Menu
Oh! MyKarya!

awan kelabu menutup langit jingga
hingga aku lupa mana jalanku
cahaya abadi nan menyuluh lorong
bawa langkah ini pada jalanmu
bimbang selamanya diri ini tersesat
dalam lembah curam dan berduri
siapakah yang mendengar jeritan ini?



awan kelabu menutup langit jingga hingga aku lupa mana jalanku cahaya abadi nan menyuluh lorong bawa langkah ini pada jalanmu bimbang se...
Unknown Sep 15, 2012
Oh! MyKarya!



Nina Soraya menjeling Haizan di sisinya yang sedang penuh tumpuan memandu. Keadaan jalan agak licin kerana hujan turun rintik-rintik. Haizan menhidupkan 'wiper'nya agar pandangan pada cermin kereta lebih jelas. Radia terpasang dengan volume yang perlahan menimbulkan sisi romantis kepada kedua pasangan sama cantik dan sama padan itu. Soraya tidak tahu mahu memulakan bicara sedangkan Haizan kelihatan lebih cool. Bila mengingatkan tindakan Haizan kebelakangan ini, apatah semenjak dua bulan mereka bertemu semula, ada saja tindakan Haizan yang diluar dugaan.

"Dah sampai pun.."

Suara Haizan yang gemersik di cuping telinganya membuatkan Soraya tersedar dari khayalan panjang.

"Eh! Kau kata nak bawa aku makan malam. Rumah siapa ni? Kenapa kita datang kat sini?"

Soalan Soraya terbiar sepi tanpa jawapan.

"Keluarlah...semua orang dah tunggu."

"Aku tak nak! Kan kita nak pergi dinner. Kenapa kau bawa aku ke sini. Aku tak nak keluar!" Soraya mengeraskan badannya.

"Please!! Kau tak nak keluar aku angkat..." Haizan menyakat dalam nada suara yang amat perlahan dan penuh perhatian. Soraya rasa terbuai dengan perasaannya sendiri.

Dada Soraya berombak kencang tatkala mendengar keberanian Haizan berkata begitu kepadanya. Dengan langkah terpaksa, Soraya keluar dari perut kereta lalu mengekori langkah Haizan masuk ke dalam rumah besar itu. Sambil itu sempat juga dia membetulkan rambutnya yang diikat ala kadar itu. Pintu dibuka oleh seorang lelaki yang amat dikenali oleh Soraya.

"Masuklah...jangan segan-segan." lelaki berbadan gempal itu mempelawa.

Sebaik Soraya masuk, semua mata yang berada di ruang tamu memandangnya tidak berkelip. Seorang wanita separuh umur dan lelaki yang agak sebaya juga menjemput Soraya duduk sambil melemparkan senyuman mesra. Haizan sudah duduk di samping wanita yang sebaya ibunya itu dengan selamba. Soraya duduk di kerusi yang menghadap mereka bertiga. Lelaki berbadan gempal duduk agak jauh sedikit. Sesekali matanya menjeling ke arah lelaki tersebut. Apa dia buat di sini? Di rumah mewah ini?

"Nina apa khabar?"

Saat namanya disebut 'Nina', membuatkan fikiran Soraya melayang jauh cuba mengingati sesuatu. Hanya ada beberapa orang sahaja yang memanggilnya begitu tetapi dia sudah lupa siapakah orang-orang istimewa itu. Yang dia tahu ahli keluarganya dan Haizan memang memanggilnya dengan panggilan manja tersebut.

"Bagus mak cik."

"Keluarga semuanya bagus?" sampuk lelaki yang nampak tua sedikit dibandingkan dengan ayahnya.

"Alhamdulillah..."

Soraya melayani setiap pertanyaan mereka dengan baik dan berhati-hati. Sesekali Soraya ketawa menampakkan barisan giginya yang putih. Akhirnya dia leka berbual tanpa disedari mata Haizan yang merenungnya penuh makna.

"Untie! Makan ready!" satu suara memecah perbualan mereka berlima.

"Oh! Diane...kenalkan, Nina Soraya..." Haizan memperkenalkan Soraya dengan gadis mat saleh itu.

"Nice to meet you..." jawab Diane galak. "Dia..." sambungnya dengan wajah penuh tanda tanya.

"My friend..." Haizan menjawab pendek sahaja.

"Ohh!" jawab gadis itu lega.

Haizan dan lelaki berbadan gempal itu hanya ketawa melihatkan telatah Diane yang bersahaja.

"Jom kita makan."

Soraya menurut sahaja. Hingga saat nasinya hampir habis barulah dia tahu yang kini dia berada di rumah Haizan. Seumur hidupnya ketika berkawan dengan Haizan dahulu, dia tidak pernah kesini. Mati-matian dia menyangka ini rumah Bro. Aziz, lelaki berbadan gempal itu.

Sewaktu menghantar Soraya pulang, Diane berkeras mahu ikut serta. Soraya perasan pandangan wanita mat saleh itu seakan-akan cemburu tatkala Soraya mengucup tangan ibu bapa Haizan semasa meminta diri tadi. Siapakah Diane dalam keluarga mereka? Terutamanya dalam hidup Haizan?

"Dia anak angkat pak cik aku yang buka chalet kat Tioman. Sekarang ni sedang cuti semester kat kolejnya, itu yang datang menyibuk kat sini. Dah dekat dua minggu dia kat sini. Simple bahasa pun dia dah boleh cakap."

"Macam mana boleh jadi anak angkat pak cik, kau?"

"Pak cik aku suka merantau. Dia ramai kawan kat luar negara terutamanya kat England. Lama juga dia merantau kat negeri orang putih tu...kalau tak silap aku hampir 10 tahun. Dari situlah dia berkenalan dengan si Diane tu. Kalau kau nak tahu, sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin, umurnya pun dah dekat 50 tahun. Bukan bujang terlajak lagi...bujang veteran rasanya..." di hujung kata-katanya Haizan sempat mengutuk pak Anjangnya itu.

"Hmm..."

"Nina, aku nak bagi tahu kau satu perkara."

"Apa dia?"

"Sebenarnya hujung tahun ni aku nak kahwin."

Pernyataan yang keluar dari mulut Haizan begitu menyentak tangkai hati Soraya. Sedangkan pada waktu dan saat ini, kasihnya baru hendak berputik kembali setelah perpisahan panjang memisahkan mereka. Tergamak kau ambil aku kembali, kau berikan harapan dan kini semudah itu kau campakkan aku, Haizan!

"Kenapa diam?" soal Haizan tidak puas hati.

"Baguslah."

"Kau tak tanyapun dengan siapa aku nak kahwin."

"Tentulah dengan minah saleh itu, kan? Patutlah tengok aku semacam aje tadi. Takut 'boyfriend'nya yang handsome ini kebas."

Haizan ketawa sekuat-kuatnya. Tidak sangka itu yang akan terkeluar dari mulut Soraya. Haizan memberhentikan keretanya di tepi jalan yang kurang sibuk. Kemudian dia menoleh wajah Soraya yang sudah tidak tersenyum lagi.

"Silap. Kau salah tu. Aku tak kahwin dengan dia dan tak akan berkahwin dengan mana-mana perempuan pun..sebab aku dah ada pilihan lain."

