Header Ads

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku! Karya Aifa Batrisya

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku. Cerita adaptasi lagi dari novel Meh sandar pada aku! karya Aifa Batrisya akan mula ditayangkan di TV3 mulai Februari 2017.

Cerita Meh Sandar Pada Aku akan mengisi slot slot Dahlia di TV3. Ditayangkan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. 

Nak tahu pelakon yang terlibat? Antara pelakon utamanya adalah Mira Filzah & Alif Aziz.

Sedikit info daripada FB Mira Filzah,
#Repost @miraclegacy_ with @repostapp・・・Cak! Haaa kita tahu ramai sedang menantikan #MehSandarPadaAku! Sebuab adaptasi novel karya terbitan @karyaseni ditulis oleh @aifabatrisya, skrip tulisan @marrmohamad ..Dilakonkan oleh @mfmirafilzah @aliffaziz91 @redzarosli @jajailiyes_ @nadanursyuhada @aishahilias @aiditnoh @asyrafaley Dan ramai lagi!!! Akan memulakan tayangan pada 27 NOVEMBER 2016 ini di laman WWW.TONTON.COM.MY. Dan anda boleh tonton 20 episod sekaligus secara eksklusif dan dapat dgr ost #MehSandarPadaAku berjudul #SandarPadaku nyanyian bersama @mfmirafilzah dan @aliffaziz91!. Tayangan di TV3 pada 2017..Pihak kami amat berharap semua pihak untuk tidak menyiarkan kandungan berbentuk video dan memuatnaik di mana mana laman media/blog. Kami juga minta kerjasama mana mana pihak utk tidak download secara haram drama bersiri ini. Kami amat menghargai kerjasama anda. @zaidaismail @lya_za @shahilaazwin 

Sinopsis Drama Meh Sandar Pada Aku 




Meh Sandar Pada Aku! mengisahkan tentang gadis manis bernama Afnan Tasneem yang terpaksa menjalani praktikal di sebuah institusi penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Tetapi siapa sangka di situ dia terjumpa teman hidupnya yang bermula dengan agak dingin?

Berikut adalah sinopsis belakang kulit novel MEH, SANDAR PADA AKU! karya Aifa Batrisya.


Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu? Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?

Tajuk: Meh, Sandar Pada Aku!
Penulis: Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-39-0
Harga: RM22 (Semenanjung) // RM25 (Sabah & Sarawak)


Selamat menonton drama Meh Sandar Pada Aku! yang ditayangkan pada bulan Februari 2017 di TV3.

Jangan lupa, setiap cerita ambillah pengajarannya daripadanya. Bukan hiburan semata-mata..., okay!

Advertisement

No comments

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.