar.

“Ini peluang kedua aku. Aku mesti dapat jumpa dengan dia. Misi maaf bermaafan mesti di tamatkan hari ini juga. Aku dah tak sanggup menanggung hutang maaf dengan orang yang tak bersalah ini. Manalah tahu kut-kut…”

“Kut-kut apa?”

Bella yang sedang menghadap laptopnya membuang pandang ke wajah Ayu.

“Kut-kut esok lusa aku dah tak bernyawa.”

“Ke situ pulak kau fikir!”

Ayu sekadar menjeling manja.

Ayu menunggu di luar bangunan pelajar berdekatan dengan CIMB. Dia sabar menanti walaupun sudah puluhan mata orang yang keluar masuk bank memandang kepadanya sambil mungkin bertanya, buat apa terpacak kat sini? Semua student sama saja, mata tajam menjeling. Hish! Bosan pulak jadi pak guard ni…

Dia ternampak seorang budak lelaki yang dikenali baru selesai mesyuarat. Ayu mahu menegur tetapi tak jadi bila dilihat muka pelajar lelaki itu masam mencuka. Muka tak ada rezeki betul! Ayu mengomel.

“Hai! Mana si Danial ni. Penat kaki aku tunggu…”

Ayu duduk mencangkung. Matanya sekejap-sekejap memandang ke pintu. Kut-kut tersembul wajah presiden MPM itu, dia akan terus terjah. Sampai ke sudahnya bayang Danial tak muncul langsung.

“Dia tak masuk meeting hari ini. Ada emergency hal keluarga, dia balik Melaka.”

Akhirnya ada juga yang memberikan jawapan pada soalan yang tak terkeluar dari mulut Ayu. Orang itu tak lain dan tak bukan adalah Bella.

Kelamnya hari ke 30. Ayu mahu tak mahu menemankan Bella ke majlis makan malam AJK konvokesyen yang di adakan di sebuah hotel terkenal. Ayu tak mahu berdandan sangat, bukannya majlis apa pun, setakat makan malam meraikan selesainya tugas mengendalikan Hari Konvo Universiti. Lagipun Ayu tiada mood. Tetapi dalam hati Ayu pasang niat mahu berjumpa dengan Danial. Dia merancang mahu menerjah Danial, memohon maaf, kemudian buat muka selamba dan berlalu begitu sahaja. Itu sudah memadai.

“Kita nak tumpang siapa?”

“Pak Lebai dari Fakulti Pendidikan Islam.”

“Aku kenal ke?”

“Penting ke kau kenal atau tidak. Yang penting sampai ke tempat yang nak dituju.” Bella menjawab dengan tegas.

“Okeylah, aku faham. Aku ikut aje.”

“Baguslah kalau macam itu. Senang kerja aku.”

“Kerja kau? Apa kau ada projek dengan pak lebai itu ke? Ko biar betul Bella. Takkan terdesak sangat sampaikan pak lebai pun kau tak respect!” Ayu mula tak senang duduk.

“Projek apa ni Ayu? Aku kata asalkan kau tak banyak mulut pun dah cukup. Kau kan selalu potong stim…buat kacau.”

“Ops! Sorry friend! Malam ini sure smooth…”

“Kau jangan jadi semut hitam sudah!” Bella memberi amaran.

Waktu yang ditunggu pun tiba. Sebuah kereta wira berwarna maroon berhenti di hadapan Bella dan Ayu yang setia menunggu di depan bangunan Canseleri. Dari dalam kereta kelihatan pak lebai dan rakannya melambai-lambai ke arah Bella. Ayu ikut mengangkat tangan tanda salam perkenalan. Dalam perjalanan tahulah Ayu bahawa pak lebai bernama Fizo dan rakannya bernama Ayung. Nasib baik bukan gayung, Ayu hanya tertawa dalam hati. Pak Lebai yang berjambang dan berkaca mata jadi pemandu dan secara kebetulan Ayu duduk di belakangnya. Senang nak buat kerja! Naluri nakal Ayu mengusik.

“Handsome jugak pak lebai kau ni, Bella.”

“Ermm…”

“Bujang atau dah berpunya?”

“Apa bezanya. Bukan aku nak mengurat dia pun.”

“Ala…takkan tak ada hati kut.”

“Kau jangan macam-macam Ayu. Aku bagi last warning! Kalau tak aku suruh pak lebai turunkan kat tepi jalan.” Bella mengugut.