Jawapan Haizan membuatkan Soraya lega sedikit. Tetapi siapakah gadis yang telah bertapak dihatinya sepeninggalan aku selama hampir empat tahu lalu? Soraya berteka teki sendiri.

"Aku nak minah Malaysia. Yang penting dia orang Johor juga."

"Racist!"

"Bukan macam itu. Ada lah sebabnya..."

"Kenapa?"

"Sebab orang Johor cantik, hidung mancung, berbudi bahasa dan yang paling penting...aku nak cari yang macam Nina Soraya, awek aku yang dulu!"

Soraya kelu tidak terkata. Malu pun ada apabila orang yang dimaksudkan itu adalah dirinya sendiri. Ada-ada saja gurauan haizan yang menggetarkan tangkai hatinya.

"Nina..."

Diam.

"Kau masih sayang aku tak? Macam dulu-dulu tu..."

"Entah."

Haizan mengeluh.

"Tak mengapalah Nina. Kau suka ataupun tidak, aku tetap dengan pilihan aku. Kalau kau tidak suka bagitahu aje."

"Apa pulak kaitannya?"

"Tak ada apa-apa."

Mereka sama-sama terdiam. Haizan menghidupkan enjin lalu meneruskan perjalanan.

"Kalau kau suka dengan pilihan aku, pakailah gaun putih di majlis aku nanti."

"Eh! Merepeklah kau Zeem. Aku tak akan pakai gaun atau datang pada majlis kau nanti."

"Kenapa pulak?" soal Haizan tersenyum sebelum Soraya menutup kembali pintu kereta.

"Sebab aku sayangkan kau!"

Haizan ketawa kuat-kuat di dalam kereta. Lakonannya menjadi untuk melihat Soraya cemburu. Dan nyata, cemburu itu tandanya sayang...
      
           

  

Nina Soraya menjeling Haizan di sisinya yang sedang penuh tumpuan memandu. Keadaan jalan agak licin kerana hujan turun rintik-rintik. H...
Unknown Sep 13, 2012
Oh! MyKarya!


Salam lebaran,
Selamat membaca kepada para pembaca sekalian,

Bertemu kembali dengan para peminat novel. Kali ini saya ingin membuat review tentang sebuah novel Indonesia. 



Novel yang memakai kata tagline, ‘Sebuah Perjuangan Menepis Luka, Menapaki Sebuah Cita-cita dan Cinta’ adalah sebuah novel islamik terbitan PTS Lintera Utama Utama. Novel ini ditulis oleh Ali Imron El Shirazy. Ali Imron El Shirazy lahir di Semarang pada 14 Januari 1985. Beliau lebih suka dipanggil Kangali, seperti panggilan oleh keluarganya. Anak keempat Haji Saerozi Noor dan Hajah Siti Rodliyah ini mendalami sastera Inggeris di universiti Negeri Semarang. Karya yang pernah diterbitkan adalah Bismillah dan Ini Tentang Cinta.

Buku ini dijual pada harga RM19.00 di kedai buku MPH seluruh negara. Ketika saya membelek naskhah ini, saya tertarik dengan gambar kulit buku yang berlatarbelakangkan bunga (mungkin bunga sakura?) berwarna pink. Biasalah, perempuan mudah sangat jatuh cinta dengan warna pink. Kemudian tajuknya pula sangat melankolik…Dan Bidadari Pun Mencintainya. Saya tidak biasa dengan karya2 penulis ini tetapi saya ingin tahu kisah apakah ini?

Setelah beberapa helai muka surat saya baca, saya dapati gaya penulis ini menulis hampir sama dengan                           penulis buku-buku pembangunan jiwa yang terkenal iaitu Habibur Rahman Al Shirazy terutamanya novel Ayat-Ayat Cinta. Pada permulaan bab digambarkan tentang lima sekawan yang digelar Dono, Doni, Amir, Aman dan Ghozali. Empat sekawan itu dan (tentunya Ghozali terkecuali) amat nakal dan kuat mengusik.Mereka menghuni sebuah rumah sewa dan kesemuanya masih sedang belajar di universiti. Lima sekawan inilah daripada awal hingga akhir menjadi sahabat Ghozali ketika susah mahupun senang. Satu sifat Ghozali yang paling ketara dan amat disenangi oleh kawan2nya adalah sifatnya yang pemurah.

Tetapi dalam ketawa dan usik mengusik itu, mereka hairan mengapakah Ghozali tidak melayani salam perkenalan daripada wanita-wanita yang memujanya. Ini menimbulkan tanda tanya yang banyak dari rakan-rakaanya itu dan juga orang sekelilingnya. Daripada persoalan inilah penulis membawa pengalaman pembaca kepada kisah silam Ghozali, gaya hidupnya yang bebas dan songsang hinggakan Ghozali merasakan dirinya paling kotor. Disebabkan dihantui kisah silamlah, malam Ghozali digenangi air mata penyesalan.   
Bagaimanakah kesudahan novel ini? Tentu sudah ramai yang membacanya. Mungkin agak klise tetapi itulah yang peminat novel suka. Akhirnya Ghozali dapat menyelesaikan ‘hutangnya yang tertangguh’ terhadap seseorang dan bertemu semula dengan Pelanginya….

Penggunaan ayat-ayat yang ringkas dan tidak berbelit-belit. Pada mulanya saya mengharapkan lebih banyak tafsiran ayat al-Quran yang dikaitkan dengan jalan cerita, tetapi tidak dalam novel ini. Namun begitu saya cemburu dengan kebolehan penulis ini yang mengadaptasikan kehidupan berpaksikan islamik di dalam novelnya. Tahniah!
    
Sinopsis Belakang buku;

Tidak ada yang tahu, mengapa Abdurrachman Ghozali seolah-olah tidak pernah tertarik pada makhluk bernama perempuan. Berkali-kali kaum perempuan, baik teman sekampus mahupun di luar kampus cuba memikat beliau. Namun dia bergeming.

Ghozali memang terkenal sebagai seorang lelaki yang alim, pintar dan tampan. Adakah susuk alimnya itu yang menjadi benteng kepada dirinya daripada menerima cinta setiap perempuan yang datang? Beliau juga memilih menepis perasaan cinta seorang anak kiai yang datang tanpa pernah beliau duga, meskipun sigadis juga seorang yang warak.

Pandang ke depan dengan optimis,
biarpun kisah semalam umpama beban yang tak pernah surut,
aynora nur      
   

Salam lebaran, Selamat membaca kepada para pembaca sekalian, Bertemu kembali dengan para peminat novel. Kali ini saya ingin membuat ...
Unknown Sep 2, 2012
Oh! MyKarya!



pada angin gunung yang menyapa lembut
kau temui damai abadi di sebuah perkampungan
yang bayunya membawa deru semangat
menghilang kebah panas sang mentari gusar
sering melanda daerah yang sudah kontang
lembahnya penuh dengan paya keluhan
dan di sini pergunungan sepi
membawa cerita ketenangan anak bumi
mencerna warna tawa tak ternilai
lalu mencambah benih rasa cinta
pada bumi merdekamu ini!

pada angin gunung yang menyapa lembut kau temui damai abadi di sebuah perkampungan yang bayunya membawa deru semangat menghilang kebah ...
Unknown Sep 1, 2012
Oh! MyKarya!

