Menu
Oh! MyKarya!

Setiap bait lagu mengandungi maksud yang tersirat. Begitu puitis sang pencipta melodi disertai dengan lirik yang bagus dan mempunyai maksudnya yang mendalam.

(Video) Dan Lirik Lagu Potret Akim & The Majistret

Salah satu lagu yang agak kreatif dan saya juga suka mendengarnya iaitu lagu Potret nyanyian Akim & The Majistret. Cuba anda semua hayati liriknya, baris demi baris. Hmm...agaknya lagu ini kisah apa ekk?

Potret? Dalam bahasa umum, potret maksudnya gambar. Gambar yang bagaimana? Potret adalah gambar yang dilukis dengan pensil dan lakarannya kadangkala jelas, samar-samar dan ada ketika si pelukis sengaja melukis Potret secara abstrak. Namun yang pasti potret biasanya lukisan rupa wajah seseorang.

Dalam lagu Potret nyanyian Akim, saya berpendapat ia adalah perlambangan lukisan (Potret) kehidupan yang dirasai oleh seseorang yang ditinggalkan. Lagu Potret adalah lukisan perasaan seseorang yang cuba mencari sidia yang hilang tanpa khabar.

Dalam kehilangan, kadangkala kita masih hidup dalam potret kenangan hinggakan kita masih teringat-ingat memori yang pernah dilalui bersama.

Jom kita lihat video lagu potret nyanyian Akim & The Majistret.


Lirik Lagu Potret Akim & The Majistret


Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah

Hati ini tak akan terbahagi

Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Sumber

(Video) Lagu Potret


 

Perjalanan hidup ini meninggalkan kepada kita kepada dua pilihan. Pilihan untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Pilihan untuk ketawa atau menangis. Rahsia disebalik pilihan itu akan terlerai bila kita telah melewati masa dan berjaya melepasi halangan tersebut.

Samada duka atau tawa, ia adalah sebuah ujian.

Akhirnya, kita terus mengenang potret kenangan sebagai sebuah pengalaman hidup yang tak ternilai. Melaluinya, kita terus tabah, menerimanya dengan redha sebagai tulisan takdir yang dipotretkan buat kita.

Potret kenangan...warna pelangi hiasan terindah!


Setiap bait lagu mengandungi maksud yang tersirat. Begitu puitis sang pencipta melodi disertai dengan lirik yang bagus dan mempunyai maksudn...
aynorablogs Aug 17, 2015
Oh! MyKarya!

Dia dilihat keseorangan. Selalu merenung ke luar tingkap biliknya. Wajahnya sugul, tidak ceria. Sudah beberapa kali aku terserempak dengan dia yang sedang termenung. Apa agaknya yang sedang difikirkan? Apa yang bermain-main pada minda tuanya...

Sesekali dia mengusap rambutnya yang beruban itu, dengan gerakan tangan yang longlai. Argh!! Usia yang entah bila kan berakhir, mengapa dia tidak ceria. Tiada bahagia pada renungan matanya. Di manakah cahaya cintanya?


"Mak cik?"

Dia menoleh. Kemudian memandang ke luar lagi.

"Boleh saya temankan mak cik berbual-bual."

Dia memandangku semula. Kemudian mengangguk.

Aku tidak bertanya sudah berapa lama dia di rumah kebajikan ini. Nanti makin menambah luka, membuatnya sebak. Biarkan Kisah sejarah itu ketepi. Aku singgah sekadar ingin memberikannya sinar semula. Sentuhan cinta yang mungkin sudah lama dia terlupa.

"Mak cik nak makan apa? Boleh saya belikan."

Wajahnya sedikit tersenyum. Kulit kusam itu ingin Ku helus, tetapi malu dan canggung membataskan pergerakanku. Manakan tidak, secebis senyum itu sudah pasti sedikit sebanyak hatinya tersentuh dengan kehadiran orang asing sepertiku.

"Cendol."

"Mak cik nak cendol?"

"Bukan."

"Kali terakhir dia datang sini bawa cendol. Kemudian dia tak datang dah..." Mulutnya terkumat kamit.

"Siapa?"

"Dia."

Aku mendesaknya terus bercerita tetapi mak cik itu berhenti di situ. Lama menanti. Namun dia masih tidak mahu bercerita. Airmatanya bergenang.

