Header Ads

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3. Misteri Wan Peah dah pun tamat siarannya. Kini slot Samarinda itu digantikan dengan drama baru bertajuk MENANTI FEBRUARI. 

Menanti Februari adalah sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Menampilkan gandingan Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dijadual bersiaran dalam bulan Mac ini.

Info Drama Menanti Februari

JUDUL : MENANTI FEBRUARI
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : Mac 2017
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd

PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin

Watak dilakonkan adalah seperti berikut, Fathia Latiff sebagai Fiza, Zul Ariffin sebagai Arie dan Afiq Muiz sebagai Edi.

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3


Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3

MENANTI FEBRUARI mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari.

Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini. #sumber

Saya ambil beberapa petikan dialog dari dalam drama ini, 

"Biar tahun berganti, Februari juga yang ku nanti"

"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa,  Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya."

Siapa pilihan Fiza? Edy atau Arie?

Lagu tema drama Menanti Februari dinyanyikan Kumpulan Forteen berjudul Apa Ini Cinta. Lagu ciptaan kompser Edry Abdul Halim ini mengisahkan kekeliruan perasaan yang baharu ingin bercinta.

Lagu ini bakal menjadi lagu tema Menanti Februari yang bakal ditayangkan pada 27/3/2017 di Slot Samarinda.

Semoga drama Menanti Februari memberikan ruang pengajaran kepada kita yang menonton drama ini. 

Advertisement

10 comments:

  1. Macam best je ni.. kena tengok ni sebab baca sipnosis pun dah menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, sbb singgah. sama2 kita tengok nanti.. ;)

      Delete
  2. ingatkan arie mati XD

    ReplyDelete
  3. NAK TAHU MANA AKHIR. FIZA PILIH ARIE KE EDI

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dia pilih Arie kut.. ?

      Delete
    2. Drama2 juga sensitiviti agama kena jaya. Bab nikah lain..tu.
      Ikut hukum sebenar tak sah!!
      "Jangan tambahkan kejahilan2 yg sedia ada"...
      So berhati2 wahai penulis/pengarah/penerbit...

      Delete
  4. Drama2 juga tapi sensitiviti agama kena jaga.
    Bab nikah lain tu...kalo iku hukum sebenar tak sah!!

    Berhati2lah wahai penulis/pengarah/penerbit...
    "Usah ditambah kejahilan2 yg sedia Ada"..

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA:

Powered by Blogger.