datangmu dengan salam kasih
pada perindu yang menanti penuh sabar
mengira bulan dan bintang pada dada Hijrah
saat memeluk rahmatmu pada permulaan hari
tangisan syahdu mengiringi permohonan
ampunkan dosa silam kami

Maha Pemurah Ya Rabbi
kau berikan kami ampunan
dengan percuma tanpa minta balasan
kau Maha Pemberi
pada kami yang hina tidak mampu lagi di tadah
permohonan demi permohonan
apakah malu kami ini
ada tempat pada JannahMu?

kau bebaskan kami
dari panas dan bahang api neraka
janji janji manis yang tidak pernah kau mungkiri
malahan kau tepati ia dengan limpahan rezeki
kau bebaskan kami dari sengsara fakir
kau bebaskan kami dari sumpah murka

tetapi kenapa
kau tinggalkan kami juga
Ramadan 1433Hijrah...

aynora nur
penghujung Ramadan

datangmu dengan salam kasih pada perindu yang menanti penuh sabar mengira bulan dan bintang pada dada Hijrah saat memeluk rahmatmu pada p...
Unknown Aug 8, 2012
Oh! MyKarya!


 
kredit **google 

Hannah menyimpul rambutnya yang panjang dengan penyepit berbentuk rerama berwarna pink yang sangat indah. Lalu rambutnya yang panjang kelihatan tinggal separuh apabila simpulan itu diikat ke atas. Alangkah bagusnya jika simpulan indah itu hanya untuk tatapan mataku seorang, insan benama Zaffril. Sebagai suami aku wajib menasihati Hannah tetapi si cantik isteriku itu hanya kata dia belum bersedia. Aku rasakan ia jawapan yang klise dari semua wanita di luar sana. Tetapi dengan keyakinan seorang suami, aku pasti masanya akan tiba bila ALLAH memakbulkan doa-doa hambaNya.

"You ada function apa, dear?"

Hannah tidak menjawab soalanku. Dia semakin rancak menyolek wajahnya agar kelihatan lebih segar. Kemudian dengan senyuman manjanya dia berpaling kepadaku.

"You dah lupa ke, Zaff?"

"Lupa apa?"

"Ala...you selalu macam tu. Dah berapa kali I ingatkan. I mesej you, I tuliskan kat board tepi freezer dan..."

"Ada ke? I tak ingat pun. Tak perasan pulak..." aku cuba bermanja juga.

"You selalu macam itu. Beribu pesanan I bagi you langsung tak ambil pusing. Dah banyak kali tau. You jangan sampai buat I tak percayakan you, Zaff. Baru nanti you tahu yang langit itu tinggi atau rendah." suara Hannah perlahan tetapi bernada tegas.

"Dear...you ugut I ke ni?"

"Sendiri mau ingat lah..." Hannah berpaling kepada cermin semula.

Aku menggigit jari tidak terkata. Merajukkah dia? Acapkali aku terlupa, berulangkali aku layangkan kemaafan. Dan, sekali lagi aku lupakan pesanannya. Apakah aku sudah kurang hormat pada Hannah? Apakah aku tidak meletakkan Hannah pada senarai utamaku lagi? Entah kali ke berapa Hannah merajuk denganku, semuanya gara-gara sikap sambil lewaku.

Hannah berjalan menuruni tangga dan aku pun ikut mengekor dari belakang. Tiba di ruang tamu Hannah bertanya untuk ke sekian kalinya.

"You nak ikut tak?"

"Tak mahu. I penat Hannah. I balik tadi dahlah merempuh jammed, sekarang nak keluar balik? Apa kata kita duduk rumah aje dan tengok TV. Banyak cerita best kan malam ni. Lagipun dah lama kita tak duduk berdua tengok TV sambil makan jemput-jemput ikan bilis you tu..."

Hannah membuntangkan matanya. Apakah dia marah sangat hinggakan matanya bersinar-sinar memandangku. Bersinar garang pulak tu!

"Zaff...kalau tak mahu ikut, at least hantarkan I ke rumah Salbila."

"Kalau macam tu lebih baik I ikut sekali. Function apa ni dear?"

"Tanya lagi!"

"Tanya pun nak marah?"

"Dah you yang selalu mencabar kesabaran I. Mana I tak marah. You ni tak serious dan tak fokus tau. Tuuu...tengok kat board!" Muncung Hannah dihalakan ke arah dapur. Disitulah terletaknya 'communication board' antara aku dan Hannah.

Aku pun menapak dengan malas ke dapur. ANNUAL DINNER MY COMPANY dengan tarikhnya sekali. Besar terpampang tulisan Hannah pada board itu.

"Zaff...cepat sikit. I dah terlewat ni."

Aku sudah berada di muka pintu.

"I hantar you kat rumah Salbila aje ya. I tak ada mood lah dear. Sorry ok!"

"Suka hati you Zaff. Cepat sikit." kedengaran suara Hannah dalam nada merajuk.

Hmmm...Hannah rajin benar merajuk. Aku pulak? Aku bukanlah kaki pujuk punya orang, tetapi demi kasihku pada Hannah, kerap aku memujuknya kerana kebanyakan punca rajuknya adalah daripada aku. Biasanya rajuk Hannah tidaklah panjang berhari-hari, paling lama pun memakan dua hari setengah, itu kes aku terlupa tentang tarikh lahirnya. Sensitif betul kaum wanita terhadap hari lahir, kan? Kalau aku, orang tak ingat pun tak apa, iya ke? Tetapi belum pernah Hannah terlupa pada tarikh lahirku. Alangkah beruntungnya aku mendapat kawan, sahabat, kekasih dan isteri yang sebaik Hannah.

Aku meninggalkan Hannah di rumah Salbila kerana mereka akan bergerak beramai-ramai dalam sebuah kereta. Kebanyakan kawan-kawan Hannah tinggal satu taman cuma berbeza nama jalan sahaja. Usai membersihkan diri, aku turun ke dapur. Tekak terasa mahu makan jemput-jemput ikan bilis, jadi aku dengan pantas membancuh tepung dan memotong bawang sebagai perencahnya.

Malam itu aku menonton TV berseorangan ditemani dengan satu pinggan jemput-jemput ikan bilis. Memang santai berbanding berasak-asak pada jamuan makan tahunan syarikat Hannah. Aku sudah serik. Seperti tahun lepas, aturcara terlalu padat menyebabkan waktu makan pun terlewat 1 jam. Itu sebabnya apabila Hannah mempelawa tadi aku jadi berat hati. Mungkin kalau aku ikut, waktu seperti sekarang ini belum tentu aku sudah dapat mengisi perut.

Aku memutar saluran TV3. Buletin Utama sedang bersiaran secara langsung. Macam-macam yang disampaikan hinggalah pada satu temuramah perihal ekonomi, satu wajah yang amat aku kenali muncul di kaca TV. Nama si pemuda kacak itu juga tertera di kaca TV, Zek Isqandar Sani. Darahku berderau dan mukaku terasa bahang. Bekas teman lelaki Hannah kini telah kembali ke tanahair. Pulangnya yang membawa gelaran pakar ekonomi muda di sebuah syarikat kewangan terkemuka.

Aku terus teringatkan Hannah. Apakah dia tahu yang Zek sudah kembali ke tanahair? Mungkin Hannah sudah tahu tetapi buat-buat tak tahu dan tak menceritakan kepadaku?

"Hello..."