Aku menjadi faham sekarang. Mungkin 'dia' yang dimaksudkan itu anaknya.

Mengapakah tergamaknya mereka memperlakukan tempat syurga mereka sebegini? Mana rasa belas dan kasih yang dituai sejak kamu sebesar lengan? Manakah rasa sayang dan rindu yang dipupuk sedari kamu dalam pelukan?

Bukan wang ringgitmu yang mereka dambakan. Bukan juga makanan mewah dan barangan berjenama yang menjadi anganan. Tidak sesekali mereka meminta percutian impian di serata benua.

Hanyalah...sentuhan kasih seikhlasnya yang dinanti di muka pintu. Walau kamu sekadar membawa sebungkus 'cendol' demi melawatnya setiap ketika, itu sudah memadai. Sangat membahagiakan.




Hidup di dunia hanyalah sementara. Ketika muda bertenaga, jangan lah engkau sombong menongkat langit. Dan, kebahagiaan itu bukanlah jauhnya kamu menggapai hingga ke hujung dunia. Kebahagiaan datangnya dari kasih sayang ikhlas yang hadir di hadapanmu. Ada dalam genggamanmu. Hanya jika kamu memahami erti sebuah sentuhan, maka kamu hidup dalam dunia cinta yang indah.

Sentuhan kasih adalah ketika kamu menyayangi dengan tidak mengharap balasan, sebaliknya merasai bahagia yang menyinari hari-hari mendatang.

Sekuat manapun rindu dan cinta pasangan kekasih tidak akan sama kuat dan teguhnya rindu seorang IBU bapa kepada anaknya.


Dia dilihat keseorangan. Selalu merenung ke luar tingkap biliknya. Wajahnya sugul, tidak ceria. Sudah beberapa kali aku terserempak dengan d...
aynorablogs Aug 1, 2015
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Run, Jang-Mi - Drama korea Cheongdamdong Scandal akan tamat. Sebagai ganti, Drama Korea Run, Jang-Mi akan ditayangkan mulai 20 Julai 2015. Siaran episod pertamanya akan bermula pada pukul 10.55 malam hari tersebut.

Ringkasan yang saya baca di kebanyakan blog menulis begini,

Mari raikan Jang Mi kerana dia berjaya mengatasi ketakutannya untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan dalam hidupnya! (Let’s cheer Jang Mi on, as she overcomes her greatest fears to achieve greatness in life!)

Sinopsis Drama Korea Run, Jang-Mi

Sinopsis Drama Korea Run, Jang-Mi


Jang Mi (Lee Young Ah) adalah seorang gadis yang manis dan baik hati daripada sebuah keluarga kaya. Apabila bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba, dia kehilangan tempat bergantung dan bahkan ditinggalkan oleh suami yang baru dikahwininya.

Dibintangi oleh: Lee Young Ah, (Bride from Vietnam, Ijimae: The Phantom Thief), Ko Joo Won (King and I), Ryu Jin (Loving You a Thousand Times), Jung Joon (Tasty Life) and Yoon Joo Hee (One Warm Word).

Jang-Mi (Lee Young-Ah) mempunyai personaliti yang menarik dan baik dengan setiap orang. Beliau berumur 26 tahun dan seorang pelajar siswazah jurusan seni kulinari. Bapanya seorang yang kaya tetapi dia teah meninggal secara tiba-tiba. Kehidupan Jang Mi benar-benar berubah selepas kematian ayahnya.

Dalam usaha untuk bangkit memulakan hidup baru, dia bertemu dengan seorang lelaki (Ko-Joo Won) yang merupakan cucu kepada seorang presiden syarikat makanan. Seterusnya mereka saling menyukai antara satu sama lain.

Info Drama Korea Run, Jang-Mi

Tajuk Drama: Run, Jang-Mi
Pengarah: Hong Chang-Wook
Penulis: Kim Young-In
Network: SBS
Episodes: 123

Tonton Final Episode Drama Korea Run, Jang-Mi


Bagi anda yang mahu menonton episode akhir Run, Jang-Mi, bolehlah pergi ke pautan di bawah ini:

Final Episode Drama Korea Run, Jang-Mi


Tetapi, siaran online di atas tiada english subtitles. Maaf ya...

Semoga bermanfaat bagi anda semua. Ambillah pengajaran yang elok dan yang tidak baik jadikan sempadan...