“Mana ada. Aku Cuma nak berbual dengan pak lebai aje. Itu pun tak boleh ke?”

“Yang itu okey. Aku tak kisah.”

Ayu pun memulakan sesi soal menyoal dengan pak lebai Fizo. Nyata Fizo amat peramah dan boleh tahan kelakarnya. Cakapnya diselang selikan dengan lawak jenaka yang mencuit hati Ayu dan Bella.

“Awak boleh tahan juga buat lawak, ek! Tak sangka. Nasib baik awak tak sombong macam presiden MPM tu. Nak jumpa dia punyalah susah. Dahlah saya ada berhutang dengan dia…”

Tiba-tiba Pak lebai Fizo menekan brek secara mengejut. Badan Ayu terdorong ke depan. Mukanya tersembam ke kerusi pemandu.

“Woit!! Ini lesen apa bawa kereta macam terlanggar lembu. Lesen terbang ke?”

Belum sempat Ayu mahu menambah bebelannya, Bella sudah menekup mulutnya.

“Kau ni kenapa? Dah hilang akal?”

“Apa aku buat?”

“Apa kau buat kau kata? Sebab itu aku bagi kau warning tadi. Jaga mulut! Jaga mulut! Kau degil.”

“Aku tak faham Bella. Kenapa mesti nak kena jaga tu jaga ni. Aku tahulah kita keluar dengan pak lebai. Tapi takkan berkongsi pendapat pun tak boleh.”

“Kau bukannya kongsi pendapat. Tapi dah sampai bab kutuk mengutuk. Dosa hukumnya tau.”

“Ala! Orang yang aku kutuk bukannya ada pun! Nanti jumpa dia aku minta maaf banyak-banyaklah. Kau suruh aku minta maaf berbakul-bakul pun boleh.”

Kereta yang dipandu oleh pak lebai di berhentikan di tepi jalan. Ayung ikut keluar dari kereta bila pak lebai berbuat begitu.

“Baik sekarang juga kau minta maaf. Karang ada yang tidur tepi jalan ni…”

“Bella. Aku tahu aku banyak buat salah dan mengata presiden MPM tu. Tapi nantilah, sampai kat hotel aku cari dia dan terus minta maaf.”

“Kau tak faham.”

“Aku faham. Bukankah kita sedang bercakap gunakan bahasa melayu. Sudah tentu seratus peratus apa yang kau cakap tu aku faham.”

“Sebenarnya…”

‘Sebenarnya apa Bella? Kau nak cakap yang aku dah kutuk presiden kita tu depan-depan? Memang aku ada kutuk depan orang, tapi depan pak lebai dan Ayung aje. Itu pun kawan-kawan kau. Takkan dia orang nak pecah tembelang pada Danial. Tak mungkin!”

“Boleh jadi juga, semuanya boleh terjadi.”

“Kau ni buat aku panik tau!”

“Sebenarnya…”

“Apa lagi?”

“Aku nak buat surprise kat kau. Tapi ini dah terbalik. Kau pulak yang surprisekan kita orang.”

“Kita orang? What do you mean? Don’t tell me that…”
Bella mengangguk.

“Kau cakap betul-betul. Jangan main angguk-angguk aje.”

“Pak lebai tu sebenarnya Danial. Presiden MPM yang kau dok kata mengata tu. Dia sengaja menyamar jadi pak lebai. Sebab kita orang nak kasi chance kau minta maaf secara aman damai. Orang tak cam…belum sempat aku nak pi khabaq, kau dah terlajak! Kau ni memang tau…”

“Jadi aku dok mengata dia bulat-bulat lah tadi?’

“Ya.”

“Allah Bella, mati aku Bella. Hutang aku bertambah lagi Bella. Aku tak sanggup lagi macam ini. Aku selalu dihantui rasa bersalah pada Danial, Bella.”

“Padan muka kau. Kau memang suka cari pasal. Pulak tu dengan orang tertinggi persatuan mahasiswa…lain kali nak cari pasal cari orang yang tak ada nama. Ini tidak, kau asyik terjerat dengan orang macam ni. Kan dah susah nak delete, susah nak settle. Kau pergi minta maaf sekarang! Aku takut kita kena tidur tepi jalan ni karang…”

“Okey! Okey! Meh pinjam scarf kau.”

“Nak buat apa?”

“Pinjam ajelah…”

Bella menghulurkan scarf yang tersangkut di lehernya kepada Ayu. Entah apa minah ini nak buat, Bellah hanya memerhati dari dalam kereta.