Di hujung sana Hannah memberi salam. Kedengaran bunyi muzik latar yang bingit di belakang suara Hannah. Entah mengapa aku rasakan pada saat ini aku sepatutnya berada di sisi Hannah dan melindunginya daripada pandangan mata-mata nakal yang pantang nampak wanita berdahi licin. Aku sepatutnya tidak mementingkan diri sendiri jika aku benar-benar sayangkan Hannah.

"Tengah buat apa?" soalan bodoh apa yang sedang aku tanyakan.

Hannah tenang sahaja menjawab dan menjelaskan apa yang sedang dilakukannya. Aku tak mahu memanjangkan masa jadi aku fikir inilah masanya aku perlu tanyakan tentang Zek Isqandar.

"Siapa?" Hannah bertanya lagi kerana keadaan kedengaran semakin bingit di sebelah sana.

"It's okey dear. Nanti balik kita bincang." aku terus memutuskan telefon.

Debaran di dadaku semakin rancak. Zek Isqandar, kerana kaulah aku nyaris kehilangan Hannah. Kalau kau tidak begitu budiman, tentu Hannah tidak cair dengan kau! Nasib baik aku dapat menewaskan kau kerana kesilapan kecil kau, yang akhirnya Hannah memilih aku menjadi suaminya.

***

Hannah sudah siap untuk beradu. Aku melihat jam di handphone. Jam menunjukkan pukul 1.15 pagi. Hannah terus menarik selimut. Mungkin matanya sudah mengantuk kerana penat dengan acara makan tahunan yang baru dihadirinya tadi. Aku gelisah tidak menentu. Aku mesti nak tahu dari mulut Hannah sendiri, apakah dia tahu tentang kepulangan Zek Isqandar, bekas teman lelaki yang pernah disayangi satu masa dahulu?

"Hannah...you dah nak tidur ke?"

"Hmmm..." Hannah hanya bergumam.

"Penat?"

"Yup!"

Aku mengurut bahunya yang sedang membelakangkan aku. Wangian Enchanteur Charming menaikkan semangatku. Sambil berdoa dalam hati, aku membisikkan ke telinga Hanah.

"What?"

"Zek Isqandar."

"You mimpi atau pun berkhayal?" soal Hannah hairan.

"I sedar...tadi I tengok berita. Terkejut I bila dia ada kat sini. Bila dia balik eh?" aku saja menjerat.

"Dah seminggu." Hannah menjawab dengan malas.

Sebaliknya aku rasakan darah gemuruhku sudah sampai ke kepala.

"You tahu?"

"Dia call dan beritahu."

"You tak cerita dengan I pun..."

"Malas lah cakap dengan you ni. Cuba you check balik SMS yang I kirim last week. Ok dear, I nak tidur. I'm very tired. Selamat malam."

Aku termangu macam batu. Aku capai handphone dan meneliti SMS yang dikirim oleh Hannah ke dalam kotak mesej.

- Zaff, hari ini I dan schoolmate ada lunch date dengan our new boss. His name sound familiar to you, Isqandar Sani. Want to joint us? - 

Aku menepuk dahi. Jadi tadi Hannah bertemu lagi dengan Zek Isqandar, bos barunya dalam izinku. Aku yang menolak untuk menemaninya, aku yang lebih selesa makan jemput-jemput ikan bilis dan seperti biasa aku yang mementingkan diri sendiri akhirnya memakan diri.

Sampai ke subuh aku terjaga sambil membelek SMS tersebut dan dalam rongga dadaku penuh dengan nama Zek Isqandar!

                       

  kredit **google  Hannah menyimpul rambutnya yang panjang dengan penyepit berbentuk rerama berwarna pink yang sangat indah. Lalu ram...
Unknown Aug 7, 2012
Oh! MyKarya!

Alisya melangkah lebih laju apabila terasa dirinya diekori. Niat di hati mahu mengunjungi butik Soffea di kompleks beli belah itu tidak kesampaian. Sebaik keluar dari perut teksi tadi, dia memang sudah terasa lain macam. Dadanya asyik berdebar-debar. Sah! Tekaannya benar apabila dia terpandang dua lelaki yang tidak dikenali asyik mengekor ke mana kakinya melangkah. Dalam keadaan tidak menyenangkan itu, Alisya sempat menyelinap ke dalam sebuah kedai menjual tudung lalu bersembunyi di situ. Dia berdoa bersungguh-sungguh agar dirinya dilindungi dari sebarang bahaya.

"Maaf...saya tengok-tengok dulu."

Alisya berpura-pura memilih tudung yang sedang tergantung. Terdapat banyak jenis tudung yang dipamerkan dan akhirnya Alisya mencapai sepasang shawl berwarna hitam agar kelakuannya tidak mencurigakan si pemilik kedai. Usai membayar di kaunter, Alisya segera melepaskan diri dari dalam pusat beli belah itu dengan menahan sebuah teksi. Debarannya semakin kencang daripada awal tadi sebaik matanya terarah kepada dua orang lelaki yang mengekorinya sedang berbual dengan dua orang wanita. Kelihatan interaksi antara mereka begitu serius dan tegang.

Novel : Mengapa Di Rindu 23



Resahnya semakin tidak keruan tatkala salah seorang wanita yang berurusan dengan dua orang lelaki tadi adalah Dato' Yusniza. Sebaik teksi melintasi hadapan pusat beli belah itu Alisya menundukkan kepalanya agar dia tidak dikesan oleh dua lelaki yang tidak dikenali itu.   


***

"Kau biar betul?"

"Betul. Aku rasa macam sedang berlakon dalam sebuah drama aksi. Sebiji macam yang kita selalu tengok kat TV. Sekarang ni pelakonnya adalah aku..."

Rahimah menahan senyum mendengar kisah yang diceritakan oleh Alisya. Dalam hati penuh dengan rasa simpatinya terhadap gadis yatim piatu itu, baru nak mengecap bahagia ada sahaja halangan menjelma. Apakah kejadian dia diekori ada kaitan dengan perhubungan yang semakin akrab dengan anak hartawan dan wanita korporat terkenal, Dato' Yusniza? Jika tidak, takkan ada orang lain yang menaruh hati pada teman baiknya itu. Jika benar, siapa pula mereka? Tiba-tiba seraut wajah dan satu nama muncul dalam kepala Rahimah.

"Zikry cari kau balik ke?"

"Tak ada. Dah lama aku tak dengar khabar berita dari dia. Entah masih ada, entahkan sebaliknya..."

"Langsung loss contact?"

"Ya..."

Rahimah merenung wajah Alisya yang tidak ceria. Dia terpaksa akur dengan pendapat ramai bahawa temannya yang seorang ini berwajah jelita. Tetapi, ketegasan dan kebijaksanaannya seolah menjadikan dirinya selamat dari lelaki-lelaki yang berhidung belang. Hanya ada seorang lelaki yang begitu gentleman dan berani mendekatinya iaitu Hazim. Yang silapnya percaturan takdir ini adalah Hazim seorang tokoh korporat yang terkenal dan CEO yang 'most available bachelor in town'!

"Macam mana kau boleh lepas. Hebat juga kau ya?"

"Aku beli shawl dan tutup kepala aku. Nasib baik ada shawl ni. Kalau tidak kejang aku kat sana, Imah."

Rahimah tergelak kecil.