Sinopsis Drama Korea Run, Jang-Mi - Drama korea Cheongdamdong Scandal  akan tamat. Sebagai ganti, Drama Korea Run, Jang-Mi akan ditayangkan...
aynorablogs Jul 7, 2015
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Cheongdamdong Scandal - Drama yang akan menggantikan Only Love mulai 28 April 2015 adalah Cheongdamdong Scandal. Sebuah drama yang penuh skandal kotor dan keji disebalik kehidupan yang mengagungkan kekayaan, prestij dan keinginan yang tinggi masyarakat di Cheongdam-dong.  Cheongdamdong Scandal mulai ditayangkan pada setiap hari isnin hingga Jumaat, pukul 10.10 malam.




Cheongdamdong Scandal merupakan sebuah drama hebat yang mengisahkan tentang skandal keluarga dan rahsia disebaliknya yang berlaku di kawasan penempatan yang berprofail tinggi dan mewah.

Ia mengenai Eun Hyun Soo (Choi Jung Yoon) yang berkahwin dengan anak orang kaya, yang terperangkap di dalam tipu helah dan pelbagai skandal, yang mana langsung tidak menyedari bahawa ibu mertuanya, Kang Bok-Hee (Kim Hye Sun) berusaha dalam pelbagai cara cuba menggagalkan hubungannya dengan sang suami.

Hyun Soo akhirnya mendapat tahu bahawa mak mertuanya, kakak ipar dan suaminya sendiri telah berpakat untuk menghalangnya daripada hamil. Dia juga baru menyedari bahawa pereka bangunan yang baru dikenali adalah orang yang pernah diselamatkannya sewaktu ketika remaja dahulu.

Hyun Soo juga tidak tahu jika sebenarnya dia dipelihara oleh ibu kandungnya (selepas seorang wanita menculiknya ketika dia masih bayi), yang kini telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Kini ibunya itu memiliki seorang anak perempuan, dan cemburukan Hyun Soo yang rapat dengan pereka bangunan tersebut.

Dibintangi oleh: Choi Jung Yoon sebagai sebagai Eun Hyun Soo, Lee Joong Moon sebagai Jang Seo Joon, Kang Sung Min sebagai Bok Soo Ho, Seo Eun Chae sebagai Nam Joo Na, Im Sung Uhn sebagai Lee Jae Ni dan ramai lagi.


Ringkasan Drama Korea Cheongdamdong Scandal Episod 4-5:

1. Hyun Soo belum hamil, jadi dia pergi berjumpa dengan seorang doktor lelaki dan doktor tersebut mengatakan dirinya normal.

2. Tetapi doktor lelaki itu berasa pelik melihat salinan filem x-ray dan mendapatkan pandangan daripada doktor wanita yang lain. Kedua-duanya bersetuju bahawa filem x-ray itu agak pelik, seolah-olah menunjukkan Hyun Soo sedang merancang kehamilan bukannya seperti seorang yang mahu hamil.

3. Tidak lama kemudian, ipar Hyun Soo iaitu, Bok Soo Ho melawat doktor wanita tersebut dan mengetahui ada sesuatu yang tidak kena. Doktor wanita tersebut mengingatkan Bok Soo Ho supaya menyuruh Hyun Soo membawa pil yang diambilnya untuk diperiksa.

4. Hyun Soo membawa pil yang diambilnya ke hospital dan setelah diperiksa oleh doktor wanita itu, pil tersebut tiada masalah.

5. Tetapi dalam akhir episod 5, doktor wanita tersebut memberitahu Bok Soo Ho, kemungkinan Hyun Soo hanya berlakon dan sengaja mengambil pil perancang kehamilan.

Jadi, siapakah yang bersalah? Siapakah yang membekalkan pil-pil tersebut kepada Hyun Soo? Hyun Soo benar-benar mahukan anak hingga sanggup membuat pemeriksaan di hospital. Jika dia sengaja mengambil pil perancang, mengapakah Hyun Soo sanggup membuat pemeriksaan?

Adakah itu semua angkara adik iparnya, Joo Na. Dia kelihatan agak kuat cemburu dan licik tetapi mengapa pula beliau terkejut apabila terdengar perbualan doktor wanita tersebut? Atau adakah suaminya memang sengaja tidak mahu Hyun Soo hamil? Dan mungkin juga mak mertuanya (Kang Bok-Hee) yang sengaja mensabotaj hubungannya dengan suami?