Ayu mengangkat scarf warna hitam milik Ayu tanda menyerah kalah kepada Danial sebagai tanda dia memohon maaf atas banyak kekeliruan yang timbul antara mereka berdua. Ayu sudah penat. Dia tak mahu jadi the ‘chaser’ lagi. Dia nak berehat. Tak mahu berserabut lagi. Orang lain kalau menyerah kalah guna bendera putih, Ayu pulak guna selendang hitam. Macam-mcam dia ni, gumam Bella agak gelihati juga.

“Aku mintak maaf Danial. Aku minta maaf. Aku tak tau pun yang kau ni sedang menyamar. Aku tak sengaja terkutuk kau tadi. Aku memang tak sengaja. Aku saja share pendapat dengan pak lebai tadi a.k.a kau, Danial. Kau pun satu, lain kali nak menyamar pun bagitahu lah…ini tidak! Aku juga yang bertambah dosa. Kau senang-senang dapat pahala aku. Aku mintak maaf Danial. Aku mintak maaf.” Rayuan Ayu dibiarkan sahaja oleh Danial.

Danial sengaja berbuat begitu. Dia mahu Ayu tahu apa itu maknanya serik. Kalau tidak dia suka menyakat orang. Kadangkala usikan Ayu Amelia boleh menyebabkan hati orang lain terasa. Dia mahu Ayu tahu itu! Bukannya mudah untuk mendapatkan kemaafan. Ini semua sebagai satu pengajaran.

“Kenapa kau diam?” Ayu sudah hilang rasa malu. Dia menyesali perbuatannya selama ini.

“Sudahlah tu.” Bella menarik tangan Ayu.

“Selagi tak keluar sepatah perkataan dari mulut Danial, aku tak berganjak. Biar ramai-ramai tidur kat tepi jalan malam ni…”

“Kau ni melampau. Kau punya pasal, kita orang yang jadi mangsa.” Ayung mencebik.

“Please Danial…maafkan aku. Aku janji tak akan kacau kau lagi lepas ni. Kalau kau suruh aku ganti iPad kau yang dah pecah pun aku sanggup. Tapi aku bayar installment...”

“Sure?” akhirnya Danial bersuara setelah melihatkan wajah kasihan Ayung dan Bella.

“Aku janji!”

“Itu aje?”

“Kalau kau nak aku cakap maaf dalam 10 bahasa pun aku sanggup, Danial.”

Semua yang mendengarkan bicara Ayu ketawa terbahak-bahak termasuklah Danial.

“Kau ni lawaklah. Hidup mesti tak sunyi dengan kau, kan?”

“Gerenti!” Ayu rasa lapang akhirnya kerana Danial si presiden MPM di depannya ini boleh ikut ketawa mendengar gurauannya. Siapa sangka Danial pun ada sisi lain seorang pelajar. Taklah serius sangat seperti gambar posternya.

“Alhamdulillah…”

“Kenapa?”

“Aku dah tak jadi pemburu lagi. Aku dah bebas. Terima kasih Danial sebab kau terima maaf aku.”

“Ada tak aku kata kat kau tadi?”

“Kata apa?”

“Penerimaan maaf aku bersyarat.”

“Apa lagi?”

“Be my girlfriend tonight?”

Bella dan Ayung berdehem. Apakah benar apa yang mereka dengar? Ayu pula hampir terduduk mendengarnya.

“Malam ini aje ke?” tanpa sedar Ayu bertanya semula.

“Kita lihat dulu…” Danial bergurau.

“Satu malam pun jadilah daripada tak ada langsung.”

Akhirnya mereka bergegas masuk ke dalam kereta kerana acara makan malam yang mereka mesti hadiri mungkin sudah lama bermula. Perut pun sudah berkeroncong minta diisi. Yang penting bagi Ayu, misi pencarian maafnya berakhir sudah dalam tempoh sebulan. Tetapi dalam diam Ayu mengatur misi baru pula. Menjadi isteri Danial dalam tempoh setahun? Bolehkah? Ayu tersengih-sengih nakal di sebelah Bella. Ayu Amelia Oh Ayu Amelia!! Ada-ada saja!!


-TAMAT-

Ayu Amelia jalan tegak tidak menoleh lagi. Dia berasa sangat malu dengan insiden yang baru berlaku. Dia sendiri pun tidak perasan bagaim...
Unknown Feb 8, 2012