"Itu tandanya TUHAN sayangkan kau. Dan nak suruh kau tutup aurat yang sepatutnya. Jangan bila susah baru nak guna nikmat yang ALLAH berikan."

"Okey bestfriend, aku ingat pesanan kau ni. Thank you..."

"Hazim tahu pasal ni?"

Alisya mengeleng.

"Kenapa tak bagitahu?"

"Ala...small matter aje pun. Aku tak nak dia risau. Kau tahulah, kerja dia aje dah berlambak, aku tak nak tambah dengan masalah kecil macam ni."

"Kau dengan dia dah getting closer kan, kenapa mesti nak rahsiakan. Aku takut nanti dia lagi bimbang bila tahu dari mulut orang lain."

"Kalau bukan kau yang cerita, dia takkan tahu." Alisya mencebik.

Rahimah ketawa besar. "Kau tahu apa yang aku nak buat ya?"

"Niat kau tu ada dalam otak aku."

"Gitu pulak!"

"Eh! Kejap...ada satu subjek penting dalam cerita aku ni yang aku tak bagitau kau. Dua orang lelaki tu berjumpa dengan Dato' selepas tak dapat kejar aku. Aku nampak kelibat dia orang kat depan shopping complex tu ketika aku dalam teksi nak balik..."

"Then, you must tell your boyfriend about this..."

"Yang mana satu aku kena inform?"

"Dua-duanya sekali..." Rahimah berkata tegas.

"Aku tak rasa aku perlu ceritakan semuanya kepada dia. Aku harus ceritakan perkara yang pertama itu sahaja. Pasal Dato' aku rasa tak perlu kut..."

"Kau mesti berterus terang dengan Hazim, Alisya. Perhubungan yang berjaya bukan dengan berrahsia sebaliknya kau harus berterus terang dalam semua perkara." Rahimah meluahkan nasihatnya.

"Aku tak setuju."

Alisya membantah. Lihatlah apa terjadi pada pada hubungannya yang lepas dengan Zikry. Segala kepercayaan ditumpahkan sepenuhnya, segala rahsia dikongsikan tetapi akhirnya dia juga yang diketepikan. Alisya percaya kepada ketentuan takdir TUHAN, jika sudah jodoh tidak ke mana. Begitu juga dengan Hazim, sekiranya lelaki itu tidak mahu berkongsi semua perkara dengannya, dia tidak mampu memaksa.

"Berbuih aku bagi nasihat, kau tetap degil. Terpulanglah Alisya. Yang penting kau bahagia..." akhirnya Rahimah berserah.

"Terima kasih Imah kerana kau amat memahami."

***

"Abang! Jom kita gerak. Nanti dah lewat sangat, lambat pulak sampai kat rumah. Kasihan dengan Kak Alisya."

Hazim menjeling Tag Heuer di pergelangan tangan. Benar kata Kamal, jam hampir mencecah pukul 12 malam. Memancing di kolam pada waktu malam begitu memang tidak terasa dengan waktu yang bergerak. Bila semua peralatan telah dimasukkan ke dalam perut Harrier, barulah terasa mata semakin berat untuk dibuka.

"Kamal nak tapau makanan tak?"

"Tak payahlah bang...saya nak tidur je." Kamal tersengih menunjukkan barisan giginya yang cantik.

"Bukan untuk Kamal, untuk bakal isteri abang kat rumah tu..." Hazim bergurau.

"Abang tanyalah kak Lisya sendiri."

"Ya lah! Ya lah!"

Hazim mendail nombor Alisya. Setelah tiga kali deringan barulah talian diangkat.

"You nak makan apa?"

"Okey, jangan tidur dulu. Take care darling..."

Di hujung talian Alisya sekadar melepaskan tawa kecil sebelum memberi salam.

"Kamal...are you sleeping?"

"Hmm..."

"Kamal rasa bagus tak kalau abang nak kahwin dengan kak Lisya dalam masa terdekat? Bukannya apa, abang takut melepas. Kak Lisya ramai yang minat."

"Idea yang bagus. Saya ikut aje. Tapi kan bang, buat apa abang nak risau sangat. Kak Lisya memang ramai peminat tetapi semuanya tak berani nak approach sebab kak Lisya garang. Cuma abang aje yang berjaya melepasi tembok batu yang kak Lisya bina. Abang hebatlah!"

"Abang dengan bekas boyfriend kak Lisya dulu, mana lebih bagus pada pandangan Kamal. Cakap aje, abang tak marah."

Kamal tersengih lagi. Matanya yang sedari tadi mengantuk kembali segar. Perbualan dengan Hazim kadangkala terasa lucu dan hangat. Hazim sedaya upaya menjadi insan terbaik buat kakaknya. Hazim sanggup merendahkan egonya demi menjadi buah hati kesayangan Alisya. Lagipun, Hazzim pemurah jika dibandingkan dengan Zikry yang amat berkira dalam segala segi. Kamal akhirnya bersetuju dengan kata hati bahawa Hazim selayaknya mendampingi Alisya, kakak kesayangannya.

"Saya rasa abang cukup segala segi. Abang lah lelaki idaman wanita semalaya. Tetapi saya perasan kan bang...kak Lisya tak pernah pun cakap yang dia dah berkenalan dengan keluarga abang. Abang belum bawa Kak Lisya jumpa parents abang ke?"

Hazim terdiam. Alisya ada bersuara tentang hal yang sama. Tidak bolehkah kali ini dia mengenepikan keluarganya demi memenuhi tuntutan hatinya sendiri? Bukankah bahagia itu milik diri sendiri, siapa mahu derita dalam bercinta. Hazim pun sama, dalam hati selalu membisikkan agar meneruskan sahaja perancangan yang telah diatur. Dia ada segalanya. Sekadar berkahwin senyap-senyap dengan Alisya apalah sangat...lagipun Alisya anak yatim piatu, jadi perancangannya disangka mudah.

Hazim melepaskan keluhan kecil. Dia tidak boleh ikut suka hati jika mahu memperisterikan buah hati kesayangan. Dia harus meletakkan Alisya pada taraf yang tertinggi, wanita untuk dicintai dan disayangi, bukannya untuk diperlakukan sesuka hati! Akhirnya Hazim pasrah pada keadaan yang bakal ditentang...

"Abang Hazim, buatlah apa yang abang rasa baik. Saya ikut sahaja asalkan abang dan kak Lisya bahagia." akhirnya itulah jawapan yang Kamal rasa tepat untuk Hazim.

"Insya'Allah...abang akan bahagiakan kakak Lisya awak tu."

Kamal tersenyum mendengar janji yang disemai oleh bakal abang iparnya itu. 

Alisya melangkah lebih laju apabila terasa dirinya diekori. Niat di hati mahu mengunjungi butik Soffea di kompleks beli belah itu tidak ke...
Unknown Aug 4, 2012
Oh! MyKarya!

"Assalamualaikum pembaca tersayang,

Saya hasilkan cerpen ini bukan kerana saya pandai atau memandai-mandai, tetapi saya hasilkan cerpen ini kerana sebuah kerinduan. Cerpen ini adalah sebuah cerpen pembangunan jiwa, yang saya tuliskan dengan segala kekurangan yang saya ada. Maafkan andai segala kandungan cerpen 'Ramadhan Sepi' ini kurang digemari. Kerana sesungguhnya, Ramadhan datang setahun sekali..."      
********************************************************************



“Sorr…Sorry! Maafkan saya!”