Saksikan drama korea Cheongdamdong Scandal untuk mengetahui episod selanjutnya hingga ke akhir episod iaitu episod 119.

Info  Tentang Cheongdamdong Scandal

Tajuk: Cheongdamdong Scandal
Genre: Melodrama, keluarga, romantik, misteri
Jumlah Episode: 119
Broadcast network: SBS
Waktu siaran: Isnin - Jumaat 10.10 PM
Original Soundtrack: Cheongdamdong Scandal OST

Selamat menonton. Ambillah pengajaran daripada cerita korea di atas.

Final Episod 119 Korean Drama Cheongdamdong Scandal 


Drama korea Cheongdamdong Scandal mempunyai 119 episod. Setiap episod menayangkan drama yang mendebarkan dan pendedahan rahsia beberapa watak yang memang kita tak jangkakan.    

Saya akan update lagi mengenai final episod 119 drama cheongdamdong scandal...


Tunggu ya!

Sinopsis Drama Korea Cheongdamdong Scandal - Drama yang akan menggantikan Only Love mulai 28 April 2015 adalah Cheongdamdong Scandal. Sebua...
aynorablogs Apr 21, 2015
Oh! MyKarya!

Drama korea lakonan Hyun Bin yang terbaru! Drama Korea Hyde Jekyll, Me telahpun ditayangkan di saluran ONE HD bermula 25 Februari 2015, pada setiap hari Rabu & Khamis pukul 8:55mlm.   



Sinopsis Drama Korea Hyde Jekyll, Me

Drama korea ini menggunakan latar belakang daripada taman tema Wonderland yang mempersonakan, Hyde Jekyll, Me adalah kisah romantik komedi yang tidak boleh dilepaskan begitu saja!

Dibintangi oleh Hyun Bin sebagai Goo Seo Jin, seorang pengarah yang agak dingin dan garang di taman tema tesebut. Beliau menderita penyakit gangguan personaliti berganda (multiple personality disorder) yang akan menyebabkan beliau bertukar antara dua personaliti. Sikap egonya yang tinggi bernama Robin, manakala personalitinya yang lain yang bernama Goo amat bertentangan sekali. Kerana Goo Seo Jin seorang yang ceria, ramah dan nakal.

Dalam percubaan untuk menutup sarkasnya, Goo bertemu dengan Jang Ha Na yang cantik dan berfikiran jauh. Jang Ha Na merupakan pengurus kumpulan sarkas itu. Apakah akan terjadi apabila mereka bertemu? Adakah Robin yang ego atau Goo yang nakal yang akan jatuh hati pada wanita cantik itu?

Ikuti kisah dongeng Hyde Jekyll, Me di saluran ONE. 

Sinopsis Watak-watak Dalam Drama Korea Hyde Jekyll, Me

Hyun Bin sebagai Goo Seo Jin

Goo Seo Jin adalah pengarah sebuah taman hiburan, Wonderland. Beliau pewaris generasi ketiga yang gila kerja, dan tidak memiliki kehidupan yang menyeronokkan. Beliau sebenarnya hidup di premis taman tema itu. Walau bagaimanapun, sifat dingin dan egonya itu amat berbeza dengan personaliti lain Goo Seo Jin disebabkan disebabkan trauma satu kejadian dari semasa zaman kanak-kanaknya. Personalitinya yagn kedua amat hebat, nakal dan ceria yang menarik minat pengurus sarkas bernama Jang Ha Na di taman temanya itu.



Han Ji Min Sebagai Jang Ha Na

Jang Ha Na adalah pengurus sarkas di taman tema Wonderland yang berusaha untuk membangunkan semula pasukan sarkasnya yang merosot dan mengalami kerugian. Tindakan Seo Jin yang berkeras mahu menutup sarkas tersebut menyebabkan Jang Ha Na bangkit mempertahankan pasukannya. Pertentangan pendapat antara keduanya telah menimbulkan perasaan cinta pada akhirnya.

Semoga bermanfaat. Selamat menonton.

Drama korea lakonan Hyun Bin yang terbaru! Drama Korea Hyde Jekyll, Me telahpun ditayangkan di saluran ONE HD bermula 25 Februari 2015, pa...
aynorablogs Mar 27, 2015
Oh! MyKarya!

Drama Korea Dan Sinopsis Only Love - Only Love atau I just want to love adalah drama korea terbaru yang telah ditayangkan di ONE TV ASIA saluran 393. Drama ini telahpun ditayangkan bermula 30 Januari 2015.


Drama Korea Only Love



Sinopsis Drama Korea Only Love


Only Love dibintangi oleh Seo Ha-joon sebagai Kim Tae-yang, Im Se-mi sebagai Choi Yoo-ri, Lee Kyu-han sebagai Choi Jae-min, Nam Bo-ra sebagai Kim Saet-byul, Yoon Jong-hoon sebagai Kim Woo-joo, dan Kim Ye-won sebagai Hong Mi-rae.

Only Love adalah kisah masa kini dan drama cinta yang menarik. Ia kisah percintaan dan persahabatan antara tiga pasangan. Kim Tae Yang adalah seorang doktor yang bercinta dengan Choi Yoo-ri, seorang penerbit penyiaran. Manakala Lee Kyu Han sebagai Choi Jae Min, seorang eksekutif disebuah syarikat pakaian yang menjalin hubungan dengan ibu tunggal bernama Kim Saet Byul.

Kim Woo Joo pula bercinta dengan seorang wanita yang lebih tua darinya bernama Hong Mi Rae. Kisah Only Love akan menceritakan perjalanan percintaan mereka dan perhubungan yang penuh cabaran.


Plot Only Love Pada Awal Episode 


Tae-Yang (Seo Ha-Jun) adalah seorang doktor yang baik hati dan berkeyakinan tinggi. Dia berpendapat bahawa keluarganya bukanlah ahli keluarganya yang sebenar. Mendiang Pak Ciknya merupakan ayahnya yang sebenar. Tetapi dia berlagak seolah-olah tidak mengetahui rahsia tersebut.

Sementara itu, penerbit stesyen TV, Yoo-Ri bertemu Tae-Yang untuk menemuramahnya. Dia tertarik kepada Tae-Yang dan jatuh cinta.

Mula ditayangkan pada 30 JANUARI 2015, setiap hari Isnin hingga Khamis 10.10PM / 9.10PM waktu Jakarta.

Oleh kerana ia kisah tiga pasangan yang saling mencintai, sudah tentu kisah drama korea Only Love mengandungi tema jurang usia dalam percintaan, ikatan persaudaraan, kisah anak angkat, orang kaya dan kemiskinan hidup. 

Info Drama Korea Only Love


Pengarah: Ahn Gil-Ho
Penulis: Choi Yoon-Jung
Penyiar: SBS
Jumlah Episode: 123
Bahasa: Korean


Drama Korea Dan Sinopsis Only Love - Only Love atau I just want to love  adalah drama korea terbaru yang telah ditayangkan di ONE TV ASIA sa...
aynorablogs Feb 10, 2015
Oh! MyKarya!

Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3 - Drama bersiri slot Akasia TV3 berjudul Istikharah Cinta akan menemui penonton tidak lama lagi. Drama berjumlah 28 episod ini diterbitkan oleh Orangetree Production.





Zul Ariffin amat bertuah kerana dua kali dia terpilih berlakon drama untuk slot Akasia TV3. Selepas ramai yang jatuh hati dengan karakternya sebagai Zill Faezrul dalam Rindu Awak 200%, dia kini muncul pula dalam drama berjudul Istikharah Cinta.

Para pelakon Drama Istikharah Cinta


Zul Ariffin - Airil
Faye Kusairi - Dina Aliya
Zarina Zainuddin - Datin Amnah
Hamidah Wahab -
Fathil Dani - ayah Airil

Dalam harian metro dinyatakan Zul Ariffin akan berganding dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin, 28, berkata, dia tidak menyangka akan jadi ‘hero Akasia’ sekali lagi dalam jangka waktu yang amat dekat.