Ratna memungut kertas dan pennya yang terjatuh di atas kaki lima sekolah. Dia mahu cepat melangkah keluar dari bilik guru. Sebentar tadi dia baru sahaja disuruh menyanyikan lagu sekolah menengah yang baru dihuni dua hari. Dalam dua hari, mana sempat dia menghafal melodi lagu sekolah barunya. Entah apa nama cikgu perempuan tadi, Ratna pun tak sempat membaca name tagnya. Disebabkan sebal dengan ‘denda’ yang diterima, Ratna berlari keluar yang akhirnya melibatkan dia dengan insiden pelanggaran dengan budak lelaki itu.

“Tak mengapa. Budak baru ya?” soalnya dengan senyuman.

Ha’ah. Mana tahu?” itu soalan yang Ratna sempat keluarkan dari mindanya.

“Warna baju…”

Ratna memandang baju sendiri. Baru dia perasan yang pelajar tingkatan enam di sekolah itu mengenakan pakaian berbeza.

“Tapi baju awak…”

“Kenapa?”

“Tak sama dengan saya.” Ratna sangkakan budak lelaki itu pun sepertinya, pelajar tingkatan enam bawah yang sedang menjalani minggu orientasi.

“Oohh…aku form five.”

“Oohhh…” Nganga mulut Ratna lebih besar.

“Jangan buka mulut tu besar sangat. Nanti masuk lalat.”

Dalam tak sedar Ratna tersenyum sambil menutup mulutnya. Insiden itu tamat begitu sahaja tetapi senyuman budak lelaki itu selalu hadir dalam waktu lapangnya. Senyuman itu ikhlas dan menawan hati. Semoga nanti dia berkesempatan bersahabat dengan budak lelaki itu. Entah mengapa terdetik di hati mahu berkawan dengan budak lelaki itu. Kalaulah ada masa yang cukup…Ratna meraup mukanya sambil dalam hati menitipkan doa kepada Yang Esa.  

***

Ratna menunggu di pintu pagar sekolah. Budak lelaki yang dikenali dari insiden pelanggaran di hadapan bilik guru itu bernama Yazid. Kini Ratna sedang menunggu Yazid untuk sama-sama berjalan balik ke asrama. Hanya Ratna yang duduk asrama sementara Yazid berulang alik ke rumahnya dengan menggunakan bas sekolah. Kini mereka berdua sudah menjadi sahabat baik yang akrab. Ke mana sahaja pergi mereka tetap bersama. Namun satu yang Ratna jaga sentiasa, biarpun serapat dan seakrab mana perhubungan tersebut, tetap ada pemisah dan halal haram perhubungan manusia yang bukan muhrim yang dipeliharanya.   

"Ratna, ustazah Rashidah nak jumpa kat bilik guru selepas waktu sekolah."

Iryanti berlalu begitu sahaja selepas menyampaikan pesanan tersebut. Ratna tak sempat bertanya lanjut.

"Kenapa ustazah nak jumpa kau?"

Ratna menggeleng. "Mungkin nak bincang pasal program puteri islam."

"Take care. Kekadang semua orang mengaku aje dirinya ustazah tetapi perangai sebaliknya. Orang kata ustazah hanya pada gelaran dan jawatan..."

"Tak baik cakap macam itu. Dalam al-Quran pun ada nyatakan...jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa."

"Aku bukanlah nak bersangka tak baik...tapi aku tak suka dengan dia." 

Ratna mendengar sahaja hujah yang dikeluarkan oleh Yazid. Setiap orang ada pandangan masing-masing, terpulanglah bagaimana Yazid membuat persepsinya terhadap ustazah Rashidah.

***

Ratna beristighfar di dalam hati tatkala mengingati perbalahan kecil antara dirinya dengan ustazah Rashidah tengahari tadi. Ustazah yang bertudung litup itu meninggalkan pesanan dan nasihat yang panjang lebar kepada dirinya. Betul kata Yazid, berhati-hati. Kerana, kebanyakan kata nasihat yang dizahirkan banyak mengutuk dan memburukkan Yazid. Pada pandangan ustazah, keakraban dengan Yazid boleh menjerumuskan Ratna ke kancah maksiat. Namun sebelum berpisah dengan ustazah, Ratna sempat membisikkan,

"Ustazah, apa yang ustazah katakan itu saya hanya boleh jawab, wallahhua'lam. Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah jika kita tak confirm lagi tentang sesuatu..."

Ratna beristighfar sekali lagi. Bayangan putih yang kebelakangan ini melintasi ruang pandangnya secara sekelip mata amat membimbangkannya. Orang kata jika kita selalu diserang benda-benda pelik begini mungkin pandangan mata kita nak rosak, ataupun ada penyakit lain yang kita hidapi. Ratna sendiri kurang pasti. Teman sebilik kerap menggesanya membuat pemeriksaan tetapi Ratna berdegil mengatakan tubuh badannya masih sihat dan tiada tanda-tanda yang dirinya sakit.   

Malas membuang masa tak tentu fasal, Ratna tergerak untuk menulis surat kepada Yazid. Bila teringatkan pertengkaran dengan ustazah Rashidah, semakin mendalam gesaan nalurinya untuk menulis sesuatu buat sahabat barunya itu.

Sahabatku Yazid,


Saya hanya singgah sementara pada dahan hari yang pendek ini. Dalam perjalanan ini, saya dipertemukan dengan insan istimewa yang tidak istimewa di mata yang lain, tetapi semua manusia tetap istimewa pada pandanganNya. Saya sungguh terharu, dalam keterbatasan hubungan ini, awak masih mendengar kata-kata saya dan masih ada sifat malu pada orang lain. Pada luarannya awak nampak kasar, mat rempit, ponteng sekolah, melawan cikgu (sebab itu awak tak suka ustazah, kan?) dan awak juga menghisap rokok. Tetapi sebenarnya awak perlukan teman dan sahabat. Awak perlukan seseorang yang boleh awak sandarkan, dan kita ditakdirkan bersahabat dengan yang berlainan dunia dan jantina. Apakah kita salah kerana berkawan? Apakah kita jahat hanya kerana berkawan dengan orang jahat? Tentu tidak, bukan?


Sahabat seagamaku,


Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. Alangkah indahnya kalam ALLAH ini, sahabatku. Selalu saya dengar kisah-kisah sedih keluarga awak dan sejarah sedih awak. Kenapa awak mesti rasa kecewa kerana ALLAH dah janjikan yang awak dan kita semualah yang paling tinggi darjatnya jika kita orang yang mengingati ALLAH. Tak susah Yazid, jadilah insan yang beriman.


Yazid adikku,


Ingatan dan nasihat sahabatmu ini yang terakhir, jadikanlah sabar dan solat sebagai sebagai penolongmu, memang tak mudah bagi awak, tetapi percayalah pada janji TUHANMU...   

Sahabat mu & kakakmu,
Ratna Saifullah 

***

Cuti semester bermula. Ratna kembali semula ke kampung halamannya. Dia teringatkan sahabatnya, Yazid. Beberapa bulan ditinggalkan, bagaimanakah perubahan yang berlaku. Atau apakah Yazid tetap begitu?

“Awak tak bersolat? Betulkah? Sejak bila?”

Ada juga solat, tapi jarang-jarang…”

“Emak dan ayah awak?”