“Saya perlu berusaha lebih keras untuk mengalih penonton drama Rindu Awak 200% yang sudah ada pengikut sendiri kerana ia diadaptasi daripada novel. Manakala Drama Istikharah Cinta kisahnya dicipta penulis skrip itu sendiri." - Zul Ariffin

Biodata Zul Ariffin



Nama Penuh : Zulkifli Bin Ariffin
Tarikh lahir : 25 Oktober 1986
Asal: Taping, Perak
Adik Beradik : Anak bongsu daripada 4 beradik (2 Lelaki & 2 Perempuan)
Kacukan : Melayu + Belanda (Dutch)
Senarai drama lakonan: Drama Awan Dania, Drama Gerak Khas
Lagi drama lakonan Zul Ariffin : Rindu Awak 200 Peratus TV3, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental, Kabin di Tepi Tasik, Mr. Feminin
Filem lakonan : Penanggal, Evolusi KL Drift 2, Bikers Kental
Twitter Zul Ariffin : https://twitter.com/zul_ariffin86
Facebook Zul Ariffin : https://www.facebook.com/pages/Zul-Ariffin/135600119851242
Status: Solo? (Masih bujang...hihi)

Sedikit info tentang Faye Kusairi 

Faye Kusairi pendatang baru dalam dunia hiburan di Malaysia. Telah berlakon dalam satu filem sebagai pelakon pembantu, dan tiga drama TV dalam tempoh terdekat ini.

Profile:
Nama : Dayangku Faratiwan Adnil Bt Awg Kusairi
Nama Pentas : Faye Kusairi
Tarikh Lahir : 19 Jun 1987
Tempat Lahir : Miri, Sarawak
Pekerjaan : Guru Drama / Artis / Pemandu kereta lumba
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bahasa : Malay, English, Mandarin
Tinggi : 154.5 cm
Berat : 51 kg

Kebolehan lain: Berlakon, menyanyi, modeling, & Iklan TV. Boleh juga memandu kereta lumba, jetski & bot laju. Meminati sukan badminton & renang.

Sinopsis Drama Istikharah Cinta akan saya update dari semasa ke semasa nanti. Mengikut perancangan, drama Istikharah Cinta akan mengisi slot Akasia TV3 sekitar bulan November ataupun Januari 2015. Hermm...sabar ya? Saya tahu anda semua, terutamanya wanita-wanita diluar sana ramai yang menunggu kemunculan Zul Ariffin, kan?

Drama Istikharah Cinta Slot Akasia TV3 - Drama bersiri slot Akasia TV3 berjudul Istikharah Cinta akan menemui penonton tidak lama lagi. Dra...
aynorablogs Dec 5, 2014
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea Only My Love - peminat drama Korea kini boleh menarik nafas lega bila Good Daughter Hana telahpun menuju episode akhir dan nampaknya ada happy ending, kan? Drama yang menggantikan Good Daughter Hana pula adalah drama Korea yang berkisahkan drama romantik dan percintaan. Namun dengarnya ia bukan sekadar kisah sebuah cinta yang biasa.

Only My Love a.k.a You're Only Mine akan mula ditayangkan di saluran ONE HD 393 mulai 7 November 2014, pukul 10.10 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.





Sinopsis Drama Korea Only My Love 


Only My Love adalah kisah melodrama romantik yang mengupas tentang jatuh bangun kehidupan seorang wanita yang bernama Go Eun Jung.

Go Eun Jung lahir dari keluarg yang miskin dan dibesarkan oleh ibunya seorang pengilat kasut. Sebenarnya Eun Jung telah berkahwin dengan Kang Sung Jae, tetapi malangnya dia kehilangan segala-galanya apabila suaminya dan ibu mertuanya melakukan jenayah kejam.

Dalam usaha menghadapi kenyataan, Eun Jung bangkit semula secara perlahan-lahan untuk membina hidup baru. Dari situ, dia hadapi segala rintangan yang mendatang dan mendaki tangga kejayaan dengan usaha dan caranya sendiri. Akhirnya Go Eun Jung berjaya menjadi pereka kasut terkenal dengan jenama yang dibanggakan dan mencapai jawatan tertinggi dalam kariernya.


Sinopsis Watak Utama Dalam Only My Love


1. Lee Min Young sebagai Go Eun Jung. Beliau adalah anak kepada seorang janda yang miskin dan bekerja sebagai pengilat kasut. Selepas berkahwin, hidupnya semakin tertekan lebih-lebih lagi selepas suami dan ibu mertuanya terlibat dengan skandal jenayah yang kejam. Dapatkah Eun Jung bangkit semula dan menebus kegagalan lalu?

 


2. Song Jae Hee pula membawakan watak sebagai Kang Sung Jae iaitu suami kepada Go Eun Jung. Walaupun secara dasarnya dia nampak seperti seorang suami yang penyayang dan ambil berat, dia sebenarnya berkelakuan kejam dengan Eun Jung. 

Kang Sung Jae juga mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain di belakang Eun Jung. 

Bila Kang Sung Jae terlibat melakukan jenayah, dia terpaksa membiarkan isterinya terumbang ambing mencari kehidupannya sendiri. 

Adakah Kang Sung Jae akan dapat menawan hati isterinya semula apabila isterinya itu telah berjaya?



Drama Only My Love dibintangi oleh Lee Min Young (pelakon The Land) & Song Jae Hee (pelakon Still You), Jung Sung-hwan sebagai Lee Joon-ha, Han Da-min sebagai Lee Yoo-ra, adik Joon-ha.

Info ringkas tentang drama Korea Only My Love


Drama: Only My Love
Tajuk Lain: You're Only Mine
Pengarah: Kim Jung-Min
Penulis: Ma Joo-Hee
Penyiar: SBS
Jumlah Episode: 121
Bahasa: Korean

Final Episod 121 Drama Korea Only My Love


Tonton final episod 121 pada pautan di bawah:







Semoga mendapat manfaat dan pengajaran daripada drama Korea Only My Love yang sedang ditayangkan kini.

Selamat menonton.

Sinopsis Drama Korea Only My Love - peminat drama Korea kini boleh menarik nafas lega bila Good Daughter Hana telahpun menuju episode akhir...
aynorablogs Nov 6, 2014
Oh! MyKarya!

Sinopsis Drama Korea My Lovely Girl Lakonan Rain - Anda minat dengan Rain? Sebelum ini Rain terkenal dengan drama korea Full House. Rasanya dah lama Rain tidak berlakon drama korea bersiri, lebih kurang 4 tahun juga dia menyepi dari menerima tawaran berlakon drama bersiri.

My Lovely Girl adalah drama korea bertemakan muzikal kerana ia berlatarbelakangkan industri dunia muzik di korea yang sedang berkembang pesat sekarang.



Sinopsis Drama Korea My Lovely Girl Lakonan Rain


My Lovely Girl adalah sebuah drama romantik yang mengisahkan dua orang individu yang merawat memori luka dalam percintaan mereka melalui muzik.

Rain (Jung Ji Hoon) membawa watak sebagai Lee Hyun Wook, iaitu seorang penerbit lagu dan CEO sebuah agensi hiburan yang kehilangan cinta hatinya di dalam sebuah kemalangan. Dia menjadi pendiam, dan tidak mesra tetapi berubah menjadi lebih bersikap terbuka selepas bertemu dan jatuh cinta dengan Yoon Se Na (Krystal Jung), iaitu seorang penyanyi wanita yang bercita-cita tinggi. Tetapi secara kebetulan, Se Na adalah adik kepada bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia.

Drama korea hebat ini dibintangi oleh Rain, Krystal (pelakon The Heirs), L (pelakon Master’s Sun, Salamander Guru dan The Shadow Operation Team), Cha Ye-Ryun (pelakon Working Mum, Star’s Lover, Dr. Champ).

Mula ditayangkan di saluran ONE HD pada 22 Oktober 2014, setiap Rabu & Khami , pukul 8.55mlm.

Watak Krystal Sebagai Yoon Se-Na



Watak Rain Sebagai Hyun Wook



Info ringkas Drama Korea My Lovely Girl 


Pengarah: Park Hyung-Ki
Penulis: No Ji-Sul
Network: SBS
Episode: 16
Runtime: Wed. & Thu. 21:55
Language: Korean
Country: South Korea


Selamat menonton...

Sinopsis Drama Korea My Lovely Girl Lakonan Rain - Anda minat dengan Rain ? Sebelum ini Rain terkenal dengan drama korea Full House . Rasan...
aynorablogs Oct 15, 2014
Oh! MyKarya!

Final Episode Good Daughter Hana - Drama Korea yang sedang hangat ditayangkan di saluran ONE HD 393 adalah drama Good Daughter Hana. Sebuah kisah yang agak unik juga dimana watak utamanya adalah seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki demi menyelamatkan legasi perniagaan keluarganya.