“Tak tahu.”

Apakah jawapan Yazid itu sebagai satu cara melepaskan diri dari soalan Ratna ataupun dia sendiri tidak tahu tentang jawapannya. Ratna hanya tenang mendengar.

Cuba awak mulakan hari ini. Balik nanti awak cuba solat Zohor. Kemudian diikuti dengan solat seterusnya bila sampai waktu. Kalau awak dapat buat lima kali sehari solat fardu tersebut, teruskan sampai lima hari. Bila masuk hari ke enam, awak tidak bersolat, awak akan rasa sunyi dan sepi. Awak akan rasa rindu pada saat-saat pertemuan dan bersendirian awak denganNya…”

“Aku tak biasa. Aku tak tahu aku boleh buat ataupun tidak. Lagipun, aku dah lama tak buat benda ni…”

Yazid tunduk memandang kasutnya.

Astaghfirullah…kembali kepada jalan yang lurus, Yazid. Saya pun bukannya baik sangat. Saya pun tak sempurna. Tetapi saya nak kita sama-sama menjadi sempurna di mata Yang Maha Pencipta. Saya sahabat awak dan awak sahabat saya. Sebagai seoragn sahabat, saya mahu kita sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat.”

“Kenapa kau baik sangat dengan aku, Ratna? Ahli keluarga aku semuanya buat hal masing-masing. Tak pernah pun mereka ingatkan aku pasal benda-benda ni. Aku malu betul dengan kau, Ratna.”

Ratna tersenyum. Hatinya pun ikut bersyukur. Sedikit demi sedikit perasaan Yazid telah menjadi halus. Lama kelamaan ia akan jadi basah dengan doa dan pujian-pujian terhadapNya. Itu harapan dan doa Ratna terhadap sahabatnya itu.

“Malu awak tu sifat yang baik. Tetapi kalau awak malu dengan ALLAH lagi afdal. Malulah kerana ALLAH, bukan kerana saya.”

Yazid menatap bening mata Ratna. Biarpun ada jarak antara mereka, biarpun keadaan di ruang kantin itu hingar bingar dengan suara orang berbual dan ketawa, Yazid tetap merasakan hanya Ratna yang ada di depannya. Gadis itu sangat istimewa.

“Esok dah nak puasa. Itu pun satu lagi peluang kita nak buat pahala. Selalu TUHAN bagi kita chance tetapi kita pun tak ambil peluang itu. Bulan ramadhan ni panjang tempohnya, sebulan tau. Kalau awak nak tahu pelajaran asas yang selalu saya dengar dan baca….orang yang berpuasa ni, tidurnya adalah ibadah, nafasnya bau wangi syurga, doa orang-orang yang puasa ni mustajab iaitu minta apa pun TUHAN akan makbulkan. Tapi kena minta dengan sungguh-sungguh dan dengan rendah hati.”

“Iya ke?”

“Iya…kalau awak ada masa, bacalah buku ini.”

“Buku apa ni?”

“Kalam Allah.”

“Kalam Allah? Aku tak faham…”

“Kitab tafsir al-Quran. Ada terjemahan yang panjang lebar atas sesuatu ayat. Awak ambillah.”

“Bagi aje?”

“Anggaplah ia hadiah dari seorang sahabat bernama Ratna.”

Ratna tersenyum lagi. Yazid tidak tahu rahsia ALLAH tentang senyuman Ratna itu. Kalaulah Yazid tahu... 

***

1 Ramadhan enam tahun lalu...

Yazid menangis di atas sejadah selepas usai memberi salam. Airmatanya tak berhenti mengalir. Semenjak mendapat hadiah tafsir al-Quran pemberian Ratna, dia telah sedikit demi sedikit berubah. Pada saat membaca terjemahan maksud ayat dari Surah Al-Fatihah, hatinya jadi sayu tiba-tiba. Iyyakana'buwaiyyakanasta'in.  (Hanya KepadaMulah kami berserah dan kepadaMulah sahaja tempat kami memohon pertolongan). Kemudian daripada itu, Yazid tak henti-henti memohon pertolongan dan keampunan daripada ALLAH. Dia menyerahkan dirinya yang sesat dan kotor kepada Maha Penciptanya.

Tambah sebak hatinya apabila rakan sekolah mereka membawa khabar buruk. Eh! Bukan sebenarnya. Kematian bukan khabar baik atau buruk tetapi jika kematian itu lebih baik baginya, jika pemergian selama-lamanya itu lebih baik bagi Ratna, Yazid redha. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali...Yazid terasa kehilangan seorang sahabat tempat dia bersandar. Yazid begitu sepi menyelusuri hari-harinya tanpa ingatan indah daripada mulut Ratna. Gadis istimewa itu tidak pernah berhenti mengajarkannya kalam-kalam ALLAH dalam setiap perbualan mereka. Dalam lembut ada tegasnya. Tetapi...hari ini Yazid terasa sepi, sunyi dan hening melalui hari-hari awal Ramadhan.

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
***

1 Ramadhan 1433H...

"Anak..."

"Nak..."

Tubuh Yazid di tepuk lembut. Matanya yang pedih dibuka perlahan-lahan. Di mana aku? Apakah aku sudah mati? Apakah Malaikat yang mengejutkan aku? Apakah aku akan di campakkan ke dalam kawah api yang menyala merah kerana kehinaan dan kejahatan masa laluku?

"Tolong aku! Tolong jangan campak aku! Tolong aku wahai..."

"Wahai apa nak? Kamu mengigau...Sekarang dah masuk waktu Subuh. Bangunlah dan ambil Wuduk..." seorang pak cik berserban putih menyapa lembut.

"Astagfirullah...aku masih hidup rupanya..."

Pak Cik itu hanya menggeleng tanda tidak mengerti dengan bisikan lembut yang terkeluar dari mulut Yazid.
***

Yazid menatap hujan gerimis yang turun dari birai tingkap. Ramadhan hari ke tujuh, bermakna telah genap tujuh hari juga dia berpuasa. Kini dia berupaya melawan nafsu yang meluap untuk merokok. Jika tidak, dahulu dialah orang pertama menunjuk-nunjuk yang dirinya tidak berpuasa. Entah mana rasa segan dan malu, yang ada hanyalah kesombongan diri dan bongkak dengan kemampuannya. IyyaKana'buduwaiyyakanasta'in...hanya padamu aku berserah dan hanya padamu tempat aku memohon pertolongan...Yazid berulang-ulang menyebut ayat  dari Surah Al-Fatihah itu. Air matanya menitik lagi...dia malu. Malu kepada ALLAH. Masihkah ALLAH menerima penyerahan dirinya ini? Mahukah ALLAH menerima dirinya yang hina sebagai ganti akan ketenangan yang Yazid mahukan? Ratna...inikah yang kau hadiahkan...rindu, kerinduan yang tidak bertepi. Rupa-rupanya kau mengajarkan aku untuk merindui Yang Maha Pengasih, tetapi layakkah aku, Ratna? Layakkah aku?? Gerimis di hati Yazid makin menggila. Setelah bertahun berlalu, dia tidak bisa membuang bayangan Ratna di setiap perjalanannya.