Episod Akhir Good Daughter Hana 

Jang Hana melalui pelbagai dugaan dan cabaran demi memastikan ibunya selamat dari ancaman emak tirinya. Oleh kerana ibunya dianggap sebagai perempuan simpanan, maka kehadiran mereka dalam keluarga tersebut tidak dialu-alukan.

Episode 33 Drama Korea Good Daughter Hana


Ra Hee memberitahu kepada Hana bahawa dia meminati Do Hyun. Setelah mengetahui sejarah keychain yang dijumpai pada Hana. Yoon Chan mengesyaki Hana adalah seorang wanita. Mulai dari episod inilah Yoon Chan menyiasat latar belakang Hana secara senyap-senyap. Akhirnya sah, Yoon Chan menyedari bahawa Hana adalah seorang wanita. Dapat tengok ceritanya dalam episod 35.


Episod akhir Good Daughter Hana agak sedih juga bila Hana kehilangan datuknya yang sebelum ini banyak menyebelahi dirinya. Hana juga telah putus dengan Do Hyun dan menerima kenyataan tersebut dengan hati terbuka.

Final Episode Drama Korea Good Daughter Hana


1. Jang Hana, kakak dan ibunya telah tinggal di rumah agam mereka. Secretary Kim memberitahu bahawa mungkin Pengerusi Jang akan meninggal tidak lama lagi kerana sakit yang dihidapinya. Ha-Myeong dan ibunya terkejut.

2. Pengerusi Jang menasihati Jang Hana agar berhati-hati. Mungkin dia akan dibenci oleh ahli keluarganya tetapi dia kena bersedia menghadapi semua itu. Pengerusi Jang yang duduk di kerusi roda banyak meninggalkan pesanan kepada Hana. Dia mahu Hana menyatukan keluarga mereka semula.

3. Akhirnya Pengerusi Jang meninggal dunia di sisi Jang Hana.

4. Doe-Hyun datang melawat Hana dan keluarganya. Dan menyampaikan ucapan takziah daripada pihak keluarganya juga.

5. Doe Hyun telah berpisah dengan Hana tetapi menerima kenyataan tersebut dengan matang. Banyak kenangan yang pernah mereka lalui telah mendewasakan terutamanya keluarga, sebuah perhubungan, persahabatan dan dalam perniagaan.

6. Doe Hyun telah menjadi Pengerusi SS Group. Dia mahu menjadikan SS Group sebagai sebuah yayasan awam sebagai rasa penyesalan terhadap tindakan ayahnya sebelum ini yang banyak menyusahkan orang. DY akan menjaga ayahnya kerana ayahnya yang telah membesarkan selama ini.

7. Doe Hyun menganggap Yoon Chan seperti abangnya sendiri walaupun sebenarnya YC hanyalah anak tak sah taraf ayahnya.    

8. Keluarga tiri Hana hidup susah. Mereka menyesal dengan perbuatan dan kesalah mereka selama ini.

9. Ra Hee dipenjarakan. Ibunya datang melawat dan memohon maaf kerana tidak berjaya mendidik Ra Hee seperti Jang Hana. Mahu memulakan hidup baru di kampung.




10. Jang Hana mahu menyambut harijadi Yoon Chan di Bangunan Eun Chum tetapi Yoon Chan tak muncul. Pengarah Yoon memaklumkan bahawa Yoon Chan mahu ke luar negara dan dia tidak mahu menyusahkan Hana.

Bagaimanakah kesudahannya? Adakah Hana dapat bersama dengan Yoon Chan?

Jika anda mahu menonton drama korea Good Daughter Hana Final Episode, bolehlah ke website berikut:

http://dramafire.com/a-well-raised-daughter-episode-122-finale/


Menonton Final episod drama korea Good Daughter Hana melahirkan rasa gembira disebabkan beberapa perkara. Selain happy ending, drama korea Good Daughter Hana juga ada banyak pengajarannya. Usah membezakan kebolehan antara lelaki dan wanita, dan perbuatan yang jahat selalu mendapat balasan yang sepatutnya. 


Final Episode Good Daughter Hana - Drama Korea yang sedang hangat ditayangkan di saluran ONE HD 393 adalah drama Good Daughter Hana . Sebua...
aynorablogs Sep 12, 2014