"Saya ada baca satu kisah. Pada satu ketika dahulu Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Selepas Nabi itu mengerjakan wahyu yang diterima, dia berdoa kepada ALLAH memohon petunjuk tentang kelima-lima perkara tersebut. Dan dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh ALLAH s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya.  Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Yazid teringat-ingat kisah yang diceritakan oleh Ratna kepadanya satu ketika dahulu. Waktu itu dia mendengarnya ala kadar sahaja kerana pintu hatinya masih penuh dengan ego. Baginya Ratna sekadar sahabat tempat dia mencari sandaran bila kesepian. Alangkah bodohnya diri, tidak bijak menilai bahawa Ratna hadir sekadar pinjaman. Dan, Ratna hanyalah perantara yang ALLAH turunkan kepadanya untuk berubah. Dan mutiara itu telah ALLAH ambil kembali ...

"Kenapa kau tak pakai tutup muka macam perempuan-perempuan tu?" Yazid teringat lagi perbualannya dengan Ratna.

Ratna tersenyum. Jawapan itu bukanlah sukar untuk diluah.

"Cukuplah saya menutup aurat yang sepatutnya...Islam tidak membebankan kita."

"Aku ingat tutup aurat yang betul untuk perempuan adalah bila kita tutup semuanya."

"Ikut keselesaan masing-masing. Yang penting ikut syariat..."

Dan Yazid terbayang lagi, redup mata gadis istimewa itu begitu menenangkan. Raut wajahnya jernih, sebersih air di kolam.

"Macam mana aku nak dapat raut wajah yang tenang macam kau, asyik tersenyum aje..."

"Senang aje, kan saya dah cakap. Bersolatlah...kerana dalam solat itu terdirinya tiang agama iaitu lima rukun islam. Iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji."

"Macam mana dalam solat kita lakukan lima perkara tu?"

"Bacalah tafsiran kalam ALLAH yang saya bagi..."

"Lecehlah..."

"Bacalah..."

"Bacalah..."

Yazid memeluk kitab tafsir al-Quran pemberian dari Ratna buat kesekian kalinya. Entah kali ke berapa hari ini airmatanya tumpah lagi. Kerinduan pada Ratna tika mengalunkan kata-kata semangat begitu mendalam. Ya Allah, ampunkan hambamu ini, jika aku terlalu rindu padanya, aku tak mampu...untuk menolak rasa ini, kerana aku seorang manusia biasa... 
"Yazid...ada orang nak jumpa."

Yazid menuju ke pintu masjid. Itulah rumah keduanya jika dia tidak mengajar. Disitulah dia menghambakan diri kepada Sang Pencipta. Tempat dia mengimbau kerinduan pada ayat-ayat indah kalam ALLAH yang pernah diajarkan oleh Ratna.

"Siapa tadi yang cari saya?"

"Ain cikgu, dia terjumpa surat ini kat bilik asrama. Ada nama serupa nama cikgu. Jadi, kami rasa cikgu yang layak terima surat ini."

Tiga sekawan anak dara pingitan itu pun berlalu dengan tersipu-sipu selepas Yazid memberi salam. Yazid memilih satu penjuru lalu membuka surat yang sudah agak kuning warnanya. Dadanya berdebar saat membaca nama sang pengirim. RATNA SAIFULLAH. Ditulis enam tahun yang lalu.

Yazid tersandar kesedihan. Ramadhan kembali sepi apabila nama itu menyegarkan sebuah ingatan. Air mata semakin lebat turunnya tatkala menghabiskan ayat terakhir surat kiriman Ratna. Sebuah kiriman yang tertunda... satu rahsia ALLAH.       

"Assalamualaikum pembaca tersayang, Saya hasilkan cerpen ini bukan kerana saya pandai atau memandai-mandai, tetapi saya hasilkan ce...
Unknown Jul 27, 2012
Oh! MyKarya!

Selamat sejahtera,
Bismillah...


Ramadan datang lagi, dengan hati yang suci, menadah tangan memohon pada Illahi, agar Ramadan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Tak pernah ada rasa benci, malahan kesyukuran tak terhingga di panjatkan moga kesejahteraan dan kesihatan yang baik sentiasa dikurniakan. Semoga para sahabatku yang dikasihi di laman mykarya.net, yang tak pernah ditemui, hanya bertemu pada alam maya ini, pun sama seperti diri ini, dilimpahkan kesihatan dan puasa yang afdal.

Sepuluh jari disusun, maaf dihulur jika ada teman-teman maya yang terasa dan terkecil hati, dengan penulisan yang menyentuh hati dan peribadi. Tiada niat mahu memburukkan sesiapa kerana penulisan dihasilkan sekadar mengisi masa terluang dan memenuhi minat yang tertanam sejak dahulu lagi. Semoga kalian sudi menerima permohonan ini dengan tangan terbuka.




Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1433H,

Semoga kita bertemu lagi pada Ramadan akan datang...
aynora nur        

Selamat sejahtera, Bismillah... Ramadan datang lagi, dengan hati yang suci, menadah tangan memohon pada Illahi, agar Ramadan kali ini le...
Unknown Jul 20, 2012
Oh! MyKarya!

Selamat sejahtera,

Sudah agak lama saya tidak buat review novel. Baru2 ini saya ada membeli tiga buah buku dari penulis tersohor bertajuk 3 Kata Hati karya Norzailina Nordin, Jujur Aku Setia karya Eka Fahara dan Kea Alyissa karya Arasharrina. Dan, sebuah novel islamik berjudul Dan Bidadari Pun Mencintainya. Buku ini karya penulis Indonesia yang saya tak berapa ingat nama penulisnya (kerana namanya agak panjang), kerana saya sedang menelaah buku itu buat masa ini. Belum habis baca lagi.

Okey, novel 3 Kata Hati adalah novel terbaru karya penulis polemik Norzailina Nordin. Apa bezanya ek? Memang terlalu jelas perbezaan novel ini dengan novel-novel beliau yang lain. Yang paling nyata novel ini membuat pendekatan 'bahasa pasar/bahasa seharian' dalam penggunaan bahasanya, ayat yang pendek-pendek dan penggunaan bahasa 'aku' dalam beberapa bab dan penggunaan bahasa diri kedua pada lain2 bab. Sebelum ini Norzailina Nordin memang terkenal dengan novel kedewasaan dan matang tetapi kali ini beliau cuba memancing pembaca muda remaja untuk mengikuti karyanya.

Pada pendapat saya, saya lebih menyukai novel-novelnya yang terdahulu seperti Sewangi Kasih, Arjuna Hati, Cuma Dia, Menanti Kasih, Getaran Rindu dan banyak lagi. Karya remaja dan belasan tahun sudah terlalu banyak di pasaran dan saya suka jika selepas ini beliau menulis dengan 'branding' yang tersendiri. Walau apapun, saya tetap penyokong karya Norzailina Nordin sampai bila-bila! Saya adalah salah seorang daripada beribu 'silent readers'nya.




Sinopsis belakang buku:

Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?
     
Bagi peminat novel, saya sarankan kamu semua cuba membaca novel ini dan rasakan perbezaannya novel 3 Kata Hati dengan novel2nya yang lain. Namun, citarasa orang lain2, ada yang suka dan sebaliknya.

Selamat membaca...
aynora nur

Selamat sejahtera, Sudah agak lama saya tidak buat review novel. Baru2 ini saya ada membeli tiga buah buku dari penulis tersohor bertajuk ...
Unknown Jul 17, 2012